Bilik Berkunci Misteri di Rumah Sewa

Assalamualaikum pembaca FS. Nama aku Dato’ (nama samaran aku). Aku cuma nak berkongsi kisah mengenai rumah sewa aku semasa aku bergelar pelajar IPTA dahulu. Pada aku suatu peristiwa yang aku ingat sampai bila2.

Bermulanya kami pelajar2 semester 3 perlu mencari rumah sewa sendiri. Jadi di kawasan sebelah kampus aku belajar ada sebuah perkampungan kecil. Oh lupa pula, aku belajar di Kelantan. Mesti ramai yang tahu cerita ni and mula text abang. Famous pula abang nanti!

Dalam perkampungan tersebut, ada sebuah rumah banglo setingkat. Rumah tersebut pada mula nya memang lama di tinggalkan sebab tiada siapa berani sewa walaupun sewa bulanan nya cuma rm150 walaupun ada 4 bilik besar! Pakcik yang ingin sewakan rumah tersebut memang target untuk disewakan pada student. Tapi kami dengar2, dia cuma mahukan student lelaki sahaja dan dia mahu student lelaki yang kuat solat, kaki masjid, & yang alim2 gitu.

Kami tahu rumah tu keras. Awal2 lagi pakcik tu dah berterus terang tentang rumah tersebut. Tapi kami jenis tak kisah. Al maklum lah pada zaman semuanya serba mahal dan nilai wang semakin menurun ni kami sebagai student lelaki mana pernah kisah pasal rumah, asalkan boleh tidur je sudah! Untuk pengetahuan korang, pada mula nya kami tinggal di rumah tu 12 orang. Lepas tu tinggal 9 orang sejak ade yang mula dapat tumpang masuk rumah sewa kawan lain. Akhir sekali cuma tinggal kami 7 orang.

Nak taknak aku dah mula selesa duduk rumah besar dan tak ramai penghuni walaupun aku tahu ade penghuni lain yang kami tak nampak. Jadi kami bertujuh bertahan lah tiap2 malam cuma akan dengar macam2 benda pelik. Satu semester kami duduk di rumah tu, gangguan cuma lah berbentuk bunyi bunyian yg tak enak di dengar.

Kawan aku zul & apan memang part time buat burger jadi mereka je yg selalu balik lewat 2/3 pagi. Yang lain jenis lepak dalam bilik. Ruang tamu memang kosong & ruang tamu tu lah yg rasa seram sebab besar luas & gelap bila malam2. Jadi zul & apan lah yang selalu dengar macam2 bila balik dari meniaga. Kadang2 dengar seperti ada tapak kaki lain yang ikut mereka berjalan dalam gelap ruang tamu tersebut. Ada yang siap bunyikan pinggan mangkuk di dapur. Bila kami whatsapp dalam group rumah tanya siapa ada kt dapur sorang pun tk ada. Masing2 dalam bilik ataupun dekat luar. Perkara tu berlarutan satu sem sampai kami dah lali dan tak rasa apa2.

Masuk sem 4, seorang dari kami keluar duduk di rumah sewa lain. Jadi tinggal kami berenam sahaja dalam rumah yg besar tu. Nak ajak kawan2 lain masing2 menolak dengan alasan dah ada rumah sewa. Padahal rumah sewa kami murah kot! Hahaha

Sebelum tu lupa aku nak bagitahu. Rumah kami memang ade 4 bilik tapi 1 bilik dikunci oleh tuan rumah & pakcik pesan jangan pernah cuba bukak pintu tu kalau tak nak ade masalah. Kalau dengar apa2 pun buat2 tak dengar. Berdepanan tingkap bilik utama iaitu bilik aku dan pa’an. Ada satu busut. Aku tak sure sebenarnya pasal busut ni. Busut pun aku baru first time tengok itupun pa’an yg bagitahu itu busut & selalunya busut ni dikaitkan dengan benda2 seram. Allahualam.

Start sem baharu iaitu sem 4 tu lah aku dah mula hilang sabar dengan gangguan2 semua sampai aku tekad sem 5 aku nak ajak kawan2 aku pindah cari rumah lain! Gangguan dia agak agresif kali ni.

Ada satu malam, aku, zul, apan, mat & oyat pergi tengok bola dekat kedai makan. Jangan gelak nama2 samaran kawan2 aku memang pelik. Pa’an seorang je tak ikut sebab dia kata nak pergi teman awek dia buat assignment kt mcd. Jadi kami berlima keluar dahulu. Balik dari tengok bola aku terus masuk bilik. Aku tengok Pa’an dah ada dalam bilik. Baring mengadap dinding. Aku tanya’ “awal kau balik Pa’an? Selalu kalau dapat keluar dengan awek balik sampai nak dekat subuh?” Dia diam tak jawab perli aku. Tiba2 aku dengar dia macam menangis tersedu. Ah sudahhhh gaduh ngan awek la ni patut la balik awal. Aku pun buat tak reti malas nak tanya lebih2 aku terus amik wudhuk & solat isya’. Sepanjang aku solat tu tak berhenti dia nangis. Aku dah mula syak bukan2. Aku tumpang tidur bilik apan & mat.

Esoknya kelas aku pukul 10, aku terjaga pukul 9 lebih, aku dapat mesej dari Pa’an, pa’an minta aku sign kan attendent dia sebab dia kata dia barai teruk mengantuk lepak semalam sampai pukul 4 pagi then dia tumpang tidur rumah kawan dia yg dekat dengan mcd tu. Jadi nya dia tak balik la malam tadi. Berderau terus jantung aku! Aku nak ajak apan & mat teman aku tengok bilik aku diorang dah takde pulak pergi kelas awal pagi tadi. Jadi aku ketuk bilik zul & oyat. Oyat je ade. Dia teman aku masuk bilik aku. Masuk2 memang tak ada sape. Tapi bilik aku bau busuk hancing! Rupanya dari cadar pa’an. Aku tak sedap hati terus call pa’an bagitau semua. Pa’an balik terus dia basuh semua cadar sarung bantal & selimut dia. Last2 kami berdua yg tak ke kelas. Hahahaha

Start daripada tu siapa2 yang tak balik atau balik lewat bagitau dalam group whatsapp supaya tak tersalah tengok lagi. Tapi tak habis kat situ.

Ada satu maghrib. Kami lepak kat meja makan tengah makan makanan yg kami beli kt pasar malam. Aku, zul, pa’an. Oyat & mat depan tv. Tengah aku makan tiba2 zul tengok aku yg duduk berdepanan dengan dia. Asyik2 tengok aku. Sesekali tengok pa’an. Masa tu bulu roma aku dah berdiri dah. Aku beranikan dir tanya zul, “kau kenapa zul dari tadi tengok2 aku”. Zul balas “kau cuit2 kaki aku ke?” Aku cakap lah tak. Memang aku tak buat. Zul pun cakap “dia dah mula dah….” kami buat tk peduli and makan cepat. Tiba2 pa’an bangun laju2 & hempas mangkuk dia tengah makan. Nasib baik mangkuk plastik. Tapi habis bakso dia berterabur. Pastu dia terus tak sedarkan diri & jerit2.

Ayat pa’an yang aku ingat. “Kenapa kau nak kacau kami semua ha!, kau nak mati ke? Aku bunuh keturunan korang nanti!”
Pa’an terus capai pisau. Aku & zul terus bangun lari ke depan. Kawan2 yg lain dah gelabah. Mat terus telefon ade sorang ustaz dia kenal.

Pa’an duduk bersila menghadap bawah meja kami tadi. Kepala nya asyik berpusing ke kiri ke kanan macam tak sedarkan diri. Sesekali dia beliakkan matanya pada bawah meja. Pisau masih kt tangannya. Kami semua duduk luar rumah menunggu ustaz. Tak berani kami duduk di dalam. Kami cuma mampu mengintai dari luar. Sesekali mat panggil nama pa’an suruh mengucap tapi tiada sahutan. Ustaz datang dan berubat. Lama juga dia berubatkan pa’an. Malam tu kami tidur ruang tamu ramai2. Tak berani aku nak tidur dengan pa’an dalam bilik.

Sebulan jugak la keadaan kembali reda. Tapi ada suatu hari waktu tengahari. Ini zul ngan oyat yg cerita kat aku. Waktu diorang tengah belah durian kt dapur. Diorang dengar ade orang ketuk pintu bilik yang tuan rumah kunci tu. Dari arah dalam. Ketukan 3 kali tapi selang yg lama. “Tuk…….tuk………tuk……”
Zul & Oyat buat tak reti & terus makan durian. Lepas tu ade bunyi “hissssssssss…….” dari bawah pintu bilik tu. Macam bunyi ular. Diorang dh tak sedap hati. Zul intai dari bawah pintu tapi tak nampak apa2 pula. Diorang terus keluar rumah & lepak kampus tunggu yang lain2 balik..

Petang tu yang balik dulu cuma pa’an, mat, zul & oyat. Aku takde sebab kena handle event dekat dewan petang tu.

Petang tu bilik yang berkunci tu tiba2 renggang beb renggang!!!! Siapa yang buka pulak? “Ya Allah….. masalah apa pulak kali ni” jerit apan. Yang lain semua istighfar tak henti. Terus diorang call aku & tuan rumah. Aku tak dapat balik sebab event tu belum selesai. Aku suruh diorang settle dengan tuan rumah dulu. Tuan rumah pulak takde kat Kelantan. Dia balik perak tengok kakaknya masuk hospital. Jadi dia kata dia mungkin balik esok atau lusa.

Pukul 8 aku sampai rumah diorang semua masing2 senyap dekat ruang tamu. Muka buntu. Aku tanya apa tindakan tuan rumah. Diorang kata tuan rumah marah2 diorang. Tuan rumah kata “kenapa buka pintu tu kalau taknak masalah! Kan dah pesan! Budak2 sekarang degil taknak dengar nasihat orang bila dah susah baru minta tolong kita ni ha orang tua ni”
Kawan aku cakap la, “bukan kami yg buka. Kami tahu2 pintu tu dah terbuka & renggang sedikit. Tapi kami tak tolak pun pintu tu, dekat pun tidak. Pakcik nak kami panggil ustaz ke?”

Pakcik tu bertambah marah & larang kami panggil ustaz. Dia suruh tunggu dia balik. Jadi masing2 buntu & takut. Aku, apan & mat memang dah suruh panggil je ustaz tu tapi zul, oyat & pa’an pula tak setuju. Jadi masing2 dah taktahu nak kemana malam tu kami lepak mcd sampai ke subuh. Subuh tu kami balik ke rumah memandangkan ade beberapa orang yg ade kelas pagi. Tapi diorang semua mandi & bersiap dalam bilik aku & pa’an sebab bilik kami je paling jauh dari bilik berkunci tu & bilik kami ade toilet. Aku & pa’an & oyat sambung tidur,dah memang barai kot malam tak tidur. Mat, zul, & apan pergi kelas pagi pukul 8.

Pukul 9 aku dapat call dari mat. Mat kata tadi tuan rumah call dia kata nak datang petang nanti. Jadi aku dengan yg lain2 kemas2 rumah sedikit. Petang tu kelas aku pukul 2 direct sampai pukul 6. Jadi yg ada kat rumah cuma diorang berlima.

Menurut diorang, pakcik sampai dalam pukul 4 lebih bertemankan sorang lelaki agak berumur tapi sado. Berpakaian serba hitam macam pakaian silat pun ada. Dia yang uruskan bilik tu dengan pakcik. Kawan2 aku semua tengok dari jauh. Taktahu lah apa yang dia kemenyankan seluruh bilik tu. Yang kawan2 aku nampak dalam bilik tu ada kerusi malas yang dah nampak usang sangat2. Duduk di tengah2 bilik. Depan kerusi tu ada besen hijau. Dalam besen tu macam ada sesuatu tapi kawan2 aku tak nampak. Settle upacara yang entah apa2 tu bilik tu dikunci semula. Pakcik tu pesan kalau kami bukak bilik tu lagi pakcik tu nak halau kami. Pakcik tu kata benda ni bukan boleh bawak main2, silap2 ada nyawa melayang.

Waktu aku balik kelas pakcik dah balik. Kawan2 aku masing2 duduk dalam bilik. Semua diamkan diri. Apa2 pesanan seperti ada makanan atau kunci pintu semua melalui whatsapp group. Dalam pukul 8 macam tu selesai aku solat maghrib. Aku mengadap tingkap luar yang ada busut tu. Aku nampak benda berasap dekat busut tu tapi aku tak pasti apa. Aku ajak pa’an tengok. Dia pun nampak. Bila diteliti betul2 baru aku perasan colok semayang di cacak atas busut tu. ada 3. Aku ngan pa’an masing2 keliru. Yelah. Siapa pulak yang semayang dalam kawasan rumah kami yg berpagar ni? Lagipun ni Kelantan kot, kawasan melayu je semua dekat sini. Siapa pulak nak bakar colok.? Dalam kawasan rumah orang pulak tu.

Pa’an tanya dalam whatsapp group. Masing2 tak tahu. Mat & apan nasihatkan supaya buat masa ni kalau nampak apa2 atau dengar apa2 kita buat tak tahu je. Makin di layan makin menjadi nanti! Jadi kami semua setuju & kami dah setuju nak pindah rumah semester depan. Buat masa sekarang kami bertahan sebab sikit je lagi nak habis semester. Lagi beberapa minggu je lagi kami nak exam.

Hari berganti hari maka tibalah ‘study week’. 2 minggu study week mat & zul je balik sebab rumah mat dekat terengganu je. Zul tumpang mat memandangkan diorang sama negeri & rumah pun tak jauh. Jadi kat rumah tinggal aku, pa’an, oyat & apan. Masa study week masing2 tidur lambat. Yelah study lah konon2 nya padahal mengadap laptop main game, mengadap telefon main game. Study pun berapa minit je. Kami study ramai2 dekat ruang tamu. Minggu pertama study tak ada apa yg berlaku. Masing2 jarang keluar rumah. Pa’an pun tak pergi dating sebab awek dia balik kampung. Minggu ke dua baru pa’an rajin keluar dating.

Yang kami pelik. Tiap kali pa’an pergi study dengan awek dia, time tu lah aku, oyat & mat selalu dengar suara perempuan menangis sayu macam sedih sangat2 dari dalam bilik berkunci tu. Gila tak seram? Hari2 kot! So kami buat keputusan sebelum habis study week kami panggil kawan ramai2 buat bacaan surah yassin dalam rumah tu. Alhamdulillah tak ada apa sepanjang majlis bacaan yassin. Kami buat maghrib. Usai solat maghrib & bacaan yassin, pa’an keluar dating acah2 study sama tu lah mana lagi. Oyat keluar beli makanan untuk aku & apan. Masa study week memang kami jarang keluar. Beli makanan, makan kt rumah.

Nak dijadikan cerita tengah makan pukul 11 malam lebih kurang. Makan sambil study. Yang oyat dalam bilik dia tengah print slide notes. Aku dengan apan je dekat depan tengah makan. Tiba2 oyat lari berpeluh2 tercungap ke kami di ruang tamu. Tiba2, “korang dengar tak?” Oyat tanya. Apan tanya “dengar apa?, aku dari tadi pakai earphone mana nak dengar”.
Memang waktu tu aku dengan apan pakai earphone dengan lagu, sambil makan , sambil study. Biasa lah budak2 macam kami ni multitasking! Huhu

Kami pun buka earphone masing2. Yesss!!!! Patut la oyat lintang pukang lari. Masa tu dah pukul 12, kau bayangkan kau dengar suara perempuan merintih dari dalam bilik tu panggil nama “farhan……farhan…..” Suara macam orang terseksa sangat2… Farhan tu nama pa’an. Kitorang pelik kenapa farhan???

Then aku call pa’an suruh balik. Pa an kata lewat sikit sebab awek dia tak sedarkan diri masa dalam kereta & now ustaz tengah berubatkan awek dia. Pulak dah!!!! Macam2 hal!

Hampir pukul 1 suara tu dah tak ada & paan pun balik sekitar jam 2. Sejurus pa’an masuk rumah aku nampak muka pa’an pucat sangat2 macam bukan orang! Seolah kalau kau toreh muka dia macam tak ada darah yang keluar. Beberapa langkah pa’an masuk rumah terus dia rebah terbaring tak sedarkan diri. Ya Allah dugaan apa lagi, lagi beberapa hari je exam nak start.
Oyat terus call ustaz haritu yang datang berubatkan pa’an tapi masuk voicemail. Kami semua buntu. Kami call sorang pensyarah ni yang agak kamcing ngan kami. Pensyarah tu bagi nombor ustaz lain, iaitu ustaz yg berubatkan awek pa’an sebentar tadi. Kali ni apan pulak call. Banyak kali call2 tak diangkat. Yelah dah pukul 2 lebih masa tu. Aku pun try call2 akhirnya dapat. Terus ustaz tu datang rumah kami.

Tengah berubat, ada beberapa jiran datang rumah kami tolong. Sambil tolong tu sempat jugak la ada yang membawang kata kami amik risiko lah tinggal di rumah ini. Kata kami degil lah, kami langgar pantang lah. Macam2. Pa’an sedar, dia teeus duduk bersila & buka baju. Dia kata “aku panassssss…..”

Tak semena2 elok je dia buka baju kami semua nampak belajang dia berbirat macam kena cakar! Sumpah seram! Macam mana boleh jadi macam tu? Pa’an terus kembalik tak sedar & tak dapat kawal diri seolah dirasuk. Aku, oyat & sorang jiran tolong pegang pa’an. Apan pulak tengah call family pa’an bagitahu parents dia.

Masa pegang pa’an aku dapat rasa badan dia sejuk sangat2 macam tak ada darah! Semasa dia berubat, dia meraung cakap “sakit….! Sakitt..!!! Kenapa tinggalkan aku!!!! Aku suka kau!!!! Kenapa farhan kenapa!!!”
Aku syak awek dia yang buat dia. Ya Allah cepatnya aku bersangka buruk.

Macam2 berlaku sepanjang berubatkan pa’an. Waktu berlalu pun kami tak sedar. Semasa berubatkan pa’an ada juga terdengar dua kali bunyi pintu bilik ngan berkunci tu dicakar & sesekali ada bunyi “arkkkkkk” suara perempuan tapi tak kuat sangat. Lepas tu bunyi air kolah bilik air kat dapur seperti dikocak kocak. Bunyi barang2 mandian jatuh ke lantai. Yang paling aku tak boleh blah bila farhan berlari bukak wallet dia & mula koyakkan gambar awek dia. Apa semua ni!!? Dalam otak masing2 ligat bermain persoalan.
Ustaz yg berubatkan pa’an semakin lemah & beliau minta jiran2 panggil kalau2 ada ustaz lain yg boleh bantu beliau.

Sekali lagi pa’an buat hal. Dengan tak berbaju dia lari keluar rumah! Tak sempat kami nak tangkap! Rupanya dia lari ke busut tepi rumah tu and duduk berlutut seperti sembahyang orang cina. Tangannya seperti memegang colok and tunduk beberapa kali. Kami terus tangkap & bawak dia masuk semula ke dalam rumah. Badan dia penuh tanah entah bila badan dia kena tanah pun kami tk sedar.

Datang ustaz no 2. Upacara berubat berjalan kali kedua. Pa’an semakin stabil. Dia mula bersembang dengan ustaz yang baru datang tapi bukan suara dia. Bersimpuh dia duduk! Sesekali oyat gelak tapi aku jeling ke arah oyat tanda berhenti gelakkan pa’an. Suara pa’an bercakap lemah lembut seperti perempuan. Masalahnya dia cakap bahasa thailand lah siotttt!!!
Makin seram aku dengar kap kun kap pekebenda tah. Lemah lembut dia cakap sama macam awek thailand. Nasib baik kedua2 ustaz tu faham bahasa thailand! Hahahaha nasib baikkk!! Kalau tak tercengang lah kami.. ustaz suruh apan amikkan air minum dalam gelas. Apan takut jadi dia suruh aku temankan so kami amik air tu. ustaz tu suruh pa’an minum. Pa’an minum & ustaz tu letak sikit atas kepala paan, telinga, sendi2. Ustaz tu suruh mengucap & pa’an mengucap.

Selesai keluarkan benda tu dalam badan pa’an. Ustaz tu kata benda dalam bilik tu yang buat pa’an jadi macam ni. Benda tu berjantina betina & dia mula suka kt pa’an. Dia tak boleh tengok pa’an dengan orang lain! Dia cemburu! Alahai mengada punya jin!

Dia nak pa’an selalu ada kt rumah teman dia, dia tak suka pa’an pergi dating. Dia start suka pa’an bila ada satu masa tu dia panggil “farhan….” lepas tu farhan ni main2 dengan benda tu dia sahut “yeeee sayang”….

Bila di tanya pa’an, memang pa’an mengaku main2 kan benda tu. rupanya waktu yang kami tengok bola sebelum pa’an keluar dating tu benda tu usik pa’an dan pa’an boleh pulak layan benda tu sahut balik. Start dari situ lah benda tu mula jatuh cinta dengan pa’an. Patut la awek pa’an pun dia usik. Hish! Masalahnya pa’an ni bukan handsome pun, pemalas pengotor lagi ada lah hahahaha boleh pulak benda tu jatuhh cinta dengan dia.

Ustaz tu nasihatkan kami cepat keluar dari rumah tu sebab banyak benda syirik dalam rumah tu. rupanya tuan rumah kami yang bela benda tu & percaya benda2 syirik. Tengahari esoknya keluarga pa’an sampai & bawak pa’an pergi berubat lagi. Kesian pa’an, paper first tu dia tak amik. Yang kami sepanjang exam menumpang dekat rumah kawan. Menunggu masa je nak pindah.

Itulah kenangan pahit yang aku nak kongsikan pada korang mengenai rumah sewa kami. Terima kasih sudi baca. Aku ada satu kisah seram jugak pasal rumah pengasuh aku masa aku tadika. Nak aku cerita tak? Hehehehe

36 thoughts on “Bilik Berkunci Misteri di Rumah Sewa”

  1. best citer ko dik, mmg sajer cari penyakit si pa’an tu sib baik cpt berubat kalau idak dgn dia2 telokop dlm bilik tu…minta cepat2 sambung kisah umah pengasuh lak

    Reply
  2. Individu²/hal² ghaib ni jgn dilayan, mcm kes atas ni, saka…kalau ada ayat² yg kita sebut(sebb layan depa) terus jadi kontrak deal/seal antara kita dia wallah hualam

    Reply
  3. Citernye panjannggg…
    Tapi hakak gigih bace setiap patah perkataan wei…
    Giloorrr sereemm…
    Tabahnye korg stay umh yg mmg dh sah sah ada satu bilik yg berpenunggu…
    Korg lg gilor dr antu woiii…

    Reply
    • kak yulie!!!

      geng sajat rindu kak yulie sama kuat perasaan rindu terhadap oppa faz ahmad dgn EL yang entah ke mana sepertikan telah ditelan tsunami.

      Best kan cerita ni. Serammmm. Lama dah x baca cerita gempak2 kt FS ni. Lepas baca cerita ni geng sajat rasa kesian sgt kt budak2 ni rasa macam ruginya…kalau la geng sajat teman dia orang masa tu kan best

      Reply
  4. Siyess laaa
    Cerita ni memula rasa seram betul baca pastu lama2 jadi lawak
    Part oyat gelak sbb paan duduk bersimpuh dan part paan jawab ye syg tu comel gila okheyy haih 😂😂😂

    Reply
  5. Curious aq apasai tiap kali rumah sewa bhantu mesti rm150 hrga dia..adakah harga nie disetujui oleh persatuan hantu2 di malaysia?😂😂

    Reply
  6. Jalan cerita xboring..cerita yg dikongsi tu mmg menepati dgn cara pnyampaian hgga dpt feel tgh mkn kat mja dpur..tgh kat ruang tamu…tp nk gak tau kt area mn ek..

    Reply

Leave a Comment