Batu 7 UITM Segamat (II)

Kubur cina di batu 7 memang dah sedia ada sebuh tertubuhnya UiTM Segamat . Kalau perasan jalan ke UiTM agak kedalam sedikit daripada jalan di sebelah luar menuju ke Jementah. Itu lah jalan lama yg betul betul menyusur di tepi perkuburan Cina , India dan Kristian.

Bila Uitm di bina Jalan tersebut telah di lencongkan sedikit tanpa perlu lalu di tepi kubur. Dorang pun satu juga, ada ke patut gali lubang kubur betul betul kat pinggir jalan…

Maklumat yg aku tahu tanah perkuburan Cina itu telah sedia ada sejak sebelum Merdeka lagi . Maknanya ramai lah Cina Cina Segamat, Kasap dan Jementah yg bersemadi di situ…

Aku pulak masa zaman kecil memang di besarkan di sekitar kawasan kubur cina dan secara tak disedari mengembangkan satu tabiat pelik @ weird sampai ke hari ini.

Satu hobi aku sejak kecil sehingga ke hari ini ialah suka sangat membelek “batu nisan” cina. Betul. Bukan nak cerita pulak. Tapi itu lah kesukaan aku ( ala ala Arkelogist gitu..). Kalau korang perasan nisan cina diletakkan gambar pemilik kubur. Aku suka sangat membelek gambar gambar pemilik kubur tersebut…. Donno Why..

Itu tak termasuk menengok “Burial Ceremony” cina yang siap di datangkan dengan band. Kadang kadang aku sedih  dan insaf. Gitu lah jadinya pada kita. Kalau tidak dikurniakan “Iman ” dan “Hidayah”… syukur Ya Allah ….kita sentiasa didalam Rahmat Iman.

Dek kerana kegemaran aku yang suka membelek belek gambar di Nisan Cina. Satu hari aku telah di uji ketika melalui sebuah pekuburan cina di Jemaluang Mersing. Tempat itu memang super sunyi. Ketika itu memang nak masuk Maghrib. Aku memandu sensorang. Tak pernah dalam kamus aku merasa takut bila lalu di tepi kubur cina sebelum ni.

Niat aku cuma nak sampai cepat ke rumah kejar Maghrib. Jarak dengan bandar Mersing ada lebih kurang dlm berbelas kilometer lagi. Masa tu Aku baru dapat anak pertama while wife just transfer kat Hospital Mersing.

Semasa aku mengambil selekoh aku terpandang pintu masuk jirat cina . Bagi aku itu cuma pemandangan biasa yang berlatar belakangkan kubur dan nisan yang berbaris. Tapi hari itu lain. In a split second tiba tiba d***h aku berderau, panas naik ke muka bila aku melihat dua makhluk kecil sebesar beruk seakan akan “syaitan ” yang sedang duduk diatas kedua dua tiang pintu masuk sambil tajam merenung aku…

Astagfirullah … Astagfirullah..itu lah 1st time aku merasa gerun. Tanpa berlengah aku terus tukar gear dan memecut laju.

Sampai di Taman Wawasan Mersing aku terus meluncur sehingga sampai ke depan rumah sewa isteri aku. Dia yang memang tahu aku akan pulang petang itu menunggu di depan pintu bersama baby .

Demi aku menjejakkan kaki ke tanah, tetiba baby yang tadinya “elok” tiba tiba menangis bagaikan di rasuk. Aku terus ke bilik air ambil wudhu dan solat maghrib. Baby masih “keras” menangis .

Selesai solat isteri aku bertanya, awak balik dengan siapa “…?? . Aku jawab kenapa … ? Siapa kawan awak tadi ..???

Itu lah kesilapan besar yg telah aku lakukan. Kalau ikut petua yang aku belajar, sepatutnya aku perlu terus ke Mesjid atau Surau. Dan kalau lah gangguan itu nak ikut biar dia ikut sama sampai ke masjid dan bukan ke rumah.

Malam itu kami suami isteri bergilir gilir membacakan yassin dan Ayat Kursi. Menjelang subuh baru lah baby reda menangis.

Itu lah secebis kisah dan pengajaran yg boleh aku coretkan.

alzarafee

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Batu 7 UITM Segamat (II)”

  1. Masa aku baru lepas bersalin dulu pn, ank aku asek mnagis malam sbb dah memang laki aku keje malam balik kul 2-3 pagi…

    Tapi lepas2 tu, dia balik je rmh duk kt ruang tamu dulu 2-3 jam, pastu bkk sliding door n suh apa2 bnda y follow tu kuar dari rmh…

    Reply
  2. Haaa.. Bab band berarak Cina M**i tu kan, kekdahnya kalau dah kat Singapore ni asal je ada kematian mereka akan sewa deck bawah ni utk ‘Wake Ceremony’, yg sedara mara sahabat handai sempatlah utk bg penghormatan terakhir.
    So kira balik lewat malam dari kerja tu: nak lalu kat area tu..tawakkal je lah baca ayatul Kursi banyak2.

    Lepas tu pula; after few days tu mereka akan start berarak utk bawa keranda, masa tu lah ada gendang dung dung cheng; jap lagi kami dari dlm rmh ni mmg sibuk intai.. Sebab pancaragamnya ada mcm2 gaya, ada gaya koboi, ada gaya ala pancaragam sekolah, ada mcm2 tema.. Macam Penulis; dah jd habit lah suka nak keluor kepala berminat nak tengok gendang tu. Haaa, seram pulak lepas baca ni; harapnye takde benda bukan2 pula jd pengalaman hamba. Nauzubillah himinzalik.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.