“Berani kau kutuk aku!”

Assalammualaikum kepada semua pembaca. Aku ni dh lama jadi silent reader. First time aku dapat tau pasal fiksyen shasha ni dari kawan baik aku masa kitorang tengah bosan and nak baca cerita seram. And then aku mula baca cerita cerita yang dipaparkan di website ni sampai sekarang. Serious best cerita cerita yang korang dh post kat sini. Sampaikan aku pon terasa nak submit cerita aku haha.

Okay cerita yang aku nak cerita kat korg semua ni pasal apa yang terjadi masa aku form 1. Masa tu aku rasa aku ni bodoh sangat, yelah sebab aku kan first time dapat masuk alam remaja. Nak try tu, nak try ni. Tapi last last benda yang aku buat ni memakan diri aku jugak. Aku ada 3 orang kawan baik. Tapi yang aku selalu share kisah seram ni dengan kawan aku yang nama Siti (bukan nama betul ). Kitorang selalu bosan and end up cerita benda benda yang mengarut.

Benda ni berlaku lebih kurang 5 tahun lalu, masa tu aku ngan Siti bosan sebab cikgu tak masuk so kitorang mula lah cerita pasal penanggal. Tetiba aku tersasul and cakap, “weyh, kalau penanggal datang, aku buat home run dengan kepala dia HAHAHAHAHAHAHAHA”. Aku gelak sampai nak mati dengar lawak aku sendiri. Siti ni pon gelak gelak ngan aku. And then tetiba aku rasa seram sejuk and aku terdiam sekejap. Aku pandang ke arah Siti and dia padang aku balik dengan buat isyarat suruh aku tulis kat atas kertas. Kitorang ni kan bebal sikit so kitorg sambung gossip pasal benda benda ni kat kertas sebab ingatkan benda tu takkan dapat tau.

Keesokan harinya, aku datang sekolah awal sebab van tetiba datang awal. dahla aku tengah makan koko crunch tetiba van hon. Ceh geram aku. Ok back to the story, masa aku tengah duduk dekat kantin, aku nampak Siti jalan masuk pagar sekolah. So aku lambai la kat dia and masa dia nampak aku, dia buat tak tau. Aku geram and aku pon berlari la ke arah dia and tanya, “weyh kau okay ke? Nape weyh? Aku ada buat salah ke? Weeeeeeyyyy kau marah ke ngan aku?”. And dia jawab, “aku tak marah kau la, cuma mood aku tak berapa baik and aku tak cukup tidur . Haih”. Aku angguk tanda aku faham and jalan sebelah dia. Aku tengok tengok muka dia and dia nampak macam wanita yang baru lahirkan baby yg berjaga malam nk jaga anak dia. Serious. Aku nak gelak tapi aku tahan. Sesampainya kami dekat perhimpunan, kami duduk dekat kerusi bangku yang ada dekat tepi tapak perhimpunan. Dan Siti pon mula buka cerita .

CERITA SITI

Tamat sahaja waktu persekolahan aku terus saja berlari masuk ke van sebab takut kena tinggal dengan van. Bukan sekali je aku pernah kena tapi dah berpuluh kali. Sampai sahaja di rumah, aku terus mandi dan bersedia masak untuk makan malam. Semasa aku sedang sibuk potong bawang, aku rasa seperti diperhatikan. So aku tengok keliling aku. Pelik. Takde sesiapa pon dekat dapur? Adik beradik aku semua sedang bermain di luar. Kalau dorg balik, mesti kecoh satu ruang tamu. Aku pon buat tak tau dan kembali potong bawang. Tiba tiba aku terdengar suara seperti orang bercakap di ruang tamu. Tak mungkin adik aku kot? So, aku pergi jenguk ruang tamu untuk pastikan tu adik aku ke tak. Jantung seolah-olah nak gugur apabila mendapati bahawa ruang tamu tu kosong. Aku terus ke dapur dan masak cepat cepat.

Aku terus capai kunci rumah dan keluar dari rumah menuju ke padang yang berada di hadapan rumah kami. Aku duduk di bangku kerusi sambil tunggu adik adikku habis bermain. Ah takmau aku duduk kat rumah sorang sorang. Kang benda tu kacau lagi. Aku tengok jam tanganku yang berada kemas di pergelangan tangan. Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Aku menjerit panggil nama adik adikku. Dorang pon berlari ke arah aku dan bertanya, “apa kakak buat kat sini? Ada pape berlaku kat rumah ke?”. Aku menjawab, “takdelah saje je sebab bosan duduk rumah seorang diri. Mama pon belum balik. Haha. Dah jom balik dan makan. Maghrib pon dh dekat”. Kami semua pon berjalan balik ke rumah.

Malam tu aku mengajak adik perempuanku untuk tidur dalam bilikku sebab aku takut “benda” tu kacau aku. Aku tak nak takut sorang sorang. Sedang aku tidur, aku dikejutkan dengan suara adik perempuanku yang sedang cuba bangunkan aku. Aku pon bangun dan menanya adik aku, “kenapa ni? x pagi lagi pon. Haih”. Dia pon terketar ketar jawab, “kakak…. tadi adik nampak ada “benda” tidur sebelah kakak. Adik takutlah”. Dia pon menangis. Aku pon ajak dia pergi bilik adik beradikku yang lain. Sedang kami berjalan melalui ruang tamu, aku ternampak susuk tubuh seperti adik lelakiku yang duduk di atas sofa dalam gelap. Aku cuba memanggil dia tapi takde jawapan yang keluar dari mulutnya. Jadi aku ngan adik perempuanku lari masuk ke bilik adik lelakiku yang kedua. Kami tidur di atas tilam yang aku dah bentangkan di sebelah katil adik lelakiku itu. Aku cuba pejamkan mata tapi mataku seolah olah dah tidur 8 jam. Segar semacam je hmm. Sedar tak sedar dah pukul 6 pagi. Tetiba terasa penat gila. Aku pon bangun dan bersiap untuk ke sekolah.

Ok kembali ke masa sekarang haha

Aku pon terkejut dengar cerita yang Siti dah ceritakan. So benda yang kitorang kutuk tu datang kacau Siti? What? Aku rasa bersalah pulak dekat Siti sebab dia kena ganggu dengan benda tu. Aku berharap sangat benda tu tak kacau aku. Alhamdulillah benda tu tak menganggu aku pon. Tapi aku pelik kenapa Siti seorang je kena kacau? Aku ingat dah habis sampailah beberapa bulan lepas. Aku tengah tidur dalam bilik seorang diri. Untuk pengetahuan korang, katil aku betul betul sebelah tingkap so walaupun ada langsir tapi cahaya menyuluh ke arah tingkap bilik aku and boleh nampak bayang bayang kat luar.

Hampir aku nyenyak tidur, tiba tiba aku terdengar macam tingkap bilikku diketuk dari luar. Aku pon buka mata dan toleh ke arah tingkap itu. Alangkah terkejutnya aku ternampak macam bayang bayang kepala orang. Jantung aku rasa macam nak meletup. Aku nak lari dari situ tapi badan aku tak nak cooperate. So aku kaku kat katil aku. Aku pon terus cuba nak tido semula. Tapi malangnya gagal. Aku pon pejamkan mata aku dan kira biri biri sampai aku pon x sedar aku dah tertido. Tu kali pertama weyh aku nampak penanggal walaupun hanya bayang bayang tapi eeee ngeri la. Aku memang terus insaf dah lepas tu tu hahahaha .

Okay sampai sini je kisah aku. Aduh panjang sangat pulak cerita aku ni. Kalau ada masa aku post cerita aku kat sini. Sorry kalau bosan dan tak seram. Aku saje nak try post kat FS. Kalau admin tak approve pon janji admin baca haha.

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.