Bunyi Di Tingkat 4

Hello pembaca FS. Ni kali ke-2 hantar story kat sini. Yang pertama dah pun disiarkan tapi dah lama la. Tahun lepas lagi. Yang first tu aku cerita pasal kisah kat tempat aku study dari zaman matriks sampai ke zaman uni. Kali ni aku nak share pasal pengalaman masa zaman sekolah rendah pula.

Aku dulu sekolah rendah kat sekolah yang memang agak baru dibina and aku memang batch yang first guna bangunan2 kat sekolah tu. Aku start belajar kat situ dari tahun 2 lagi. Bila tahun 6 kitorang ada kelas tambahan sampai ke petang. Tapi ada satu petang ni kelas tambahan habis awal so kitorang apa lg pergi la bermain. Adalah dalam 6 orang macam tu. Biasalah still dengan perangai bebudak.

Tengah seronok bermain kat depan tapak perhimpunan tetiba ada seorang kawan aku ni (aku namakan A) tegur nama kawan kami (ni pula B) sambil dongak ke bangunan depan kami. Aku pun dengan yang lain sama2 dongak ke arah si A ni tengok. Okey. Part ni korang bayangkan eh. Bangunan tu ada 4 tingkat and dihadang oleh pagar besi. So boleh nampak la orang lalu lalang. Maka kitorang pun beramai2lah memanggil si B untuk turun. Tapi si B ni pula cuma menjenguk dari arah tepi dinding bersebelahan dengan pagar besi tu. Ala. Macam akak air yang dekat stesen minyak tu yang buat orang ramai terkejut tu gaya dia. Dah tu dia pandang je kitorang then tetiba kawan kita si C ni pula tetiba tegur, “Eh? Bukan si B x hadir ke hari ni? Kenapa dia ada kat atas pula?”. Hmm.

Maka kitorang sama2 toleh ke tempat tu semula and guess what? Memang dah x ada dah kawan kita yang si B ni. Entah kenapa kitorang ni positif sangat time tu kitorang cakap mungkin dia datang petang ni tadi kot and terus naik ke tingkat 4 sebab urusan kot. Yelah urusan. Tingkat 4 mana ada apa2 kecuali library sekolah yang dah tutup waktu petang2. Since semua fikir positif maka kitorang setuju nak naik ke tingkat 4 tapi by group la. Since cuma ada 2 tangga utk naik ke tingkat 4 maka kitorang berpecah kepada 2 kumpulan.

Aku and 2 orang lagi kawan aku naik tangga belah kanan and 3 orang lagi naik tangga belah kiri. Masa kitorang sampai ke tingkat 4, kitorang first then kitorang check memang x da sesiapa or si B kat situ. Kitorang x fikir banyak so kitorang turun ke tingkat 3. Time tu x da telefon lagi so x dapat nak bagitau group satu lagi. Tengah kitorang berbincang kat tangga tingkat 3, tetiba kitorang dengar bunyi orang berjalan kat tingkat 4. So aku n kawan2 aku ni ingat group satu lg maka kitorang naik la semula. Bila sampai, eh? X da pula orang. Dah start cuak dah sebab still dapat dengar bunyi orang berjalan tu maka kitorang apa lagi berlari lah turun tangga sampai ke tapak perhimpunan.

Bila sampai, group satu lagi memang dah ada kat situ tunggu kitorang. Diorang dah tunggu kitorang lama dah sebab diorang x jumpa sesiapa kat atas pun. Tanyalah juga ada nampak orang lalu lalang x kat tingakt 4 sebab kitorang dengar ada bunyi org berjalan. Diorang cakap memang x da sesiapa pun lalu kat situ. Sebab cuak and takut punya pasal kitorang dah x nak naik tingkat 4 melainkan ada cikgu and ada aktiviti kat library tu.

Okey. Cukuplah sampai kat sini ceritanya dulu. Sekolah menengah lagi banyak ceritanya. Maaf kalau x berapa seram tapi time tu masih budak maka semuanya seram bagi kami. Tapi tempat sekolah kitorang tu memang kawasan dia keras sebab hutan suatu masa dulu and merupakan tempat kubur tentera jepun masa dulu2. Okeylah. Bila aku ada masa free lagi aku share sebab sekarang tengah finals. Chow.

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

2 Comments on "Bunyi Di Tingkat 4"

avatar
Dhia

Tu jea ke

Penulis

Cerita budak2 mcm ape je…
Xpyh cerita dh la

wpDiscuz