AKU , MENARA & HUTAN

AKU , MENARA & HUTAN

Hai Assalamualaikum pembaca semua.. kalini aku nak share pengalaman masa duk kerja dalam hutan.. enjoy

Aku pernah jaga menara kt dalam hutan sorang diri.. tiada sesiapa melainkan aku sorang saja di situ.. bila takde kerja nak buat aku akan ronda sikit2 , layan fon atau tidur.. setiap kali tidur kat situ aku selalu bermimpi berada di menara yang aku jaga tu jugak.. sebijik sama.. tapi beza nya sekeliling menara yang asalnya hutan tiba2 ada perkampungan pulak. ada juga satu istana lama bentuk macam rumah minangkabau , bila selalu duk mimpi pasal kampung tu , sampai aku boleh hafal kat mana lokasi rumah² tu..

Masyarakat dalam mimpi tu pakaian dorang macam orang zaman dulu2.. ada juga yang berjubah putih.. ada yang berjalan ada yang boleh terbang.. tapi syok juga mimpi tu sebab aku boleh round kawasan kampung tu tengok rumah demi rumah perhati gelagat dorang semua tapi yg peliknya takda sorang pun manusia dalam mimpi tu pernah tegur aku.. kecuali 3 perempuan berjubah putih sedang mengaji tegur aku & bagitahu sesuatu yang aku tak boleh cerita kat sini..

Sebelum mimpi perempuan mengaji tu aku memang dah terjumpa dia sekali masa aku meronda kat menara tu.. dia ada dari luar kat bucu pagar tempat sama yg aku mimpi jumpa istana.. aku pernah jugak mimpi berada dalam toilet tempat aku jaga tu.. dalam mimpi tu ada pontianak berdiri belakang aku.. aku cuma mampu tengok melalui cermin sinki di depan aku , tak berani nak toleh belakang tengok dia.. melalui cermin tu , aku perhati muka dia tertutup dengan rambut dan dia cuma berdiri diam saja beberapa meter di belakang aku.. pada asalnya mimpi tu semua aku anggap mainan tidur saja sehingga lah ada orang cakap kalau kita mimpi berada di tempat yang kita kenal sebijik persis macam dunia nyata bermakna mimpi tu ada bawak petanda.. hahaha start dari tu aku dah tak boleh nak tidur sangat dah kat situ.. ambik masa berbulan juga untuk aku tidur tanpa rasa takut.. lepastu okay dah , kul 3-4 pagi pun selamba je aku lalu hutan tu sorang bawak motor pergi lepak mamak

Di laluan yang sama dalam 100 meter macamtu ada juga menara lain yang lagi besar tapi takde siapa pun kat situ.. sekuriti pun takda.. macam terbiar kadang2 je ada orang masuk.. kisahnya menara tu lebih keras dari menara yang aku jaga ni.. kawan aku cerita situ ada orang pernah panjat menara tu dan terjun b***h diri.. ada juga yang buat uji nyali kat situ.. dorang lari lepas kena kacau dengan pontianak kat situ.. pontianak yang dorang cerita dekat aku tu sama macam pontianak yang aku jumpa dalam mimpi aku tu.. jemm aku , lagipun situ ada dua pokok besar memang sesuai sangat kalau hantu nak bertenggek malam2 , bila tengok rumah2 kontena kat menara tu teringat zaman2 awal tahun 2000 , rasa nostalgia tau tapi tulah suasana situ dah lah suram sunyi , aura kat situ buatkan kau rasa macam nak cepat2 pergi dari situ.. macamana aku tau ? sebab aku pernah curi2 masuk kawasan tu , tempat tu lagi seram dari menara yang aku jaga walaupun kat menara aku sendiri pun pernah kena kacau lembaga hitam , pintu2 kat tingkat atas selalu kena hempas gedegang gedegung , bunyi orang gelak orang batuk , ada kelibat main ngintai² kat tangga.. tapi tetap menara tu lagi seram dari menara aku.. padan lah takda sekuriti pun jaga.. tak sanggup.. hahaha

Aku pernah balik sekitar senja melalui kawasan hutan tu.. bawak motor sorang diri.. masa tu aku nampak tepi jalan tu ada sorang pakcik terhenjut henjut kaki nya macam tercari benda hilang kat semak samun situ.. jadi aku pun patah balik dan tegur lah dia.. buat apa ni pakcik senja senja ni ? mula nya dia macam taknak layan aku.. masa tu dah mula nak gelap malam.. malas nak buang masa aku pun nak start motor pergi dari situ.. masa tu lah pakcik tu cakap atuk cari barang atuk ni macam ada kat sini.. aku pun turun lah dari motor buat2 cari barang dia tu.. atuk cari kasut kebun atuk katanya.. jadi aku pun cari lah sebelah semak sini dia cari sebelah semak sana.. cari punya cari tak jumpa pun apa2 kasut.. suasana dah start gelap dah.. aku pun macam fedup nak cari..

Jadi sambil buat2 mencari tu aku tanya lah dia kasut tu camana rupa dia warna apa pakcik ? masa ni kami masing2 membelakangkan diri jadi takdelah bertentang muka.. dia boleh jawab kaki atuk ada lagi kat kasut tu.. sebab tu atuk nak kasut tu ehehehehe eheheheh… tiba2 dia boleh gelak camtu pulak , tapi suara atuk tu macam tukar jadi suara lain.. aku dah mula lembik lutut dah macam nak pengsan pun ada.. nak toleh dia pun tak berani.. adui kena main lah ni aku.. hurghh…hurghhh.. hurghhhh..boleh pulak dia buat bunyi camtu…macam lembu kena semelih..

Dalam rasa takut tu aku rasa geram sangat kena main dah lah hari dah mula gelap, aku pun toleh ke belakang pelan2 tapi atuk tu takda dah situ.. kaw kaw kena main aku ni.. start lah motor kelam kabut bawak laju macam bini kat umah nak bersalin.. tak kira dah ada kayu ke ular ke tengah jalan.. aku demam selama beberapa hari sebab peristiwa tu, sekarang aku dah tak kerja lagi kat situ.. yang jaga situ takda yang tetap pun kadang takda orang jaga.. ahh lantak lah.. korang cari lah mangsa lain yang sanggup nak jaga situ.. taknak dah aku..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Izz
Rating Pembaca
[Total: 75 Average: 4.6]

2 thoughts on “AKU , MENARA & HUTAN”

  1. Best cerita awkkk. Boleh feel seram smpai naik bulu roma ni. Kipidap okay! Nak dgr lagi story dari awk ye. Mmg santai

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.