BEKAS KEKASIH

Assalamualaikum semua, nama aku Nur Sophea. aku mula membaca FS sejak awal tahun ini. bila ada masa lapang di office aku akan melayari FS. kalini aku nak kongsi cerita aku pula. kenangan hitam disihir bekas kekasih yang kalau boleh aku tak ingin ingat lagi. tapi aku rasa menarik juga kalau aku kongsikan disini.

aku berikan tajuk cerita ini “BEKAS KEKASIH”. aku akan ceritakn sedikit details dahulu ya. maaf kalau tulisan ak agak berterabur, biasalah aku tak pandai mengarang ayat-ayat ni. semua bermula apabila aku diterima masuk disalah sebuah universiti di kelantan. ak ditawarkan kos business study. pada tahun 2018 merupakan tahun pertama aku disana. semua biasa saja sehingga pada semester ke 3, aku telah berkenalan dengan seorang lelaki yang berasal dari negeri tempat aku belajar itu.

Aku berikan nama lelaki itu “Amm” (bukan nama sebenar). pada awal perkenalan kami dia seorang yg sangat baik bagi aku. tambah pula ketika itu dia baru pulang dari umrah. lagi lah aku yakin yang dia ini seorang yang baik. hubungan kami berlangsung sehingga 2 tahun. 3 bulan pertama sahaja ak bahagia. seterusnya aku banyak makan hati dengan kata-kata dan kelakuan nya.

Dia berubah 360 darjah dari seorang yang lembut menjadi panas baran dan pandai naik tangan. tetapi ketika itu aku tak boleh tinggal kan dia. setiap kali dia curang aku akan maafkan. sehingga pada akhir tahun 2019. aku nekad untuk meninggalkan dia. aku memutuskan semua cara untuk dia menghubungi ku. namun aku tidak tahu yang sebenarnya dia seorang yang panda bermain ilmu hitam dan mistik. Derita aku bermula apabila setiap malam aku tak dapat tidur dan menangis kerana teringatkan Amm.

Tak lama kemudian aku sendiri yang memujuk dan merayu Amm untuk kekal bersama aku. Amm pula tidak berubah tetap dengan perangai kaki perempuan nya. Aku tinggal di rumah sewa bersendirian dan ada satu ketika mula terjadi gangguan dirumah sewa aku. bilamana waktu maghrib akan ada ketukan di tingkap bilik aku yang berada di tingkat 3 lot bangunan kedai itu. mustahil orang kerana tiada balkoni di situ. setiap malam aku akan diganggu dngn bunyi hilaian dan tangisan di tepi tingkap sehingga benda ini menjejaskan pelajaran aku.

Cuti semester pula aku tak balik ke rumah keluarga aku. kerana nak tinggal dekat dengan Amm. Aku menjadi seorang yang panas baran dengan orang sekeliling. perubahan aku disedari oleh ibu bapa ku. mereka kemudian memaksa ak ikut mereka pergi berjumpa dengan seorang ustaz untuk berubat. Apa yang diberitahu ustaz sangat mengejutkan kami. rupanya aku terkena minyak dagu. atau orang kelantan memanggil nya “minyak m**i b***h”.

Sesi rawatan bermula. dalang disebalik semua ini adalah Amm! dia guna2 kan aku supaya aku tidak meninggalkan dia. dia hntar gangguan kerumah sewa aku supaya aku meminta dia menemani aku dirumah. syukur kerana aku tidak termakan dengan pujuk rayunya. keadaan menjadi semakin teruk apabila aku meninggal kan Amm. aku sering diganggu sering kerasukan. tubuhku mengurus aku bagaikan orang gila.

Selalu menangis ingin kembali kepada Amm, malam pula aku sering mendengar orang menangis nyaring di dalam bilikku. Tubuhku menjadi lemah. ada satu ketika aku keluar makan pada waktu malam. smpai saja didepan rumah aku tiba2 pengsan dan kerasukan kerana tubuh ak sudah tiada pendinding. Aku semakin tertekan. masaku habiskan dalam bilik shj. tidak makan dan minum jika tidak dipaksa ibu. Aku dirujuk ke bahagian psykitari dan disahkan menghidap PTSD disebabkan pengalam hitam yang aku lalui.

Sehingga tahun 2022 pada awal tahun. Aku berjaya bebas dari gangguan yang dihntar oleh Amm. aku teruskan hidup macam biasa namun trauma yang ditinggalkan sangat besar. Syukur Alhamdulillah sekarang aku telah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata pada bulan september ini.

Macam mana dengan Amm? menurut rakan sekampung nya dia telah lama tidak pulang kerumah. dia lari ke luar negeri kerana tidak mahu bertanggungjawab setelah menghamili ank dara orang.

Doakan aku selamat melahirkan cahaya mata sulung ku september nanti. Semoga Amm sempat bertaubat kerana perbuatan terkutuk nya itu.

Sekian terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nur Sophea

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 3.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.