Assalammualaikum..Dah lama tak tulis dalam fiksyen shasha ni.Sebelum ni saya pernah menghantar kisah Janji kawan, gangguan kem 1& 2 dan baby di Rnr. Saya Nani nak berkongsikan kisah arwah mak ayah saya yang terkena buatan orang. Nak bagi tahu minta maaf semua kali ni tak seram.
Arwah ayah saya meninggal 6bulan lepas. Sebelum ayah saya meninggal, arwah adalah seorang dukun tapi berpandukan ajaran islam. Dimana arwah merawat menggunakan ayat ayat dari Al quran. Umum pada zaman dahulu bila seseorang pandai merawat lazimnya memiliki khadam atau dari keturunan. Ok ini saya nak ceritakan.
Arwah ayah saya pernah merawat macam-macam yang melibatkan santau, sihir dan sebagainya. Dari kecik saya selalu tengok macam-macam karenah dan waris pesakit menyuruh ayah saya membalas balik kepada yang menghantar…Dan semestinya la ayah saya menolak cara baik sebab ini bila kita membalas balik cara tak langsung sama dengan orang yang menghantar santau tersebut. Dan apabila orang bertanya siapa yang menghantar pun ayah saya rahsiakan untuk mengelakkan pergaduhan atau sebagainya.
Dari kecil saya pernah nampak benda halus ni. Lebih kurang macam arwah kucing kelabu. Masa tu saya di kedai dengan family saya minum abc dan makan keropok lekor. Tak lama lepas tu datang lah seorang pakcik ni dengan muka gelisah dan menuju kepada kami.
Pakcik tu menegur ” Assalammualaikum Pak Bakar (bukan nama sbenar) ” dengan tergesa-gesa pakcik tu salam ayah saya. Ayah saya menjawab ” Waalaikummussalam Ada pe Darus nampak gelisah je ni. Ada apa-apa yang boleh bantu ke”
Lalu pakcik tu menjawab ” Begini Pak Bakar dalam seminggu ni anak saya yang sulung tu aneh sangat, berkurung je dalam bilik. Keluar makan pun tak mahu, cuma kerap sangat termenung mengadap cermin dan bercakap seorang diri bila ditegur dia marah.
Saya terus menyampuk ” Mungkin anak pakcik patah hati”. Mak saya tepuk peha saya dan bagi isyarat diam. Pak cik tu diam dan ayah saya beritahu malam ni dia nak tengok keadaan anak macam mana. Dan malam tu ayah saya ajak saya untuk menemani beliau.
Dalam perjalanan macam-macam benda pelik berlaku tak jumpa simpang jalan la, tiba-tiba lalu tempat yang penuh hutan yang berkabus walhal kampung saya dalam bandar terengganu dan ayah saya berhentikan motor dan laungkan azan. Serta merta hutan tersebut hilang dan nampak arah ke rumah pakcik Darus. Dan sekali lagi kami diuji kerana kawasan rumah pakcik tersebut penuh dengan hantu dan memandang kami dengan keadaan marah. Ayah saya membaca ayat-ayat dan makhluk tersebut hilang.
Pak cik Darus mengajak kami masuk ke dalam rumah dan memanggil isterinya untuk membawa anaknya keluar dari bilik. Di pendekkan cerita semasa anaknya keluar, saya terkejut dan nak bercakap dengan ayah. Ayah menggeleng kepala. Kerana yang keluar tersebut bukan manusia tapi makhluk yang berada di luar tadi. Alkisahnya anak dia disihir sebab tolak lamaran orang dan mengakibatkan dendam. Ikutkan dia nak buat jadi gila tapi bila dirawat Alhamdulillah sembuh dengan sepenuhnya dan ayah saya menjumpai benda yang ditanam di halaman rumah. Ayah saya membaca ayat dan membakar benda-benda yang menyerupai patung dililit dengan kain kuning. 7 patung semuanya.
Di pendekkan cerita selepas ayah saya merawat pesakit ni la. Mak saya disantau tak boleh makan, bila nak makan je muntah dan berlarutan sampai berbulan bulan. Puas ayah saya berubat tapi tak ada kesan pun malah makin bertambah santaunya. Sebenarnya benda ni nak tuju dekat ayah tapi kena ke mak. Akhi-akhir mak meninggal dunia 4 tahun lepas tu pun kat hospital sebab badan emak memang kurus tak cukup air dan darah dalam badan. Semasa jaga di wad pun macam-macam makhluk berbentuk kucing hitam duduk bawah katil emak, pontianak kat tepi tingkap malah lampu kat atas kepala mak berkelip-kelip padahal lampu kat tempat lain ok je.
Tahun lepas ayah saya buat keputusan untuk tak mengubati orang lagi sebab lepas mak meninggal ayah dapat amaran. Bila ayah berubat sesiapa pun kesan kena dekat anak-anak. Kadang kena santau angin, perut membusung tak boleh tido malam dan selalu dengar guli atas bumbung. Anak lelaki kena angin pasang. Pelik kan bila dunia akhir zaman ni banyak pulak benda khurafat berlaku yang terbaru emak kawan saya pun kena sampai meninggal. Dan tahun lepas jugak ayah bersihkan diri memandangkan umur dia dah mencecah 80 tahun. Kudrat dia dah tak kuat nak melawan dan mengubat orang.
Umum seperti cerita saya yang lepas. Saya seorang Engineer di kilang. Saya selalu mengamuk di line tiap kali saya mengemas jig yang saya baru repair problem seperti sebelum saya repair. Dan bertenggek makhluk yang menyeringai seperti mengejek. Pernah saya tulis ni dalam entri saya yang lepas, ada satu komen tu suruh saya berubat takut ada gangguan. Yaa betul sangat terima kasih kepada orang tersebut kerana sedarkan saya.
Sebelum tu memang saya ada pergi tapi ustazah dan ustaz disana beritahu yang saya ada keistimewaan..Tapi tak salahkan kalau saya double check dan saya terus pergi ke perubatan islam. Saya pergi sana dengan ayah saya memandangkan saya perempuan dan belum berkahwin. Rela saya balik Terengganu bawak ayah saya ke Puchong untuk berubat dan disana jugak ayah saya membuang apa-apa pada diri sebelum dia mengerjakan haji. Masa tu baru la saya tau ada makhluk nak berdamping dengan saya dan nak berkawan. Alhamdulillah setakat ni saya bekerja dengan tenang.
Bercerita balik kepada yang asal. Terdapat banyak gangguan yang dialami ayah saya selepas “dibersihkan”. Ada yang tak puas hati sebab ada kalangan orang kampung kami nak berubat tak silap saya masa tu dia sakit kat kawasan intim ‘Lemah tenaga batin’ tapi ayah saya dah tak boleh merawat. Dia berdendam dan berjumpa bomoh untuk ajar ayah saya.
Masa tu saya tengah memandu nak pergi kerja dapat panggilan dari adik beradik mengatakan ayah sakit kuat. Saya terus minta cuti EL dan pulang ke kampung.Sampai je dekat sana saya tengok ayah saya, Saya baca ayat untuk buka hijab sebab saya nampak ayah saya tercunggap seperti nyawa dah di hujung tanduk. Selesai je baca saya nampak ada makhluk sebesar gajah bersimpuh atas badan ayah saya. Sebijik bersimpuh macam pengantin perempuan akad nikah. Saya membaca ayat-ayat Al Quran dan minta tolong adik beradik untuk pegang ayah. Ayah meronta dan muntahkan berjenis paku, rambut lemang buluh dan kaca. Makhluk tu terpa dekat seorang budak yang bermain di luar. Tak semena mata hitam budak tu ke atas seperti dirasuk. Kawan-kawan dia yang lain lari bertempiaran.
Saya “Kenapa kau ganggu ayah aku dan kenapa kau ganggu budak ni.
Hantu “Aku mahu orang tua tu mati dan bagi pengajaran jangan sesekali tolak hajat orang hahahaha dan budak tu terus tersedar dan makhluk tu tak muncul lepas tu..
Saya dah agak siapa sebab ayah pernah cerita yang ayah tak dapat tolong orang yang ingin berubat yang lemah tenaga batin. Sebab bila mengubat seseorang memerlukan kudrat dan tenaga yang kuat. Kelakar sebab tolak tu pun sampai buat benda khurafat. Kalau aku ubatkan boleh patahkan terus dan mandul lah kau seumur hidup.
Tak lama kemudian,abang saya bagitahu yang arwah panggil saya. Dia cakap dengan lemah dia dah maafkan orang tu dan dia nak berehat. Saya usap kepala dia dan saya pangku dia. Dia minta minuman dan saya berikan dia air. Selepas dia minum air tu dia pandang saya dengan pandangan kosong. Suruh saya kerja elok-elok dan jaga tingkah laku, jaga hubungan dengan Allah, Solat tahajjud dan dhuha jangan sesekali tinggal dan banyak lagi pesan arwah yang saya takkan lupa.
Saya angguk dan sapu air mata yang berjujuran di pipi. Saya nampak nafas ayah saya tercunggap macam arwah mak sewaktu dia hadapi sakaratulmaut. Saya bisikkan dua kalimah syahadah dan saya dengar ayah saya ikut dan dia menyebut kalimah Allah dengan kuat dan hembuskan nafas terakhir di pangkuan saya. Perasaan saya masa tu Allah aku dah jadi anak yatim piatu di saat ini..Dua insan yang aku sayang sudah menemuiMu.
Semasa proses pengebumian, Kami nampak orang yang hantar sihir kepada ayah tapi dia tak masuk di kawasan perkuburan.Malam tu kami mengadakan tahlil untuk ibu bapa kami. Sekian saja dari saya dan saya meminta maaf kerana tak seram. Akhir cerita untuk saya smpaikan dan doakan saya kuat.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
ada jgk srammnya..tpi byk pgjran n iktibar dri prkgsian ni….sbb sy jgk msih mncari tmpt prubtan yg btul2 mujarab utk mmbuang sihir n anasir jht mnusia yg sy dn suami trpksa tggung dri awal prkhwinan kmi…smpi harini..ia brlnjutan slma 3thun…dri prkogsian cik, mmg byk kbnaran…dri sikap sbnar mnusia ..tnpa kthui halal haram..mhupun dosa phala..nauzubillah..
Boleh cuba berubat dgn ustaz nor azman albanjari (fb/utube), syafiqFathi (ad kt fb), syed siddiq (writer kat fs xigt email dia).
Al-Fatihah 😔😔
YA ALLAH SEDIHNYA..SIS SEORANG YG SANGAT KUAT
SAYA KAGUM DENGAN SIS..
Terima kasih semua
Salam nany nk bertanya, tentang lampu Berkelip Tu mmg buatan orang ke?
Ye ada gangguan di sekeliling
Macam-macam perangai manusia ni. Kekadang hal yang tak masuk akal pun boleh menjadi asbab untuk menyihir orang. Orang seperti ini sebenarnya hatinya dah gelap. Apa yang dihajati, Allah tunaikan disebabkan dah sampai tahap Istidraj.
Banyak kes saya rawat pun mostly disebabkan sihir. Semuanya kerana dendam, cemburu, dengki. Mau ke tak mau hanya Allah sahaja tempat berlindung. Perbanyakkan amalan khusus untuk benteng diri secara istiqamah. InsyaAllah.