Bunian, Penjaga atau Saka? (Bhg. 2)

Assalamualaikum semua . Alhamdulillah , berjumpa lagi kita . Ya , even dalam FS sahaja , tapi kayong happy berkongsi pengalaman paling manis dekat sini (manislah sangat).

Once again i would like to say thanks to FS sudi publish cerita kayong ; Bunian, Penjaga atau Saka?
Berkobar-kobar jantung ni nak share pengalaman yang kayong dan family pernah terjebak (terjebak pun boleh) dengan kisah-kisah seram ni.

Alhamdulillah , ada juga yang sokong karya kayong . Thank you cikbambam , B , raflesia , cerita EL , rockersss dan yang lain lain (shake hands) . Okay , di kesempatan ini juga kayong nak mintak maaf sebab ada yang tertypo dan terlalu details untuk korang faham . Lagi satu kayong tiada facebook mebook ni , jadi kayong lebih selesa berkongsi di FS. So , let’s begin the story.

Semasa umur 12 hingga 18 tahun kayong cuma kerap terlihat kelibat “kak ti”(pontianak) lembaga hitam , orang lonjong (hantu galah) , hantu bigfoot (makhluk berbulu) , penanggal , pocong dan yang se-species dengannya. Bila kayong dah terlihat tu perasaan takut takde tapi perasaan ingin tahu tu kuat ” betul lah orang tua tua kata d***h muda membuak buak kan?”
Masa kayong tengah basuh pinggan dekat dapur tiba tiba hati kayong berdebar dengan kencang bulu roma naik “segala bulu naik rasanya.. alamakk” jadi kayong pun cepat cepat lah siapkan kerja time tu hanya kayong atok dan nenek di rumah, pakcik makcik kayong jalan jalan (kayong tak ikut depa jalan sebab kayong tanak tinggalkan nenek atok berdua di rumah) Kayong pun pergi bilik atok dan nenek tapi belum sempat kayong pulas tombol pintu tu kayong tengok bilik nenek da gelap jadi kayong pun terus je lah pergi bilik dekat ruang tamu kedua tu , masa kayong nak masuk bilik kayong sempat tengok jam baru pukul 9.40 minit macam tu “awal lagi tengok tv laa sambil tunggu depa balik” kata hati kayong .

Sedang leka kayong tengok tv , perasaan berdebar tu datang balik (korang bayangkan lah rumah nenek kayong ni besar . Kayong sorang je kat ruang tamu kedua tu , dekat ruang tamu ketiga tu ada tiang seri) kayong perasan dekat anak mata kayong tu ada perempuan berkebaya putih (bagian kaki tak nampak) bersanggul dan ada bunga putih tepi telinga (tak pasti bunga apa) cantik memang cantik. Cara “dia” macam mengintai kayong betul betul di belakang tiang seri tu . Padahal tiang seri tu tade lah besar mana . Besar dia sebesar tapak tangan je , jadi agak mustahil kalau “dia” manusia dah tentu lah seluruh badan dia nampak kan? Tapi ni tak seolah olah ada pintu yang boleh “dia” keluarkan separuh badan dan cuba mengintai (harap korang faham lah apa yang kayong maksudkan) kayong pun cuba toleh dia cepat cepat , tapi tade sesiapa pun .

Kayong pun bangun terus pergi dekat tiang seri tu ( kayong siap buat demo dengan diri sendiri lagi tau time tu.. Bendul jugak kayong ni haihh hahah) lepastu kayong pun baring balik depan tv . entah macam mana boleh tertidur depan tv tu (tidur tak lama ada dalam 30minit macam tu) kayong sempat mimpi , dalam mimpi tu perempuan cantik tadi keluar dari tiang seri duduk dekat atas kepala kayong tengah belai lembut rambut kayong mulut dia tak bergerak tapi suara dia macam wanita melayu terakhir lah punya lembut ayu lagi . Kayong dengar dia cakap “pakcik makcik kayong dah sampai tu , bangun lah buka pintu) kayong pun tersedar dari tidur tadi . Kayong blur sekejap . Lepastu kayong toleh menghadap tiang seri tadi , tv masih lagi on . Kayong cakap dalam hati “mainan tidur kot” lepas tu kayong off tv dan masuk bilik , belum sempat kayong off lampu bilik , pintu belakang makcik kayong dah ketuk “tuk tuk! Assalamualaikum kayong kayong.” Kayong pun berlari anak bukak pintu untuk depa .

Selepas beberapa bulan masa tu ada kes mundu dekat sabah (korang mesti tahu kan kes tu sampai keluar berita yang sabah tak aman sebab berperang) tapi kes tu dah mulai rede , tengah malam kayong tengah tengok tv cerita pontianak harum sundal malam 2 . Atok nenek pakcik makcik da tidur di bilik masing masing . Kayong dengan sepupu 2 orang dan ijam adik(no 2) kayong tak tidur lagi tengah layan tv dekat ruang tamu permainan tu . Lepas cerita nak habis kayong tengok dekat dapur gelap je , tapi gelap dia lain macam (kayong tade perasaan takut pun jadi takut tiba tiba malam tu haihh penangan pontianak sundal malam la ni haha) time kayong tengok tu kayong ternampak seorang perempuan tapi samar samar keluar dari kegelapan dapur tu , kayong pun tak semena mena terperanjat lah apa lagi, lepastu kayong off tv dan lari pergi ruang tamu kedua, nak tau tak semasa kayong lari tu , kayong macam dapat rasa ada makhluk berbulu tengah tengok kayong , kayong toleh lah tempat tu “deyy tempat tu kan gelap mana ada sesiapa” lepas tu kayong pun pecut masuk bilik “ffffttt semangat.. Sampai jugak aku dalam bilik ni” bisik hati kayong .
Kayong labuhkan p******g di birai katil time tu kayong tengah usha usha chat(bukan whatsapp wechat yee sms biasa jee) dekat fon kayong tiba tiba hati kayong suruh kayong tengok belah kiri , kayong pun palui jugak masa tu kayong pun toleh lah kiri , mak aiii terkejut beruk tahap makyei lah kayong tengok diri kayong depan cermin lepastu kayong gelak sendiri “deyy dalam cermin tu kau lah hahaha” bisik hati kayong .

Lepastu kayong nak baring tapi tiba tiba ada bunyi bising dekat laur(ruang tamu kedua) bunyi dia macam orang jentik almari tv . “Tik tik tik tik” dari satu tempat ke satu tempat padahal dekat ruang tamu kedua dan ketiga tu mana ada orang . Lagi dua bilik dekat ruang tamu kedua tu mana ada penghuni . Kayong dah tak tentu arah ni . Dalam otak kayong time tu hantu berbulu je yang cuba naik atas siling tu , kayong bangun dan cuba kunci pintu bilik , semasa kayong nak pegang tombol pintu tu , korang tahu tak pintu bilik kayong kene tolak . Kayong dah macam nak menjerit tapi suara tersekat kayong pun tolak pintu tu dan kunci cepat cepat kayong duduk balik atas katil tu , kayong tak tau nak buat apa dah . Dengan bunyi seolah olah nak panjat atas almari tu dan masuk bilik kayong . Sebab dekat siling tu tak tutup habis maksudnya orang luar boleh masuk bilik kayong kalau panjat dekat almari tv tu.

Terdetik hati kayong nak call makcik kayong dekat ruang tamu permainan tu , kayong cepat cepat call mula mula makcik kayong tak angkat , second call baru dia angkat
“cik mun , tolong kayong..” Kata kayong sambil gigit jari .
“Kau dekat mana ? Kenapa ?” Makcik kayong tanya seolah olah terkejut .
“Kat bilik ni . Cepat lah!!! Ada orang nak panjat bilik..!!” Kayong jawab berbisik bisik .
“Kejap” makcik kayong jawab ringkas . Lepas tu kayong tamatkan perbualan (haihh kau duduk satu rumah pun kalau bende ni jadi kat korang mesti korang buat macam kayong buat ni kan?)
Kayong pun tunggu lah makcik kayong ni datang jemput kayong dalam bilik . Lepastu kayong dengar pintu ruang tamu di kuak perlahan “ngeetttttt” bunyi pintu tu , kayong pun bangun cepat cepat nak bukak pintu “eh nanti dulu” kata kayong dalam hati. “Makcik mun ke tu?” Tanya kayong tapi tak berjawab . “Hah sudah!!! Nasib baik aku tak bukak lagi pintu bilik ni”. Kata kayong dalam hati .

Kayong tunggu lama juga dalam bilik tu dalam 20 minit baru kayong dengar tapak kaki makcik kayong otw ke ruang tamu kedua . Baru lah kayong dengar betul betul pintu ruang tamu tu di kuak dan “yong… Kayong..! Keluar lah”makcik kayong panggil dan kayong cepat cepat keluar bilik . Kayong tengok muka makcik kayong baru bangun tidur . Kayong tanya makcik kayong asal lambat ? Lepastu makcik kayong cakap dia pun takut nak keluar sebab hati dia macam tak sedap . Tapi di sebabkan makcik kayong ni risau kat kayong , makcik kayong gagahkan juga untuk keluar panggil kayong . Lepas tu makcik kayong suru kayong tidur dalam bilik dia , tapi kayong tanak . Kayong tidur dekat sofa di ruang tamu permainan tu , dekat lantai ada 2 sepupu dengan adik kayong tidur .

Kayong pun rebahkan badan atas sofa cuba untuk tidur dan tanak ingat apa benda yang cuba kacau kayong tadi . Time kayong nak lelap , sofa tempat kayong baring tu bergegar dengan kuat “aduihhhh dia mai dah.. Ishh” getus hati kayong . Kayong pun tak senang nak tidur , apa lagi kayong pun baring lah di tengah tengah tempat adik kayong tidur tu dan cakap “woiii aku nak tidur!! Pergi balik jangan ganggu aku setan nye setan!!” Lepas tu kayong baca doa dan terlelap . Tapi kayong terbangun balik pukul 4 macam tu sebab kayong mimpi lagi perempuan cantik tu datang dan kata “tidur saja usah bimbang tiada yang bisa menyakitimu.. Mereka cuba mengusikmu saja”.

Apakkkkk ah.. Mengusik?? Mereka ?? (Macam banyak je kan ? Mereka pulak tu!! Mereka bhaiii!!) masa tu kayong dah tak fikir sangat pasal benda yang cuba usik kayong , sebab kayong nampak atok kayong bangun solat tahajud dekat gerbang dapur tu . Kayong apa tagi sambung tidur balik
Lah dalam bilik hahahaha .
Tapi setiap kali kayong rasa terganggu atau di ganggu “perempuan cantik tu mesti akan muncul dalam mimpi tak pun kayong akan terlihat kelibat dia terlebih dahulu sebelum adengan ganggu menggangu ni cuba ganggu kayong..

Nak kata kayong ni kental tak lah kental mana . Nak kata sado tak sado tapi ala ala bentuk badan elfira loy lah (bentuk badan je muka tak hahaha) muka kayong ala ala izreen azminda (bukan kayong yang kata tapi ramai orang yang kata)
Jadi apa saja yang cuba untuk mengganggu korang usah lah takut , itu semua mainan syaitan saja . Tipu lah kalau kayong cakap kayong ni tak takut , yes!! Kayong takut tapi takde la takut tahap kritikal . Sentiasa ingat Allah . Solat pun kena jaga . Selalu lah amalkan doa doa pendinding diri yaa korang .
Sekian saja cerita dari kayong . Insyaallah kayong akan kongsi lagi pengalaman kayong dengan famly semasa di kota merudu sabah (ni seram tahap nak terkucil punya) semua yang tertulis sebelum ini dan di atas adalah berdasarkan cerita benar dari kayong sendiri . Tiada tokok tambah untuk menambah lagi resepi cerita .

See ya next entry #peacenowar

Kongsi kisah anda:.

Kayong
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

52 comments

    1. Laaa relax laa.. Banyak komentar yg kayong tak ingat nama. Letak jee “dan lain lain” hahahaha nnt next entry kayong buh nama MEDICAL STUDENT naaa 😉

  1. Aku kicik ati ni kayong..

    **cikbambam da femes..

    **andai cikbambam nmpak komen ni.. Tolong lambai sikit.. Haha

    1. Hahaha.. X pe la Kayong.. Den da ckup bahagia bila nama cikbambam ada dalam tu.. Haha den bg 9/10 kali ni

      Kipidap dongibap kayong..

  2. Umak aii…
    Lawonye kayong ni…
    Akk dahlar berkenan bebenor tgk Izreen Azminda tu, cantek yang brutal…
    Share pict peliisss…
    Letaklah ganti gravatar alien workshop tu…
    Heheheheheh…

    Umah mak akk pn dr bilik ke bilik tu kena jln jauh sket…
    Klu akk blk kena gune blk depaaannn skali dgn ruang tamu yg mmg x berusik tapi berkemas tu…
    Klu memalam buta tetbe nk g dapor ke, toilet ke, mmg akk berlari mcm sprinter kot…
    Klu maleh lari akk paksa asben akk teman, hahahahahha…

    1. Alaaarrr…
      Buat2 takot jer…. (sila percaya…)
      Saje jer xnak bg nmpk taiko sgt depan asben…
      Kah kah kah alasaaannnn…

      Ko kena ingat yg jajahan akk tu manusia…
      Bukannye jin dan setan…
      Deme ni mane gheti bayor wang perlindungan…

    2. Kono yakin kak.. Jajah la kawasan drng.. Nak lagi yakin bawa c el join cawangan baru tuk jajah kawasan deme tu.. Den jd pemerhati yo la.. Haha

    3. Ambooiiii…
      EL jd Consultant, ko jd Tuan Penasihat ar ni???
      Xperlahhh…
      Jajahan takluk yg ade ni pon dh kurang kasih syg…
      Bukan kuantiti, tapi kualiti yg kita nak…
      Ececeeeehhh…

    4. Hahahaha yeke kak yulie? Kayong pun minat dia.. Gaya dia sempoi..

      Alaaa kayong da try nak tukar tapi taleh. Biarlah muka tak nampak. Tade laa orang kenal kayong hahaha..

      Laaa takut sgt tu.. Tapi tu laa kalau rumah besar cam tu smpai nak g bilik or toilet pun jauh mmg seram. Kayong faham prasaan akak tu …

      1. Kaannn…
        Akk suke org yg cantik tapi brutal suara serak2 sket muke ade rahang, hahhahhaha…

        Seb bek ko paham perasaan akk…
        Kdg2 lg memalukan (ni off record kay), akk soh anak akk temankan…
        Hahhahahaha…
        Pdhal dia baru darjah 1…
        Hahahahaha malu malu maluuu…

        Bkn ape…
        Takot nk menempuhi hall depan tu…
        Hall tu dhlar besooorr…
        Terasing…
        Gelap plak tu…
        Daaannn…ade penunggu plak…
        Mau x nye akk cuak kan…

        1. Aiii kak yulie belum tengok rupa da puji lebih2 hahaha.. Macam rupa si izreen azminda jee. Macam.. Hahahahha

          Tung akak ade shuben and anak yg jd peneman di kala nak terkucil wktu mlm. Kayong kene g sendiri tapi kalau da takut sgt kayong tahan lee pospon esok baru membuang segala kimia yg ada..

        2. kak yulie nape ko memalukan kaum ibu mithali mcm kita!! kak yulie ajak anak kak yulie teman.. aku gelak dah tahap takbur dalam opis ni kak yulie.. selamat bos aku takda dia meeting kat hq.. ya Allah ya Ampun yaAllah ya ampun.. kak yulie lawak ! hahaha

    5. alamak kak yulie kau pehal sama mcm aku.. aku pon dulu masa balik uma lama parents aku pon cmtu.. kalau takut sangat kejot laki.. tapi laki aku ngelat.. aku dalam tandas dia da blah..

        1. haahaha.. kak mami mmg suka stalker kak yulie sbb dia mcm kembor terpisah kak mami bak kate kak yulie.. kak yulie aku campo mamak + thai tu pon atok nenek aku je kak.. muka aku pon iras jawa tapi belah mexico.. ke paso myamor.. haha.. aku nak wat reunion cane dik sk.. aku kat shah alam..kak yulie kat johor kan kak.. aku hala johor pon susah tau.. kak yulie la dtg uma aku.. boleh kak yulie berkenalan gn antu susah ati dalam umah aku ni.. haha

      1. Yg buat akk kompem mami bkn kembar akk, die berdarah mamak thailand…
        Sedangkan akk kacuk jawa dgn jawa jd JAWA JERMAN…
        Hahahahahahah…

  3. Thanks atas penghargaan ?.. Ingat jgk ko sm sy.

    Dan tq jg sbb kayong sudi sambung cerita.. ?

    Smpi skg ni kayong msh nmpk ka ‘benda2 halus ni? Atau sdh ndak nmpk diorg ni?

    perempuan cantik mcm lebih kpd penjaga rumah. Yg lain2 tu??

    1. Aku dengar orang cakap.. Benda2 halus ni suka pada orang2 yg cantik yg ensem.. Kalau x nak nmpk drng ni cer makeup scary2 tgk.. Buat muka seram2 mcm aku.. Insyaallah x kan nampak dn x kan kena kacau la dgn bnde halus ni..

      1. Aikk kong lain bonar tu haa.. Den kalu dokek rumah den selekeh mekeh yo..
        Macam pontianak tak jumpa salon.. Hahahahaha

          1. Hahahaha kalu den kopak biji mato den ni agak2 hantu tu poie mano? Bagus kalu hilang .
            Kalu dibuek makin suko dokek den cano tu haa????

    2. B kayong stay boleh nampak lagi durang durang ni… Bukan jak perempuan cantik tu. Cam penanggal,pocong hantu dagu, banyak lagi laa. Bukan happy dpt nmpak durang . Takut tu memang takut tapi org tua cakap jgn penakut sgt tu yg durang suka lagi kacau kita..

      Most welcome B… Hahaha next entry crita lain pula

      1. Betul la tu kayong.. Kena berani..

        Cerita lain pun blh siak. Di kota marudu kan pasni? Asalkan ko sudi mau share di sini..

        Kindly continue your story.. ❤️

        1. Alhamdulillah thanks B setia menanti next story kayong hahaha.. Yup next entry d kota merudu pulak.. Da siap tinggal nak sent jee.. Harap admin publish cepat2 .. 😉

  4. Thanks kak Yong..neway kak Yong mmg brni la..kalau kt la..malunya terkucil xpon selubong dlm selimut..haha..mcm kes kt dulu first time kna kacau nk kejot adik2 tpp dieorg mse tu kecik lg..kesudahannya pejam mata ambil ttp telinga..haha

  5. kayong. lain kali tulis la nama kau di hadapan. Aku suka penceritaan kau. Bila baca mmg boleh rasa ianya kisah benar. AKu tunggu kisah-kisah kau seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.