Angin

Assalamualaikum, hai semua. Terima kasih kepada admin jika cerita saya ini disiarkan. By the way, aku MELUR. 18 kali aku cuba untuk menulis, tapi lepas niat yang 19 baru aku berani nak cerita. Aura dia lain macam. Cerita ini adalah kisah benar dan pengalaman aku sendiri. Jika cerita ini mendapat feedback positif, aku akan tulis pengalaman aku yang lain.(Itupun kalau cerita aku yang ni disiarkan, berangan nak tulis cerita yang lain padahal yang ni pun tak publish lagi haha.) Aku cuba ringkaskan dan cerita macam aku tengah berborak dengan korang yang tengah baca cerita aku.

Cerita ini berlaku dalam 9 tahun yang lepas. Waktu tu aku berumur 13 tahun. Waktu ni aku baru je masuk asrama dekat negeri kelahiran aku. Tak jauh pun dari rumah, dalam satu jam je jauhnya tapi biasa lah orang kampung kalau anak dia dapat masuk asrama, happy semacam. Alright cukuplah lah tu pengenalan. Cerita bermula!

Malam tu, lepas habis prep (budak budak asrama tahu lah prep tu apa). Waktu ni aku malas nak makan malam (supper), so aku decide nak masuk dorm terus. Dorm aku ni terletak di tingkat 2 dan hujung sekali. kene lalu dalam 5 dorm baru lah sampai sebab dorm aku dorm yang ke 6. Masa Aku lalu setiap dorm, tiada sorang pun kelihatan. Semua dorm kosong. Cuma nila sampai dorm yang ke 3, ada sorang kakak ni nama dia kak Abby. Aku tak singgah dan tak tegur pun, aku just lalu and terus berjalan ke arah dorm aku. Sampai je dekat dorm yang ke 5, tiba tiba angin kuat tapi aku rasa benda tu normal sebab asrama dekat atas bukit and sebelah tu hutan.

Aku terus jalan dan sampai je dekat dorm, aku terus susun selipar aku di rak kasut dekat dengan tingkap. Aku pun jenguk dekat tingkap nak tengok ada orang tak dalam dorm. Malangnya cuma aku sorang je yang baru balik ke dorm dan yang lain masih d bawah. masih makan agaknya. So, aku terus pergi ke pintu dorm dan masuk ke dorm. kira rasa seram juga masa ni. tapi aku kawal dan cuba untuk beranikan diri. Aku terus on suis lampu dan kipas. Tetapi angin waktu tu masih kuat bertiup.

Lepas je aku on suis, aku berjalan ke arah locker aku. Tiba-tiba, badan aku macam kena tolak oleh angin dari belakang lalu terjatuh. Macam tak masuk akal bunyi dia kan, tapi itu lah terjadi pada aku malam tu. Disebabkan tolakan tu, aku tak berdaya langsung nak bangun. Berkali-kali ku cuba tapi memang rasa berat and susah dan bangun. Yang peliknya, aku tak ingat langsung nak baca apa-apa masa tu mungkin sebab terlalu takut and mindset aku fikir nak bangun and lari je. Aku dah mula panik. Nak menjerit pun lupa. Aku gagahkan diri untuk terus bangun. Dalam 2 minit jugak aku cuba bangun, akhirnya aku berjaya. Lepas tu, tak fikir apa dah, aku terus lari menuju dorm yang ada orang tadi. Tanpa bagi salam, aku terus je masuk. Akak Abby pula terkejut tengok aku.  Aku senyum kambing je kat dia. Kemudia dia tanya dekat aku, kenapa macam pelik je. Aku cuma senyap sebab penat berlari. Aku cuba tenangkan diri.

Selepas 5 minit berlalu, aku pun cerita dekat kak Abby apa yang terjadi. Rupanya kak Abby dah lama tahu tentang dorm yang aku duduk tu. Dia cakap dorm yang aku stay tu memang dah jadi “sarang” benda tu dan dah ramai yang kena kat dorm tu. Dorm tu agak popular dengan kejadian-kejadian macam yang baru ja aku alami tadi. Aku pulak dah makin takut dengan apa yang kak Abby cakap. Kemudian Kak  Abby teman aku balik dorm. Mulanya aku tak mau tapi dia cakap akan stay di dorm aku sampai budak-budak lain balik bilik. Dalam 10 minit gitu, aku dah dengar riuh rendah kawasan asrama aku sebab diorang dah balik dari dewan makan. Baru lega hati aku.

Lepas kejadian tu, aku terus kena dan nampak macam-macam. Hampir setiap hari aku kene kacau. Aku tahu cerita ni takde la seram sangat lagipun ini cuma permulaan. Aku tak boleh nak cerita semuanya dekat sini sebab korang akan bosan. Confirm akan jadi panjang lebar.

Ini hanya PERMULAAN KEPADA SEBUAH PENGAKHIRAN. Aku akan cerita lagi,  cerita aku tak berhenti sampai sekarang, memang susah nak percaya tapi kewujudan makhluk ini memang benar dan kita sebagai Hamba Allah kena tunduk pada yang satu.- MELUR-

Cik Melur

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

15 thoughts on “Angin”

  1. Betul, cerita asrama sekolah ni dah bosan baca. Semua sama je. Ntah2 perasaan je lebih. Tajuk kan main misteri ‘ANGIN’. Selalunya budak2 asrama ni banyak yang ditokok tambah.

    Tak payah la hantar next cerita ye, kalau cerita masa zaman budak2 confirm tak best. Yang ni pun dah tak best.

    Reply
    • X baik ckp camtuh wak… Cuba bg semangat skit… Kita Ni Kan pembaca Jew so jom lah jd pembaca yg berhemah… Huhuhu… Sian budak tuh… Dah itu yg dia alami… Kang dia citer kwn ngan Jin dok main terbang2 atas KLCC Kita kata dia menipu sembang bagai nak rak plak… Terima Jew la APA yg hada…. Sowieeeee~~~

      Reply
  2. Mesti yang komen-komen ni pengalaman lagi seram drpd tu kan… Sbb tu cerita ni rasa tak best.

    Takpe awak, cerita je. Tp cari pengalaman yang plg menakutkan awak alami di asrama tu yg mungkin lain drpd yg ada di sini. Lepas tu, cerita panjang pun takpe. Kami baca je.

    Admin FS, sini update lg ke? Atau update website baru je? Den udah pening tengok web address beza ni. Kesian awak ya.

    Reply
  3. Pls writer mana2 pn jangan la letak ayat ala2 mcmni Aku tak boleh nak cerita semuanya dekat sini sebab korang akan bosan.. Dpd dok syok2 baca terus bosan betul2

    Reply
  4. sambung please. nak tahu psl yang lain2 tu. yg korang ni pon releks la adoi. takyah layan fs la kalau tk suka. skrg fs memang byk citer2 mcm ni. so baik tak payah baca kalau asyik tk puas hati

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.