Assalamualaikum semua! Aku tak tahu nak mula dari mana tapi cerita ni ringkas sangat-sangat. Cerita ni beri pengajaran dekat aku. Sebelum tu aku nak kenalkan nama aku, Wada. Umur aku 18 tahun, belum masuk 19 tahun lagi. Aku berasal dari Selangor. Sekarang aku duduk di Subang. Dulu aku duduk di Petaling Jaya.
Okay, yang aku nak cerita ni dekat rumah dulu aku. Selfie. Sebut je selfie memang ramailah yang tahu kan? Tapi mungkin tak ramai pernah dengar cerita ni. Cerita ni masa aku umur darjah lima macam tu lah. Tak berapa ingat sangat umur berapa time tu.
Masa tu aku guna phone Nokia yang ada camera tekan, lepas tu kena tunggu loading image gitu… haha. Okay, hambar. Malam tu aku dengan kawan kakak aku, nama dia Kak Ira. Masa tu kitaorang duduk sebelah rumah. Sebelah rumah kitaorang macam ada tempat lepak. Boleh tengok pemandanganlah sebab tingkat enam.
Lepas tu, aku minta Kak Ira ambil gambar aku dari jauh. Kira macam aku tengah berdiri, lepas tu dua-dua tangan naik ke atas, buat peace. Tapi sebelum aku bergambar, aku baca selawat ke doa apa entah time tu, sebab aku tak nak berlaku macam kakak aku.
Haa, dah masuk cerita lain dah ni. Sebelum aku kena, kakak aku pernah kena. Time tu dia mandi. Aku pun geledah tengok gambar dalam gallery phone dia. Suka hati je kan? Haha. Apa-apa jelah. Lepas tu aku nampak dalam gambar dia tu, dia selfie dengan kawan dia. Dia pegang phone. Lepas tu terkejut aku time tu sebab muka dia macam terbakar dalam gambar tu. Kawan dia aku tak ingat ada apa-apa ke tak dekat muka dia.
Lepas kejadian tu lah, bila aku nak bergambar aku baca doa dulu. Okay, sambung cerita aku tadi. Lepas aku baca doa, aku rasa yakinlah nak bergambar. Aku terus pergi dekat Kak Ira. Sebab nak tengok gambar tadi. Lepas je loading image. Nah! Dekat gila muka. Betul-betul satu screen tu muka je. Memang macam bentuk muka aku, tapi muka warna ungu biru-biru macam tu lah. Dengan muka marahnya. Lebam-lebam merata.
Aku apa lagi, lari terus masuk dalam rumah. Tapi Kak Ira duduk situ je. Korang tahu dia buat apa? Dia gelak je, lepas tu dia cakap, “Wada takut ke?”
Aku suruh dia delete terus.
Lepas dari tu aku tak berapa nak selfie malam-malam. Tapi dah lama-lama, buat jugaklah. Sampai situ sajalah cerita aku. Semoga cerita ni boleh dijadikan pengajaran atau peringatan kepada kita semua. Terima kasih baca cerita aku.
Maaf jika ada tersilap cerita, sebab cerita ni dah lama. Jadi, tak berapa nak ingat sangat.
Wallahua’lam..
Pendek sangatlah cerita
tu yg cakap ringkas je😀
pendek sangat lh..tambahlah skit…
btw oklah 8/10
sebab sampai situ je cerita dia😃
Si Ira tu kenapa ek? Lepas tu kan, macam ade sesuatu,. Masa aku baca tu kn,. aku pn rasa macam ade sesuatu lagi. hihi…. Camera rosak kot..
sebab kak ira tu berani
ini je? lepas tu kak ira tu kenapa? kenapa dia gelak dan tanya macam tu? kenapa pendek sangat? tak faham lah. huhu.
takde pape pun pasal kak ira tu. dia ckp mcm tu sebab dia berani
camera prob tu…
kim salam kat akak ko
haduii suke hati dia lah ,cerita dia ..nak macam mana pon ….
Sdpnye meegorengkuahpekatt…
😊
Sedap kann ,biasaa lahhh …umpphh
Hahaha pendek dan meninggalkan persoalan
kak ira tue pulak yang rase lain mcam….hahhahaa
kak ira tu takde pape pun. dia berani je
pernah dulu pergi makan kat satu tempat ni. abg aku dok snap gambo kitorang pakai dslr. lepas dah balik rumah baru tengok2 balik gambo tu, and ada satu gambo abg aku snap gambo mak ayah aku, belakang mak aku tu ada bayang2 kepala perempuan berambut panjang macam tengah lalu kat belakang mak aku. kepala sahaja! badan xde. hahaha.
Ringkas je cerite ni…
👍
☺️
Blh la…meninggalkn tanda tanya
Mengapa kisah ini berlaku terlalu ringkas
Mcm masak megi,sekejap je dah abis
cerita dia mmg tak panjang😂
Sebenarnya Nokia tu ada snapchat.AHAHAHAHAHAHAHAH
hahahahahahahahaha kelakar komen ko!
hahahahahahahahaha kelakar komen ko! terhibur aku
hahahhahah snapchat pun takde lagi time tu
da abis ke? pendek giler minta sambung sikit lagi..
tak yah submit cukup reply komen tok je..
8/10
sebab sampai situ je cerita dia😀
Aku pon pernah jadi camni.ambil gambar depan kereta dgn adik sepupu.bila da cuci gambar(kodak)..dlm kereta tu ade nenek tua duduk belah penumpang.muka kecut sangat2.beberapa bulan lepas tu,kami sekeluarga kemalangan dan hampir meragut nyawa.terus ayah jual kereta tu.
Kereta terpakai ke? Ada rasa pelik2 tak sepanjang pakai?
Yup..kereta trpakai.ade kaitan ye relaxkuma?rase pelik2 tu tak perasan pulak,mase tu kecik lg.sekolah rendah.
Ada benda duk dalam henpon hang kut. Atau masalah pencahayaan.
Pendek je cite nih
Boring jerr
haha maaf
wada mana ni.
norul wada ke? haha
Jom berselfie bersama..
Ni cite hantu terkejar2 larian pecut 100m ni.
awaknya, pendek nau story awak.
maaf la. cerita dia mmg sampai situ je
Tergantung. Kenapa Kak Ira gelak? Perkembangkan lagi cerita sampai habis.
pasal kak ira tu takde pape pun. dia berani
la…ringkas nye..adeh
maaf hahah
Pulang Kan Masa 1 minit aku membaca benda ni!!!!
Emm biase
em,entah lah
Benda ni jd 4 tahun lepas..waktu tu parents aku ada la keluar dgn kawan2 diorg kt kedai mkn pastu tangkap gambar..lepas parents alu blk rumah aku pun cam biasa la suka main fon mak kan bukak la dkt photos then aku belek2 gambar aku nampak gambar elok je tp dpn mak aku tu cam ada benda nampak rambut semua tu..tp benda tu punya gambar mcm bergoyang sikit although gambar org lain tak goyang pun
Apa lg ko merepek ni. Cerita ko ni ntah apa2.. malu la wei… teruk sgt2… -10/10
maaf makcik dara. buat ape nak malu pulak? saje cerita sebab bosan kt office
Selfie maksudnya ambik gambar sendiri. Yang ko tu bukan ambik sendiri kan.
act saya confuse nak letak tajuk selfie atau snap gamba. sebab dalam ni ade 2 cerita. satu kakak saya(selfie). satu lagi saya(snap gamba)
Nie effect apps dlm kamera nie..yg boleh buh api2, mcm2 icon tu kot..ayooo..
tu bkn selpi bodoh…
tak baik mencarut🙂
sabarlah Wada…
die memang pandai..
biarkan die dengan dunia die..
Haha lucu cerita ni
Kau dah kena tipu dgn kak ira.. dia pura2 je ambik gambar kau. Lepas tu dia tunjuk gambar hantu. Macam tu pun boleh terpedaya.
Wada2…
Tu bukan selfie…tu org snap gmba wada… skrg ni nak tau.. kat ne seram nye cite wada ni? Tlg la sikit pun jdi la..
aku sorang je ke yg gelak terbahak baca comment korang semua ni? hahahhahahhahahhahah
Kenapa aku tak rasa cam cerita seram?
tak posa ke
Amboi dia…hahaha
Itu je,sikit nya ku bc ku ingt pjng tpi sikit,pelik betul?
Hmm tajuk cerita kedengaran best dan cukup seram dah. Tapi kecewa aku bila baca..
haha lawkla cerita ni, orng yang comment pun smua lwak2, zaman tu pun xdk lgi front camera mcm mna nk selfi haha
dik wada gegeh nk bgtau dlu tgal kat Petaling Jaya la.. Subang la.. Umur mestion 18 so sah2 la 18 mmg bukan 19 apekehai wat lawak hambar sgt ni..
pahtu selfie pun dik wada x paham, adoi..
dh la cter x best..sila lah belajar lg wat karangan….
haha awal cerita panjang benar. teringin nk tau jalan cerita. last2 yg seramnya xberapa nk seram. kekekekek…usaha lg dik 🙂
Pernah gak selfie malam on the way balik dari beraya rumah jiran blok lain, tibber ada penampakan cam muka pompuan siap ngan bunga kat telinga. Muka aku dalam pic tu pun cam kabur pelik. Kebetulan malam tu jiran tu memang ada open story pasal ramai orang nampak pontianak kat area blok dia. Kbai.
Cite sampah
Ko ni cerita syok sendiri ke ape dik oii!!! Camane la fs blh tapis cerita mcm ni…hurrmmm 😥
teringat aq dgn stu kes yg pernah jdi dulu..mase tu tgh hari aq dgn kawan aq 2 org,sorang tukang rakam lgi sorang berjalan dgn aq kire sebelah sebelah mcm tu la dlam blok smbil acahacah buat vdeo kelakar..abis je settel semua,sje aq tengok balik vdeo tu..tpi ade stu part tu mmg terperanjat gile bile aq pause kn vdeo tu aq nmpk ade 3 org..btolbtol dekat tgh tgh..kaki tangan kepale semua nmpk tapi tak berape jelas dan yg pasti lelaki..dlu penah jdi kes india bunuh diri dlm blok tu..tpi mase tu budak tak pikir,,hahaha.