Bila Tidur Ku Ditemani Sesuatu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada admin kalau kisah aku disiarkan. Ini kali kedua aku menulis sebuah cerita yang tak berapa seram disebabkan aku pun penulis baharu yang nak berjinak-jinak dalam penulisan dan pembaca tegar FS.

Cerita ni tak panjang mana pun pendek jaa. Kalau ada yang tak mau baca tak payah la baca dah nama pun cerita tak berapa seram kan so jangan banyak complain.

Okey aku terang sikit tentang kedudukan bilik aku. Rumah aku ni rumah kampong ja, rumah aku mempunyai dua tingkat dekat bawah bata and dekat atas papan (so sapa duk kampong tahu la macam mana noohh). Bilik aku dekat atas and di hujung sekali.

Pada bulan dua dan bulan ni ada laa kejadian yang aku alami sendiri bagi aku tak seram mana pun sebab selalu and dah biasa duk kena kacau dengan benda-benda mistik ni. Al maklum la aku dah biasa duk kena-kena rasuk and hysteria ni.

Okey pada malam sebelum aku ditemani sesuatu tu aku terjaga pada pukul 3 pagi kalau tak silap laa sebab terjaga tu aku tengok henfon aku dalam pukul 3 lebih macam tu dah tengok jam pun awal lagi so aku pun nak la sambung tidur balik tiba-tiba tu aku terdengar ada orang duk berjalan dekat luar aku pun tak fikir banyak la aku just anggap kata maybe ada orang keluar cari apa-apa kot and then aku tidur ja la kan.
Keesokkan malam tu aku macam biasa masuk bilik nak tidur tapi sebelum tidur tu tengok-tengok henfon lu. Dah tidur tu dalam masa yang sama dalam pukul 3 lebih macam tu aku tersedar macam mamai-mamai sikit lepas tu sambung la balik tidur dan tiba-tiba aku rasa ada sesuatu naik katil aku (katil aku katil queen tidur sorang and selalu biar dekat sebelah tinggal kosong siap ada batal lagi sebab kadang-kadang aku akan berubah tempat tidur kadang-kadang aku tidur sebelah kanan kadang tu sebelah kiri ikut keselesaan aku la). Lepas tu aku dapat rasa benda tu (tak tau laa benda apa) baring di sebelah kanan aku and yang paling tak boleh blah tu boleh pulak benda tu peluk aku dia ingat aku bini dia kot and dalam masa yang sama aku dapat rasa jugak ada benda tu di sebelah kiri aku tapi rasa macam budak kecik la. Budak tu boleh pulak duk main-main atas katil kira rasa laa tilam tu macam orang duk pijak-pijak tilam.

Aku pun apa lagi baca laa ayat kursi bagai tapi tu la kan mesti akan berterabur la tak tau la berapa kali aku baca sampai laa ke pagi tu aku sedar jaa berpeluh habis sampai basah baju aku. Dan sampai sekarang aku tak tau tu benda apa yang mai teman aku tidur. Aku ingat kan benda tu dah tak akan teman aku lagi time aku tidur tapi dia mai lagi rupa nya.

Macam ni cerita dia, benda ni jadi pagi tadi dalam pukul 7 pagi macam tu aku pulak time ni aku datang bulan so bangun lambat sikit la sebab aku keja office masuk pukul 9 pagi tu yang bangun lambat tu. Aku dah tersedar dah dalam pukul 6 tu sebab alarm henfon aku bunyi aku pun tutup la alarm tu sambung balik tidur sebab awal lagi kan lagi pun tak boleh solat pulak kan, dah tidur tu tiba-tiba pulak benda tu naik katil aku macam cerita kat atas tu cuma kali ni dia duduk sebelah kiri aku lepas tu duk tiup-tiup tepi telinga and muka aku rasa laa angin yang dia tiup tu automatic aku jadi beku tak boleh gerak badan aku apalagi time tu hanya ingat ayat kursi ja la, aku pun baca la sampai tangan aku boleh bergerak and tepis benda yang duk tiup tu last-last aku pun tersedar sepenuhnya benda tu pun hilang. (maybe benda tu nak kejut aku bangun tidur kot).

Confirm hampa tak faham kan sebab aku pun tak tau nak cerita macam mana nak bagi semua faham cerita ni. So faham-faham sendiri laa kalau nak komen kata tak faham pun aku okey ja komen laa selagi boleh kan. Okey bye.

Tak puas hati komen jaa aku akan baca komen-komen anda semua and terima dengan hati yang terbuka dan positif ja.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#ABJ

20 comments

  1. saya taknak kecam tapi cara tulis memang melilau sikit. macam kelam-kabut gitu. next time cerita relax-relax dan tenang sikit ya? sebab mungkin cerita ni seram jika awak cerita dengan lebih tenang dan tersusun

    good effort btw

  2. Komfem yg pluk ko tu duda anak satu.. sejak dtnggalkn bini, mngkin beliau jd tk keruan.. maklumla duda kn.. oleh krn mngkin muka ko ada iras2 bini dia dulu, tu psl la dia dtg kat ko.. part tiup kat muka kat telinga tu plk.. ala beliau nk gurau2 manja jer ngn ko.. mngkin beliau slalu buat mcm tu masa dgn bini beliau.. mngkin dh jodoh ko dgn beliau kot..

      1. Betulla tu.. cuba ko bc citer dia elok2.. fakta tu tlh dbagitau scr smr2 oleh penulis.. tkper la, sama2 la kita doakn penulis brbahagia dgn jodoh beliau.. kawen jgk penulis akhirnya…

  3. yang biasa org terasa telinga ditiup2 tu, sebenarnya makhluk tu tgh menjampi atau menyihir manusia… sbb tu klu terasa mcm tu, cepat2 la baca a’uzubillah dan bismillah… disambung dgn 3 qul, fatihah dan ayatul qursi…

  4. ” kalau ada yang tak mau baca tak payah la baca dah nama cerita tak berapa seram so jangan banyak complain”
    * KALO KO TANAK ORANG COMPLAIN CERITA KO,KO TAK PAYAH SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *