Assalamualaikum hi semua pembaca FS. Sekian lama jadi pembaca harini aku nak cerita salah satu pengalaman yang agak seram untuk aku tapi tak pasti untuk korang seram atau tidak. Kenalkan aku Lyaaa (bukan nama sebenar). Tak perlu mukadimah yang panjang, aku mulakan. Sebelum tu maafkan kalau ada salah atau cara penulisan yang tak kemas sebab ni first time aku bercerita dalam penulisan.
Pada musim PKPB aku dan kawan-kawan yang lain giat melalukan aktiviti hiking. Maklumlah ada bukit yang memang dekat dengan area rumah, jadi tiap minggu memang akan hiking. Kat sini lah aku kenal ramai lagi kawan. Asalnya hanya kami bertiga, entah bagaimana bila sampai atas borak semua and turun bawah dah jadi member.
Beberapa bulan asyik naik bukit yang sama dah tak rasa extreme, so aku pon cadangkan untuk hiking dekat Bukit Larut. Kenapa Bukit Larut? Sebab trek dia tar, dan ada ramai orang yang hiking dekat situ. So semua setuju kami pon mulakan perjalanan kami menuju ke destinasi. Kami sampai dalam pukul 9 pagi dekat kaki bukit. Kami hanya berlima, dua perempuan dan tiga lelaki. Nizam, Amin, Haziq, Aini dan juga aku Lyaaa (semua bukan nama sebenar). Untuk pengetahuan yang lelaki memang dah pro bab bab hutan, Cuma kami berdua je yang baru nak berjinak dalam dunia hiking. Aku yang berbadan besar ni nak naik bukit tapi biasalah jadi beban asyik nak stop minum air lah apa lah. Tapi dengan dorang ni lain sikit, dorang okay je aku slow, and selalu bagi semangat sebab dorang nak aku sampai puncak sama sama.
Aku pilih bukit ni sebab trek dia senang, sangkaan aku meleset ye, boleh pulak si Nizam ni bawak jalan mana entah kena Langkah balak besar besar semua. Dia kata kena lalu short cut sebab nanti aku penat kalau lalu tar, aku pon iyakan je. Untuk elakkan aku yang slow ni bertambah slow, semua barang barang aku Nizam bawakan, aku cuma bawa lemak dekat badan. Lepas hiking laluan hutan tu kitaorang tembus dekat jalan tar. Hiking jalan tar and sambung balik jalan hutan berbukit, berselang seli sebab semua jalan ni jalan shortcut. Jadi banyak checkpoint yang kami tak lalu. Masa ni aku dah penat kerja asyik nak stop je. Sampaikan kena ceramah dengan Amin. Amin ni yang paling muda antara semua. Dia macam adik yang nak marah kakak tapi dia kena sabar. Jadi dia pon azan kuat kuat sebab tak tahan dengan aku yang slow. Kami ni biasalah nakal nakal dalam hutan, asyik bising, gelak kuat kuat lah. Sebab lucu tau cara dorang bagi semangat dekat aku.
Akhirnya kami sampai dekat sebuah rumah kosong. Rumah kosong tu yang dalam filem Dorm Melati yang dorang ambil kunci bilik kat situ. So kami rehat dekat situ sekejap. Dan masa ni semua okay je takda masalah apa apa. Cumanya aku dengan Aini dah giveup. Kami suruh yang lelaki teruskan dan kami tunggu dekat sini. Tapi dorang berkeras taknak. Dorang cakap ada satu kilometer lagi, dan kalau sorang turun semua kena turun. Jadi kami pon kumpul tenaga yang ada, teruskan sebab takkan kecewakan kawan kawan yang lain. Sebelum sampai puncak Nizam ambil air diperigi dan isi dalam botol. Tapi tatapan Nizam agak lain kearah hutan. Aku pon tegurlah, “ tengok apa tu Nizam?” Nizam pandang aku dan dia kata, “ tengok burung, cantik burungnya”. Aku pon teruskan melangkah dengan kaki yang berat dan malas nak tahu kecantikkan burung tersebut.
Akhirnya kami sampai kat puncak, kosong ye puncak takda orang, semua dah turun dan berselisih dengan kami tadi. Sampai je kami berlima dekat atas tu, ada banyak rumah rumah kosong dan ada satu kafe. Nizam si mulut celupar ni kata, “ rumah seram macam ni sapa je nak duduk”?. Kami yang lain hanya senyum sahaja. Benda pertama yang aku lihat semasa di atas adalah buaian yang bergerak sendiri. Tapi kami ni masih husnuzon ada lah tu pendaki lain yang main tadi, takpon ada tukang kebun kat sini yang jaga pokok bunga main buai tadi. Waluapon tak masuk akal. sebab kalau tak silap kami, atas lagi dari tugu Bukit Larut tu ada dorm dan masa tu ada orang tengah mesin rumput kawasan atas. Kami berehat tak lama pon dan macam biasa sesi bergambar itu wajib ye. Netizen kena tahu yang budak gemuk ni pergi hiking HAHAHAAH. Selesai bergambar semua kami nak bergambar berlima, tetapi mulut si Haziq ni sedap betul bercakapnya, katanya “tahu tahu japgi gambar kita jadi berenam”
Kami masing masing marah atas tindakan Haziq. Tapi kami tak ambik serius hal ini. Kejadian semasa turun lain sedikit, kami berpecah ikut speed masing masing, sebabnya kejadian yang dipuncak sewaktu hendak turun kami terjumpa seekor ular yang memandang kami. Kecil sahaja ularnya, kalau ular normal dia akan laju lari masuk kehutan. Berbeza dengan ular yang ini, dia pandang kami, warnanya sangat cantik, bersinar sinar. Tapi dalam masa yang sama Amin bersuara suruh cepat cepat turun jangan pendang belakang. Kami tanpa membantah terus jalan kedepan tanpa melihat kebelakang. Aini mula sakit kaki, jadi langkahnya agak kecil supaya tak tercedera. Disinilah kami berpecah, Aini dijaga oleh Amin dan Haziq, manakala aku mengikuti langkah Nizam yang pro.
Sepanjang perjalanan aku merasakan ada yang mengikuti dari belakang, bila aku toleh, kosong. Mereka bertiga pon tak kelihatan, bila pandang depan Nizam pulak hilang dari pandangan sebab kawasan selekoh. Aku membaca surah surah pendek yang aku ingat. Setiap kali aku langkah, dia langkah. Tepatnya dia dibahagian atas kawasan bertanah, dah aku di bawah kawasan tar. Kiranya dia mengekori aku dari atas. Kalini aku lari, langkah dia laju mengekori aku. Bila aku berhenti dia pon berhenti dan pasir dari atas jatuh ke tar. Tanpa fikir panjang aku terus berlari memastikan Nizam ada di depan mata. Waktu ni aku tak fikir yang seram seram, aku cuma fikir ada binatang buas yang tengah hendap aku untuk dijadikan mangsa. Langkah Nizam tergesa gesa, katanya nak cepat sampai bawah sebab nak ke tandas. Aku tak mampu lagi untuk ikut jejak Nizam, aku pandang belakang dengan niat nak tunggu yang lain sebab aku dah penat.
Dalam beberapa minit aku berfikir, aku pandang atas, suara dorang pon aku tak dengar, aku pandang bawah, Nizam makin jauh. Aku pulak teragak agak. Entah kenapa aku macam tak sedap hati, dan hati aku kuat mengatakan yang aku kena teruskan langkah kejar Nizam. Sebab aku risau kalau aku jatuh gaung, atau kena baham binatang buas, aku takda pengenalan diri. Semua barang barang aku ada pada Nizam. Sampai satu kawasan aku jerit minta Nizam botol air, tapi Nizam kata kalau nak minum kejar dia. Aku tak pasti apa yang ada dalam otak Nizam, sampailah Nizam bersuara, Lyaaa pastikan hang nampak aku, jangan berpusing tempat yang sama, kami lalu laluan lain yang tak sama macam laluan balak masa awal naik.
Setiap beberapa langkah, Nizam akan memanggilku untuk memastikan aku tidak tersesat. 10 kilometer tanpa air akhirnya aku mengalah, aku duduk merengek, Nizam datang hulungkan botol air. Aku cuba memujuk Nizam untuk berehat 5 minit. Tapi Nizam menolak. Aku memujuk lagi, kalau 2 minit? Masih ditolak. Nizam berjalan dan dia kata, kalau nak balik ikut, kalau tak aku tinggal hang dekat sini. Aku yang tak tahu jalan terus merayu minta untuk tarik nafas panjang 5 kali, dan Nizam setuju. Nizam kira nafas aku dan terus pandang depan melangkah.
Akhirnya kami sampai di kaki bukit jam 6.00pm. Aini, Haziq dan Amin masih tak kelihatan. Setelah 30 minit barulah mereka tiba di kaki bukit. Yang lebih mengejutkan mereka langsung tidak melalui kawan yang aku berhenti untuk menunggu mereka sebelum ambil keputusan untuk terus turun Bersama Nizam. Aku dan Nizam keluar dari laluan kiri bukit, sedangkan mereka bertiga keluar dari laluan tengah bukit.
Setelah berkumpul di kereta, kami tahu yang diantara kami ada cerita yang nak disampaikan, tetapi kami bersetuju untuk keluar dari kawasan situ dahulu. Dalam perjalanan pulang masing masing bercerita. Hanya aku, Nizam dan Amin yang diberi pengalaman tersebut.
Dari cerita Nizam, sewaktu dia ambil air di perigi dan dia kata dia melihat burung yang cantik, itu adalah tipu sahaja. Yang dia lihat adalah sesuatu yang putih sedang berdiri melihat dia. Nizam risau kami yang lain takut, jadi dia kata itu adalah burung yang cantik. Jadi alasan dia laju nak turun adalah risau benda tersebut menumpang kami. Kalau aku ceritakan yang aku dikejar sesuatu yang tak dilihat sampaikan butir butir pasir jatuh di tepi tar. Kalau cerita dari Amin pulak, sewaktu melintasi ular cantik, dia melihat sesuatu berbaju putih dibelakang pokok yang melihat kami. Benda itu seakan bersembunyi dibalik pokok, cumanya dia berubah dari pokok ke pokok hanya untuk memastikan dia melihat kami. Sampai satu kawasan, Amin dah tak tahan diikuti, Amin bersuara dalam hati, “Kalau kami ada ambil sesuatu, beritahu. Kalau kami takda ambil apa, menjauhlah”. Dan ianya menjadi. Benda putih tersebut perlahan lahan masuk ke kawasan hutan yang tebal.
Aku sampai dirumah jam 11pm, Aini tumpang sekejap sementara tunggu mak dia datang ambil, tiba tiba anak buah aku menangis teresak esak. macam ada sesuatu. Tak tunggu lama, kami terus panggil ustaz. Ustaz kata, ada yang ikut turun sekali, tapi bukan sebab marah atau yang tak baik. Cuma dia saja saja ikut. Selepas ustaz ubatkan dan suruh benda tu balik sendiri, keadaan jadi sediakaka. Aku yang kaki upload gambar ni pon masukkan gambar dekat status whatsapp. Sekeping gambar air terjun. Tetapi air terjun kawasan larangan, yang aku ambik dari celah celah pagar. Cantik je pemandangannya.
Tiba tiba jam 2 pagi ada chat masuk. Seorang kenalan aku membalas status tersebut dengan ayat sebegini “ada orang main fyingfox ke? Siapa yang tergantung dekat pokok”. Aku terus menyangkal yang kawasan itu kawasan larangan, dan dia terus menghantar gambar tersebut sambal dibulatkan apa yang dia nampak. Sampai kesubuh aku tak tido dek kerana gambar yang samar samar, tapi terlihat seseorang seperti berbaju askar yang tergantung di pokok, kepalanya menunduk kebawah, seperti terkulai dengan keadaan leher diikat di pokok. Esoknya tu aku terus chat boss aku untuk cuti sehari atas alasan aku demam. Sejak kejadian ni, kami masih hiking, cuma tak seaktif dulu sebab masing masing dah sibuk dengan kerja.
Maaflah kalau tidak seram mana, cuma nak bagitahu jagalah kelakuan kalau kita ketempat sebegitu. Tak dinafikan, kami tidak menjaga adab sebenarnya. Kami terlalu bising dan terlalu seronok sepanjang hiking. Dan sejak hari itu, kami lebih berhati hati, dan kami akan pastikan yang hiking kena genap, jangan ganjil. kerana nanti ada yang genapkan kalau turun bukit. sekian.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
