Assalamualaikum pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih kepada admin kerana publishkan kisah pertama aku (Nenek Tanpa Kaki). Seperti yang dijanjikan ada masa aku akan kongsikan kisah lain. Kali ni aku nak kongsikan kisah tentang arwah moyang aku sebelum dia meninggal dunia.
Moyang aku ni dikenali sebagai Nek Limah. Nek Limah ni mengamalkan ilmu-ilmu syirik dan khurafat masa dia muda-muda dulu. Antaranya jampi serapah yang boleh membuatkan dia kelihatan muda bergetah selalu. Nek Limah ada belaan jugak, seingat aku hantu raya dengan pelesit je kut. Suami Nek Limah meninggal masa muda dulu jadi Nek Limah tinggal merata, ikut je duduk rumah anak-anak yang nak jaga dia. Tapi paling dia tahan pun duduk kat rumah nenek aku dengan rumah nenek sedara aku. Yang lain nak jaga sekejap je, korang faham-faham lah siapa nak jaga orang tua nyanyuk, makan banyak, mata tak nampak dan banyak lagi lah perangai pelik jadi kat Nek Limah ni.
Setahun sebelum arwah Nek Limah meninggal, macam-macam perangai pelik jadi dekat dia. Antaranya cakap sorang-sorang. Yang peliknya, nama yang Nek Limah sebut dengan Nek Limah sembang tu semua dah meninggal dunia. Kadang-kadang bila anak cucu datang melawat Nek Limah tak bagi masuk bilik dia, dia cakap bilik tu dah penuh dengan tetamu. Tapi kami nampak bilik tu kosong je. Kalau bab makan pulak tak payah cakap lah, nasi tu sekali makan berpinggan-pinggan sampai kadang-kadang aku pun naik seram tengok dia makan. Yang peliknya badan dia kurus hanya tinggal kulit dengan tulang je tapi makan banyak.
Tengok keadaan Nek Limah semakin hari makin pelik, ahli keluarga aku yang lain semua berbincang nak panggil ustaz datang rumah berubat Nek Limah. Mula-mula proses berubat ni berjalan lancar takde apa-apa pun jadi tapi lepas lebih kurang sejam macam tu benda yang paling mengejutkan terjadi, tiba-tiba Nek Limah yang tak boleh jalan dengan keadaan mata dia tak nampak tu bangun dan berjalan, sikit pun tak bongkok sedangkan masa tu umur Nek Limah dalam lingkungan 90 lebih. Nek Limah bangun dan berjalan menuju ke pintu utama rumah nenek aku lepas tu keluar pusing-pusing dekat laman rumah. Reaksi ahli keluarga masa tu semua terkejut. Ustaz tu terus dapatkan Nek Limah dan bawak naik atas rumah balik untuk teruskan proses berubat, tidak lama selepas itu ustaz tu buat sesi soal jawab dengan Nek Limah. Rupa-rupanya saka belaan Nek Limah ni yang ambil alih tubuh badan Nek Limah selama setahun tu dan kalau diikutkan Nek Limah ni sebenarnya dah dua minggu meninggal dunia.
Proses pembuangan saka bukan senang kecuali ada yang sanggup terima benda tu. Tetapi urusan pembuangan saka pada malam tu berjalan lancar tanpa ada bantahan dari pihak saka tersebut. Mak aku cakap sebab dah ada orang terima tapi sampai harini aku tak tau siap orang yang terima saka tu.Selesai je proses malam tu tepat pukul 2:15 pagi arwah Nek Limah menghembuskan nafas terakhirnya. Sebenarnya panjang lagi kisah ni tapi aku cuba ringkaskan takut nanti korang bosan membaca panjang-panjang pulak.
Kita sebagai manusia hidup tak payahlah bergantung atau meminta pertolongan daripada jin dan syaitan. Memang pada mulanya mereka nak tolong tetapi ianya takkan habis kat situ je. Bila kita terjebak dengan perkara-perkara syirik ni susah untuk kita buang dan elakkan. Apa-apa pun yang terjadi minta lah pertolongan daripada Allah kerana setiap dugaan yang diberikan pasti ada penyelesaiannya. Percaya pada Allah yang satu. Tidak ada kuasa lain lagi hebat dari kuasa Allah swt.
Sekian kisah dari aku kali ni. InshaAllah ada masa nanti aku kongsi kisah lain lagi. Terima kasih sudi baca kisah Nek Limah. Maaf kalau ada kesalahan dalam penulisan aku ni.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Pendeknya..senafas je aku habiskan. BTW teruskan berkarya.
Lu x yh bjet baik
kau pehal ea?? aku tak usik kau kan?
Mmpos lh lu
Amiinn.. aku tolong aminkan doa kau tu.
bia la die nk bajet baik..ko da mcm setan tu dok diam2
Maaf cerita sy trlalu pendek.. inshaAllah nnt sy akan kongsikan kisah yg lebih pnjang dan seram.. terima kasih๐
Okay shaa..citer shaa dah best cume pendek je..
Pendek2 pun sampai jer cerita tu…. cuma graf tak sampai hi peak….. Cerita ok shaa
xseram langsung
best jugak ๐
Terima kasih๐
Samph gua bcer
Submit satu citer la yg kau tulis. Aku nak baca.. tahap sampah ke tahap permata. Bajet bagus je
Gua x komen lu punya story. Jgn bsing
ada aku suruh komen ke?? kau ni la.. bajet bagus sangat..
Sbab gua mmg bagus. Bukn mcm geng lu. Nmpk smpurna bjettt…
wahh sakan mengata orang.. kalau kau bagus, perangai kau takkan tak semenggah sekarang ni. shame on u bro.. mengata orang..diri sendiri macam puaka
ohh? jadi ko tahu lah maira ni ada tulis story? story apa beb? nak bacerr? hasani cepatlah. story apa dia tulis? aku tak tahu pon?
wei tom.. kau ni satu geng ke dengan hasani ni?
Shame on me? Keh keh keh p m**i lah lu bro
Oi hasani..aku igt ko kene ikat bulan puasa ni..rupe nye telepas sekor setan kat sini..pegi balikk
orang dulu2 guna benda2 mcm ni bertujuan untuk menjaga harta dan keluarga..
9/10
Mengarut lh lu.. pffft
problem?
Geng lu yg kutuk faz dlu kn? Pfffft ingt gua x tau ke
orang lain da maju.. kau masih duk situ.. see da diff?
aku usulkan pertanyaan untuk kau jawab.. sekiranya kau ada masalah dengan komen yang aku buat.. kalau kau datang sini just nak tunjuk baik, which is not.. aku rasa baik kau buat kerja kau senyap2.. aku komen general aku x sentuh dan tak masukkan nama kau dalam komen aku.. so kenapa nak kepo?
Lu maju apa? Bru hari tu gua nmpak komen lu? Pffft x yah ckp kencang brother
sila faham ayat dengan baik..
Gua x bdoh. Gua pham ayt lu
baguslah..
ingatkau dungu tadi.
Takk..ko memang bodo..sebab tu ko nak cari pasal dgn org je..nasib baik aku x bodo sgt mcm ko..aku pandai sikit la dari ko..
org bodoh mana mengaku bodoh. contoh tedekat : kau
cc : hasani
kang org lain terasa pulak. huhu
Tom dengan hasani ni geng ke?
Betol tu. Bg diaorg benda tu boleh buat macam2
Tp zaman skrng pun dah ada yg kembali menggunakan benda2 ni..
Acik nak sapu minyak dagu sikit kat singkong blh tak?kihkihkih
pendeknye cerita . best cuma rasa tergantung . 8/10
Maaf kalau cerita ni trlalu pendek. InshaAllah ada masa nnt sy kongsikan cerita yg lebih pnjang.. terima kasih
X seram tp ok la..blh amek pengajaran dr cite ni..org dulu2 mmg ramai yg membela..tp org zmn skg pun masih ade jgk cuma x ramai je la..kipidap writer..5/10
Maaf ye cerita ni tak brapa seram.. inshaAllah nnt sy akan kngsikan kisah yg lebih seram๐
kat sini pun nak bergaduh.. pelik la.
Gua x gduh ngn lu lah.
gua x gduh ngn lu lah
acah
Baru perasan pic singkong &keju pairing dgn pic Maira.. hehe
haha pic tu yang kau tengok shiro.
aik maira dah tukar pic la..
hahaha jangan timbulkan kontrobesi shiro
ok. sorry maira. melawak je..
Hahaha shiro.. sokay cuma maklumlah ramai sangat yg dengki skrg ni
Gambar dia sblom ni org pggil iblis. Tu dia tukar bro.. keh keh keh
Oii syaitan… Mulut kau tu beradab sikit. Tak malu ke dengan pempuan kau nak ajak bertekak siap nak panggil dia iblis. Telur takde ke?? Kau tu yang perangai serupa setan.
Die xde telo..aku da cek dah..kahh
Pengalaman untuk kita jugak..Jangan amalkan ilmu yang salah demi kepentingan diri…Kerana yang merana adalah keturunan kita di masa hadapan..๐
Kisah benar ke ni? Semoga Allah ampunkan dosa2 Nek Limah dan kita semua.
ok laaaa..
tambah2 dosa roy
wati. sampai ke sini kau ingatkan tentang dosaku padamu.
_*playback song doa taubat*_
wati? ko ni apahal? dari tadi wati2. sape dia tu? kalau ko ingat aku wati. tu salah besar. aku bukan wati. aku maria.
lagi lagi maria maria maria! ana dah bosan!
Lu nk romen jgn kat sini
TAHINIAH nama dah masuk carta. Rupanya ko yg kejar berebut nak masuk dlm carta. Patut kecam org. ๐คญ
lu ni cakap macam takde mak bapak pulak kan? kahkahkah
Yaa ni kisah benar.. Aamin
knp ade yang kaki gado ni? macam sengaja nk meletuskan kemarahan orang…bahasa budaya kita…tak suka diam je…x de sape mintak pendapat kau…
Nak gduh sekali ke
talk to my finger
Talk to my chest
Talk to my nose
btw..cerita ni best wlpn pendek…senang fhm dan x melalut…tq share cerita drpd org tu mcm tin kosong..bunyik je lebih…
Thanks ๐
Besttt la citanya๐
Terima kasih ๐
X seram tp not bad. Cara menulis pn okey..
4/10
Not bad
Maaf kalau cerita ni tak seram.. inshaAllah nnt sy akan kongsikan cerita yg lebih seram.. terima kasih๐
pehal gaduh ni . sape xpuas hati tu buang jauh jauh. . aku silent reader… bile layan dok baca tetibe ade plak komen yg gaduh mcm ni sesama sendiri jdi sedih sgt… sbb aku syg korang semua… sbb hidup kite ni singkat sgt so xusah lah ditambahkn perseketaan diantara kite didlm ni. . salam syg dan kemaafan dri ku
Ada jugak org penyanyang mcm ko. Huhuhu. Baik ko g syg hasani. Dia kurang kasih syg tu
okay wan. raya nanti jemputlah datang rumah.
Terima kasih wan… Kami dtg secara aman. Cume segelintir tu la yg saje mencetuskan suasana tak best. Ramadhan blm berkesan dlm hati depa agaknya.
Raya jemputlah datang rumah wan ๐
Tu la..acik pun konpius dgn segelintir umat tu..acik xkan jadik puaka kalau dorg x puaka..selamat hari ghaya wan..nak duit raya x?meh cium cikitt ๐
acik.. cium wan je ke?? maira ni? hahaha
Da tua2 ni acik beselera dgn lelaki je..yg gegirl ni acik x pandang..lagi2 si hasani..acik bekonan sungguh..๐
Win
Eh dah habis? Ok lh apepun story best
Terima kasih ๐
best stOry ni
Thanks๐
best wlpn pendek..
kalo boleh nnti panjang kan skit yer..
InsyaAllah nnt sy akn crita kisah lebih pnjg.. thanks
Part yg awak xk nk cerita panjang tu lah bahagian seramnya. Aksi si saka main tarik tali dgn perawat. Aksi moyang sdg tawar menawar dgn perawat dn org keliling. Itulh punchlinenya.
Anyway terima kasih kerana sudi hantar cerita. Klu bkn org spt Shaa sunyi sepi FS.
orang dulu-dulu suka membela tapi bila dah tak larat nak jaga, anak cucu yang jadi mangsa.
Betol…
Kesian kat anak cucu cicit semua…
Ok je. Tak bosan lah. aku nak tahu jgk lagi. citer la.
Kenapa pendekkan….. Btw good story…..
Thanks.. nnt sy share cerita lg pnjang
boleh tahan
Cite kalo dipanjangkan lagi dgn proses perubatan lagi best.. pembaca xkn bowink kalo isi cita padat.
Best๐
Seram best semua da. And moral of the story pun cenggini ๐,anyway. Selamat berpuasaa
Pelikla korang ni. Bila panjang. Korng kata boring panjang panjang tpi loint sikit.. Bila pendek pulak baca sekejp je. Senafas la ape la. Geram pulak rasa. Pendek salah panjang salah. Ate kenapa tak korang je yg buat karya sendiri?baru kamu tau.
dia macam ni tau..
** cerita yang best.. orang tak kisah dia dipanjangkan.
** cerita x best.. lepas tu kau panjangkan.. mmg org x suka..
* pendek kata, cerita yang best orang akan rasa tak puas baca..
ok…pendek je citenye..tp xpe…cite sampai
Bestt!
Cerita tauladan jer..tak jumpa seram dia.. Ok letew