Bercuti ke Langkawi Part Akhir

Suraya dan Aisyah mengusap lembut belakang badan aku. Aku menceritakan segalanya pasal mimpi tadi. Tapi mereka berdua hanya berkata itu sekadar mainan tidur. Jadi, aku diamkan saja. Aku pun tak tahu samada itu mainan tidur ataupun gangguan. Tapi aku berharap itu adalah sekadar mainan tidur.

Keesokan harinya, kami semua tidak pergi mana-mana. Aku memang rasa malas nak keluar pada masa itu.

“Una, kitorang nak pergi kedai jap. Nak beli barang. Kau nak ikut tak?” soal Aisyah.

Aku tengok jam di tangan, hurm… Dah pukul 6 petang. Malas pula nak ikut diorang nih. “Tak naklah. Aku malas nak keluar. Korang pergi jelah.”

Aku duduk di ruang tamu seorang diri. Tengah syok main phone, tiba-tiba aku dengar pintu bilik dikuak perlahan. Krekkk… Krekkk… Krekkk… Aku terdiam. Bulu roma sudah mencacak naik. Aku pandang sekeliling, tak de apa pun. Mungkin angin kut.

Aku kembali scroll facebook. Sekali lagi, aku dengar pintu dibuka tapi kali ini dengan ganas. Berdentum! Aku terperanjat teruk. Arh sudah, kau jangan nak main-main dengan aku.

“Unaa~ kenapa tak ikut diorang sekali…. Hihihihi…”

Berderau terus darah aku dengar suara tu. Mana dia tahu nama aku? Aku statik saja tapi mata aku melilau mencari suara tu. Aku tengok jam, pukul 6.45 petang. Mana diorang ni, lambat sangatlah pergi kedai.

Aku whatsapp Suraya dan bertanyakan mereka berdua sekarang dimana dan dia membalas bahawa dia sedang tunggu Aisyah di toilet petronas. Adui si Aisyah, tak tahan sangat ke sampai tak boleh pergi toilet di rumah.

“Kawan tak sampai lagi eh…. Hihhihihihih!”

Sekali lagi suara itu muncul. Dengan hilaian tawa yang sangat kuat. Peluh aku jatuh bagaikan air terjun. Jantung aku laju bagaikan lari marathon. Siapa yang tak takut kalau diganggu seorang diri macam tu. Aku baca ayat Qursi sekali dan cuba memberanikan diri bercakap dengan makhluk itu.

“Ka-kau nak apa? Aku tak ada kacau kau, kau jangan kacau aku!”

Zassss… Satu kelibat laju meluncur depan aku. Apa yang aku nampak adalah kelibat berwarna putih. Aku kerling di salah satu penjuru di tepi pintu masuk. Terkejut beruk aku apabila aku nampak satu entiti berambut panjang sehingga mencecah lantai. Berbaju putih lusuh dengan tompokan darah.

Salah satu matanya terjembul keluar dengan kulitnya berwarna hitam seakan terbakar. Bau dia memang tak boleh bawa bincang. Apa itu? Ponti ke? Atau pun langsuir? Aku memang tak nak ambil tahu itu makhluk jenis apa.

Tak seperti dalam filem cerita hantu yang dipaparkan, dalam realiti bila kau nampak benda tu depan mata secara automatik badan kau akan rasa kaku, telan air liur macam rasa telan pasir. Nak keluar suara pun tak mampu. Hanya hati saja berkata-kata. Aku tutup mata, aku baca ayat Qursi banyak kali beserta ayat tiga Qul.

Aku buka mata. Ya Allah!!! Dia ada depan mata aku! Memang betul-betul depan aku. Sumpah aku rasa macam nak muntah time tu. Aku tak boleh buat apa, dia merenung tajam ke arah aku. Pintu bilik berdentam dentum berbunyi kuat. Aku tutup mata sekali lagi. Takut aku nak mengadap muka dia. Naik loya tekak aku. Rasa macam rambut aku dimain-main. Arh sudah, kau nak apa?! Badan aku sudah menggigil. Aku menjerit ketakutan!

“Jangan kacau aku!!” aku jerit kuat. Dengar tapak kaki laju ke arah aku. Bahu aku dipegang kuat.

“Woi, kau pehal ni?”

Aku buka mata dan nampak Aisyah dan Suraya ada depan mata aku. Aku liarkan pandangan ke semua tempat. Mata aku terhenti pada penjuru pintu masuk tadi. Dia masih ada di situ.

“Tu… Tu… Aku nampak tu…” aku tunjuk ke arah penjuru pintu dengan takut. Serius aku cakap badan aku menggigil.

Aisyah dan Suraya berpandangan sebelum menenangkan aku. Siapa yang tenang bila si makhluk tu asyik munculkan diri. Aku tak tahu dia nak apa. Something fishy. Dia takkan munculkan diri kalau tak ada yang tarik perhatiannya. Apa tu? Kitorang ada ambil barang yang tak perlu ke? Ataupun kitorang usik tempat dia? Atau salah sorang daripada kami dalam keadaan kotor?

“Korang sekarang ni datang bulan ke?” aku tanya diorang dengan nada bergetar.

Diorang geleng kepala. Habistu apa? Aku memberanikan diri melihat makhluk itu. Instict aku kuat mengatakan dia sedang tenung Aisyah.

“Aisyah, kau ada ambil apa-apa ke?”

Dia geleng.

“Cuba kau fikir betul-betul ada ke tak?” aku tanya sekali lagi.

“Kenapa nih Una?” Suraya pula bertanya. Aku tidak jawab. Malah tumpuan aku penuh pada si Aisyah. Aku dapat rasakan dia mesti ada buat sesuatu.

“Tak ada. Betul!” Aisyah mula tinggikan suara. Makin baran aku dengar.

“Cuba kau jujur! Ada ke tak?” aku pun tinggikan suara.

“Haihh… Aku cuma ambil ni je.” akhirnya dia mengaku. Kau jangan main-main bila aku marah.

Dia mengeluarkan satu batu yang agak unik. Saiz sederhana. Aku lupa bentuknya macam mana. Tapi yang pasti sangat unik. Aku kerling makhluk tadi, ye memang nampak tindak balas dari si dia. Dia menderam kuat. Dan yang pasti hanya aku saja yang dengar.

“Kau ambil batu ni dekat mana Aisyah?” aku soal dengan dingin. Aku memang masak dengan perangai si Aisyah ni. Bukan sekali dua dia buat. Dah banyak kali, sebab tu aku tak suka bercuti dengan dia.

“Aku ambil dekat belakang rumah masa aku tinjau kawasan. Batu ni ada dekat bawah pokok besar.”

Aku tepuk dahi. “Kau tau tak, dalam dunia ni bukan kita je yang ada tau. Kau sendiri yang cakap jangan tegur la, marah aku bila aku nampak something la. Tapi kau? Better kau pulangkan balik batu tu.”

Dia diamkan diri.

Aku naik berang, aku cakap macam ni “Suka hati kaulah. Kalau benda tu masuk dalam badan kau, aku tak nak tolong.”

Aku nampak perubahan muka Aisyah. Cuak habis muka dia. Padan muka, tak nak dengar cakap aku kan. Bertemankan kami ‘bertiga’, si Aisyah meletakkan batu ke tempat yang asal. Dan aku nampak ‘dia’ dengan sekelip mata sudah ada di atas pokok.

Kami masuk ke dalam dengan senyap. Tiada satu bicara pun yang keluar. Kalau aku marah, memang tiada siapa berani bersuara. Sebab aku jenis seorang yang periang, bila keluar baran aku memang aku marah kaw kaw.

Aku buka surah yassin dengan kuat dari telefon bimbit aku. Rasa sedikit tenang dalam diri aku. Dan tiba-tiba, Aisyah buka cerita yang sebenarnya dia juga dikacau bila berseorangan di dalam bilik.

Ceritanya, dia telah dikacau dengan bunyi seorang wanita menangis. Like, “Wuuuu… Wuuuu… Wuuuu…” Mendayu-dayu suaranya. Kadang-kadang dia dengar bunyi orang ketawa. Bunyi orang bercakap. Sampai tahap dia tengah tidur tapi kaki belah kirinya ditarik kuat. Terus dia bangun dan mengajak kitorang keluar.

Ouh, no wonder la dia ajak kitorang keluar. Nasib baik aku tak ikut, kalau aku ikut sampai bila-bila aku tak tahu yang Aisyah buat hal. Kang benda tu ikut dia balik lagi menyusahkan.

So, end of story, kitorang bercuti di Langkawi hanya dua hari. Tak sampai satu minggu. Aku okay je nak sambung percutian kitorang, tapi Aisyah ajak kitorang balik. Dia kena demam panas akibat gangguan dia alami. So, kitorang terpaksa batalkan percutian ini. Arh, pasal mimpi tu, Alhamdulillah. Aku dah tak alami mimpi tu. Mungkin aku takut sangat sampai terbawa ke dalam mimpi. Syukur Alhamdulillah.

Pengajaran dalam cerita aku ni ada satu. Satu, jangan main bantai ambil benda yang tak patut kita ambil. Tak kisahlah batu ke daun ke, ingat bukan kita je yang tinggal dalam muka bumi ni. Nasib baiklah gangguan tu tak sampai ke histeria. Dahlah aku tak pandai nak berubatkan orang. Setakat nampak dimana makhluk tu ada, aku mampulah. Mungkin ‘dia’ minta tolong dengan aku agaknya supaya barangnya diletak kembali ke tempat asal. Wallahualam…

Okay di sini aku nak bagitahu, kisah bercuti di Langkawi ni dah lama berlaku. Sekitar tahun 2009. Sangat lama. Tapi kejadian itu aku ingat sampai sekarang. Mengenai kedai yang aku ceritakan itu, bukannya keluar dari tasik Dayang Bunting terus ada kedai itu. Aku tak ceritakan lebih spesifik sebab aku tak nak dedahkan kedai itu. Aku pun tak tahu kedai itu wujud lagi atau pun tak. Sebab aku dah lama tak pergi Langkawi.

Aku ada baca komen, ada yang cakap cerita aku direka dan merapu. Okay, yang aku tahu setiap orang ada pengalaman yang berbeza. Dan bukan semua dapat ‘anugerah’ istimewa ni. Aku cuma menceritakan saja pengalaman aku. Dan last but not least… Aku minta maaf sangat-sangat! Sebab aku buat cerita ni bersambung. Mesti korang marah sangatkan. Aku bukan sengaja tak nak habiskan cerita aku. Cuma, masa tu memang aku ada hal. Hal yang tak boleh dielakkan. So, lain kali aku ceritakan pengalaman aku, dan yang pasti takkan ada sambungan. Assalamualaikum, dan tenangkan diri anda ye. Buhbye!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

6 thoughts on “Bercuti ke Langkawi Part Akhir”

Leave a Comment