Salam admin FS, lama aku tak berkonsi cherita. Kali ni aku rajin sikit dan sebenarnya aku dok cari publisher nak bukukan kisah-kisah seram yang berlaku pada aku. Aku tak tokok tambah, bukan cerita dongeng, dan pada setengah orang mungkin mereka akan fikir ini rekaan aku semata-mata.
Biarlah, kau tak kena, kau tak tahu, kan?
Baiklah, aku nak kongsi macam mana natang ni suka menjelma tunjukkan diri pada aku.
Keluarga aku pulang ke tanah air setelah lama merantau di negara orang. Negeri yang mula-mula kami duduki ialah Kedah dan masa tu aku berumur 7 tahun, sesuai terus masuk darjah 1. Ayah aku memilih rumah kampung yang di belakangnya terbentang sawah padi sejauh mata memandang, dibelah oleh Terusan Wan Mat Saman yang kami panggil ban.
Di negara orang, suasananya tidak sama dengan di sini. Di sana, walaupun di kawasan pinggir bandar, atau gelap atau tanah perkuburan sekalipun, tidak terbit rasa seram dan aku dan keluargaku tak pernah jumpa benda mistik.
Setelah beberapa bulan, kami makin selesa dan sudah berani tidur dengan tingkap dibuka walaupun dilarang oleh emak. Angin yang dingin dan pemandangannya yang cantik membuatkan larangan emakku tidak aku endahkan. Setiap tingkap di rumah memang ada seperti jeriji atau halangan untuk mengelak pencuri masuk dibuat dari kayu dan dan agak rapat-rapat. Rumah kami rumah Kedah dari kayu dan bertiang. Pintu keluar ada tiga dan semuanya dikunci dengan engsel, tidak ada “knob” seperti sekarang. Semuanya ada engsel, satu di atas (aku tak sampai sebab tinggi), satu di tengah. dan satu di bawah.
Satu malam, selepas hujan dan dengan bulan penuh, macam biasa aku buka tingkap. Amat cantik pemandangan, masyallah. Ahli keluarga aku yang lain dah dibuai mimpi, cuma aku yang terkulat-kulat memandang ke luar. Sedang asyik memerhati, di langit, aku nampak macam bebola api berwarna merah yang berekor macam komet, makin lama makin terang dan bola api tu jatuh dekat dengan pondok di tengah sawah tempat orang berehat.
Entah kenapa, hati aku seperti dipanggil-panggil untuk melihat apa benda yang jatuh. Apa yang aku tahu, aku dah berlari meniti batas sawah dan mata aku tak lepas dari memandang objek api yang sedang jatuh tu. Selain dari telinga yang kuat berdesing, aku tak dengar apa-apa bunyi pun. Semakin lama aku semakin dekat dengan tempat tu, aku nampak padi yang sudah nak menguning dah runduk macam ada benda yang menghimpit pokok-pokok padi tu. Dan di tengah padi yang merunduk tu, aku lihat ada api jerami dibakar , tapi apinya merah (bukan oren), menjulang ke atas, berberbentuk bulat dan tidak begitu tinggi julang apinya.
Aku masuk ke dalam petak sawah memijak pokok-pokok padi yang dah runduk. Pelik, walaupun agak dekat, aku tak terasa bahang dari api merah tadi. Api tu berpusar-pusar menjulang tapi tiada asap. Semua sangat jelas kerana cahaya bulan yang terang. Aku jadi asyik melihat api merah tu seperti orang sedang lihat sarkis. Aku sedar aku berjalan mengelilingi api tu, kemudian bertinggung, dan mengulang proses yang sama seolah-olah menunggu “sesuatu” dari api tu. Sekonyong-konyong, keluarlah satu makhluk dari api tu. Kecil sahaja seperti kanak-kanak 3 tahun, berwarna merah dan rupanya saling tak tumpah seperti gambaran syaitan dalam cerita Hollywood. Bertanduk dan ekornya tajam dan panjang, bermata kuning, bertaring pendek tersengih-sengih memandang aku.
Peliknya, aku bukan takut tapi lebih kepada hairan. Aku dan makhluk tu saling berpandangan dan apa yang aku tahu, telinga aku berdesing seperti nak pecah gegendang telinga aku, membuatkan aku seperti nak pitam. Setelah beberapa lama bertentang mata, makhluk tu masuk semula ke dalam api dan api tu tiba-tiba terangkat ke langit. Apa yang jadi lepas tu aku tak ingat, tapi apa yang aku tahu, aku dah ada di rumah. Aku demam. Badan aku panas dan aku meracau-racau.
Persoalannya, bila aku balik? Bagaimana aku keluar sedangkan pintu berkunci dan tingkap ada jeriji. Mak aku cakap, kakiku berselut dan memang ada gigitan pacat di celah jari kaki dan seluruh badan ada bekas gigitan nyamuk. Dengan bantuan seorang kawan ayahku, aku pulih selepas demam berpanjangan dan sekolah pun aku tak pergi. Dan selepas peristiwa inilah aku sering terhadap dengan benda-benda seram yang sendiri tak mengerti.
Peristiwa seram pertama ialah waktu aku balik dari sekolah. Walaupun aku darjah satu, aku sekolah pagi. Kakakku yang 5 tahun lebih tua dari aku lebih suka balik dengan kawan perempuannya dan aku selalunya balik bersaing dengan kawan baik aku. Hari tu pulak kawan baikku Minu tak datang sekolah, jadi aku balik sendirian. Entah kenapa hari tu, aku tak balik ikut jalan yang biasa, aku melencong ke arah kebun getah tidak jauh dari jalan yang biasa aku guna.
Jalannya sunyi dan sepanjang jalan memang tidak ada rumah kecuali sebuah rumah usang di simpang jalan. Aku pun tak tahu kenapa hati aku terpanggil sangat untuk ikut jalan tu.
Aku berjalan melintasi rumah tu, tiba-tiba aku dengar nama aku dipanggil dari dalam rumah tu. Suara lelaki, sama seperti suara cikgu kelas aku. Setelah namaku dipanggil tiga kali, aku berhenti dan mula menghampiri rumah tinggal tu. Rumahnya tidak bertiang, memang sangat uzur dan dinding banyak yang sudah terkopak sana sini. Seperti biasa, aku seperti sedang mamai dan telinga aku berdesing kuat.
Dari dalam rumah, aku dapat dengar seperti orang sedang berjalan mundar-mandir di tengah rumah. Aku yang masih macam mamai mengintai-ngintai dari celah dinding yang terkopak. Sekonyong-konyong, aku ternampak satu susuk yang besar, tinggi dan kepalanya mencecah sampai ke bumbung. Matanya merah menyala, luar biasa besarnya dan sangat menggerunkan. Makhluk tu pegun tapi matanya memandang tepat kepadaku. Beberapa saat juga aku bertentang mata dengan makhluk tu. Bila benda tu menyeringai dan mula mengeluarkan suara mendengus, aku mula berlari ke arah jalan. Masa tu barulah aku boleh berfikir tapi telinga aku masih kuat berdesing.
Sambil berlari aku boleh mendengar seperti bunyi sayap burung mengepak di atas kepala aku, tapi aku terlalu takut untuk mendongak. Rembang tengahari, dan matahari sudah sedikit condong tapi aku hanya dapat melihat bayang-bayang aku sendiri. Dalam ketakutan berlari tu, aku dengar bunyi kuak sayap tu dah melintasi aku dan tiba-tiba hilang. Masa ni barulah aku berani sedikit untuk mendongak. Nun di atas sepohon getah, aku jelas nampak makhluk tu berbulu hitam pekat menyeringai memandang aku, seperti marah-marah. Dah tak tahu nak buat apa, aku mula menjerit ketakutan sambil berlari selaju yang aku mampu sambil mengendong beg sekolah.
Mujurlah di simpang depan sedikit ada orang sedang mengayuh basikal menghala ke arah aku. Aku kenal orang tu, kerana di belakangnya ada raga besar. Penjual pisang yang selalu aku jumpa di pekan. Kebunnya tak jauh dari rumah tinggal tu. Bila pakcik tu dah hampir, barulah rasa berdesing tu hilang. Sambil menangis aku ceritakan apa yang aku nampak. Sambil memujuk aku, dia kata jangan takut sebab dia ada dan akan menemani aku sampai ke rumah.
Setelah beberapa minggu dan aku dah lupa dengan kejadian tu, petang tu aku tak sekolah. Dulu, peminta sedekah datang rumah ke rumah dan nama pun tinggal di Kedah, kami akan beri beras pada mereka. Satu hari, datang seorang peminta sedekah, budak muda lagi tetapi agak gila dan suka bercakap sorang-sorang. Dia beri salam dan macam biasa mak aku akan beri beras dan kalau ada duit, mak aku akan hulur.
Peminta sedekah tu minta air sebab dia dahaga. Mak aku suruh aku tuangkan kopi. Aku pun buat seperti yang disuruh, dan menyua gelas tu pada peminta sedekah tu. Dia pandang muka aku kehairanan, dan lepas selesai minum, dia cakap muka aku macam hitam hantu. Dan aku ada “abang jahat besaq” yang nak berkawan dengan aku. Benda ni emak aku beritahu pada ayah aku. Runsing dorang masa tu.
Memang puas berubat merata dan ada kalanya aku okay saja dan lama benda tu tak datang nak berkenalan..hahaha.. tapi bila dia nak datang, selang sehari atau seminggu pasti aku akan dihadapkan dengan keadaan seram yang sangat-sangat aku benci.
Banyaklah kejadian dan peristiwa yang aku tak boleh lupa terutama bila duduk di kampung. Kemudian lepas kematian ayahku, kami berpindah ke kampung mak aku di Pulau Pinang. Kisah di sana pun pernah aku kongsi, kisah “Hantu Kelong” dan “Rumah Nenek (yang sangat ramai orang baca, komen dan like”. Banyak sebenarnya peristiwa seram yang aku terpaksa hadapi terutamanya di laut kerana aku selalu mengikut adikku Awie dan Amon dan sepupuku Tam memancing di laut. Itu belum lagi cerita seram yang klise, iaitu masa aku di universiti.
Kisah seram masa di Kedah aku pernah kongsi dengan FS bertajuk ”Minu dan Bola” dan satu lagi kisah yang aku tak boleh lupa sebab tangan aku dipegang oleh “sesuatu” dalam bekas mandian mayat bertajuk “Arip”. Rentetan kejadian ni berlaku selepas peristiwa aku bertemu “syaitan Hollywood” tu. Rasanya macam aku ni jadi sasaran tapi aku rasa makhluk-makhluk tu sekadar nak mengusik dan memperkenalkan diri mereka.
Kawan ayah aku kata, aku ni bukan penakut, tapi ada sesuatu dalam badan aku yang membuatkan natang tu terpikat nak berkenalan dengan aku. Dia juga kata, aku ni ada bakat untuk mengubat orang. Tapi memanglah aku tak mahu. Bukan perkara senang weh… Biarlah aku cari makan dengan cara sendiri.
Bila aku dah kerja dan lebih dekat dengan Tuhan, benda tu agak tidak kerap mengganggu. Bila aku jadi trainer dan pergi ke tempat-tempat baru, lagilah hebat mereka nak berkenalan dan memperkenalkan diri. Aku pun beberapa kali kongsi cerita di FS kejadian masa aku pergi bertugas sebagai trainer, dalam “Kisah Seram Abam Trainer”.
Itu saja perkongsian aku. Kalau rajin, aku akan berkongsi lagi.
Assalamualaikum.
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Pengalaman yg sgt menarik. Sila bukukan pengalaman anda.
BLACKPINK!
Tolong berhenti menulis.Ayat tunggang langgang.Macam nak riak pun ada.Benci lak aku baca cerita dia ni.Euww..
Mana pulak tunggang langgang nya… Ke otak ko yg tgh tunggang langgang sampai nak benci2 bagai… Haha
Sekonyong-konyong…
Keep it up & Don’t give up… Teruskan cita-cita anda. Semoga berjaya InsyaAllah..
terbaek. teruskan berkongsi pengalaman2 mistik itu
Teruskan bercerita..
Saya pon ada pengalaman yang sama. Saya pernah nampak bebola api kt kampung saya. Terapung dan lalu di atas rumah org. Peliknya saya tidak takut. Tengok mcm tu je. Rasa hairan shj. Rasanya mlm raya kot. Berlaku beberapa tahun yg lepas.
Mak saya pun pernah cerita Time kecik2 nampak berbilang api terbang di udara menuju ke satu kawasan lain Time tu waktu senja, pastu mak saya pergi tunjuk bola api tu “eh tgok2 ada bola terbang” pelepup bola api tu pun jatuh..org2 tua ckp namanya tuju2 ada org nk hantar sihir/santau..
bile ko cerita ni nampak sangat rekaan semata2 sebab ko pmpuan ko cite kadang2 ko jadi lelaki kadang2 pmpuan.lepastu ko claim cite ko bukan rekaan..what de pak!!!!…
lepas ni ko post cite aku malas approve.
I think ‘syaitan holloywood’ itu ialah allah dan dia cuba utk nasihat awak supaya bertaubat
sial la hg cina sembah tokong,hg jaga tuhan hg dh jgn sibuk dok kalut psai tuhan kami…dh la sembah patung yg dok keqaih ja dok kalut psai tuhan kami plak jgn jadi bangsat laa barua
meh sni alamat ko… nyawa ko dah halal utk aku amek…
Satu hari, datang seorang peminta sedekah, budak muda lagi tetapi agak gila dan suka bercakap sorang-sorang. Dia beri salam dan macam biasa mak aku akan beri beras dan kalau ada duit, mak aku akan hulur.
Peminta sedekah tu minta air sebab dia dahaga. Mak aku suruh aku tuangkan kopi. Aku pun buat seperti yang disuruh, dan menyua gelas tu pada peminta sedekah tu. Dia pandang muka aku kehairanan, dan lepas selesai minum, dia cakap muka aku macam hitam hantu. Dan aku ada “abang jahat besaq” yang nak berkawan dengan aku. Benda ni emak aku beritahu pada ayah aku. Runsing dorang masa tu.(gila bkn sebarang gila dlm gila ada isi,manusia normal pon takdak kelebihan yg oqang gila tu ada walaupun dia dicop gila)