Bau Hanyir, Dia Ada

KISAH SERAM SUAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam wawasan 2020.

Nama aku Fara. Ya, penulis sendu yang gigih submit kisah even kisahnya entah seberapa. Antaranya ialah Sunan Andika, Mimpi, Karak, Puaka Kilang Usang 1 & 2 dan lain lain. Kali ini aku nak bercerita kisah yang terjadi kepada keluarga aku. Kisahnya mungkin tak mencapai piawaian pembaca tapi itu lah. Nak juga cerita.

So let’s start…………..

BAU HANYIR, DIA ADA

Keluarga belah ibu aku, boleh dikatakan agak mistik. Aku pernah cerita pasal Harimau Putih yang rajin guide ibu aku dalam kisah bertajuk Kampung Gali Hilir.

Pada hemat kami, harimau tu bukan untuk keturunan atok belah ibu aku sebab yang ada benda tu, biras dia. Atok aku ni, orang gelar Hasan Kaki Pukul kalau kat Raub tu. Dia tak ada bela harimau setahu kami tapi bab ilmu batin, itu ada. Atok aku bekas askar. Perambat komunis memang makanan dia zaman dulu. Jadi watak ganas tu terbawa walaupun lepas pencen. Sebab itu digelar Hasan Kaki Pukul. Dan sebab itu dia mengamalkan ilmu batin.

Ibu aku pula jalani kehidupan normal macam biasa dengan kami anak-beranak. Sampai lah kebelakangan dalam 10 tahun ni, banyak kejadian mistik. Antaranya:-

1. Kanak-kanak berlari berkejaran dalam dan luar rumah dalam 2-3 pagi
2. Parang panjang (bekas 13 Mei) dan keris arwah atok Hasan aku terkeluar dari sarung dengan secara sendiri
3. Penampakan gambar rambut atas katil dalam bilik kat phone ibu aku sebanyak 100 keping padahal waktu kejadian, ibu aku ada lepak tengok tv kat bawah

And the list goes on.

Sampai lah ibu aku buat keputusan untuk betul-betul berubat dengan seorang ustaz yang duduk berjiran dengan rumah kami. Lupa pula aku nama ustaz tu. Tapi sebelum kami tahu kisah sebenar pasal keluarga kami ni dari ustaz, kami memang anti gila dengan dia. Mana tak nya. Pantang dia lalu depan rumah, dia mesti pandang kami tak puas hati. Jelingan dia, boleh mendatangkan peperangan. Tapi ada sebab kenapa dia macam tu selama ni.

Semasa ibu dan abah dalam tempoh perubatan, ustaz ada cerita. Rumah kami memang banyak benda menumpang. Banyak benda jahat tapi terselit harimau putih. Putih ni kiranya menjaga ibu kami sejak dulu dan turut menjaga kami anak-beranak. Sebab tu bila dia lalu, dia akan renung semua benda tu. Bukan renung kami pun. Biasalah… Rasa perasan sentiasa ada. Kah!

Ustaz kurung mana yang boleh. Tapi Putih, dibiarkan atas permintaan ibu. Entah lah apa yang merasukinya time tu. Hahaha. Mungkin ibu dah terlali dengan dia gamaknya. Sampailah satu masa, hal Putih ni terjadi dalam rumah aku sendiri yang kat Kuala Selangor ni. Aku memang tak perasan langsung pasal kehadiran dia sampailah satu hari tu, Sunan dan Don yang buka cerita.

Begini flashback saya……

Masa ni aku tengah drive kereta. Sunan duduk di seat penumpang dan Don di seat belakang. Kami on the way nak tengok movie kat 1 Plaza Kuala Selangor. Tengah dok drive tu, aku terdengar dialog si Don. Lebih kurang macam ni…

“Mama nak bawa kita tengok Boboiboy tau. Suka tak? Duduk diam diam ye.”
Aku jeling sekilas ke Don then pandang Sunan. Belum sempat aku tanya apa-apa, Sunan dah jawabkan persoalan dalam kepala aku.

“Dia cakap dengan harimau.”
Sambil mata tetap pandang depan ya kawan-kawan. Kalau siapa yang dah baca kisah Sunan Andika, akan tahu lah tahap ke-saiko-an dia ni.

“Harimau yang memang harimau ke? Warna belang hitam oren kan?” – Aku.

“Tak lah. Warna putih. Besar cantik.” – Sunan.

“Don selalu main kaduk-kaduk dengan dia mama.” – Don.
Kaduk-kaduk ni macam main kuda-kuda lah. Dia sebut kaduk. Asalkan bahagia lah nak dengan sebutan ittewww.

Then aku saja uji Don. Aku tanya macam mana bunyi harimau tu bersuara. Kot lah dia nampak kucing sebenarnya.

“Aummmmm.” – Don.
Hebatnya kamu, yakinnya kamu.

Terus aku diam sampailah aku update kat status whatsapp. Then ibu aku baca. Korang tahu apa ibu aku balas?

‘Don dan Sunan dah nampak Putih ya? Kalau De nak tahu bila masa dia ada, De akan tercium bau hanyir dalam rumah.’ – Ibu.
Gulppp.

Naaaa.. No wonder kadang-kadang aku terbau macam kucing basah. Aku ingat memang ada kucing liar or monyet basah berkeliaran sekitar rumah. Tapi wallahualam lah kan. Aku jenis malas nak fikir sangat. Semoga esok lusa tak ada keluar berita anak-beranak tunggang harimau putih pergi Tesco Kuala Selangor. Hahahha.

KAU TAK NIAGA KE?

Aku berniaga ikan dan hasil laut segar di area Kg.Kuantan Kuala Selangor ni. Dengan harga yang berpatutan. Aku berniaga hari-hari kecuali Khamis, tutup sebab bagi laluan kepada pasar malam sejemput Kg.Kuantan ni ha.

Selingan tak berbayar (AMPUN YA ADMIN):-
Boleh like page aku Fresh Fish – SunDon di Facebook ya bagi mendapatkan ikan dan hasil laut yang segar dan murah tak masuk akal.

Ada lah satu masa tu, bukan sekali, tapi dalam 2-3 kali, orang dok whatsapp aku, kenapa tak buka kedai. Eh eh eh. Badan sebadak aku ni dia tak nampak, apatah lagi khemah biru tersergam megah tu. Apooo? Dia boleh tak nampak aku berniaga berpeluh keringat kat kawasan tu. Sabarrr ja lah.

Tu belum aku cerita, kereta yang dah overhaul cun melecun tip top siap boleh rally, time nak ambil stok, boleh secara tiba-tiba broke down. Padahal baru keringkan poket dan bank demi baiki kereta tu. Dan padahal malam tu elok berjalan anak-beranak. Sungguh tak logic dek akal. Tapi aku husnudzon ja. Maybe dia nak sambung manja-manja. Padahal tak tahu aku nak campak ja ke Sungai Selangor tu ha.

Dan ada kejadian, ikan memang aku dah booking awal dengan Abangla informer jeti tu. Kiranya bila bot sampai dulu dari aku, mohon simpankan. Dia siap asingkan tepi sebab memang selalu aku buat macam tu sebelum aku sampai ke jeti. Tetapi ya kawan-kawan. Sebaik sahaja aku melangkahkan kaki gajahku ke sana, Abangla tu dengan muka serius penuh duka, mengkhabarkan ikan aku disapu bersih. SAPU BERSIH GAISSSS. Tak tinggal sesisik. Padahal ikan dah disimpan tu. Haiyaaa. Aku pun dengan muka sememeh, balik. Nasib baik ada ikan lain kat kedai masa tu. Tapi tu lah….. asal ada jurrr.

DON DAN ABANG RIMAU

Macam aku cerita kat atas tu tadi, anak-anak aku senang nampak Putih. Don pula, sejenis yang cimiduk. Suka sentap, menangis tak tentu hala. Dia selalu akan menjerit secara tiba-tiba sambil menangis. Lepas tu menghalau benda yang aku tak nampak.

Ada satu hari tu, dia tengah main pusing-pusing. Tengah gelak-gelak, dia boleh berubah 360°. Laju dia melompat ke atas badan aku. Aku pun suka lah bertanya.

“Ha kenapa?” – Aku.

“Ada abang.” – Don.

“Macam mana muka abang?” – Aku.
Don kerutkan kening sambil buat bunyi ngauman rimau.

Tabahlah Don. I feel u bro. Hahahahaha.
Sekian sahaja kisah sang Fara kali ini. Kalau ada kurang di mana-mana, mohon ampun dan maaf walaupun raya lambat lagi. Macam biasa, Fara kental dikecam. Sampai jumpa lagi gaisss!

Regards,
FarnimKamdin

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Farnim Kamdin

12 thoughts on “Bau Hanyir, Dia Ada”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.