Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.
Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan the uncut version part two, GRAND FINALE
“ingat Allah rip!!” ulang bapak aku lagi!
Aku cuba bertenang..
Bapak aku bangun! Dan dia mula mengelilingi sekitar kami dengan ranting dan melukis rajah membulat di atas tanah! Cukup besar untuk memuatkan kami berdua didalamnya!
Aku cuit bapak aku..
“abah tadi bertempur dengan manusia kepala anjing kan?” kata aku
Bapak aku tak menjawab, hanya mengangguk kecil dan suruh aku diam dan lihat ke depan..
Ada lelehan darah dari bibir bapak aku..
Pipinya juga ada kesan cakaran kuku, 3 baris..
Dan di tanah lapang sebelah pondok, takde apa-apa terbaring seperti pertempuran tadi! Dah selesai barangkali jin 5 ekor tu!
Pak seli sedang berdiri dengan kaki kanan ditongkatkan ke atas lutut kaki kiri, dan tangannya dirapatkan keduanya di tengah dada! Macam kaum india buat ucapan selamat datang..
Bomoh tu pulak sedang berdiri membelakangkan pak seli! Dan meloncat dalam keadaan yang aneh! Macam kerasukkan! Sambil bertutur dalam bahasa yang tak difahami dengan suara parau yang lantang dan menyeramkan..
Menakutkan bila melihat cara dia melenting dan menerawang di udara..
Dia dah naik gila!
Pak seli bukak bunga silat!
Pak seli melangkah sendeng, laksana ayam sabung bertarung, dan mulutnya dilafazkan zikir yang tertangkap dengan penglihatan aku
~~la ila ha illa, anta subhana ka inni, kuntu minaz zolimin~~
Zikir yang diturunkan daripada tentera selimpang merah, yang dipakai menjadi baju perang!!
Ayat yang paling ampuh untuk membuat pemakai nya kebal dalam melawan ilmu syaitan!
Bomoh tu berpaling dan menyeringai dengan wajah yang mengerikan! Mata dibuntangkan macam nak tersembul keluar biji mata dari soket tengkoraknya!
Sangat mengerunkan!
Wajah seperti syaitan!
“kuatkan hati, baca ayat qursi jangan berhenti!” bapak aku cuit aku lagi
Bomoh keluarkan ‘kapak siam’, kapak kecil yang berlainan bentuk di setiap hujungnya dan diikat dengan kain berupa tali kuning panjang!
Di hayunkan beberapa kali melepasi kepala macam koboi nak tangkap lembu..
Tali kapak dipijak! Dan kapak melantun ke depan menyasarkan badan pak seli!
BAAABBBB!!!
Bunyi kapak hinggap ke rusuk kiri pak seli!
Terjerumus dia ke kanan, dek momentum henyakkan kapak!
bomoh sengaja ambik kesempatan menyerang luka tokak pak seli!
Kalau pak seli pun gagal, habis lah aku dengan bapak!
Pak seli melutut dengan wajah menahan sakit, sambil memegang rusuk kirinya!
Dia bangun kembali!
Belum sempat mengemaskan kuda-kuda..
Bomoh siam dah terpekik dalam bahasa yang tak difahami!
Seketika sahaja, lebih mudah sekelip mata sahaja..
Entah dari mana datang burung gagak di angkasa mengerumuni pak seli, mematuk dengan paruh..
Batang tubuh pak seli hilang dalam ribuan gagak hitam yang mengerumun.
Habislah… Habislah… Aku dah mula panik!
Bapak aku dah mula berdiri melaungkan azan! Keras dan dalam hingga ke jantung suaranya!
Nafas yang di tarik yang betul hingga sampai ke nufus! Meremang-remang naik bulu roma dengan kalam SERUAN ni!
“ALLAHHHHHHH…..” suara pak seli mengerang dari dalam ribuan gagak tadi..
Tiba-tiba..
HHHHHHHAAAAAAA!!!!!
Jeritan dari nafas jantung disulam dengan ilmu dalam
MELETUP jeritan pak seli keudara!
“ilmu jerkah malaikat ni” gumam aku dalam hati!
Berdesing telinga dengan jeritan maha hebat yang memecahkan bunyi kawanan gagak tadi!
Gagak jatuh tiba-tiba bergelimpangan ke tanah!
Mati kesemuanya!
Muka pak seli meruap naik merah padam!
Di uji dan di uji lagi, membuatkan dia mula mendidih!
Keris yang disisip dipinggang di tanggalkan dan dicampak ketanah!
~~A’uu zu billah… ~~
Pak seli mohon perlindungan dari syaitan!
Sambil tangannya di hadapkan kedepan!
Tapak tangan dibuka penuh..
Sepintas lalu, dia mengenggam cahaya biru didalam kedua tapak tangan..
Ya! Cahaya biru seperti kilat yang memancar saat hari nak hujan!
Cahaya dibawa kesisi dan ditujah ke arah bomoh!
POMMMMMMMMM!!!
letupan besar berlaku!
Memercik api didepan mata! Umpama baru disambar kilat, kawasan ni!
DUA KALI!
DUA KALI BALINGAN KILAT ke arah bomoh tu!!
Bomoh terlentang dan asap berkepul-kepul naik dari badannya!
Kapak siam dah hilang terpelanting entah kemana! Lebur dalam kilat barangkali!
Dia mengelepar kepanasan diatas tanah!
Aku nak bangun, berlari dan lihat. Tapi ditegah bapak aku!
Bapak aku sambung lagi dengan azan kali kedua! Sambil buat isyarat bertenang dan duduk!
Pak seli melangkah berhati-hati, mengelak dari terpijak bangkai burung gagak yang bertaburan di tanah, mendekati bomoh yang sedang mengerang kesakitan!
~~wa’alia tala taf~~
Pak seli menghentak siku ke kepala bomoh!
Ayat pemberat!
Ayat pemati langkah!
Lawan takkan bangun walau sekuat harimau!
Disambung dengan lafaz..
“Ashadu an laaaaa ila haaa illlaahh….”
Sambil tangan kanan dibuka penuh menghala ke bomoh yang terlentang..
Pak seli seolah ‘menarik’ sesuatu secara batin dengan paksa dari badan bomoh dengan menggunakan tenaga dalam!
Ilmunya mungkin!
Di tarik, digenggam!
Dan ditanam disisi bomoh tu!
Bomoh masih lagi mengelepar di atas tanah..
Pak seli mara ke arah kami, baju dibuka dan dia duduk disamping kami!
Berpeluh kepanasan, dan kami ditemani bau hamis tokak pak seli..
“aku dah tarik semua ilmu yang dia ada! Samada dia gila atau tak, kita bawak dia balik! Kalau dia melawan, kita tinggalkan aje! Ilmu syaitannya akan makan diri!” kata pak seli..
Pak seli jeling pada aku..
“bagus rip! Kamu tak lari dalam keadaan kelam kabut tadi! Tapi nyaris kamu tikam aku dengan keris!” katanya sambil ketawa kecil dan mengosok kepala aku
Setengah jam kemudian, bomoh tu duduk dari berbaring!
Bercakap dalam bahasa yang tak difahami!
Pak seli suruh aku rapat dan papah dia untuk betulkan duduknya!
Bila dia terpandang muka aku, dia bangun dan lari ke arah hutan tebal!
Hilang!
Tak sempat dikejar, bapak dah tegah aku dari terus mengejar!
“Jangan dikejar, biarkan dia…” kata pak seli..
Kami mula beransur pulang, bila sampai ke pinggiran hutan menuju kampung, azan subuh dah pun berkumandang..
Usai berjemaah, bapak mula menghantar pak seli pulang..
Dalam kereta aku curi-curi dengar perbualan antara bapak dan pak seli..
“kalau dia dah gila, kita kena bawak dia keluar hutan, bang! Naya dimakan dek rimau nanti!” kata bapak aku
“Alamat aku kata, umurnya dah tak panjang, dia akan balik semula alam dia…. Tadi masa arip kejar, kamu tak nampak dia dah di tarik tangan ghaib bawak entah kemana! Tak nampak?”
“jin dan setan yang selama ni dipakai, akan bawak dia balik! Dia akan habis kat tempat dia! Atau ghaib, takde siapa yang akan jumpa! Perjanjiannya dengan setan dah habis! Perangai jin dan setan yang tak boleh dibuat sahabat! Bila dah kalah, pulang paku buah keras! Habis pengamalnya! Sebab tu kita tak boleh bersahabat dengan jin dan setan!”
“dia ni asalnya orang merantau, aku kenal dia masa aku jadi anggota Home Guard dulu, tapi tamak haloba buat dia jauh terpesong! Masa dia mula berjinak nak menyembah setan, orang yang rapat dah nasihatkan, tapi itulah jalan yang dipilih.. Setiap tindakan, pasti ada akibatnya..” kata pak seli panjang lebar
Bapak diam tak membalas…
Insiden panjang ni berakhir sepenuhnya mulai saat itu..
Takde lagi tuntutan mahkamah jin dan hantu yang nak membalas dendam!
Ikan keli yang disihir kan ke atas pak seli sembuh dua minggu kemudian, dan bapak suruh aku lepaskan ke tali air disawah, semasa kami bertandang ke rumah pak seli..
Pak seli juga dah sembuh sepenuhnya, ilmunya hanya segelintir yang dapat aku gali, itu pun dengan hasil usaha bapak yang tak lelah minta di ijazahkan pada aku..
Pak seli dah kembali menemui maha pencipta pada februari 1992..
Bapak kemudian menyusuli ibu dan pak seli, bertemu kekasih abadi pada ogos 1994..
Semoga beliau tenang disamping kekasih abadi dengan amal bakti yang dilakukan masa hidup..
Begitulah OLAHAN CERITA penuh dari brother seguru aku, yang pernah dikisahkan kepada aku… Yang aku ubah watak demi merahsiakan janji yang dipateri! Beliau pun dah merantau ke indonesia, bersama jasa dan bakti pada nusa dan bangsa.. Moga beliau sentiasa sukses!
Pengajaran dari cerita kali ni, hiduplah dengan aman dan damai… Sebarkan cinta bukan kebencian.. Semoga segala kebaikkan kita semasa hidup, diterima saat kita kembali menghadapNya…
~~TammaT~~
Sekian, cerita ‘guru gaduh dengan guru’ aku kali ni, moga terhibur..
Terima kasih kerana membaca gais!!
#bomohpukau
#Arifyahya
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
memang follow penulisan tuan..terbaik.!
terbaik
Terbaik ….
Sungguh mengasyikkan Membaca sayembra pertarungan Pendekar …
antara kesesatan dan kebenaran …
yang pasti cahaya kebenaran pasti beroleh kemenangan meskipun dalam kepayahan dan kegetiran yang hebat …
itulah ujian buat Para Pendekar …
Terima Kasih …
Bro Arip atas nukilan …
“Pak seli mohon perlindungan dari syaitan!”
penulis typo ke? huhu
Bismillah
banyak iktibar kisah ni..
Syukran berkongsi cerita ini encik Arif Yahya…kebesaran kekuasaan ALLAH tiada tandingannya…yang Maha Agung..
thank you bang . cerita kau menarik . tak semena-mena , cerita kau yang aku tunggu . hahah ! terima kasih
mantap lah weii aku suka cerita kau ni..the best sampai otak aku ada dalam cerita kau besttt!!!!
Perghh… gila siok eh!
Jap.Kau kate Pak seli mohon pertolongan dari sape?
Kau elok ii sket☹️