Anakku Diganggu

Assalamualaikum wbt pembaca FS, aku baru sangat dengan FS ni tapi ada cerita untuk aku ceritakan, aku tak tau nak mula dari mana sebab dah lama sangat tak menulis tapi aku cuba

Bismillah.. maaf kalau cerita ni tak berapa seram tapi aku anggap pengajaran buat kita semua lebih lagi yang ada anak kecil.

Kejadian yang berlaku ni baru sangat, baru beberapa bulan lepas tapi bukan berlaku pada aku tapi pada anak aku yang berumur baru 3 tahun. Asalnya aku dan suami sibuk nak pindah rumah baru dan berkemas untuk masuk ke rumah baru yang mengambil masa seminggu jugaklah memandangkan tak sewa lori dan masing-masing sibuk bekerja, dan dalam masa seminggu tu ulang alik rumah sewa lama ke rumah baru ada satu hari tu terpaksa ke rumah lama bersama anak aku sekali waktu malam dalam pukul 10 untuk selesaikan urusan pindah yang terakhir danserah kunci. Dalam masa yang sama mertua aku whatsapp ajak kami pergi makan di kedai siam fav bapak mertua aku tu,

Entah macam mana aku boleh cadangkan pergi satu kedai yang baru buka di kawasan rumah mertua aku tu sedangkan aku bukanlah jenis suka mencuba kedai baru kalau tak ada orang cadangkan kesedapan makanan di kedai tersebut. Maka selesai urusan dalam pukul 11.00 malam aku dan suami bergerak ke kedai makan baru tu dan mertua aku dah pun
menunggu di sana.

Aku pendekkan cerita supaya senang faham, masa nak ambil order tu tuan kedai atau pelayan aku tak pasti, liat betul nak ambil order dekat meja kami panggil 2 3 kali baru datang dan masa ambil order tu dia tak pandang langsung muka kami. Aku cakap dalam hati kenapa pakcik ni buruk sangat ke rupa hantu, bila makanan sampai aku pulak tiba-tiba rasa tak berselera makan sama macam suami. Aku pun pandang la sekeliling melihat suasana kedai baru tu dan terpandang lelaki yang jual satay di luar kedai tengah pandang ke arah kami tapi senyuman dia lain macam jadi aku buat tak tau saja terus makan dan ajak mertua dan suami aku balik kerana waktu tu dah hampir pukul 12 tengah malam.

Aku dan suami sampai rumah (masa ni masih lagi di rumah sewa lama) dan tiba masa nak tidurkan anak aku, macam biasa la aku dengan suami kena ada sekali tapi malam tu anak aku macam susah sangat nak tidur selalunya siang dia tak tidur malam mesti dah kepenatan balik selalunya terus lelap. Tiba-tiba anak aku bersuara

“tu..luar ada tu..” sambil anak aku tunjuk dekat area ruang tamu arah dapur

“apa dia? tak ada apa pun?” kata aku sambil pujuk dia suruh bangun lepas tu aku bagi “sign” dekat suami aku suruh cek apa benda anak aku tunjuk-tunjuk

“tuuuu.. ada tuuuu outside” anak aku tunjuk2 lagi dengan nada berkeras sampaikan aku paksa dia baring dia tak nak

Masa ni suami aku dah angin satu badan tapi still sabar lagi sebab masing-masing penat dan masa ni tak terfikir sesuatu yang “creepy” pun sebab tak pernah terjadi pada anak aku macam tu dan kami cuma anggap malam tu dia main-main atau “imaginary friend”. Masa ni anak aku masih tunjuk-tunjuk ruang dapur lagi sambil merengek.

“Umi.. close the door” akhirnya anak aku bersuara berkali-kali suruh tutup pintu pulak dan masih lagi merengek. Aku apa lagi bangun terus padam semua lampu sebab selalunya kalau gelap dia lagi senang tidur rupanya tak berhenti di situ

Memandangkan tahap kesabaran suami aku pada anak lebih tinggi berbanding aku maka aku biarkan suami aku yang pujuk anak aku tapi malam tu agak tewas jugak sebab berkali-kali suami aku nak baringkan anak aku tapi gagal, macam kederat orang dewasa tolak suami aku. Masa ni dah bergelap cuma tersuluh dengan limpahan lampu jalan dari langsir bilik yang tak berapa tebal. Kami biarkan dia duduk, pintu bilik pun dah tutup anak aku masih lagi cakap ada orang dekat sana ada orang. Masa ni aku cuit suami aku sebab lain sangat perangai anak aku malam ni. Akhir sekali suami aku ikhtiar rukyah kan anak aku.. bermula lah gemaan suah Al-fatihah, ayatul kursi, muawizatain berkali-kali dari suami aku.

Semasa rukyah berlangsung suami aku duduk sebelah kanan anak aku yang berkeadaan duduk dan aku separa baring disebelah kiri anak aku. Tiba-tiba kepala anak aku terpusing-pusing, terkepak-kepak (part ni aku tak pandai nak explain.. aku siap search dekat youtube kelakuan exorcist untuk aku hantar pada kawan aku masa aku ceritakan kejadian tu..). pergerakan kepala dia ala2 macam kena exorcist dalam cerita-cerita kerasukan mat saleh. Cuma anak aku tak terapung je masa tu dan agak mustahil budak umur 3 tahun nak buat kelakuan macam tu. Aku dan suami pegang tangan dia. Dia tak melawan cuma aku rasa dingin betul siap berpeluh-peluh padahal kipas laju, dalam setengah jam lepas tu baru lah anak aku baring dan tertidur.

Suami aku terus bangun bukak lampu dan pergi dapur. Aku pula  terus tanya kena kat mana ni? (maksud aku jin dari mana ikut anak aku). Suami aku terus cakap dari kedai makan.. Dia tak ada ilmu apa-apa setakat nak merukyah diri sendiri tu bolehlah. Dia yakin amat dari kedai makan bukan dari rumah baru berbekalkan “instict” yang Allah SWT bekalkan pada dia dan masa balik tu kami kepenatan sampai masuk rumah lupa bagi salam, lupa nak baca zikir pagi petang dan minta perlindungan pada Allah.  Dah lah masa tu balik sampai tengah malam. Aku pun cakap la.. mungkin ya sebab pakcik tu pakai cincin batu kemain penuh jari, dan orang jual satay tu cara pandang dan senyum dia lain macam. Tapi malam tu aku tak rasa apa pun sebab kadang kala kalau ada benda tak elok aku rasa seram sejuk.. Normal la kan sebagai manusia kalau ada rasa takut sikit. Oh yaa.. aku baru teringat masa aku mengandungkan anak aku yang ni, aku kena gangguan langsuir. Aku nampak dekat luar rumah tapi makhluk keji tu tak dapat nak masuk rumah.

Sejak dari hari itu aku dan suami memang jarang-jarang dah keluar sampai tengah malam kecuali atas urusan yang tak boleh nak elak itu pun tinggalkan anak di rumah mertua sekejap dan doa-doa harian terus tak lekang dari mulut setiap hari.

Itulah saja cerita dari aku kak ina, kalau rasa tak menarik minta maaf.. Terima kasih admin FS kalau sudi siarkan cerita aku ni untuk perkongsian bersama, ada cerita lain lagi nanti aku sambung.. tunggu approve dulu hhihi

_-kak ina-

Kak Ina
FOLLOW FB KAMI.

One comment

  1. Kalau ada anak kecil sentiasa amalkan 3 kul sebelum masuk rumah. Ludah 3x belah kiri. Bg salam, selawat dan masuk. Nk keluar baca bismillah 5. Saya amalkan.. alhamdulillah 2 anak saya x pernah diganggu wlwpun seorang tu kategori “istimewa”. Semuanya atas keizinan ALLAH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.