#BlackAngel : DELLE & TIARA (Intro)

Hi, this is my very first time karang cerita dekat sini, and thanks to FS kalau sudi publish cerita ni. I am so sorry if cerita ni terlampau panjang atau pendek tapi saya cuba sedaya upaya untuk memuaskan kehendak pembaca. Cerita yang saya nak share ni adalah cerita benar hanya 15% di ubah untuk memendekkan dan menyesuaikan dengan jalan cerita. Cerita ini terjadi dekat kawan saya, Delle.

INTRO
Delle, seorang gadis biasa yang semenjak dari lahir tidak pernah merasakan kasih saying seorang ayah. Ibu dan ayah nya bercerai semenjak dia masih kecil dan semenjak itulah dia di tinggalkan bersama nenek dan datuk nya. Ibunya berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki sementara datuk dan neneknya yang menguruskannya. Datuknya merupakan seorang pengubat perubatan traditional yang sangat dikenali di kampungnya.

Semakin meningkat dewasa dia menjadi seorang yang kurang bergaul dengan orang sekeliling tambahan pula apabila di sekolah, dia dipinggirkan oleh teman sekelasnya. Apabila dia pulang dari sekolah dia tidak dibenarkan keluar dari rumah.

Amelia, satu-satunya kawan manusia yang Delle ada. Amelia berumur 11 tahun yang bermaksud dia setahun lebih tua dari Delle. Suatu hari dia menyusup keluar dari rumah neneknya untuk bermain dengan Amelia, sedang dia seronok bermain dia merasakan kepedihan di belakangnya apabila dia memusingkan kepalanya dia melihat figura neneknya dengan muka yang marah dan merotan dia berkali-kali sebelum menariknya balik ke rumah. Semenjak dari kejadian itu Amelia tidak lagi mahu bermain dengan Delle dan dia telah mencari kawan lain dan menghiraukan Delle.

Delle menangis seorang diri mengenagkan nasibnya sehingga lah tiba-tiba dia merasakan seakan ada sentuhan di bahunya. Dia sepantas kilat menoleh ke belakang dan betapa terkejutnya dia apabila dia melihat satu susuk tubuh seorang budak perempuan yang tersenyum ke arahnya. Di dalam terkejut Delle tetap menegur dan bertanya tetang siapakah gerangan budak itu. β€œTiara” satu patah perkataan yang keluar dari mulut budak itu sambil mulutnya tetap tersenyum memandang Delle.

Semenjak perkenalanya dengan Tiara hidup Delle berubah ceria dia akan berlari pulang ke rumah setelah habis waktu sekolah untuk berjumpa Tiara. Dia tidak lagi menghiraukan dunia sekelilingnya. Dia akan bermain sehingga azan maghrib kedengaran barulah dia akan masuk ke rumah. Tiara selalu ada apabila Delle kebosanan atau sedih dibuli oleh teman sekelasnya.

P/S
Maafkan saya sebab terpaksa mengarang mengikut bab kerana ceritanya tersangat panjang dan saya perlu memastikan cerita ini menarik jika cerita ini tidak di publish saya tidak akan menyambungnya lagi. Tapi sekiranya cerita ini di publish saya akan teruskan penceritaan dan saya akan cuba untuk mencari masa mengarang dengan lebih panjang πŸ˜‰ Thanks for reading and don’t forget to smile  πŸ™‚

.

Black Angel
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

13 comments

  1. Kalau rasa tak da masa nak type panjang2 please la jgn tulis.. buang masa ja baca.. bajet2 artis org nak tunggu hg.. admin please kalau yg da sambung2 jgn publish.. ni bukan drama pukul 7.. panjang mcm cerita mac amin pon takpa.. janji xsambung2..

    1. Hai kak yuyu. Saya tulis sebab saya nak share pengalaman yang saya tahu. Pasal panjang ke tak tu saya dah tulis kat tajuk (intro) kalau orang nak baca kene lah sabar macam saya cakap laa cerita ni panjang kalau saya nak tulis terus sampai esok pun tak habis. Pasal bajet2 artis tu paling kelakar sebab saya tak paksa pun awak atau orang macam awak baca. Kalau tak suka buat laa cerita sendiri atau nak lagi best website sendiri :/

    2. kalau tak suke dah tak payah bace dah lepas ni. takyah la nak kondem kondem orang. susah la org macam awak ni kak yuyu. tak reti nak besabar ke.

      1. Biasalah tu jakijipang. Nak menulis dia tak tahu tu yang tahu kondem je. Cuba suruh dia tulis sampai esok terkebil2 πŸ˜€

  2. kalau asyik nk cepat buad laa cerita sendiri..semalam saya pergi ke kedai pak leman..saya terjumpa pontianak..saya pengsan..THE END

        1. hahaha chill2 sudah kau ingat kau bayar ke nak baca ni?? kau tulis tak yang dok kecoh lebih ni?? sampah lagi kau dari cite ni tau. kondem orang suka aku baru cakap takde otak tahu bengang hahahaha. wehh nak orang layan baik kau tu adab jaga kalau tak tahu mintak mak ayah kau ajar cane nak beradap ngan orang. Hahahahaha :*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.