BILIK 421

BILIK 421

Kisah ni agak panjang. Yang berminat boleh baca. Yang kurang minat boleh scroll laju2 😊

Bilik ni terletak paling hujung di tingkat 4. Selalu saya tengok dalam filem atau drama je. Tapi kali ni betul2 terjadi pada diri sendiri. Ini hanya sekadar perkongsian peribadi saya dan bukan untuk takutkan sesiapa atau burukkan mana2 pihak.

Hotel ni di Kuantan. Untuk menjaga nama baik hotel ni saya takkan highlight nama hotel. Cukup saya share disini sebagai pengalaman saya dan peringatan untuk orang lain apabila masuk ke penginapan seperti hotel atau homestay.

Sebelum orang tanya, saya bagitahu disini. Saya ke Kuantan kerana nak berjumpa Anak saya (AJJ)

3 Malam saya di Kuantan

Malam pertama saya bermalam.
Awalnya ok je… Selesai mandi dan solat. Kami tengok tv. Baring2 sambil tengok youtube. Dan sofea pun tidur

10.30pm
Saya dan suami dengar pintu toilet bergegar. Seolah ada orang yang sedang buka pintu toilet dari dalam. Saya tengok, takde apa pun. Sambung tengok tv semula. 5 minit kemudian. Sofea terjaga, menangis kuat sambil cakap Tak Nak Tak Nak. Saya pujuk buka bacaan surah. Sofea tidur.

11pm
Sedang asyik tengok tv. Bunyi kuat dari tepi kami. Semua terkejut. Rayyan ditepi saya terus cakap ..
“Mama kerusi ni bergerak. Macam ada orang tarik”…
Allah .. terus meremang. Masa tu hati dah berdebar dan hati kuat mengatakan. Ada sesuatu dalam bilik ni. Saya minta rayyan tidur sebab saya risau rayyan takut.

15 minit berlalu. Alhamdullilah Rayyan dah lena. Tiba tiba ada bunyi kuat macam hentakan dari dalam almari. Sampai sofea terjaga semula dari tidur. Menjerit menangis … Sambil sofea cakap… “Iya Tak nak Iya Tak nak”

Waktu tu saya sedar.. ada penghuni lain dalam bilik ni selain saya suami dan anak2. Sambil pujuk sofea menangis. Saya terpandang cermin. Bila pandang cermin akan nampak langsir disebelah saya. Allah… Saya nampak ada bayangan bentuk orang dari belakang langsir. Benda tu bergerak dari hujung langsir sana sampai ke hujung langsir sebelah saya. Mengucap panjang saya.

Saya bagi sofea pada suami. Saya terlalu geram waktu tu. Marah pada pihak hotel. Marah pada benda yang menggangu. Saya cakap .. “Jangan ganggu kami !!”

Langsir kembali normal. Gerak bayangan orang belakang langsir tepi saya hilang. Rupanya Tak berhenti disitu.

Waktu sofea baru nak lena. Saya pun baring. Baring je.. ada sesuatu pegang pinggang saya dari belakang. Disebabkan sofea baru lena, saya bangun perlahan2 pusing ke belakang. Saya nampak selimut saya seolah ada pergerakkan tangan. Subhanallah. Meremang ketar semua ada. Saya tolak selimut kuat2….. Jantung laju.

Dalam masa yang sama bunyi mengetuk dalam almari Makin kuat ! Suami bangun bukak almari terus bunyi tu berhenti.

1.30am
Selimut suami saya pula ditarik. Kami baru nak lena tidur. Tiba2 suami saya tanya. Kenapa tarik selimut dia. Saya cakap saya tak tarik. Kami tengok satu sama lain. Suami saya cakap. Benda ni dah sentuh kita. Bukan sekadar bunyi.

2am
Saya baru pejam mata….
Bantal saya disentap. Saya tarik semula. Masa tu saya tahu benda tu yang tarik bantal saya. Elok je saya tutup mata, bantal saya ditarik lagi kali kedua.

Waktu tu memang saya marah sangat ! Saya cakap kuat kuat…
” AKU TAK TAHU INI TEMPAT KAU. BILIK KAU. AKU CUMA DATANG SINI SEBAB NAK TUMPANG TIDUR. AKU NAK JUMPA ANAK AKU. KAU JANGAN KACAU ANAK2 AKU, SUAMI AKU DAN AKU ! ESOK PAGI PUKUL 9 AKU KELUAR DARI BILIK INI. KAU JANGAN GANGGU AKU ! KALAU AKU TAHU INI TEMPAT KAU, AKU TAKKAN MASUK BILIK NI. PERGI LAH, JANGAN GANGGU KAMI ”

Yeee !!! Benda tu tak ganggu melalui sentuhan. Tapi benda tu tetap bermain dalam almari dengan bunyi yang bising, bermain di belakang langsir, on off pemanas air, goncang pintu toilet dan tarik kerusi.

2.30am
Saya call reception. Saya marah dan Saya cerita apa yang telah berlaku. Staff hotel tu boleh cakap.
” Yeker puan, nanti kami take note. Oh ya untuk pengetahuan puan… Tingkat 1 dan 3 kosong. Kami tutup buat masa ni. Yang buka tingkat 2 dan 4 sahaja ”

Masa tu rasa nak je turun bawah hempuk staff tu. Sakit hati ! Waktu saya booking dan check in, staff tu langsung tak de inform apa2 tentang penutupan level 1&3 tu. Saya rasa tertipu.

Waktu tu juga saya request tukar bilik untuk hari ke 2 dan ke 3.

Untuk pengetahuan semua. Benda tu kacau hingga ke pagi. Walau tiada usikan Sentuhan lagi, kami tetap takut dan seram sebab risaukan Sofea dan Rayyan. Semalaman saya dan suami tak tidur.

Tepat je pukul 8.30 pagi saya keluar dari bilik tu. Sebelum keluar. Saya cakap… ” Aku minta Maaf masuk tempat kau. Aku tak tahu ini tempat kau. Aku nak keluar sekarang tapi kau JANGAN kacau kami lagi dan jangan ikut kami ”

Alhamdullilah saya request bilik lebih besar di tingkat 2 dan staff hotel pun dah minta Maaf atas segala Kejadian yang berlaku. Bilik di tingkat 2 tiada gangguan dan selesa. Syukur.

Cuma….

Waktu kami balik pada malam ke 3. Kami berborak sekejap dengan receptionist. Anak saya yang nombor 2 ternampak ada bayangan hitam lalu di cafe sebelah tempat reception. Cafe tu memang dah tutup. Saya tengok muka dia cuak. Dalam hati saya cakap mesti ada sesuatu ni. Saya paksa dia cakap. Yee dia nampak bayangan hitam sedang berjalan dari cafe masuk ke lift !

Saya diam, saya pelok surah yasin letak pada sofea. Masa tu saya dukung sofea. Saya cakap perlahan2. “Jangan ganggu kami ”

Alhamdullilah malam tu tiada apa yang berlaku walau dalam hati terlalu takut. Memang ini lah first n last saya checkin hotel tersebut.

Mungkin bilik2 lain di hotel tu ok. Cuma bilik 421 sahaja yang mengacau. Kebetulan kami pulak yang terkena. Pengalaman kan.

Apa pun segala nya berlaku dengan izin Allah swt

Dan untuk korang yang nak checkin hotel pastikan baca review dulu, bawa surah yasin… Terutama yang ada anak kecil. Hati hati lah. Kita tak tahu apa yang ada dalam bilik hotel tu.

#Pengalaman30092021\

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Zajeedah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 31 Average: 4.5]

6 thoughts on “BILIK 421”

  1. hahahah…alamak baru plan nk bawa anak checkin ..lahir zaman pkp mcm ni la kan ..terkurung saja …so..lpas ni boleh beringat la ye…btw crita sgt ringkas dan padat.tq..enjoy bila baca.

    Reply
  2. Saya pernah terbaca di satu blog berbahasa inggeris (saya lupa namanya) dan penulis blog bagi satu perkongsian dari seorang staf hotel; klu plg mudah jika satu2 bilik tu keras a.k.a berhantu.
    Katanya lihat dlm laci meja atau mana2 bahagian yg berlaci jika ada kitab (samada yassin/bible mahupun kitab buddha). Bekas adik ipar saya yg pernah bekerja di sebuah hotel di genting juga berkongsi perkara yg sama. Hotel xkan suka2 letak kitab dlm bilik hotel kecuali bersebab.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.