#CeritaFaarina- Pedamping atau Sihir?

Assalammualaikum buat semua pembaca FS. Apa khabar semua? Haha. Ucapan terima kasih kepada admin jika menyiarkan cerita aku. Kisah aku ni sewaktu aku tingkatan 5 sampailah sekarang.

Masa aku di Tingkatan 5, aku pernah termimpi aku berada di dalam sebuah van. Aku tak pasti siapa yang aku tunggu. Tiba-tiba datang seorang perempuan sebiji muka kawan kelas aku. Dia nak bagi pada aku sekepal besar Nasi Goreng yang berlumut, berlendir dan bau yang amat busuk untuk aku makan. Tapi aku menolak.

“Apa ni Mira?!!! Kan nasi ni kotor!!!” Dia hanya senyum je, tapi dalam pada masa yg sama muka dia menyeramkan. Tiba-tiba blackout, keadaan sunyi sepi dan gelap gelita. Tak berapa lama lepas tu, keadaan seperti biasa. Baru aku perasan yg aku dah terima dan termakan nasi kotor tu. Ya Allah, aku dah panic masa tu. Aku tersedar dari mimpi, tepat pukul 3 pagi. Punyalah takut masa tu. Aku tak pasti apa maksud mimpi tu.

Start umur aku 18, aku bergaduh dengan sdik lelaki aku gara-gara dia nak beli handphone brand yg lain je. Aku punya mengamuk 1 rumah. Sampai 1 tahap, aku jerit sekuat hati sebab tak boleh nak kawal kemarahan aku sampai berpeluh-peluh. Tapi adik dengan ibu hnya tengok je aku, muka diorang macam terperanjat nampak something. Tapi yg aku perasan dia bukan pandang aku, tapi dekat belakang aku. Keesokan hari aku ibu tegur aku.

“Faa kau kena ubah baran kau, sebab yg marah semalam tu bukan engkau.”
Aku pelik, “Kenapa ibu? Apa salah aku?!!!” “Semalam ada benda kat belakang engkau! Kau tahu apa? Benda tu berbulu hitam lebat! Makin kau marah makin membesar benda tu!!!!

Berderau jantung aku. Sebab sebelum ni tak de apa pon. Start dari kejadian tu, aku kerap mimpi jatuh dari bagunan tinggi, kena langgar dengan bas, accident, kena patuk ular hitam yang berbiasa. Kesan sakit kena patuk tu makan masa 2 hingga 3 hari baru nak baik. Baru2 ni aku mimpi aku kendong baby.

“Faa susukan lah baby tu, kan baby tu lapar.” Ada satu lembaga menghasut suruh aku buat macam tu. Aku jawab “Aku belum kahwin la, mana nak ada susu! Apa yg kau merepek ni?”

Lembaga tu hanya gelak sambil perhati aku.
Selang berapa hari tu, aku terjaga dari pukul 5 sampai 6 pagi. Aku dengar abang saudara aku mengigau sebut “Allahuakhabar!!!” Aku dah takut masa tu sebab aku tahu abang saudara aku tu ada sixth sense dan aku rasa macam ada benda yang tak kena, lepas tu aku sambung tidur semula. Pagi tu abang saudara aku cerita kat aku.

“Faa semalam aku mimpi, ada satu bayangan aku tak nampak muka dia. Dia pesan, kau dan adik bongsu kau kena hati-hati. Dia suruh bila sikat rambut, lebihan rambut jangan sepah-sepah tapi buang setempat. Bila ketip kuku, tolong buang setempat ! Aku tak pasti sama ada benda yang nak berdamping dengan kau atau pun ada orang nak menghantar. Sebab ada lelaki ni suka kau, tapi kau menolak kan? “

Aku terdiam, aku baru teringat ada seorang lelaki yang aku kawan dulu. Dia memang suka cerita benda2 halus dan dia selalu “comunicate” dengan benda tu. Tapi dia mengaku dia tak pernah solat. Dia tahu apa aku buat, walaupun aku jauh. Sampai aku tak tahan, sebab semua yang aku buat semua dia boleh dapat tahu dan aku start tu jauh daripada dia sebab aku rasa something yang tak elok dekat diri dia. Dan dia prnah luah cinta dia kat aku, cuma aku anggap dia sebagai kawan je. Aku dah start berdebar bila aku flashback semua ni. Lepas tu ada lagi seorang abang saudara aku dia cakap.

“Kau tahu tak, kawan aku si Pudin? Masa kita kat rumah sewa kau, sibuk nak angkut barang untuk pindah rumah dia ternampak satu benda kat atas bahu kau! Benda tu hitam berbulu!”

Aku tergamam masa tu, sedangkan aku dan family aku tak pernah cerita pasal benda ni kat diorang. Kau bayangkanlah dari umur aku 18 masa tu tahun 2013, sekarang dah nak hujung tahun 2017. Berapa lama benda tu ikut aku? Ya Allah, menakutkan sungguh. Diorang sarankan aku pergi berubat kat Darul Syifa. Tapi aku takut nak jumpa, sebab takut jadi apa2.

Sampai sini je cerita aku. In Shaa Allah, aku akan sambung cerita lain yg aku pernah alami selama ini. Maaf kalau penulisan aku ni buat korang tak selesa. Sebab first time hantar cerita kat fiksyen ni. Ok bye, Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

faarina
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

21 comments

  1. aku sarankan ko pegi la berubat sebelum melarat..
    story ko simple & terlalu direct..dua kali kelip mata aku da abeskan story ko ni..hihi

    aku bagi ko 6/10..next story boleh improve kn gaya penulisan..teruskan berkarya..

  2. Cik faarina..pergi la berubat.. awk mcm adik sy takut nk berubat..fikir yg bukan2..kalau tak oergi berubat ..mcmana nak tahu kan..sebelum melarat dan memudaratkan orf sekeliling

  3. Akak…akak kena pegi berubat lah sbb tu mmg tanda ii ade gangguan…kalau akak x pegi berubat nanti makin parah lagi susah…papepon…kuatkan semangat akak😊

  4. BEST!🤗

    Teruskan berkarya!

    Saya sarankan pergi berubat takut perkara ni makin menjadi-jadi.Makin lama benda tu stay dekat awak,makin susah nak keluarkan dia.Allahurabbi,semoga Faarina sentiasa berada didalam perlindungan Yang Maha Esa

  5. kalu ambelh….ambe sarankan deme g jupe ustaz..nanti kang takut melarak…susoh kekgi…pah ke anok cucu dok abih kene#nasihatuntukkenaikansis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.