Buluh Perindu Syahdu II Dan Pelesit Laila

Buluh Perindu Syahdu II dan Pelesit Laila

Assalammualaikum kepada Admin Fiksyen Shasha Dan Pembaca budiman sekalian. Namaku Arianna. Terima kasih kerana sudi luangkan Masa membaca pengalaman Aku di entry Buluh Perindu Syahdu sebelum Ni. Seram atau tidak cerita Aku Ni.. Hanya anda semua yang boleh nilaikan.

Beristghfar panjang Aku setelah dengar sendiri pengalaman ngeri HOD Aku yg bernama Laila tu. Hati mula dicengkam rasa takut, bersalah lagi-lagi rasa berdosa. Jujur Aku katakan aku juga semakin takut pada buluh perindu tersebut. Aku serius Baru tersedar mungkin aku telah menyeru pendamping buluh Perindu tu untuk puaskan hati Aku.

Sejak Dari hari tu, Aku mula berhenti gunakannya tapi masih tetap Aku simpan Dan bawa di dalam dompetku. Masih Aku ingat amaran Dan pesanan Makcik Ku untuk menjaga betul-betul buluh perindu tu. Kalau la Makcik tau Aku dah hilangkan satu buluh perindunya tu… Mati Aku.

Kehidupanku mula berlalu seperti biasa cuma keadaan Aku Dan Laila seolah ‘panas’. Kami lansung tak boleh berbaik Dan saling membenci. Kesihatan ibuku semakin membimbangkan… Dengan period Aku yang non stop.. Sampai Aku rasa….cukuplah… Aku perlu pergi berubat.

Setelah bertanya dengan kawan- kawan mak Aku, kami ditemukan dengan perawat yang bernama Abang Zain. Abang Zain biasanya mengubat pesakit yang datang bersama isterinya. Orangnya masih agak muda Dan mudah tersenyum.

Pada mulanya Aku ragu- ragu Dan malu untuk bercerita masalah Ku pada Abang Zain tetapi keadaan begitu terdesak. Abang Zain tersenyum panjang… `Buluh Perindu Ni….ada pendamping nya… Penjaganya.. Jika tak ada.. Macam mana nak dapat apa yang kamu hajatkan…tapi…dah tentu ada syarat-syarat2 atau balasan yang ditagih…’ . Terasa kelat air liur yang ditelan… Takut betul Aku masa tu… ‘Penjaga buluh Perindu awak Ni…lelaki…dah macam pendekar pakaian nya.. Tinggi Dan besar bentuk tubuhnya..Dan itulah yang selalu mengikut awak sentiasa…yang jadi masalahnya sekarang… Awak tak diajar sepenuhnya oleh Makcik awak cara menggunakannya Dan cara untuk beri ia makan…”

“Kena beri makan?” Soal Aku macam Budak bodoh kat Abang Zain. “Beri makan tu…macam kita sediakan pulut kuning Dan lain- Lain… Kalau awak nak belajar.. boleh tetapi saya nasihatkan… Tak perlu lah itu semua…” Panjang lebar Abang Zain terangkan pada aku. “Kerana awak tak pernah beri ia makan sebab tu dia mengganggu. Period awak yang tak henti-henti tu… Mak awak yang sakit Dari belakang badan Dan pinggang hingga betis tu…awak tau tak kenapa?? Penjaga buluh Perindu awak ni akan bertukar menjadi ular tedung besar Hitam Dan membelit badan ibu awak…”

Jujur Aku mula rasa meremang bila dengar butir penerangan dari Abang Zain. Hati Aku mula panas dan menyumpah-nyumpah Makcik Aku yang senang- senang perbodohkan Aku pasal buluh Perindu Ni. Makcik tak penah bagitau Aku risiko benda Ni. Semua yang diceritakan yang baik-baik belaka… Jadi Cantik lah.. Suara sedap la..penunduk la.. Tapi hakikatnya.. Aku yang merana sekarang.

Abang Zain beri Aku dua pilihan. Samada buluh Perindu tu diberikan pada dia kerana menurut Abang Zain, buluh Perindu tu memang yang asli Dan susah nak jumpa. Dia berminat untuk gunakan buat berubat pesakit- pesakit dia. Lagipun Abang Zain pun tahu sepenuhnya cara untuk gunakan nya… In a good way lah kan… Ataupun…Abang Zain tolong tawarkan buluh Perindu tu dengan cara hapuskan pendamping asal tu Dan semata-mata guna buluh Perindu tersebut untuk direndam kedalam minyak Dan boleh Aku gunakan untuk disapukan pada kening buat pemanis wajah.

Aku pilih cara yang Kedua sebab Aku risau jika Makcik tetiba nak tengok buluh Perindu dia… Aku boleh bagi jer walaupon dah “ditawarkan” Tanpa dia tau. Yang penting Makcik takkan marah Aku.
Tentang buluh Perindu yang betina tu…memang bukan jodoh Aku dengan dia. Takper la kan.. Kurang masalah Aku jugak.

Selama 3 hari jugak Aku perlu tinggalkan buluh Perindu tu untuk ‘ditawarkan’ oleh Abang Zain. Abang Zain serahkan pada Aku sebotol kecil minyak yang terendam buluh Perindu tu. ” INI untuk pemanis…tapi takder pendamping dah… Sebelum keluar Rumah, letak sikit di jari manis Dan sapu dikening dengan niat disenangi orang…” Pesan Abang Zain padaku.

Aku balik kerumah petang tu dan termenung jer tengok botol minyak tu.. Aku Lansung malas nak sentuh atau gunakan minyak tersebut. Jadi hiasan je di Bilik Aku.

Sejak berubat dengan Abang Zain… Kesihatan Aku Dan mak Aku terus pulih seperti biasa. Gembira betul aku… Rasa bersyukur sangat bila dah pulih.

Kegembiraan aku tak lama bila 2 bulan kemudiannya Aku terpaksa berjumpa Abang Zain untuk berubat. Aku sering mimpi ngeri di waktu malam sampaikan nak tutup mata untuk tidur pun Aku tak berani. Jadi fobia. Kadang- kadang bila Aku dapat tidur lena, tetiba jer akan tersedar di tengah malam..yang anehnya..mataku bagai digam tak boleh bukak… Badan tak boleh digerakkan… Tetapi telingaku akan mula dengar bunyi bising seperti ada orang main renyukkan plastik dan berdesing.. Bunyi budak-budak ketawa…setiap Kali perkara Ni terjadi, Aku pasti akan melawan Dan sedaya upaya gerakkan badan Aku untuk bangun. Sampaikan berkali-kali aku bacakan ayat Kursi… Baru Aku berjaya bangun. Perkara-perkara Ni betul-betul meletihkan Aku. Aku juga mengalami batuk yang tak surut. Puas Aku telan macam-macam jenis ubat batuk tapi lansung tak jalan.

Berubat dengan Abang Zain sangat mudah. Takder kemenyan bagai. Cuma air mineral, limau nipis, dan tasbih. ” awak ni ada yang marah. Dia dah letak sesuatu dalam minuman awak. Sebab tu awak batuk tak henti. Dia niat nak awak berhenti Kerja sebab sakit. Di meja tempat awak Kerja pun dah dicalit sesuatu. Tapi…takper lah.. Saya dah ‘tawarkan’ benda tu.. Air Ni awak minum bagi habis..” Kata Abang Zain sambil hulurkan Aku air mineral yang dah dibacakan sesuatu oleh Abang Zain. ” Apa-apa pun.. Semua atas izin Allah. Saya hanya cuba ubatkan awak”.. Kata Abang Zain lagi.

“Celaka punya Laila!!.. Aku dah agak Ni mesti Keje kau lah!!..” Aku memang menyumpah-nyumpah Si Laila. Siapa lagi dalam ofis Aku yang tengah ada isu dengan Aku melainkan dia!!. Ini semua berpunca dari politik pejabat yang tak sudah-sudah melanda Aku Dan yang lain-lain.

Esoknya Aku seperti biasa pergi ke ofis. Buat macam takder apa-apa yang berlaku pada Aku. Dalam hati tuhan jer tau betapa geramnya Aku tengok Si Laila tu. Aku perhatikan jer perangai Si Laila yang sejak akhir-akhir Ni rajin betul bancuh kopi untuk Bos. Bukannya takder tea lady..tapi dia dah awal-awal pesan supaya kopi Bos hanya dia yang bancuhkan. Aku semakin pelik bila segala gula, kopi, susu untuk bos semuanya dia bawa khas dari Rumah. Dia siap bagi amaran pada Makcik tea lady supaya simpan elok-elok Dan asingkan dari Teh,kopi,susu untuk pekerja- Pekerja Lain di pantry ofis.

Kalau dia boleh buat Aku sakit, tak mustahil dia boleh mandrem Bos dengan minuman tu semua. Patut la Bos tu ikut jer segala cakap Laila. Tapi bagi Aku, malas lah nak ambik pot. ITU antara dia dengan Bos jer lah. Petang tu, tah macam Mana boleh bersembang santai dengan bos… Tetiba Laila mencelah masuk… Sembang kosong jer lepas tu Bos tetiba puji cakap Aku dah makin Cantik Dan bergaya lately.. Kembang semangkuk terus kena puji. Tersipu sekejap Aku kat situ. Rupanya hal pujian tu betul- betul buat Laila sakit hati. Macam Mana Aku boleh tau? OK.. Petang keesokkannya tu bila balik je Dari ofis, badan Aku jadi seram sejuk. Macam demam tapi suhu badan kejap sejuk…kejap panas. Badan jadi lembik lesu semacam. Siap jer solat Maghrib, Aku terus terbaring terlena. Tetiba Aku terjaga sebab telinga Aku dengar macam bunyi loceng kaki yang kuat. Masa tu Aku hanya berseorangan dirumah Dan aku atau mak pun tak pernah pakai gelang yang ada loceng bagai. Aku buat tak endah jer dengan bunyi loceng tu Dan sambung tidur.

Tepat pukul 3 pagi Aku terjaga. Badan Aku panas bahang berpeluh2. Pinggang Aku rasa sangat-sangat sakit. Nak bangun pun rasa berat Dan susah. Aku sampai terpaksa merangkak ke Bilik air untuk mandi. Panas yang macam kena Bakar. Aku jerit kejut kan mak Aku. Terkejut mak tengok keadaan Aku. Mak papah Aku bangun masuk Bilik. Serius Aku tak terdaya nak berjalan lansung. Selang 5 minit macam tu.. Tetiba badan Aku jadi sejuk menggigil macam direndam dalam ais. 2 comforter Aku guna untuk selimutkan badan. Aku jadi kaku di atas katil lansung tak boleh bergerak atau bangun. Aku tak tau lah dugaan APA lagi yang perlu Aku hadap Ni. Akhirnya Aku tertidur berselimut kesejukan sehingga ke pagi.

Perlahan-lahan mataku dibuka.. TerKejut giler tengok Abang Zain, isterinya, dan mak Aku duduk di tepi katil Ku. Rupanya mak dah awal-awal cal Abang Zain suruh datang ubatkan Aku sebab hati mak rasa tak sedap sangat dengan APA yang jadi pada Aku.
Berpeluh-peluh dahi abang Zain terkumat kamit membaca sesuatu. Isterinya ditepi turut membantu dengan berzikir sambil mengira biji tasbih. Dalam 45 minit jugak la sesi rawatan tu. Macam biasa.. Aku di beri minum air yang telah di ‘tawarkan’ oleh Abang Zain Dan di beri limau purut untuk di buat mandi. Mak Aku mendesak Abang Zain untuk beritahu apa sebenarnya yang berlaku pada Aku.

“INI…orang yang sama jugak yang buat Ni…tapi Kali Ni teruk sikit sebab dia guna sihir tok sami India. Yang sebelum Ni cuma bomoh Indonesia jer. Dia dah buat satu patung Dan seru puja nama Arianna… Di pinggang patung tu diikat 3 ketul batu besar supaya pinggang Arianna jadi sakit Dan berat Dan tak boleh bangun… Setiap maghrib Dan tengah malam, patung tu akan di letak atas bara api kemudian di rendam di dalam air… Sebab tu la Arianna akan rasa panas Dan sejuk berselang seli..” Panjang penerangan Abang Zain pada mak aku. Aku yang tengah terbaring Ni punya lah rasa geram sangat bila dengar cerita Abang Zain tu. Aku tau ni Kerja Laila Si busuk ati tu. Jadi memang betul lah gosip-gosip liar pasal Laila yang dah jatuh hati dekat Bos dan cemburu buta kalau ada sesiapa yang Bos puji.

Selepas dua hari, Aku sembuh sepenuhnya Dan seperti biasa pergi Kerja macam takder apa-apa yang berlaku. Aku kena tunjuk kan yang Aku kuat Dan tak penah lemah semangat supaya Laila ragu-ragu samada sihir nya menjadi atau tidak. Aku sebenarnya jugak dah fikirkan satu rancangan.. Petang tu dalam pukul 7 petang, nasib Aku sangat baik bila Laila dah balik awal. Selalu nya dia suka stay back Dan jadi orang terakhir yang balik. OK.. Line clear…Aku pon terus masuk ke pantry. Aku selongkar kabinet yang tersimpan segala gula , susu, kopi Bos yang Laila asingkan. Aku buang semua gula, susu krimer, kopi yang tersimpan rapi dalam balang Dan Aku gantikan dengan yang Aku bawak. Tak perlu Aku Nak fikir panjang sebab Aku bukan Bodoh sangat tak tau bab-bab mandrem orang guna barang makan minum ni. Rasa meremang tu memang ada. Lagi-lagi pada waktu senja Dan Aku je sensorang kat pantry tu. Tapi dah nekad kan..

Dekat 3 minggu jugak la aktiviti Aku tu berjalan. Asal Aku nampak je Si Laila restock, Aku akan cari Masa yang sesuai Dan gantikan dengan yang Baru. Bos pun dah nampak Lain sikit. Dah dapat dengar suara Bos macam marah-marah dekat Laila. Laila pun selalu gak masam muka sebab kerap tak sependapat dengan Bos. Bos pun macam tak selera nak minum air bancuhan dari si Laila.

Tibalah satu hari tu..Aku nampak Laila restock barang-barang Bos di pantry. Aku memang selalu standby stock Aku… So Aku plan petang tu nak buat lah rutin Aku seperti biasa. Yang lagi best Si Laila Kerja sekerat hari je Dan dah pun balik Masa lunch hour. Aku ingat lagi Masa tu pukul 7 petang jugak. Dah pastikan semua officemate dah balik so Aku pun terus pegi pantry Dan selongkar. Tengah syok-syok Aku restock.. Tetiba hujung mata Aku ternmpk macam Laila lalu tapi yang anehnya…dia macam bergerak melayang jer kat tepi Aku. Bayangkan perasaan Aku Masa tu.. Macam nak terkeluar jantung. Aku terkaku beberapa saat.. Tersedar Dan terus Aku Kumat kamit baca ayatul Kursi. Aku simpan Mana yang sempat Dan terus angkat beg lari keluar Dari ofis. Rasa meremang giler Masa tu.

Aku tak ceritakan pada sesiapa di office tentang peristiwa tersebut Dan Aku jugak dah berhenti buat aktiviti buang stok gula,kopi,susu Si Laila tu gara-gara takut. Satu hari, Si Laila Ni macam tengah gelisah sangat. Aku pura-pura buat baik Dan bertanya tentang dia… Dia terus tunjuk IBU jari kaki dia yang berwarna lebam Hitam..kedua-dua IBU jari dia lebam biru. Walaupun tak rasa sakit, tapi tetap merisaukan Si Laila Ni. “Ehmm… Nasib kau lah Laila..Sebab nak Cantik Dan mampu tundukkan orang…Tanpa sedar…kau dah ada pendamping PELESIT. Setiap bulan penuh memang dia akan hisap la IBU jari kau….” Bisikku dalam hati. Macam Mana Aku tau?? Sejak nampak bayangan Laila melayang hari tu..Aku dah cepat-cepat pegi jumpa Abang Zain Dan mintak dia tolong ‘tengokkan’..

Kadang-kadang rasa letih bila selalu kena ulang-alik pegi berubat. Laila tak pernah jemu menghantar sihir dia pada aku. Akhirnya Aku mengalah Dan berhenti Kerja. Tak berapa lama lepas tu Aku dapat Kerja Baru dan Aku sampai hari INI tak tau APA cerita Terbaru pasal Laila. Aku harap dia dah bertaubat Dan insaf. Aku pun sedang sedaya upaya menjadi seorang muslimah yang diredhai Allah. Laila.. Maafkan Aku. Aku jugak dah maafkan kau. Dulu kita jahil tapi Aku tau masih ada ruang untuk kita kembali ke jalan yang diredhai Allah.

21 thoughts on “Buluh Perindu Syahdu II Dan Pelesit Laila”

  1. Kalo teman dh jd mayat si Laila tu…teman x kaco org…tp kalo teman org lain kaco mmg cr nahas lah…sampai lubang cacing teman cari…tu yg bagus miker ni dik…beralah lg elok dr balas blk…

    Reply
  2. kalo betui c laila tu nak kan kecantikan nak menggoda lh konon nyer, mau sni aku ada cara nye.. Dia mesti ku amput abis abisan selame 5 malam.. pastu kelihatan montok punyee lpas tu..

    Reply
  3. “INI untuk pemanis…tapi takder pendamping dah… Sebelum keluar Rumah, letak sikit di jari manis Dan sapu dikening dengan niat disenangi orang…” ← ni dibolehkan ke dalam Islam?

    aku rasa brader Zain tu pun membela jugak. sebab dia nak gunakan buluh perindu tu untuk mengubat orang lain.

    Reply
  4. Masa baca yang awal2 laila bagi stok dekat tea lady tu, saya memang dah macam “halah halah halah sis!!! Tukarkanlah!!! gelak gedik2

    Dan tengok2 sis memang tukar kat hujung tu. Alhamdulillah!! Biar tau rasa.. tapi marilah kita sama2 mendoakan supaya jika lalila masih hidup, semoga dia diberi hidayah. Aamiin..

    Reply
  5. Alhamdulillah arianna setiap perbuatan yng baik manfaat dtng sendiri dari Allah
    semoga dpt medekat jiwa dan hati hanya pada yng Maha Esa-Allah swt

    Reply
  6. ‘Laila lalu tapi yang anehnya…dia macam bergerak melayang jer kat tepi Aku’ – tetiba rase seram lain mcm part ni huhuuu

    Reply
  7. Abg zain tu pun mcm x betul2 ikut syarak jugak cara ngubatnya.. jampi minyak pemanis wajah la, letak bwh kening la.. syirik jugak benda2 tu..

    Reply

Leave a Comment