Bila Sorang2

Assalamualaikum, Aku Noor (bukan nama sebenar). Aku nak cerita pengalaman seram yang Aku alami. Mungkin seram bagi Aku ja kot. Buat perngetahuan semua, Aku dulu sekolah di mrsm tun abdul razak, pekan, Pahang. Ni kisah yang aku alami di sana. Aku saja nak cerita, sebab rindu kot kenangan kat situ.

Cerita ini aku alami waktu aku form 4 and 5. Sepanjang dua kejadian seram yang aku alami, semuanya aku blur atau terkejut yang pasti tak menjerit. Tak tahu nak react apa. Waktu tu cool gila. Dah lama sikit, baru sedar yang diri sendiri nampak “ benda” tu haaa. Apa lagi cabut lah lepas tu.

1. Waktu tu Bulan Puasa
Malam tu, kebetulan aku siap awal terawih. Biasalah budak perempuan, ambil masa sikit nak siap. Kena lipat telekung lah, tunggu member lah, make up dulu lah. Waktu tu, terawih buatkan dewan, dewan ada penghawa dingin. Sejuk lah sikit, nak-nak kalau imam baca lama, yang paling best baca sampai nangis. Menitik peluh dalam telekung. Okay, berbalik pada cerita.

Lepas aku siap, aku blah lah dari dewan. Malas nak tunggu member. Dewan dengan kolej kediaman jauh lah jugak. Aku pon jalan je lah sorang. Waktu tu, aku form 4, prep kat bilik study dalam blok je. Senang. Jadi aku pon ingat nak naik bilik aku tingkat atas sekali numbor 19. Ingatkan nak naik , ambil buku pastu turun bilik study. Tengah angin sepoi sepoi bahasa. Aku pon naik lah blok sorang-sorang. Aku blok perempuan yang dekat dengan surau.

Waktu tu, blok memang kosong. Tak de sapa lagi naik. Perempuan yang tak boleh sembahyang pon semua ade kat dewan makan. Blok tu ade tiga tingkat tak termasuk ground floor. Blok serius gelap gila. Lampu corridor pon tak pasang. Jimat letrik kata kan. Tapi nampak lah jugak sebab, belakang blok ade umah cikgu. Umah cikgu tu dua tingkat. Lampu corridor umah cikgu tu pon membantu aku melihat lah waktu tu.

Waktu naik tangga, satu lagi anak tangga nak ke tingkat dua, aku pon pandang depan menghadap rumah cikgu. Tetiba aku nampak kat corridor umah cikgu sesuatu. Aku ingatkan cikgu, sebab muka dia macam sama. Tapi yang peliknya, benda tu berlari lagi melintas aku tapi kepala benda tu mengadap aku. Muka dia sama dengan cikgu agama islam aku , tapi kulit benda tu merah dan hitam cam terbakar. Pastu boleh pulak benda tu bakai serba putih, lebih macam telekung, sebab tak Nampak rambut pon.

Serius waktu tu, terkejut gila. Sempat terdetik dalam hati cakap “buruknya cikgu aku”. Nampak tak tahap blur aku tu tinggi petala langit ( sori cikgu). Lepas beberapa minit, baru tersedar. Tak tahu nak buat apa, waktu tu dah lah kat tengah-tengah blok. Tak tahu nak turun balik atau nak naik je. Kalau naik, bilik ade kat tingkat atas sekali pastu hujung pulak. Lama jugak bertafakur kat situ. Biasalah cell cell otak baru nak bersambung.

Aku berdiri cam patung kat situ sampai ade dua orang junior naik blok , bertembung kat tangga. Lepas dah berani sikit, aku naik je bilik. Cepat-cepat ambil buku , pastu terus turun bilik study. Kat bilik study, aku pon cerita kat member, esok terus tersebar satu batch. Setiap orang yang jumpa dengan aku, mesti tanya pasal ni, retis sekejap.

2. Sebab exam biologi
Waktu tengah crisis teruk untuk form 5 iaitu spm. Waktu tu, tidur memang tak cukup. Masalahnya, bila kita study cikgu tak nampak, bila kita baru nak tidur, waktu tu lah cikgu nak datang. Pastu kena caci. Tu lah reality budak mrsm.

Bagi tu ada exam biologi (trial kot) tak sure. 3 tahun dah tinggalkan sekolah. Waktu tu semangat nak study bio. Semangatlah sangat, padahal bodoh bio. Lepas stay up malam tu, aku tidur sekejap pastu nak bangun pagi tu. Waktu tu orang tak habis2 kata study waktu pagi ni bagus. Aku pon acah2 nak ikut. Pukul 4 pagi tu aku bangun. Lampu bilik memang tak buka, sebab lampu corridor tu dah terangkan bilik. Pagi tu aku bangun, ambil toiletries pastu terus gi mandi. aku suka mandi kat toilet yang hujung sekali, sebab air laju dan luas. Aku pon mandi lah sorang2. Toilet selang satu bilik dengan bilik aku. Waktu mandi aku tak kene kacau pon, selamat je mandi dengan aman.

Lepas je mandi, aku pon keluar dari toilet. aku pon gatai mata nak tengok toilet belah sana. Buat pengetahuan korang. Blok aku ni bentuk macam ubat stapler. Setiap lengkuk ade toilet. So satu aras ade 2 toilet. Sebelah toilet ade balkoni yang open so nampak pemandangan. Kalau kat toilet yang aku mandi nampak surau. Kalau toilet satu lagi nampak blok perempuan yang satu lagi.

Sebab gatai mata nak tengok, aku nampak seorang perempuan berdiri membelakangi aku mengadap blok satu lagi. Aku agak je dia perempuan sebab ni blok perempuan. Benda tu pakai baju warna putih , macam baju kurung. Pastu rambut di macam pendek maybe di tari rambut di ke depan. Aku pon ingat nak panggil. Aku nak panggil dia macam panggil waiter. Yang guna mulut tu. Hehehe tak sopan sungguh. Maybe sebab pagi kot, malas aq nak buat bising.

Waktu nak buat tu, tertiba terlintas kat otak aku yang sekarang ni pukul 4 pagi. Member batch aq yang mana gila duduk menghadap blok satu lagi ni haaa. Bila dah cam tu, pecut aq lari masuk bilik. Serius cuak. Blok senyap, bungi selipar kita bergema cam ade yang ikut kejar dari belakang. Masuk je bilik, aku nak kejut roommate sebelah katil, tapi kesian pulak, pasal semua stay up malam tu. So aku pon cepat2 pakai baju, ambil buku bio acah nak study lagi, padahal jantung rasa nak meletup takut.

Last2 tertidur jugak, bangun2 dah siang.
Hari tu nak gi sekolah, pakat Tanya aras aku ada yang bangun pagi tadi ke, nand pakai baju kurung warna putih. Semua kata tak de. Lepastu taubat tak nak bangun awal pagi nak study. Cuak gila.

Tu je kisah yang aku alami sepanjang sekolah kat mrsm tu. Yang lain just dengar2 cerita je.
Sekarang pon dah umur 20 dan menuntut di universiti. Lama dah tinggal kan zaman sekolah.

.

Hujan Bunga
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 comments

    1. sape nak ko? dahlah asyik mtk nk jumpe hantu kt setiap post. org gile je nk mende2 camni. pyhsco! nnt tgu ko kena rasuk dptlah tgk. tp jgn benda tu duduk menumpang dlm badan ko smpai mati sudaaa.. azab nak mati…

      1. Hahaha. Bru tahu si zaha ni lelaki. Asal laa selama ni dok pk bdk pmpn. Kehkeh. Bro, dia x pernh nmpk sbb tu asek mntk. Kot nmpk sekali nti, da berbuih sawan bru tau erti penyesalan.
        #RasanyaBudakBaruNakUp ?

  1. bnyk komen negative.. stop indra ke 6…lol
    nk up apa umur dh lanjut.. sialan ckap sumpah orang ni mcm xde adat dan budi bahasa..puiii..jahanam.. baik fokus bnda lain cari keuntungan pda bnda haram jadah ni..

  2. memang selalu ada kita aktif ok hari2 on fiksyen syasya, bersihkan hati jgn iri hati dgn kelebihan orang lain..puiiiiiiiiii… sialan buat orang naik darah

    1. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHA sape jeles dgn kelebihan org lain? cite die skg org meluat dgn ko yg asyik mtk hijab tbuka setiap post…. pebendee…. dah sangap sgt nk tgk antu gi ar tmpt angker sne… settle. dah sangap sgt!

  3. zaha..ko nk bukak hijab nk tgk alam mana..1 alam jin dan syaitan 1 alam makhluk dimensi lain dan lagi 1 alam ni aku rasa sesuai utk ko..aku boleh tolong bukakkan tp dah masuk alam tu nak kembali ke alam nyata mmg susah..Alam baqa..pm aku utk lebih lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.