•Salam,
Salam seram kepada semua pengunjung-pengunjung, pembaca-pembaca, pengstalker-pengstalker tegar laman web fiksyenshasha. Aku lebih mesra disapa dengan panggilan ‘Min’ sebab nama aku ni panjang.
•Baiklah,
Kisah yang nak aku ceritakan ini berkait dengan sebuah aktiviti paranormal yang diaktivitasikan oleh sekumpulan ahli paranormal kami sendiri yang kami nama kan sebagai “B.I.T Paranormal”, singkatan untuk “Believe It Paranormal”. Al-maklumlah, terpengaruh dengan movie Paranormal Activity sampai nama pun terikut-ikut. Oh ya, kami memulakan secara kecil-kecilan aktiviti paranormal yang tak berapa nak paranormal sangat ni pada pertengahan tahun 2011 di sebuah daerah terpencil di Johor.
•Rumah Terbengkalai:
Kisah ni berlaku betul-betul semasa aktiviti kali pertama kami secara ‘besar-besaran’ di sebuah rumah terbengkalai berdekatan kawasan perumahan kami. Rumah yang kami ‘terjah’ ni jenis corner lot. Terletak betul-betul depan taman permainan yang agak sunyi dan terpencil.
Kami yang seramai lebih kurang 6 orang bertolak dari rumah masing-masing ke rumah kosong tersebut lebih kurang jam 11 malam berbekalkan beberapa biji torch light dan handphone Nokia jenis berkamera.
Maklumlah, tahun 2011 phone belum nak canggih sangat. First time jejak masuk ke rumah tu aku terus rasa seolah-olah ‘diperhatikan’ oleh banyak mata-mata yang ‘ghaib’. Tak tahu lah kalau aku sorang je yang rasa.
Tanpa berlengah, dengan takjubnya aku mengarahkan beberapa orang untuk masuk ke rumah tersebut untuk memulakan aktiviti sementara aku dan seorang lagi member jaga line kat luar rumah. Bukan takut ya. Haha.
Selepas beberapa ketika, mereka pun keluar dari rumah tersebut dalam keadaan terburu-buru. Aku pun tak berani nak soal apa-apa soalan, terus ajak mereka ke tempat yang lebih selamat dan sesuai untuk aktiviti ‘revise footage’ yang sempat dirakamkan oleh kamera.
Tips selepas buat paranormal, korang jangan lah balik terus. Duduk di suatu tempat yang agak selamat. Kalau ada jenis yang pandai mengubat, bawa sekali.
Lagi-lagi ustaz. Ha, jangan sangka phone yang tak berapa canggih tak boleh rakam kewujudan benda tu! Huhu. Jadi aku pun tanya apa yang berlaku sampai mereka tergesa-gesa nak keluar dari rumah tu…
Fadhil (bukan nama sebenar) memulai cerita. Ketika sedang asyik mereka merakam menggunakan hand phone masing-masing, dia terserempak dengan makhluk berkain putih melompat sebelum hilang dari pandangan.
Aku yang dengar pun meremang segala macam bulu kaki. Kemudian, aku melihat kembali footage yang mereka berjaya rakamkan. Alangkah terkejut beruknya aku apabila ternampak sosok putih berbungkus di satu sudut bilik di rumah tersebut! Korang mesti tahu apa nama makhluk tu kan?
Makhluk itu juga mengalihkan pandangan mukanya ke arah kamera dan jelas kelihatan rupa bentuk wajahnya yang hodoh dengan pandangan mata yang tajam! Masih teringat lagi bebola mata nya yang hampir terjojol keluar.
Cameraman aka Cika (bukan nama sebenar) mengalihkan pandangan kamera ke sudut yang lain pula. Guess what? ‘Benda’ tu berada betul-betul dalam tandas dan memandang tepat ke arah kamera! Makhluk tu macam dalam cerita The Conjuring.
Boleh panjat-panjat dinding. Seram weh! Then, aku ingatkan nothing will happen lah tapi tiba-tiba, ada suara perempuan pula dalam video tu dengan jelas cakap “hei tunggu” sedangkan kami semua lelaki! Usai melakukan aktiviti kami, kami pun berkemas dan sempat aku terkumat-kamit membisikkan Ayat Qursi ke telinga masing-masing untuk tujuan pemulihan semangat.
•Pokok Buluh:
Kisah yang masih segar dalam lubuk ingatan aku ni berlaku pada lewat tahun 2013 (kalau tak silap lah). Menjadi buah mulut penduduk setempat kononnya makhluk berbungkus atau lebih mesra di sapa oleh kami sebagai ‘pakcik gula-gula’ mengamuk kerana dikatakan pokok buluh yang menjadi rumahnya telah di tebang.
Penduduk di kawasan tersebut menceritakan bahawa seseorang di kawasan mereka telah bertindak menebang pokok buluh tersebut mungkin kerana telah mengganggu laluan ke sebuah taman permainan yang terletak berdekatan.
Tindakan membutatulinya itu membawa padah apabila makhluk tersebut bertindak ‘menyerang’ rumah keluarga yang di diami lelaki itu tepat pada waktu tengah malam ketika si suami sibuk mencari nafkah meninggalkan seorang isteri dan anak mereka yang masih kecil.
Diceritakan bahawa ketika si isteri dan anak sedang nyenyak tidur, tiba-tiba pintu dan langsir rumah mereka terbuka luas seolah-olah di tiup oleh angin kencang sedangkan cuaca tidak menunjukkan akan turunnya hujan ketika itu. Dalam keadaan panik, si isteri bersama anak nya turun ke tingkat bawah untuk melihat apa yang berlaku.
Tanpa berlengah, dia terus menelefon si suami dan memberitahu keadaan pelik yang sedang berlaku. Sedang menunggu kepulangan si suami, alangkah terkejutnya dia setelah anak mereka memberitahu terdapat ‘benda berguling’ menuruni tangga.
Sesampainya si suami ke rumah, belum sempat berbuat apa ‘benda’ tu dikatakan telah memusingkan sendi lutut si suami. Korang boleh bayangkan? Kalau ikutkan logik akal, agak tak masuk akal juga bagaimana benda ni boleh berlaku.
Tapi semua atas izin dan kehendakNya. Kan? Keesokan harinya kami dapati rumah beliau didatangi ramai orang lengkap berbaju melayu dan berkopiah. Mungkin mereka telah mengadakan bacaan Yassin dan doa selamat. Ya! Ini membangkitkan semangat kami untuk melakukan ‘terjahan’ pada sebelah malamnya…
Pada sebelah malamnya, kami seramai 4 orang tanpa apa-apa kelengkapan menuju ke kawasan tapak pokok buluh tersebut dan mendapati sebahagian pokok buluh telah pun di tebang. Ini menguatkan teori kami untuk melakukan aktiviti pada malam itu.
Bayangkan pembaca, dari pukul 10 malam sampai lah membawa ke 2 pagi kami duduk dekat taman permainan berdekatan, hasilnya ‘zero’. Oh ya kalau korang nak tahu, kawasan belakang taman permainan ni adalah sebuah kebun yang agak luas.
So, malam-malam memang banyak anjing berkeliaran lah tapi tak gigit pun. Tunggu punya tunggu, sampai kami dah give up, dan tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Seolah-olah seperti benda tu betul-betul berada di hadapan kami yang kebetulan terdapat sebuah pokok besar yang agak menyeramkan.
Jenis aku ni, aku tak boleh nampak tapi boleh ‘rasa’ dengan jelas kehadiran makhluk ghaib ni. Kelebihan yang Dia bagi. Mungkin sebab aku tak berapa nak berani kot haha! Hujan tak ribut pun tak, tiba-tiba kami ditemani angin kencang yang entah datang dari mana. Bunyi-bunyian dedauan gugur yang di tiup angin menambah ‘mood’ seram.
Huhu. Tiba-tiba, punyalah banyak anjing lari keluar dari kebun tapi entah tiba-tiba seekor anjing ni tersesat menuju ke arah kami! Tau apa dia buat? Pernah korang dengar bunyi serigala melolong? Betul! Bunyi lolongan yang sama anjing tu buat sambil memandang ke arah pokok yang aku kata seram tu. Aku pun tanpa berlengah bagitahu member-member yang lain “Dah jom balik. Aku tak sedap hati ni”. Aku dengan sorang member lagi bersetuju nak ‘blah’ manakala lagi sorang member ni gigih pujuk member lagi sorang balik. Faham tak? (Actually, ada berlaku salah faham sikit antara aku dengan member yang merajuk tu huhu)
So kiranya, 2 balik. 2 stay kejap. Sedang syok berjalan 2 orang, tiba-tiba member yang sedang memujuk tu pun berlari ke arah kami. Kami pun tak berfikir panjang, langkah seribu lah! Haha. Takut anjing-anjing tu yang kejar pula kan. Tanggapan kami salah apabila diberitahu oleh member kami yang tadi tu, dia nampak dengan jelas ‘muka benda’ tu dekat pokok tadi.
Berciciran kami lari macam anak ayam kehilangan ibu. Member yang merajuk tu? Dia ‘berisi’ jadi tak menjadi masalah untuk dia jaga diri. Esoknya kami kumpul kembali macam biasa. Sejak kejadian tu, setiap kali aku lalu kawasan pokok buluh tu, terbayangkan juga lah benda tu bertenggek kat situ. Seram!
•Tangga:
Cerita terakhir ni pula berlaku pada tahun 2014-2015. Ketika itu heboh mengenai satu kejadian di mana tangga yang menghubungkan kawasan perumahan aku dan kampung sebelah menjadi ‘port’ cik lang @ cik ponti atau yang kami sebut sebagai ‘makcik rock’.
Rambutnya mengerbang mencecah lantai, suaranya nyaring memecah kesunyian malam, kainnya berlumuran darah menggeruni sesiapa sahaja yang memandang; itulah versi cerita yang terkenal dalam kalangan masyarakat kita untuk menggambarkan susuk tubuh ‘makcik rock’ @ makcik karipap ini.
Entah lah kenapa kami menamakan beliau dengan nama yang pelik-pelik. Mungkin tak seram sangat kalau dengar nama-nama tu kan! Haha. Berbalik kepada cerita asal, penduduk setempat mula gelisah apabila dikhabarkan bahawa mereka sering mendengar ‘makcik karipap’ ni mengilai betul-betul kat tangga tu.
Kononnya bumbung di salah sebuah rumah penduduk di kawasan tersebut juga sering di cakar pada waktu malam. Apakah motif sebenar makhluk itu? Adakah ada makhluk lain yang mendiami kawasan itu selain ‘makcik rock’ yang menjadi bualan hangat penduduk setempat?
Jadi, kami yang berbekalkan ‘tanggungjawab sosial’ dan semangat yang tak berapa semangat berniat untuk menyiasat kes tersebut dan melihat sendiri dengan mata kepala kami…
Kami pun bertolak dari rumah masing-masing seramai 3 orang (pada asalnya) ke tempat yang dikatakan agak tak kurang ‘keras’nya juga ini. Dari rumah kami, memakan masa hampir 30 minit jika berjalan kaki. Jadi kiranya, jika kami bertolak pada pukul 10, sampai-sampai pun sudah agak malam lah.
Sesampainya kami bertiga ke tempat kejadian, kami disapa oleh 3 orang remaja penduduk kampung yang masing-masing berumur dalam lingkungan yang sama seperti kami ketika itu. (Belum lepas SPM ya huhu).
Kami pun menceritakan tujuan asal kami datang ke tempat tersebut dan sekaligus bertanya kepada mereka tentang kesahihan kes yang dialami oleh penduduk kerana mereka lebih arif mengenai kawasan tersebut.
Mereka pun mengakui tidak pernah dengar mengenai sebarang kejadian seperti itu dan berminat untuk menyertai kami melakukan aktiviti paranormal pada malam tersebut. Ngam! Kami sudah berenam. (Konon dah kuat lah haha).
Tanpa berlengah, kami terus menuruni tangga tersebut menuju ke kampung bersebelahan untuk memulakan aktiviti kami sambil-sambil menghirup udara segar malam.
Jam menunjukkan hampir pukul 12, kami menjadi semakin teruja. Sayangnya, keterujaan kami tidak berkekalan apabila dikejutkan dengan suara ngilaian yang agak nyaring sebanyak beberapa kali sejurus selepas kami melepasi sebuah jambatan yang terdapat anak sungai. “Theee he he he he he he heeee”
Yang pernah alami mesti tahu kan? Gelak dia tu boleh buat bulu roma gugur! Meremang sungguh! Anehnya, sebelum ‘makcik rock’ tersebut mengilai, aku melihat seolah-olah ada yang sedang memancing di kawasan sungai tersebut.
Tetapi setelah mendengar bunyi ngilaian tu, aku lihat tiada seorang pun yang sedang memancing! Usah kata batang joran, jejak, kenderaan; bunyi kenderaan pergi meninggalkan kawasan sungai tu pun tiada!
Jadi kami pun mengambil keputusan untuk pergi dari tempat tersebut dengan harapan agar ‘makcik rock’ tak kejar lah kami pula kan. Tapi apa jadi lepas tu? Tup tup pak polisi yang tahan kami. Haha! Nasib baik semua ada ic. Hihi
•Rumusan.
Kadang-kadang, memang susah nak percaya benda yang kita sendiri tak pernah nampak.
Tapi kalau dia nak jadi, kejadian seperti ini tak mustahil boleh jadi. Hanya mereka yang pernah alami situasi-situasi sebegini yang semestinya tahu dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menceritakan pengalaman kita kepada mereka yang ingin tahu. Apa tujuan mereka? Apa yang mereka mahukan?
Sesungguhnya kewujudan mereka tidak dapat di sangkal. Kisah yang aku ceritakan ini bertujuan untuk membuktikan kewujudan mereka.
Sesungguhnya mereka ada dan menjadi rukun iman bagi setiap manusia untuk mempercayai kewujudan perkara ghaib.
Banyak lagi kisah-kisah mistik yang aku nak ceritakan lagi kat korang. Kalau ada rezeki dan diberikan peluang, next time ya! Hehe.
Kesimpulannya, nak percaya boleh, tak nak percaya pun boleh.
Sekian!
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kau bagai boneka malammm
Dibawah cahaya surammm
Kedatangan ratu malammm
Menitinya lembah hitammm
kalau saya yang dengar makcik rock kompm mencecet lari
sha suka lh tgok video2 parnormal ni..nk ikut tk bole.,..mau nk kena pelangkung ngan umi..
Udah nape…???
Carik antu, dh diorg tu kuor korg lari plaakkk…
Kecik ati antu2 tu semua korg mainkan perasaan diorg…
setuju..
Ni laa contoh manusia bodoh…Xde penyakit tapi sendiri tempah sakit…Acah acah pencari paranormal…Da jumpa lari lintang pukang…Kan bangang namanya tu…Apa motif sebenar ko cari entiti entiti tu?Da jumpa pi laa interview diorang..Yang lari x cukup tanah buat apa?
emo nye cik..pernah gi buat aktiviti cenggitu tak..
Best..Nanti cerita lagi ye..Nama pun budak x lepas SPM..Seronok cuba benda2 baru..