Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

Anak bunian

Assalamualaikum pertama sekali jika cerita ini dipublish ribuan terima kasih pada FS kerana publish cerita saya. Ni pertama kali saya tulis cerita, jika ada kesalahan ejaan atau apa-apa maafkan saya ya..

Saya kenalkan diri saya, saya Lana (bukan nama sebenar). Jadi waktu tahun 2018 saya bagitahu keluarga saya yang saya berminat nak masuk tahfiz pada waktu tu, jadi mereka pun setuju dan memasukkan saya pada awal tahun 2019. Tahfiz saya terletak di Denai Alam.

Jadi nak dijadikan cerita, minggu pertama duduk disitu semuanya okay tak ada apa-apa pelik yang berlaku pun. Sampai lah hari sabtu iaitu waktu kami ingin keluar beriadah. Macam rutin aktiviti masa dekat tahfiz. Jadi saya dan kawan-kawan lain yang daftar masuk sekali masa tu semua exited nak keluar, nak hirup udara luar sebab seminggu duduk dalam rumah tak keluarkan. Happy je masing-masing waktu tu. Tahfiz kami adalah rumah banglo 2 tingkat. Besar. Dan untuk hall atas (bentuk L), luas juga tapi sedikit sempit waktu tu sebab ada loker kami semua.

Jadi waktu tu masing-masing exited nak amik purdah la, tudung la, stokin. Masing-masing dok lari-lari, lepastu saya pun rushing juga. Jadi waktu nak lintas hall selekoh L tu tiba-tiba kaki saya jatuh sendiri terhentak yang kuat dan terus jatuh ke lantai. Waktu tu saya menjerit, kuat gila. Taktahu kenapa menjerit tapi memang jerit kuat. Lepastu saya dah tak ingat apa.

Dalam beberapa minit saya sedar, semua kerumun kat saya. Kepala saya pusing sakit gila. Rasa mual. Lutut saya jangan cakap, terus lebam biru bengkak besar bengkak yang tak normal. Lepastu diorang decide suruh saya duduk dekat rumah. Seorang diri. Saya takut memang tak berani, rumah besar macamni duduk seorang diri. Jadi saya paksa diri untuk ikut diorang beriadah sekali. Sepanjang jalan rasa pening nak muntah, kaki pun jalan terjengket-jengket sakit bukan main lagi weh.

Lepas dah habis riadah, dah selesai bersihkan diri semua. Saya tanya diorang apa yang terjadi. Awalnya semua taknak buka mulut, mungkin takut saya takut. Tapi saya paksa juga. Diorang kata masa saya rasa tak sedarkan diri tu sebenarnya saya tengah kejang-kejang, mata hitam hilang . Diorang takut saya ada sawan, tapi saya tak ada pun hahaha. Diorang assume tu je, saya pun masa tu tak terpikir kisah mistik ke apa. Lepastu waktu tu juga ustazah bagitahu mak saya, esok mak saya datang dan pickup saya.

Dalam waktu terdekat juga ayah saya bawak saya ke hospital KPJ Shah Alam untuk berjumpa dengan Doktor pakar lutut. Lepas result keluar, aneh… Lutut saya baik-baik je. Tapi bengkak dan lebam bukan main. Lebam berwarna biru keunguan pekat. Jadi kat sini kami dah syak.. Selang beberapa hari kami pergi darrussyifa’ berdekatan untuk check. Rupanya waktu saya cross selekoh, saya terlanggar anak bunian. Mak dia marah. Tu lah balasannya kot langgar anak dia. Tapi saya tak tahu dia kat situ pun huhuhu..

Waktu saya taksedarkan diri tu, saya nampak lelaki dan perempuan pakai baju tradisional berwarna kuning keemasan, baju nya cantik macam pakaian kerabat. Tak nampak muka. Saya sempat tengok sampai leher, muka tak nampak. Lepastu saya tersedar. Ustaz kata Denai Alam tempat baru waktu tu jadi ‘mereka’ ramai di kawasan tu, kena hati-hati sebab dah masuk kawasan ‘mereka’.

Alhamdulillah saya dah okay sekarang, tapi lutut masih effect sampai sekarang. Kadang nak solat kena pakai kerusi hihi. Itu sahaja dari saya, maaf kalau ada kekurangan.

Kalau cerita ni okay bagi kalian, next saya akan ceritakan pasal kejadian ditahfiz saya juga ya!

Lana
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram