AKU MINTA MAAF: MAYAT, KEMALANGAN, HANTU ATAU SAMUN ?

Kisah panjang. Kisah benar aku.

AKU MINTA MAAF: MAYAT, KEMALANGAN, HANTU ATAU SAMUN ?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Tarikh disembunyikan tapi ini kisah benar yang benar berlaku depan mata.

Jam 4.00 pagi aku ambil keputusan untuk bergerak ke KL sambil nak singgah ke N9 dulu utk ziarah kawan disana. Jam 4.15 pagi aku mula bergerak dari rumah di Ayer Keroh Melaka. Aku hanya memandu Kenderaan sebuah motosikal Yamaha LC yang top speed 120km/j, tu pun semput2.

Jam 4.30 pagiaku  mula masuk highway PLUS. Dan entah kenapa, waze dan peta memaksa aku untuk exit di Pedas-Linggi.

Dan di jalan ini bermula episod misteri…

Jam 5 pagi memasuki jalan Pedas-Linggi, aku mula rasa sunyi dengan keadaan jalan yang gelap dan hanya sesekali selisih dengan kereta lain. Tu pun sebuah dua mcm tu. kiri kanan pulak hanya ada semak samun dan pokok-pokok.

Hati mula berkocak, “betul ke jalan ni”. aku mula berfikir. Nak patah balik dah jauh dan minyak pun makin kurang. Aku ambil keputusan dan nekad untuk teruskan perjalanan.

Sampai disebuah simpang tiga, line handfon tetiba No Services. Ah sudah, waze dah tutup tadi. Berhenti di tengah simpang, takda sebijik kereta pun. Aku cuba cari line. Akhirnya dapat. Waze cakap ke kanan. Jalan ke kanan sunyi sepi dan sangat gelap. Route 5 jalan pedas-linggi melalui pasir panjang. Sepanjang 16 km laluan no 5 ni based kpd peta.

Aku nekad masuk. Aku perhatikan meter motor, minyak dah separuh meter. “16km cukup nih”. Biik hatiku. Dalam 8 kilo pertama, tak da apa berlaku cuma kdg2 rasa seram dan meremang. Yelah, kita sebijik moto ja yang ada kat laluan tu dan jarang2 selisih dgn kereta di tambah lagi dengan keadaan hutan yang sunyi sepi sepanjang jalan.

Tengah top speed 120km/j, tetiba di satu selekoh, berdekatan hutan lipur / hutan simpan pasir panjang kalau tak salah.

Allahuakbar. Kali ni betul2 meremang dan menggigil badan dan jantung kencang berdegup. Sejuk pagi buat aku peluh jugak.

Di selekoh tu, aku tengah laju bawa moto, tiba2 muncul seorang ‘makhluk’ yang bertopi keledar dan mengibarkan sehelai kain. Dia meluru ke tgh jalan utk cuba tahan aku. Allah, sempat elak dari langgar dia. Berapa meter ja jarak dgn dia. Aku tak berhenti. Sebabnya adalah…

Dalam nak elak dia, mata terpaku tgk disebelah tempat dia berdiri pd mulanya ada ‘sesuatu’.

Aku tak tahu apa. Sekali tengok, mcm sekujur mayat yang tertutup dengan kain. Ya MAYAT ! Mcm jenazah org m**i ! Tapi nampak mcm motosikal yang terbalik pun ada!. Ianya menjadi tanda tanya pada aku.

Allah selamatkan aku waktu tu. Aku teringat ada taktik SAMUN yg mana berpura kemalangan dan cuba tahan orang. Taktik beginilah yang selalu digunakan di kawasan-kawasan yang terpencil untuk merompak. Untuk menjaga keselamatan diri, maka ada baiknya tak payah berhenti.

5.30 pagi waktu tu ! Jalan mmg sunyi tak dak kereta. Cara dia meluru tahan aku mmg sangat menakutkan dan mengejutkan. Laju dan pantas.

Sampai sekarang aku masih terbayang. Apakah dan siapakah ‘makhluk’ dan ‘sesuatu’ kat atas jalan tu.

MANUSIA atau BUKAN MANUSIA, aku tak pasti ! Tapi memang menggigil badan aku kerana ketakutan.

Kalau kau betul kemalangan dan perlukan bantuan, aku minta maaf sebab tak berhenti.

Tapi kalau kau taktik nak samun, aku minta kau insaf dan jangan buat lagi.

Tapi kalau kau jugak adalah makhluk Allah dari alam lain, aku minta janganlah diganggu anak cucu Adam A.S.

Jadi, pada sesiapa yang jenis berani sangat nak gerak malam2, pastikan berteman ramai2.. Study dulu route dan jalan yg nk lalu.. Terutama jalan Pedas-Linggi … Doa banyak2.

Aku takkan lalu lagi bila matahari dan terbenam ….

adithegreen
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

16 thoughts on “AKU MINTA MAAF: MAYAT, KEMALANGAN, HANTU ATAU SAMUN ?”

  1. woi malam tu aku la sia tahan moto kau tu..
    apesal kau x nak berhenti hah??
    aku tgh emergency waktu tu..tp takperlah
    aku maafkn kau..aku tak ingat tarikh / hari kejadian tp
    minggu lepas..

    Reply
  2. Jalan tu memang bnyk penyamun.
    Sewaktu ayah saya dn rakan2 nya balik dari musabaqah Quran di port Dickson Ada 2 org keling tahan kereta tengah jalan. Kwn saya yg memandu terpaksa berhenti. Oleh kerana kwn2 yg dlm kereta tu badan besar2 mereka Kari ke dlm semak.

    Memang bnyk kejadian mcm Ni berlaku di jauh mlm. Mak Saya rahimahallah selalu ingatkan Saya agar jgn balik kg di jauh mlm, bnyk perompak , katanya

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.