Adikku Apiq

Hai pembaca FS semua.Ini merupakan kali pertama saya kongsikan cerita di FS.Saya Maya.Kisah-kisah yang bakal saya ceritakan merupakan kisah benar yang berlaku kepada keluarga saya.

KISAH 1:JALAN SELESA

Pada akhir tahun 2016 yang lalu, saya dan keluarga balik ke kampung kami di Johor.Biasalah tu hujung-hujung tahun macam ni balik kampung.Sampai je dekat kampung,tengok sunyi je cuma ada sebuah kereta kat laman.Kereta yang memang kitorang kenal tu kereta pakcik kitorang yang memang tinggal dengan nenek,atau kami lebih selesa panggil Mbah.Kereta tu memang selalu Pakcik kami,Pak Zul guna kalau nak pergi ke dusun.Mak bagi salam dan kami disambut gembira oleh Mbah.Setakat ni memang takde apa-apa yang berlaku lagi.Kami makan malam bersama dan kami adik beradik lepak tengok TV.Malam tu pun semua tidur lena sebab penat jalan jauh.

Awal pagi lepas solat subuh lagi Mbah dah seru anak-anak dara which are,aku dan kakak aku.Kami pun tabah jelah.Dah anak dara,apa boleh buat.Mesti pembaca tertanya-tanya mana kisah seramnya kan.Okey,kumpul sini.Meyh,Maya ceritakan.Petang tu,memang kami semua mereput je kat ruang luas tingkat dua rumah kampung Mbah tu.

Adik aku,Apiq yang masa tu berumur 9 tahun sibuk ulang-alik dan golek-golek atas lantai sebab bosan.Budak-budak,mana ada telefon,jadi memang mereput teruk lah dia.”Maya,Apiq bosanlah jomlah jalan-jalan naik motor”. Aku yang tengah bosan tu pun menonong je setuju.Tapi gila ke aku nak naik motor dengan adik aku berdua je.Aku pun takdelah expert sangat bab motor ni.Setakat press minyak tu tahulah.Mahu accident karang siapa nak selamatkan.Nak harap adik aku yang lagi kerdil dari aku tu?Memang taklah.Jadi,nak ambil jalan selamat,aku ajak sekali kakak aku,Dila.Payah jugak mula-mula nak pujuk dia.Akhirnya dia setuju je sebab annoyed sangat dengan kitorang ni.

So,di petang yang redup tu kitorang tiga beradik pun tengah syok jalan-jalan sekitar kampung guna motor Mbah yang kitorang cilok tadi.Kakak aku yang jadi pemandu tu dok sedap press minyak bila jalan tengah lengang.Jalan kampung,lagi-lagi petang camni,memang tak ramai orang.Apiq pula sibuk menjerit sebab excited kat tengah antara aku dan Dila.Kitorang ni tinggal KL,so memang jarang sesangatlah nak naik motor macam ni.

Jadi,bila dapat naik tu,macam dapat naik roller coaster je gayanya.Setelah entah berapa juta kali kitorang pusing-pusing sekeliling kampung tu,kakak aku decide nak balik sebab dah nak maghrib.Adik aku apa lagi menjeritlah dia mintak nak jalan-jalan satu round lagi.Sebab dah fed up,kakak aku pun batal niat nak balik tadi dan jalan lagi satu round.

Tengah jalan tu,mata aku tertangkap satu signboard menghala satu selekoh ni yang tak pulak aku tangkap tadi.Tertulis kat signboard tu,JALAN SELESA.”Eh,tak nampak pulak jalan ni tadi” Aku bersuara perlahan.Kakak aku pon pandang je selekoh ke jalan tu.”Jomlah masuk!”Apiq bagi cadangan yang tersangatlah bernas masa tu.Kakak aku pun ikotkan je.Yelah nak rasa thrill sikit teroka jalan baru.Aku kat belakang pun ikut je.

Memang mula-mula masuk tu,aku dah rasa lain macam.Tapi aku tepis je perasaan tu,mainan perasaan je ni.Start masuk jalan tu,sekeliling hanya ladang kelapa sawit je.Rumah pon selang-seli ngan ladang kelapa sawit yang boleh tahan luasnya.Setiap rumah pon nampak kosong macam takde penghuni je.Aku dah rasa ketar lutut dah tang tu.

Terus minta kakak aku buat u-turn.Kakak aku yang memang dah meremang masa tu,setuju terus.Masa nak pusing tu aku nampak satu rumah ni yang ada pokok yang rendang sebelah dia.Kat pokok tu ada buaian kayu.Masa nak pusing tu adik aku yang tersangatlah cakap lepas tu bisik kat kitorang.”Nampak tak ada nenek duduk kat atas buaian tu?”Mata aku terus hala ke arah buaian tu,aduh gatal betul mata ni.Tengok,buaian tu kosong je.

Aduh aku tak tunggu lama,kakak aku pun,terus dia press minyak nak pecut.Tapi,benda tu tak puas main lagi,tetiba lak motor tu rasa berat.Masa tu aku serius rasa nak menangis tak berlagu.Kakak aku gigih tekan minyak dan Alhamdulillah dapat jugak motor tu bergerak.Kitorang tak pusing belakang dah,terus pecut macam F1 keluar dari jalan tu.Sedar tak sedar langit dah hampir gelap masa tu.

Sampai je rumah,terus naik sambil menggigil.Adik aku yang tak faham-faham lagi tu buat muka pelik.Aku dengan kakak aku jeling je dia.Pagi esok,kitorang cerita kat mak.Dia gelakkan je kitorang ni.”Tulah korang,memandai lagi duk masuk jalan yang tak tahu.Maghrib pulak tu.Seronoklah benda tu kacau”.Kakak aku jeling aku.”Jalan tu menghala ke hujung kampung jadi memang takde orang nak jalan situ.Ada rumah pun jarang-jarang orang tinggal kat situ.Semua dah pindah ke kampung sana tu.”Ayat mak aku dah cukup buat aku taubat tak nak naik motor maghrib-maghrib lagi dah.

Pengajaran dari kisah ini ialah kalau nampak jalan yang tak kenal,jangan memandai nak masuk.Mahu jadi macam kami ni.Tu pun nasib baik tak jadi apa-apa.

KISAH 2:NASI AMBENG

Kisah kedua yang bakal saya ceritakan ni berlaku semasa mak,adik,kakak dan saya pergi makan nasi ambeng pada bulan April yang lalu.Kisah yang bakal saya ceritakan ni taklah seram mana tapi cukup sebagai pengajaran untuk kita semua.

Pagi tu,kami semua pakat-pakat nak pergi makan nasi ambeng.Pagi-pagi ni dengan perut lapar memang seronok pekena nasi ambeng.Ayah aku masa tu sibuk dengan urusan kerja so kitorang empat beradik guna Grab je nak ke sana.Mula-mula sampai tu memang macam biasa je.Kitorang makan sambil tangkap-tangkap gambar,well memang jarang nak keluar camni so memang excited lebih la.

Setelah selesai makan semua,mak ajak kitorang balik.Kitorang yang penat ni pun setuju je.Nak balik tu,mak pun gunalah Grab.Tetiba tang tu pulak takde line.Aduh umobile memang cenggini kalau keluar KL.So mak pun suruh kitorang jalan ke jalan besar tu,kot-kot boleh tumpang orang ke.Kitorang pun bertapa la tunggu orang dekat tepi jalan tu.Adik aku yang masa tu dah berumur 10 tahun masa tu duk seronok lambai-lambai kereta yang lalu-lalang.Kononnya nak panggil kereta.Tapi kereta-kereta yang lalu tu pegi lambai kitorang balik pulak.Mak aku pun masih gigih lagi nak cari line.Aku duduk je dekat tepi jalan tu.Perut aku yang penuh tu pun makin lama rasa lapar balik.Mengeluh sahajalah yang mampu masa tu.

Setelah agak lama bertapa dekat tepi jalan tu,adik aku yang dari tadi tak penat-penat melambai-melambai akhirnya duduk sebelah aku sebab bosan.Aku masa tu main telefon,tengok video yang aku dah download before ni.Adik aku,Apiq kat sebelah tengok-tengok sekeliling hutan tu.”Eeee,berbulunya pokok ni”Celuparnya mulut budak ni.Terus aku pukul dia.”Kau ni jagalah mulut tu”Adik aku pun terus diam sejak tu.

Lepas berapa lama tu,nampaklah kelibat teksi.Terus kitorang naik teksi tu.Pak cik dalam kereta tu pun senyum je masa kitorang naik tu.Lepas jauh sikit jalan tu,mak aku pun ceritalah dekat pakcik teksi tu pasal takde line tu.Pakcik tu angguk je.”Padanlah,saya tadi pun pelik kenapa ada orang kat situ sebab tempat tu memang tempat kemalangan”Terus beku je muka kitorang.

Esoknya,tetiba dekat belakang telinga adik aku berkudis.Dua-dua belah pulak tu.Mak aku tanya adik aku,”Apiq ada tegur apa-apa ke masa dekat nasi ambeng tu?”Aku iakan.”Ntah-ntah hantu kat situ marah kau kot sebab kutuk tempat dia.Tulah lain kali jaga mulut tu”aku marah adik aku.Dia tersengih je.

Itu sahaja kisah kedua saya,lama jugak la baru telinga adik saya sembuh.Jadi pesanan saya,jagalah mulut bila pergi tempat yang tak tahu.

KISAH 3:ENJOY YOUR MEAL.

Kisah ketiga ini berlaku kepada abang saya,Aniq(bukan nama sebenar).Dia ni memang jenis yang orang panggil burung hantu.Bila siang dia tido,malam dia bangun.

Nak dibuatkan cerita,satu hari,dia turun ke dapur sebab lapar.Mengikut cerita dia,masa tu dalam pukul 2 ke 3 pagi jugak.Turun tu,biasalah,budak laki,kalau lapar,maggi jugak yang dia cari.

Nak dipendekkan cerita,abang aku ni masaklah maggi dua peket.Lepas masak maggi,dia pergilah ke meja makan nak tuang maggi tu ke dalam mangkuk.Lepas tu dia terus ke dapur basuh periuk yang dia guna tu.Bila dia pergi depan balik,jeng jeng jeng nampaklah satu set sudu garfu KFC tersedia cantik dalam mangkuk tu.Abang aku pelik,bukan ke dia tak letak sudu garfu lagi tadi.Dia dah rasa meremang terus amik sudi garfu baru dan tinggal je sudu garfu KFC tu atas meja.Terus dia cau masuk bilik.Esok baru dia cerita kat kitorang.Aku gelak je.Tulah sapa suruh tak tidur malam.Malam-malam ni mestilah ada benda teman.Korang yang tak tidur lagi tu pun hati-hati mana tahu ada yang meneman haha.

Itu sahaja kisah yang sempat saya kongsikan kepada pembaca semua.Maafkan saya kalau cerita ni tak menakutkan sangat. Semoga ini dapat jadi bahan bacaan seram ringan anda semua.

Maya
Beri markah tahap keseraman kisah ini

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.