Cik Ponti Menangis

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia FS. Sebelum ni aku pernah kongsi cite pasal Siapa Punya Angkara. Ingat lagi tak?? Kali ni aku nak cite pasal yang lain pulak.

Cite ni terjadi pada tahun 2015 dan masa ni aku tengah pregnant anak kedua. Anak sulung aku umur 2 tahun kot time ni. Ade 1 hari tu abah aku plan nak pegi tengok bola kat stadium. Masa ni Felda lawan Kedah. Memang excited sangat time ni sebab 1st time Felda main kat padang sendiri kat Bandar Jengka. So abah aku siap call adik perempuan aku yang keje kat Bandar Jengka ni. Dia dok menyewa kat sana dengan akak aku tapi dorang ni keje tempat lain2. Abah aku call adik aku cakap nak booking tiket untuk lima dewasa dan dua kanak2. Adik aku cakap ok dia pun belikan tiket.

Dalam pukul 6 lebih kami gerak dari rumah nak ke Bandar Jengka ni. Lebih kurang 20 minit lepas tu kami sampai sana, kena tunggu adik aku pulak sebab dia nak mandi. Sampai sana jumpa tunang adik aku. Siap dia mandi kami plan nak g makan dulu. Kami pun pekena nasi lemak dulu sementara nak tunggu boleh masuk dalam stadium tu. Siap makan husband aku bayar kena la rm49. Bayangkan makan nasi lemak je kena sampai rm49. Padahal lauk sikit2 je tapi de macam2 jenis. Lepas tu tobat kami x makan dah kat situ sebab bapak punya cekik darah.

Siap makan kami beratur nak masuk dalam. Biasa la kalau time beratur mesti macam ikan sardin punya. Nasib aku boleh bernafas lagi. Almaklumlah tengah sarat mengandung lagi time ni. Sampai turn kami, aku x tunggu lama2 terus cari tempat duduk. Dapat la tempat kat tengah2 antara line padang. Time ni x de pape pun jadi. Kami syok tengok bola, mak aku siap melompat lagi bila Felda jaringkan gol. Felda menang malam tu 2-0, kira berbaloi la mak aku melompat malam tu.

Sebelum balik aku sempat temgok jam kat fon, Time ni dah hampir pukul 11 malam. Kami sampai rumah 20 minit lepas tu. Aku letak anak aku yang sulung dalam bilik atas katil, dan aku pegi basuh kaki dengan muka. Masuk ja bilik tukar baju segala lepas tu tidur. Suami aku dia makan nasi lagi time ni sebab lapar sangat lepas dari tengok bola tu. Aku dengan anak aku x sedar dah lepas tu tido lena sampai pagi.

Esoknya kebetulan mak aku pegi umah jiran sebelah hantar kuih kot (lupa dah time ni). Time tu kira lama juga mak aku lepak kat sana. Rupa-rupanya ada cite disebalik tu. Jiran aku tanya malam tadi kami ada dengar apa2 x? Mak aku pun cakap la xde pulak dengar ape pun. So jiran aku pun cite la yang dorang anak-beranak dengar ada cik pon menangis mendayu-dayu je bunyinya. Dorang pun x dapat tido sampai pagi.

Malam tu aku tanya suami aku ada dengar apa2 x malam tadi. Sekali dia cakap ada bunyi cik pon menangis. Lama sangat dari pukul 1 lebih sampai dekat azan subuh. Lepas tu bunyi tu pun hilang. Suami aku cite bunyi tu dari jalan depan rumah aku. Dia naik sampai kat hujung simpang 3 selang 3 buah rumah dari rumah aku je. Pastu dia turun pergi kat belakang kolam rumah aku sampai kat sekolah rendah lepas tu terus stay kat sekolah menengah pulak (kat sekolah menengah ni lagi banyak cite seram dia sebab suami aku keje kat situ).

Malam tu suami aku tido macam biasa buat-buat x dengar je. Dia ni dah biasa kena usik macam2 kat sekolah tu sebab tu lah dia buat x tahu je. Mak aku cakap sebab yang kami x dengar bunyi tu mungkin sebab Allah nak lindungi kami daripada dengar benda-benda macam ni sebab kami ni jenis lemah semangat. Tambah-tambah pulak time ni aku tengah pregnant lagi la. Pape pun Alhamdulillah sebab kami x dengar semua tu, kalau x mau tido sampai siang agaknya.

Cite kat sekolah menengah tu nanti ada masa aku cite lain. Sampai sini dulu cite yang x bape seram aku ni. Maaf kalau cite ni x menarik pada korang. Terima kasih sebab baca. Jumpa lagi bye..

.

Dira(bukan nama sebenar)
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.