BELAAN NENEK

Assalamualaikum dan hai semua. Terima kasih admin FS publish kan cerita aku sebelum ni berkenaan kejadian dalam tandas dan kisah nenek aku sebelum ni. Terima kasih kepada yang komen positif dekat cerita aku sebelum ni. Okay sekarang jom sambung.

Okay kejadian ni masa baru beberapa bulan arwah nenek meninggal and umur aku 16 masa tu. So, kisah dia bermula satu malam aku tak boleh tidur sebab panas dalam bilik. Bahang panas dia lain macam masa tu. So nak dijadikan cerita, dalam aku tengah tak boleh tidur sebab panas, tiba-tiba pintu bilik aku ada orang ketuk. Aku pun tanya la, “siapa?” Sebab masa tu dah lebih pukul 12 malam. Aku rasa makin aneh bila takde sape pun jawab tapi dia ketuk lagi. Aku pun emosi tak stabil. Yelah, mengantuk lepastu panas tak boleh tidur, then ada orang nak main-main dengan aku tengah-tengah malam. Aku syak adik-adik aku je nak main-main macam tu. Pastu aku jerit,”jangan main-main lah! Nanti korang kena kacau hantu pulak tau la!” seriously masa ni aku jadi emosi tiba-tiba.

Haaaa disebabkan mulut aku cabul masa tu, selang beberapa saat, badan aku tiba-tiba jadi lemah sangat, macam baru lepas buat kerja berat seharian, tangan kaki aku tak boleh gerak. Okay, pernah tengok orang terkulai lepas kena suntik dengan ubat penenang? Haa aku rasa lemah aku macam tu. Mata aku boleh bukak separuh je. Jeng jengg..masa ni lah “dia” munculkan diri. Tak bagi salam, tak bukak pintu, tiba-tiba aku nampak dari pintu bilik aku, ada sorang perempuan tua, kurus, cengkung, bongkok sikit, tengah pegang benda. Lama jugak aku nak hadamkan ape yang dia pegang.

Dah dekat sikit, baru aku nampak sebuah kotak kayu empat segi, tepi kotak berukir dengan tulisan jawi, tapi hujung tulisan jawi macam ada ukiran kepala kambing, bertanduk. Aku dah rasa “dia” tu bukan orang.
Mesti korang pelik kenapa aku tak baca surah ape-ape. Okay serious masa ni aku dah tak ingat ape. Yang aku nak mase ni biar ade orang perasan keadaan aku dalam bilik aku tu. Tapi hampa sebab takde yang datang panggil aku mase tu. Yelah dah pukul 12 kot, semua dah tidur. Perempuan tua tu pun hulurkan kotak kayu tu dekat aku, macam nak bagi dekat aku. Aku taknak ambik, so aku nak gelengkan kepala aku tapi aku tak boleh gerak. Perempuan tua tu pun nak letak kotak tu atas perut aku, tapi macam tak dapat nak letak. Kiranya kotak tu tak dapat bagi dekat aku lah senang cerita. Terus muka perempuan tua tu macam marah.

Haaa masa ni aku nampak muka dia bertukar jadi hitam, soket mata dia kedalam, mulut dia tiba-tiba jadi besar dan macam kena toreh dari mulut ke pipi kiri dia. Semua tu jadi depan mata sebab aku tak boleh bergerak dan tak boleh tutup mata. Dalam hati aku tiba-tiba bercakap “ya Allah ape ni!”. Tiba-tiba perempuan tua tu menjerit tapi jeritan dia takde pun nyaring macam yang korang tengok dalam cerita seram kat tv tu. Aku pun terus tutup mate bile aku rase aku dah boleh gerak sikit. Aku tak tau macam mane perempuan tua tu keluar dari bilik aku, tapi aku bau kemenyan kuat sangat.Terus aku dengar abah aku panggil nama aku dari luar bilik. Masa ni aku bersyukur sangat-sangat abah aku cari. Macam tau-tau je anak dia tengah dalam kesusahan menghadap benda bukan-bukan. Alhamdulillah badan aku dah boleh bergerak tapi menggeletar lagi. Rupenya abah aku belum tidur lagi sebab dia tiba-tiba terbau kapur barus dan kemenyan kuat dari arah bilik aku. Mula-mula dia taknak ambik kisah bau tu tapi lama-lama dia tak sedap hati tu yang datang ke bilik aku.

Rupenye mase proses orang tua tu nak bagi kotak dekat aku, abah aku dah berkali-kali panggil tapi takde respon. Aku bukak pintu terus nangis sambil cerita kat abah pasal benda yang jadi sebelum tu. Habis je aku cerita macam tu, abah aku tiba-tiba cakap “dah agak dah kau yang kena”. Okay aku blur mase tu. Abah macam memang dah tau benda tu. So malam tu abah aku suruh aku ambik wudu’, baca doa, then tidur. Abah cakap esok dia bawak aku pergi satu tempat ni nak berubat.Aku tak tutup lampu pun malam tu nak tidur takut punya pasal, haha.

So esok lepas maghrib aku ikut abah aku pergi berubat. Aku skip lah ye proses berubat tu. So, lepas habis berubat tu, pakcik tu cakap dengan abah aku, belaan arwah nenek aku nak bertuan dan aku yang terpilih. Aku pun macam “belaan?!”. Serious la wey, aku tak pernah tau arwah nenek aku membela. So malam tu terbukak lah cerite. Rupanya dulu arwah nenek aku membela, untuk tujuan ape, aku rahsie kan lah ye. So “benda” tu macam nak pilih aku sebab masa arwah sakit dulu, aku rajin datang tolong arwah. Mandikan, bagi makan, kadang-kadang sepupu-sepupu dekat rumah makcik aku pun tak serajin macam aku buat. Aku masa tu tak ade fikir ape pun. Cuma nak tolong jage nenek sendiri je. Tapi “benda” tu macam nak kan aku jadi tuan. Aku pun memang tak nak lah menjadi tuan kepada sesape. So “benda” tu pakcik tu dah tolong buangkan jauh-jauh. Tapi pakcik tu cakap dia tak boleh bakar atau buang “benda” tu, so kemungkinan untuk “benda” tu datang balik memang ada sebab ini keturunan katenye. Sebab kenape orang tua tu tak boleh letak kotak atas perut aku, pakcik tu cakap aku selalu baca ayat kursi lepas habis solat. so guys, banyak manfaat ayat kursi ni. So amalkan eh.

Tapi memang “benda” tu ade datang balik beberapa kali kacau aku, macam marah pun ada sebab aku taknak terima dia. Tapi “benda” tu datang dalam pelbagai bentuk. Ade yang rupe beruk, perempuan mude tapi takde mate, biawak besar, ade sekali tu aku nampak kepale aje. So sampai sekarang bila ada benda aneh-aneh tu aku kena buat lah ape yang patut untuk jage diri.

Oh ye, aku nak pesan kepada korang, kalau tengah marah, cube kawal. Tau tak, tiap kali marah, ade asap hitam keluar/masuk dari belakang kepala korang? Tu pasal dalam islam digalakkan ambik wudu’ kalau tengah marah. Tambah-tambah lagi perempuan yang tengah ‘cuti’ solat.

Okay, sekian sampai sini sahaja cerita aku. TQ.IQAA

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

IQAA
FOLLOW FB KAMI.

10 comments

  1. terus cari cucu ke?
    ingatkan turun kat anak dulu.
    so sape – sape yang ada nenek lagi sekarang yang umur 80 tahun ke atas tu berhati – hati la ye.
    orang tua dulu – dulu belum ada kesedaran lagi tentang larangan pakai jin semua tu.

    1. Kalau tak silap saya, ada sesetengah kes turun dekat cucu terus.

      Sesetengah kes pula nak turun dekat anak, tapi secara tak langsung si anak tolak syaitan tu. Jadi, syaitan tu akan pergi dekat cucu terus.

    2. mcm lagi ramai ja turun cucu/ cicit terus.. ikut suka dy ja nak pilih sapa tp yg aku taw the younger the better. klu muda, sehat, dy bleh menempek lama laa… xda la nak kena cari tuan baru n bertukar2 tuan kerap sgt

    3. saka ni ada mcm2. ada yg direct turun ke anak. ada yg skip 1 generasi. ada yg cari cucu perempuan sulung drpd anak perempuan sulung. ada yg cari anak bongsu. tp yg pasti most of the time saka ni cari pewaris perempuan.

  2. mmg sekarang trend cerita xlengkap ka cmmana..? bgtaw ja la knapa tok tu membela? apa function benda tu? n apabenda sbenarnya tu? palesit ka saka rimau ka hantu raya ka.. ish

  3. Oh ye, aku nak pesan kepada korang, kalau tengah marah, cube kawal. Tau tak, tiap kali marah, ade asap hitam keluar/masuk dari belakang kepala korang?

    betul ke ni awakk

    1. iya, itu yang sye nampak bila family sye atau kawan sye tengah marah. ade asap hitam. wallahualam dekat pandangan seseorang berbeza atau sama.tapi itu yang sye nampak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.