Kawasan Rehat Penanti BKE, Kawasan Cik Pon

Salam dan selamat sejahtera warga FS dan para admin. Ceritanya begini. Orang Kulim, Kedah selalu guna highway BKE kalau nak pergi Penang. Sekitar tahun 2001 – 2002 macam tu, bandar Kulim ini kiranya baru membangun sikit demi sedikit. Masa tu Mc Donalds x ada (masa ni x boikot lagi ya) kat sekitar bandar Kulim, jadi kawasan yang paling terdekat adalah di kawasan rehat Penanti BKE.

Masa tu, aku berumur 9 – 10 tahun. Arwah abah aku baru balik kerja. Petang tu, aku ada minta abah aku belikan Mc D siap2 kat kawasan kerja dia (abah aku kerja kat Penang, ulang alik) tapi dia lupa. Dia balik pukul 8 malam macam tu, lepas dia balik tanpa mc D tu. Aku merajuk. Abah aku terus bawa aku naik kereta pergi ke mc D kat kawasan rehat penanti ni sebab ni lah paling dekat pun.

Kawasan rehat ni bangunan jejantas macam kat R&R Sungai Buluh tu, tapi yang kat Sungai Buluh tu lagi cantik la. Yang kat Penanti ni R&R jenis lama, jadi selain bangunan tu cuma ada stesen minyak. Tapi yang best, lif dia cantik plak. Lif kaca yang boleh nampak orang kat luar. Masa aku nak naik lif, aku pandang depan masa lif tu tutup. Nampak macam ada pompuan rambut panjang, messy2 sikit, (sori kalo aku x ingat sangat), baju kebaya rasanya dia pakai.

Aku cakap kat abah, abah buat dunno ja, tapi dia pegang tangan aku kuat2 lepas tu. Ya lah, kecik lagi. Innocent je. Aku ingat oranglah. Lepas lif buka, aku terus la berlari excited. Dalam bangunan tu fuma ada media mc D & satu lagi kedai je. Seingat aku lah. Aku rasa masa tu aku terbau something yang wangi tiba2 mengikut. Maçam wangi bunga. Bukan bau wangi ayam goreng makanan semua tu. Aku x tau la bau benda tu ka apa time tu.

Lepas makan, masa turun lif, abah aku nak ke toilet tiba2. Bangunan toilet tu pon kecik ja, bapak aku suruh aku tunggu kat depan toilet. Aku pun tunggu la sambil makan french fries yang x sempat makan sambil termenung. Masa aku termenung tu, nampak la ada pokok bergoyang-goyang. Aku buat bodoh la. Aku ingat macam kera lah kot yang naik kat pokok2 macam kat kampung tok wan aku. Tapi, entah awek mana entah muncul tepi pokok tu.

Awek yang sama masa aku nampak masa naik lif. Dia sengih dengan lipstik merah, mata celak macam orang lama2, mukanya pucat gak. Dia gelak2 sopan macam gemersik. Macam mana nak explain ek, macam pontianak harum sundal malam tu lah. Aku pon masuk terus toilet ketuk pintu suruh abah aku cepat keluar. Aku takut kot. Aku syak abah aku sakit perut time tu sebab lama sikit. Tapi dengar aku menangis kuat, abah aku pun keluar cepat2.

Aku jerit ada hantu kat abah aku. X ada insurance betul mulut. Budak2 lagi, jadi terlebih jujur la. Abah aku cepat ja dia dukung aku letak dalam kereta dan terus start enjin. Balik ke rumah. Aku rasa laju jugak abah aku bawa kereta haha. Balik tu, aku demam jugak. Tapi x lama, sebab aku ni boleh dikatakan kuat semangat juga, alhamdulilah. Sebab terbiasa kot hehe.

Apa yang aku nampak tu bukan khayalan. Sebab ada dengar cerita yang lain. Masa turun lif, ada yang nampak si dia betul2 di depan pintu lif kaca tu. Masa aku darjah 6 or form 1 macam tu, mc D kat situ tutup terus. X ada orang berani pergi. Bangunan tu kosong sampai lah sekarang. Yang ada cuma stesen minyak je. Xtau la kot ada kedai lain, tapi setiap kali lalu, jendela besar jejantas tu gelap ja. Mungkinkah cik pon memerhati anda memandu kereta dari situ? He..hehehe..

#cikT

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *