CERITA PENDEK

Cerita Pendek

Cerita 1 :
3 tahun lepas, adik ipar abang aku berkahwin. Tapi kenduri tu aku x dapat pergi sebab ada masalah sikit. Lepas habis kenduri dorang pergi lah honeymoon dekat Bukit Tinggi, Pahang. Dorang pergi sekali dengan mak dan ayah belah perempuan. Masa pergi semua ok lagi. Dapat hotel dann check in kat sebuah hotel ni. Tapi aku x tahu pulak nama hotel tu. Dorang cakap situ ja hotel yang ada. Dah check in apa semua, dorang pon rest la dulu. Mak dan ayah dorang bilik sebelah, dorang bilik lain. Elok malam tu dorang tengah tido, tibe2 ada bunyi macam kat atas bumbung.

Dorang ingatkan bunyi kucing je tu. Tapi bunyi tu ada lagi, tapi kali ni dekat bilik air. Bende ni terjadi dalam bilik adik ipar abang ak tu. Nak dipendekkan cerita, habis semua barang dalam bilik tu bersepah. Beg2 dorang pecah terburai macam lepas orang pijak. Bumbung bilik air habis rosak dan tingkap bilik pecah macam angin ribut kuat. Dorang duduk tingkat atas, taip x ingat tingkat berapa. Lastly dorang panggil pihak hotel datang tengok keadaan bilik tu. Pihak hotel x tahu nak cakap apa dan dorang bayar balik ganti rugi. Adik ipar abang aku n wife dia ajak mak ayah mentua semua terus balik x jadi terus bermalam kat situ. Korang rase apa???

Cerita 2 :
Mase ni aku darjah 5 atau 6 camtu lah. Aku duduk dekat taman. Rumah aku betul2 kat simpang 3 jalan taman la kan. Dekat rumah aku ada sorang bomoh, tapi dia baik dengan family aku. Rumah dia x jauh dari rumah aku. Lebih kurang 10 meter ja. Ada satu malam ni, mak aku pergi rumah bomoh ni, dorang nak pegi buat air tawar dan ambil air bukit kat rumh kawan bomoh ni. Tapi mak aku lupa bawa botol. Pastu mak aku call la suruh aku bawa botol pergi ke rumah bomoh tu. Bila aku siap nak pergi bagi botol tu, keluar ja dari rumah aku capai basikal aku. Tapi bila aku lihat kiri kanan rasa suram ja. Kalau x, ada jugak moto dan kereta lalu, dan budak2 dok main.

Tapi time aku nak keluar tu xdak pulak. Aiseyman. Aku pon rase lain macam jugak. Rase takut pon ada. Tapi aku gagahkan diri jugak pergi hantar botol ke tempat mak. Masa tengah bawa basikal tu, aku sekilas pandang kat satu pokok durian ni, macam ada something ja dok berdiri elok molek. Putih kot. Nak kata orang bukan, tinggi jugak. Benda tu macam perhati aku ja. Aku apa lagi, bawa bukan main laju la. Padahal rumah bomoh depan tu ja. Aku brek basikal jangan tanya macam mana, korang bayangkanlah sendiri. Berdegup jantung ku, hihi. Aku nak bagitau sikit keadaan time tu. Aku bawa basikal, belah kiri aku ada TNB kosong sebab terbakar. Tepi tu ada padang kosong, yang warna putih tu berdiri sebelah kanan.

Dekat pokok durian tu ada rumah kosong yang dah lama tuannya meninggal. Rumah bomoh yang aku pergi tu berhadapan dengan rumah kosong tu la. Ok sambung cita tadi. Dah masuk dalam rumah, aku lari pergi duduk belakang mak aku dan aku cerita apa yang aku nampak tadi. Mak ak terus bagitahu bomoh tu. Bomoh to cakap xde pape la tu. Tapi dia suruh cucu dia teman ak balik. Time aku balik tu la baru nampak motor dan kereta lalu lalang, dan budak2 dok lepak elok ja. Hampeh tol.. Keesokan harinya, mak ak bagitahu bomoh tu demam. Dia kata owner rumah yang aku kata dah meninggal tu datang dalam mimpi dia. Datang marah2 jangan dok pergi kemas rumah dia. Sebab bomoh ni dia rajin dok pergi sapu sampah kat hlaman rumah tu. Maklumlah rumah orang x duduk. Yang aku pelik, aku yang jumpa bende tu, alih2 tok bomoh pulak yang demam. Hahaa 🙂

Cerita 3 :
Bende ni jadi masa aku belajar U dulu. Biase la buat assignment sampai lewat malam. Malam tu ramai jugak orang lain buat assignment kat meja study masing2. Aku duduk meja aku la. Masa pukul 12 tu yang lain dah masuk tido. Tinggal aku dan 2-3 orang adik2 housemate aku. Tapi aku sorang je kat meja study. Yang lain buat dalam bilik tapi pintu bilik terbuka la. Sambil duk buat keje, aku buka lagu kat laptop, campur al-quran, lagu omputeh, korea dan melayu. Jam aku tengok nak dekat pukul 3 pagi dah tapi mata aku x ngantuk lagi. Adik2 lain pon still x tido lagi. Aku pasang lagu sampai habis volume.

Tengah dok dgr ayt al-quran tu, elok lagi x de pape yang berlaku. Lepas pada tu aku macam terperasan fail aku bergerak. Aku perhati la tapi xde pape. Aku buat relax lagi dan sambung keje aku. X sampai berape minit, dia bergerak lagi. Dalam masa tu, salah sorang adik dalam bilik keluar nak panggil aku tapi dia x jadi nak panggil aku. Aku tanya, dia kate x de apa. Padahal aku dah perasan fail ak tadi. Dok sekejap, adik tu panggil aku suruh cepat bawa barang aku, pergi buat assignment kat bilik dia. Dia suruh aku tutup pintu. Aku pon ikut la cakap dia. Bila aku tanya, dia cakap angin kuat dan suruh temankan dorang buat keje je. Aku pon ok la malas nak pikir. Esok pagi otw nak pergi kelas, aku dan dia tibe2 tanya soalan yang sama pasal bende semalam. Dia pon cakap dia nampak fail aku bergerak. Aiyooo aku terus x kate apa. Tapi aku cakap kat dia, x payah nak takut la, kite x ganggu dia pon. Maybe dia nak main dengan kite kot time tu..

Sekian cerita x berapa nak menarik.. 🙂
(From Syon)

4 comments

  1. Siot punye hotel management…
    Ade ke patot soh org ganti sdgkan ko sdri xleh nk explain what was happened…
    Entah2 tu mmg MO hotel tu…
    Antor khadam die soh rosakkan brg,pastu guest kena ganti sdgkan guest x sempat pon nk bermlm kt situ…
    Caaaiittt…!!!

  2. okeh, part bomoh tu demam lawak….tetiba teringat dialog

    ‘sebenarnya saya ni bomoh temberang…’

    “…..temberang? saya pun begitu juga, hahahahha”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *