D13A : ABAH

Penghujung 2017 merupakan tahun paling tough untuk aku. Selain berlaku konflik keluarga yang tak pernah aku bayangkan pun selama ni,tahun ni juga tahun aku disahkan mengandung anak ketiga. Diuji pula dengan kisah anak sulung aku yang patah tangan dan terpaksa menjalani fisio selama hampir 3 bulan,aku betul-betul penat dan murung.

Pregnancy aku pada ketika itu penuh dengan airmata.Setiap minggu aku terpaksa bergilir dengan anak ke hospital untuk mendapatkan drip sebab aku tak dapat makan sehinggalah kandungan aku mencecah 5 bulan.Hampir setiap hari aku menangis dalam solat dan kadang-kadang aku rasa tak kuat.

Bulan pertama kandungan,waktu ni aku sendiri belum tahu yang aku mengandung.Dan, aku masih ingat lagi waktu tu aku berada di dapur,usai menyediakan makan tengahari untuk anak-anak.Aku tiba-tiba terhidu bau busuk dan dek menyangka bau tersebut dari tong sampah yang berada di bahagian belakang dapur,aku mula mencari bau busuk tadi.Ternyata sangkaan aku meleset bilamana aku membuka penutup tong tersebut.Ternyata bau tadi bukan datang dari situ.Tapi aku terperasan yang lantai di bahagian belakang tu ada kesan tompok-tompok yang agak melekit ketika disentuh.

Aku lihat jam di dinding.Baru pukul 2 petang.Sangka ku sempat untuk aku mencuci lantai terlebih dahulu sebelum bersolat zuhur.Usai mencuci lantai,seekor gagak datang di pagar rumah sambil berbunyi nyaring.Cukup bingit.Aku halau gagak tadi dan sekali lagi dia datang hinggap di pagar.Tiba-tiba aku rasa angin dingin datang menerpa.Sejuk hingga aku menggigil.Aku pilih untuk masuk ke rumah,malangnya,sewaktu aku melangkah masuk aku dapat rasakan betis aku seakan dipaut dan aku jatuh menelentang ke belakang.Cuma,apa yang aku hairankan,pergerakan waktu aku jatuh tu adalah secara slow-motion yang mana aku boleh perhati dan nampak satu-persatu kejadian sebelum kepala mencecah ke lantai.Setelah jatuh,lama aku terbaring di lantai sebelum aku akhirnya bagai baru tersedar dari khayalan.Aku hubungi suami aku di ofis,dan tak sampai sejam,suami aku dah ada depan rumah tengah set kan temujanji dengan akak tukang urut di Puchong.

Bulan kedua pregnancy hinggalah ke bulan ke-7,aku bukan sahaja langsung tak boleh masuk ke dapur,tapi termasuklah tak boleh bau nasi yang sedang di masak.Setiap hari,tiga kali sehari,suami aku akan sediakan makan minum sebelum ke ofis dan biasanya makan malam kami akan makan kat kedai.Dan bila aku diuji lagi sekali dengan kisah anak yang patah tangan,aku dapat simpulkan hidup aku lebih banyak dihabiskan kat hospital berbanding di rumah untuk tahun 2017 tu.

Tidur malam aku tak pernah indah.Setiap malam aku akan bermimpi yang seluruh badan aku bermandi darah.Pernah aku bermimpi yang aku diberitahu bahawa aku telah bersalin tetapi anak aku mati.Itu belum lagi anak aku dikatakan dah lahir dan berbulu seluruh badannya hitam legam.Aku jadi takut untuk tidur.Bila aku terlelap pada waktu siang,pasti aku akan sesak nafas dan rasa sakit kepala.Pernah aku tertidur di ruang tamu waktu siang hari.Tiba-tiba muka aku ditampar dengan kuat.Serentak itu juga,bau busuk seakan bau air liur basi mula menerawang di segenap ruang tamu.Yang pasti,bau tu bukan hanya aku yang hidu tapi juga pernah ditegur oleh anak lelaki aku.

Februari 2018,boleh dikatakan aku sering kali rasakan seakan tidur aku seperti tak tidur terutamanya waktu malam.Aku sering ternampak kelibat dan suara kanak-kanak menangis tak kira waktu.Kadang-kadang,bila aku pejamkan mata,aku nampak abah sedang mengerekot dengan tubuh kurus kering.Jauh beza dengan rupa sebenar abah.Sesak nafas aku pula makin menjadi-jadi.Dada aku pernah sakit sehinggakan aku dikejarkan ke hospital Putrajaya pada pukul 1030 malam kerana sesak nafas dan dadaku sakit menyucuk-nyucuk pada waktu kandungan aku baru mencecah 4 dan 5 bulan.Setiap malam,sebelum aku menutup mata untuk tidur,pasti aku akan nampak gambaran ular dengan pelbagai warna dan saiz datang menerpa kea rah aku.Sampai aku jadi takut untuk tidur.Bila aku takut,aku banyak habiskan masa menangis dalam tahajud dan solat tengah malam.Nanti dulu.Bukan aku nak cakap aku kuat beribadat tapi aku sebenarnya takut.Macamana aku nak tidur bilamana dalam setiap lena aku akan terganggu dengan mimpi dan suara yang sering bagitahu yang aku akan mati,nanti beranak aku akan mati dan semuanya pasal mati.

Pernah suatu malam,sebab terlalu banyak menangis siangnya,aku tertidur selepas solat maghrib.Bila tengah malam,aku terjaga.Aku capai phone di side-table yang berada sebelah katil.Jam lebih kurang pukul 2 pagi.Waktu tu aku terasa nak ke tandas.Bila pandang ke sisi,suami aku takde kat sebelah.BIla aku jenguk ke lantai,rupanya dia tidur dengan anak-anak kat depan TV beralaskan Toto.Aku melangkah turun dari katil,tapi bila aku amati jasad yang sedang tidur kat bawah tu,semuanya ada empat!Sedangkan anak aku cuma dua pada ketika tu.Sepatutnya ada tiga,tapi kenapa ada empat?Dan yang keempat adalah bersaiz bayi.Aku raba perut,kot-kot aku ni berhalusinasi sampai terlupa yang aku dah bersalin.Tapi perut aku masih buncit.Aku masih belum beranak.’Bayi’ yang kat lantai yang sedang tidur dengan suami dan anak-anak bergerak seakan menggeliat.Aku bertempik panggil nama suami aku.Ajaibnya,once suami aku bangun,dan menerpa ke arah aku,aku nampak suami aku terpijak ‘bayi’ tu and of course,it disappear bila suami aku dah bangun.Tu paling seram untuk aku sampaikan aku kadang-kadang bangun pagi mesti rasa bingung.Sampai satu tahap,aku kadang-kadang aku alami mimpi dalam mimpi yang sampai lima ke enam layers.Aku jadi pelupa yang amat.Aku takleh beza realiti dengan mimpi.Aku kadang-kadang macam aku dah cakap tapi sebenarnya aku cuma bermonolog sendiri,belum sampaikan pun apa yang aku nak cakap.Bila sampai tahap ni,aku minta suami aku rujuk aku ke Psychiatrist .Peliknya, aku lulus ujian mental dengan jayanya. Healthy and sound mind.

Ada satu hari tu,aku keluar untuk bersarapan dengan suami kat neighbourhood area ni je.Aku orang yang paling last keluar rumah,kunci rumah dan kunci pagar semua.Tapi bila balik,rupanya pintu utama aku ternganga,tak bertutup.Dengan TV terpasang,kipas tak bertutup.

Ada sekali tu pula,waktu tu pukul 9 pagi dan aku sedang cuci pinggan di dapur.Then, anak aku yang nombor dua minta aku tukar program cartoon kat TV.Aku ke depan,tukarkan channel dan sedar-sedar jam dah pukul 11 pagi.Bagai baru tersedar,aku teringat yang aku sedang basuh pinggan.Bila aku ke dapur,air kat sinki sedang mengalir laju,dengan pinggan yang bersisa tak berbasuh.Untuk 2 jam,aku langsung tak sedar aku habiskan pada apa.BIla aku tanya pada anak-anak samada aku tertidur kat depan TV,mereka jawab tidak.Sebaliknya kata anak aku yang sulung,aku duduk diam jer depan TV langsung tak bergerak.

Syukurlah,dalam solat,tak datang penyakit lupa tu.Aku boleh ingat dengan baik setiap bacaan dalam solat dan ayat-ayat yang aku amalkan selepas solat.Cuma,since aku mengandung 3 bulan lagi,aku tak mampu solat berdiri.Bila aku ambil je wudhu’,aku akan rasa semput.Rasa macam tak cukup oksigen.Jadi aku hanya mampu solat dalam keadaan duduk sehinggalah aku bersalin.

Hinggalah pada suatu hari,sakit dada aku hilang,badan aku terasa kembali segar.Aku mampu tidur lena waktu malam tanpa mimpi buruk lagi,sebelum pada suatu pagi di bulan Mac.Waktu tu lebih kurang pukul 3.10pagi.Aku dan suami baru bersiap untuk tidur selepas menonton movie Siccin di TV.Baru aku sentuh kepala ke bantal,aku dengar suara menjerit dengan kuat “Allahuakbar” hinggakan aku tersentak.Aku terus bangun dan menuju ke tingkap bilik.Dalam aku cuba cam suara yang aku dengar,aku nampak satu kelibat hitam besar lalu dari depan tingkap yang aku sedang berdiri.Sepantas itu juga aku teringatkan abah dan suara yang aku dengar tadi adalah suara abah.Dan pada pukul 4.50 pagi,aku dapat panggilan dari mama dan adik di kampung yang abah telah meninggal.Sempat aku solat Subuh sebelum penerbangan kami awal pagi tu tanpa setitik air mata pun yang jatuh.Tapi dalam pesawat,dah macam hujan lebat sampai basah tudung aku dek menangis.Aku rasa aku dah hilang satu tiang untuk aku bertapak dan berpaut.

Malam selepas abah dikebumikan,malam tu malam Jumaat.Kami adakan tahlil.Memandangkan keadaan aku dah makin sarat,dan aku langsung tak makan sepanjang hari,malam tu aku tidur selesai majlis tahlil.Dalam lena,aku bermimpikan seorang lelaki berkulit gelap dan bertubuh kurus.Tetapi otot dan uratnya timbul sebab dia tak berbaju.Usianya pula seakan dan berumur.Dia datang depan aku,senyum sinis dan meludah sebelum berlalu.Bila aku terjaga,seluruh bilik diselubungi bau busuk sehinggakan suami aku yang memang payah terjaga tu pun boleh bangun sampai terbatuk-batuk kerana bau busuk tadi.Baru aku teringat yang aku belum solat Isya’.Alhamdulillah,usai solat Isya’,bau tu hilang.Entah kenapa,hati terdetik untuk tahu siapa gerangan lelaki tak berbaju tadi.Aku buat solat Tahajud dan solat Hajat sebelum aku sambung tidur.Malangnya, hingga ke pagi langsung tiada sebarang petunjuk tentang siapa lelaki tadi.Hampa.

Pagi hari kedua tanpa Abah,mama masih berduka.Sembab muka,bengkak mata.Aku cuba nampakkan yang aku kuat.Kuatnya aku untuk aku terpaksa kawal diri bilamana aku hanya pilih menangis cuma saat waktu mandi dan sebelum lena.Aku cuba sedaya upaya jadi lebih kuat dari semua yang lain walaupun rindu tu takkan cukup suara yang ada untuk aku jerit dan laungkan waktu tu.Adik-adik aku semua mata bengkak hampir setiap masa.Malam tahlil,sedaya upaya aku cuba ceriakan majlis saat sanak saudara dan keluarga keep talking about the loss and sadness.Aku cuba tukarkan kesedihan semua orang dengan topik menu untuk tahlil.Aku lanjutkan tahlil sampai hari ke-7 sebab aku benci rumah tu sunyi tanpa bingit suara abah.Aku sengaja.Biar saudara mara kami keep coming dan mama dapat jumpa mereka.Nanti barulah mama dapat kawal diri dia dari mengenangkan abah setiap masa.Aku tarik crowd dengan menu tahlil sedap-sedap.Ada nasi kerabu ayam bakar dengan solok lada,ada nasi khomok,ada nasi hujan panas dengan dalca perut dana yam merah bersama acar jelatah,ada nasi lemak ayam goreng bersama paru.Yer,bidaah.Tapi jangan kecam aku.Everyone gonna live in their own state of denial when they are not ready to accept the death of their lovely parent .Macam tu juga aku.Tu je masa yang ada untuk kami bertemu sanak saudara.Lepas ni,belum tentu.Tapi bukan tu cerita yang nak aku ceritakan.Aku nak ceritakan tentang hari kedua selepas pemergian abah.

Waktu aku ke dapur,aku nampak mama sedang bercerita dengan kawan lama dia yang datang menziarah.Lepas tu,sambil buat-buat menyapu kat dapur,aku terdengar perbualan mereka.Menurut mama,abah dah sebulan sakit menyucuk-nyucuk di tapak kaki,badan,kepala dan dada.Tapi mama tak fikir jahat sebab abah memang ada kencing manis dan sakit jantung.Tapi,3 hari sebelum dia meninggal,Ustaz Rahim ada datang menziarah dan tawarkan sakit abah.Alhamdulillah,lepas Ustaz Rahim tawarkan tu,abah jadi sihat dan bertenaga kembali.Dia jadi berselera makan dan hilang bias-bisa kat badan.Simptom sakit yang abah hidapi tu,sama sebijik apa yang aku alami sebelum ni.Cuma malam sebelum abah meninggal,dia mengadu penat.Katanya nak masuk tidur lepas solat Isya tapi pukul 11 malam,dia minta mama gorengkan dia nasi sebab lapar.Lepas tu baru dia tidur..tidur untuk selama-lamanya.

Diam-diam aku cuba nak tahu lagi apa yang aku tertinggal tentang keadaan diri abah sebelum abah meninggal sebab waktu dia menelefon aku atau bermesej dengan aku,bila ditanya dia cuma cakap dia sihat.Just having his ordinary symptom untuk diabetis.Tu je yang dia share dengan aku.Dia banyak bercerita tentang cucu-cucu dia yang merangkap anak aku,hantar gambar selfie untuk cucu tengok sebab dia takut cucu lupa wajah dia and banyak bercakap soal kandungan aku dan bertanya khabar tentang suami aku yang terkena food poisoning.

Rupa-rupanya dari cerita mama,menurut Ustaz Rahim,abah terkena santau angin sampaikan bisanya dah sampai ke tulang.Tapi nampak gaya mama bercerita,dia andaikan abah terkena melalui makanan.Dan mama syak kawan-kawan abah di pejabat yang melakukan perbuatan tu.Aku yang waktu tu tengah buat-buat basuh pinggan,segera menyangkal dakwaan mama.Ye la,kita tak boleh ikut je kata hati walaupun instinct seorang isteri dan ibu tu orang selalu kata kuat.Manalah tahu entah-entah tu dah bercampr bisikan syaiiton nirrajim.Kan?Mama bangkang aku.Aku bangkang dia.Hinggalah end up,dia jeling aku sambil palingkan muka.Tak tunggu lama,aku cepat-cepat keluar dari dapur.

Malam kedua,usai tahlil dan berkemas,kami masing-masing bawa haluan ke bilik tidur.Sedang aku berborak dengan suami sebelum terlelap,kami terdengar bunyi seakan ada seseorang sedang berjalan di kaki lima bilik tidur kami sambil menyeret selipar.Aku dan suami terdiam.Selepas seketika,ternampak bayang seseorang lalu di tingkap bilik kami dan sekelip mata juga,bayang tu menghilang.Tak tunggu lama,aku dan suami segera titipkan bacaan 3Qul sebelum kami pilih untuk tidur.Oh ya,sebelum tidur malam tu,sempat aku sekali lagi bersolat tahajud dan solat hajat dengan niat yang sama.Dan alhamdulillah,malam tu doa aku terjawab.Tak pernah aku duga secepat itu jawapan yang Allah swt kirimkan.Dalam lena malam tu,aku nampak dua anak aku sedang bermain dengan dua ekor ular yang sedang melilit ke seluruh badan anak-anak.Aku bergegas ke arah mereka yang pada waktu tu sedang asyik melayan liuk ular hitam tersebut sambil bertempik Allahuakbar yang aku ulang-ulangkan.Aku ambil ular tadi dan aku baling ke luar rumah.Dengan kuasa Allah,ular tadi bertukar menjadi Azy dan suaminya.Mereka berdua tersenyum sinis pada aku sebelum menggelakkan aku dengan kuat.Sakit hati aku waktu tu sampaikan aku terbangun dengan nafas tercungap-cungap.Dan kala aku terjaga dari tidur,di sebelah aku berdiri lelaki misteri yang aku mimpikan pada malam pertama abah meninggal.Dia pandang aku dengan senyum sinis di bibir sebelum perlahan-lahan hilang seperti asap bersama bau terbakar.Dan aku tak bermimpi sebab…spontan suami aku terbatuk-batuk dengan kuat selepas lelaki tu hilang hingga terjaga akibat bau asap tersebut.

Mimpi tersebut aku tak ceritakan pada sesiapa,hatta suami aku sendiri.

Malam ketiga,kali ni aku lakukan sekali solat seperti malam-malam sebelumnya.Bukan aku taksub tapi pada saat hati kau sedang berduka,jiwa pun goyah,kat siapa lagi layak untuk kau mengadu?Cuma malam tu,aku tidur sambil berpegang tangan dengan suami.Sedikit rasa takut datang menerpa kalau-kalau lelaki misteri tu datang menjelma lagi.Lama aku tunggu hingga akhirnya hampir jam 3,barulah aku terlena.Itu pun sebab aku dah tak larat nak scroll handphone kat tangan.Dan kali ini,minpi sama datang bertamu lagi.Kali ni,ada tiga ekor ular sedang membelit di kaki hingga ke pinggan ku yang sedang sarat mengandung.Kejab belitan ular hitam tu hingga aku rasa bagai pinggang aku hampir terputus.Sakitnya Tuhan saja yang tahu dibelit ular rupanya.Namun,sedang aku berhempas pulas cuba meloloskan diri,Azy di hadapan aku sedang galak menyeringai sambil tergelak-gelak memandang aku.Akhirnya aku berjaya meloloskan diri dan saat ular tadi aku campak kearah Azy,sempat aku warning Azy dalam mimpi.Kali ni aku terjaga bila dikejutkan oleh suami yang pelik melihat aku membaca ayat -ayat suci dengan kuat serta bersunguh-sungguh sedangkan mata terkatup.Mujurlah lelaki misteri tu dah tak muncul lagi malam ni.

Hari keempat kematian abah,seluruh badan aku terasa lenguh-lenguh especially di bahagian pinggang hingga ke bawah.Makanan yang aku telan semuanya busuk pada deria aku.Asal makan,pasti muntah sampai keluar lah lender-lendir kuning sebab perut dah kosong.Suami dan mama minta aku berehat.Sebelum masuk waktu zuhur,aku pilih untuk tidur bila perut aku berlaku contraction seawal 6 bulan.Seluruh perut aku mengeras.BIla mama sapu dengan air yaasin,seluruh badan aku dan badan mama meremang.Suami aku cuba pula usap-usap sambil bacakan ayat-ayat Al-Quran,masih lagi sama.Kami sama-sama meremang.Dia usap perut aku sampailah aku terlena.Tapi dalam lena,aku didatangi lagi oleh lelaki yang tak berbaju.Kali ni dia datang dengan wajah bengis.Dibahu lelaki tu ada 2 ekor ular yang kepalanya sentiasa mengacah-acah untuk mematuk aku.Aku blur.Takut dan geli pada ular buatkan otak aku takleh berfikir apa ayat untuk aku jadikan benteng.Sekelip mata ular-ular tadi menjalar dari kaki aku hingga ke pinggang.Perlahan-lahan juga ular berdua tu tadi menjerut badan aku dari kaki sehingga aku rasa kejang .Lelaki tadi ketawa berdekah-dekah sambil berselang seli dengan meludah.Makin lama,makin kuat jerutan yang dibuat dari lilitan ular tadi sehingga aku terbatuk-batuk.Kepala aku jadi teramat sakit dan nafas aku jadi pendek.Aku cuma mampu baca Al-Fatihah berulangkali dengan niat dilindungi dari segala bahaya baik dalam lena atau dalam sedar.Aku merintih minta Allah swt kasihani anak dlaam kandungan aku ni kalaupun aku ni banyak sangat dosa sehingga aku diuji sedemikian.Kemudian aku baca ayat Kursi pula sebanyak yang aku mampu.Dan yang terakhir aku ulangkan sebanyak 3x ayat 9 dari surah Yaasin.Aku laungkan dalam mimpi tu sekuat hati dengan penuh yakin.Yakin yang lelaki tu dan ularnya tak kan nampak aku dari pandangan mereka lagi.Dan memang terbukti.Berkesan.
Ok,kita out of topic jap.Aku banyak baca kisah tentang kekuatan ayat-ayat suci.Tapi kali ni,ayat 9 tu memang AMAZING.Betapa kerdilnya kita ni kan sebagai manusia nak dibandingkan dengan ilmu Allah swt.Betapa berkhaisatnya sepotong ayat hingga boleh jadi penyelamat sewaktu kita dalam kesempitan.Dan sampai sekarang,aku amalkan ayat ni tiap kali samada aku nak tinggalkan rumah ,aku nak keluar malam,atau aku rasa tak sedap hati.

Berbalik pada cerita tadi.

Bila dia tak nampak aku,dia menjerit marah.Termasuklah ular-ularnya yang macam mabuk menggelungsur ke lantai seakan aku hilang dari lilitan mereka dengan tiba-tiba.Meliuk-liuk kepala dan badan ular-ular tadi di lantai mencari-cari.Aku baca Al-Fatihah,ayat 285 dan 286 surah Al-Baqarah dan 3 Qul sebelum aku hembuskan pada mereka.Dengan kuasa Allah,kepala ular tadi terpenggal dua dan hilang bagai debu bersama lelaki tadi.Dan sebelum dia hilang,dalam dia duk bertempik tu mencari aku,dia mengaku yang dia merupakan bomoh yang diupah untuk sihirkan aku.Tapi tempiasnya terkena pada Abah.Dia tiupkan pembenci pada mereka yang sayang pada aku .Dia bertanggungjawab untuk padamkan memori aku sedikit demi sedikit.DIa yag buatkan aku supaya tersisih dan rasa sia-sia.Akhir sekali,kerja dia akan selesai tak lama lagi saat aku berpantang,dimana dia akan buat aku meroyan.Tu lah ultimate untuk tugas dia kisahnya.Pengakuan dia yang tu aku lang sung tak tersentap tapi bila dia cakap “Bapak kau dah mati,aku yang bikin.Lepas ni giliran mak kau dengan suami dan anak-anak kau pula.Biar hidup kau merana.Tanpa dorang,baru kau tahu betapa tak gunanya hidup kau.Satu persatu aku akan tamatkan.Biar kau merana,jadi gila”.Sayu hati aku.Sayu tu juga tukar jadi marah dan benci.Sebab tu aku pancung je kepala ular tu.Sebab dah marah.Lama aku terdiam dalam tu lepas mereka hilang.Aku menangis dalam mimpi.Sampailah badan aku rasa sejuk macam hujan menitik-nitik terkena permukaan kulit.Rupanya ada mama,suami aku dan anak-anak sedang kerumun aku sambil suami renjis-renjis air Yaasin pada aku.Bila aku tersedar tu,aku masih menangis teresak-esak.Patutlah smua berkerumun.Sangka mereka perut aku sakit.Ajaibnya,perut aku dah tak mengeras.Alhamdulillah.
Apa yang terjadi dalam tidur tu,langsung aku tak ceritakan pada sesiapa termasuk suami aku sehinggalah hari kami pulang ke rumah.Tu pun sebab aku menangis bilamana kami lalu depan ofis abah.Teringat segala memori aku dengan abah yang takkan dapat aku ulang lagi.

Selepas kejadian tersebut,dalam lena aku dah takde mimpi-mimpi menakutkan atau kunjungan benda pelik-pelik.Aku dapat tidur lena,dan dapat rehat secukupnya.Dan yang pasti,ada satu pagi tu,waktu subuh,aku mimpi abah datang dengan kopiah dan baju melayu yang dia selalu pakai tu,berdiri tepi katil.Aku nampak abah,aku jadi meggelabah.Aku tanya kenapa?Dah subuh ke?Dia senyum sambil pandang aku sebelum dia menuju ke pintu bilik.Dia pandang aku lagi sekali.Dia senyum dan hilang.Aku terjaga dan aku rasa seakan-akan hidung aku ni terbau-bau perfume yang abah selalu pakai.Aku menangis sambil ambil wudhu’ sebab waktu memang dah pukul 6.05 pagi.Maksudnya memang dah Subuh.Hahaha.

Selalunya,malam-malam tahlil sebelumnya,kehadiran tetamu setiap malam lebih kurang 80 orang.Jadi malam tu,sempena malam terakhir,kami tempah makanan untuk 100 orang sebab mama ada jemput pelajar Tahfiz untuk khatam Quran dan tahlil bersama.Jadi,persiapan untuk kenduri tahlil kami mulakan seusai solat Maghrib.Masing-masing dah kat dapur mengambil tugas.Ada yang bancuh air,ada yang potong tembikai,ada yang hidangkan kuih.Aku pulak duk kat dapur jadi mandur dengan adik ipar aku sambil kami siapkan buah tangan untuk jemputan dari Tahfiz.Nak dijadikan cerita,sepupu aku minta aku ke depan untuk memeriksa hidangan.Maka,dengan jalan gaya penguin,aku pun menuju ke ruang tamu bawah.Punyalah terkejut sewaktu aku melalui ruang family bilamana aku terpandang satu sosok yang dah lama aku nantikan.Dia pandang aku sekilas dan cepat-cepat dia alihkan matanya ke arah lain.Aku teruskan perjalanan aku tapi nampaknya aku bernafas macam dah tak cukup oksigen sebab terkejut.Bila aku nampak mama,segera aku mencuit mama.Aku pandang je mama sambil telan air liur.Mama pun pandang aku dengan serba salah.Perlahan mama bisikkan pada aku..”Dia sampai lepas Maghrib tadi.Takkan mama nak halau”.Seterusnya aku berlagak macam biasa.Bila aku nampak dia langsung tak berganjak dari tempat duduk saat semua tetamu sibuk menjamu selera,perlahan-lahan aku dekati dia.Aku hulur tangan bersalam dan dia pandang aku dengan mata berkaca.Aku jemput dia makan dan dia jawab,”Takpelah Long.Mak Ngah makan jap lagi.Long gi makan dulu.”
Haa…tu dia dah muncul dah!Koranglah yang selalu seru dia.Akhirnya dia muncul di hari ketujuh abah meninggalkan dunia ni.Terubat tak rindu korang?

Mama ada cerita yang dia ada minta maaf pada mama.Dia mengaku banyak salah dia pada arwah.Dia kesal tak sempat jumpa abah.But it’s okaaaay.Mama aku dah maafkan dia.Dia dah selalu datang rumah pun sekarang.Aku?Aku pun tak pasti status aku dengan dia.Aku macam tak percaya lagi ikat dia.Aku sentiasa beringat.Dan sampai sekarang,apa pun lauk pauk atau makanan yang dia bawa atau kirim,aku tak pernah jamah.Tapi aku cuba memaniskan muka semanis mungkin bila aku terjumpa dia.Mungkin aku buat ni semua for the seek of my mother.Pernah aku remind mama tentang perbuatan dia.Tapi mama jawab yang mama dah tua.Abah pun dah takde.Takde apa dah yang dia boleh sihirkan mama.Mak Ngah pun dah tua.Mungkin dia dah insaf.At least,selepas abah meninggal,dia dah unite balik dengan adik beradik perempuan dia.Dia dah ada kawan untuk dia pergi makan bila adik aku busy dengan assignment and class.Kalau tak dengan Mak Ngah aku,dia pergi dengan Kak Chik dia.Entahlah.Yang aku tahu,abah tak suka Mak Ngah aku sampai dia mati.Dan dia pernah cakap yang dia haramkan Mak Ngah aku jejak rumah dia selagi dia hidup.Jadi,selaku anak,aku cuma teruskan kesinambungan abah aku jer la kot .

Maka berakhirlah kisah aku untuk kali ni.Dalam kesedihan aku dan keluarga dengan kehilangan abah,ternyata ada hikmah yang selama ni kami tak pernah rasa.Ternyata sejak abah meninggal,aku dan adik-adik makin rapat.Kalau dulu,aku lebih suka buat hal sendiri.Dan aku cuma rasa tanggungjawab aku setakat untuk parents sahaja.Tapi sejak abah meninggal,aku sedar yang bukan aku sorang je yang kehilangan abah.Adik-adik pun perlukan support macamana aku perlukan,terutamanya adik bongsu aku.Since abah meninggal juga,tanggungjawab aku pada mama dah berganda.Memang betul abah tinggalkan harta dan pencen pada mama,tapi sekarang aku selalu bersedia untuk ganti tempat abah baik dari segi material dan juga sebagai tempat mama membebel dan meluah perasaan.Tugas tu senang je,dengar dan komen sedikit sebanyak.Jangan bagi kata putus kalau nak selamat.Just playsafe.Haha.Macam tu juga dalam pertuturan.Aku akan bercakap secara lebih berlapik dengan mengambil kira health condition mama dan perangai adik-adik aku.Kalau dulu,waktu abah ada,aku boleh main komen je sebab abah sentiasa ada untuk menangkan aku,back-up aku.Sekarang?Taknak aku cari pasal.

Baiklah,sampai jumpa lagi dengan pengalaman terakhir aku mengandung dan berpantang.Aku akan cuba sambung dengan kadar segera supaya korang tak ternanti-nanti.Insyaallah.Terima kasih atas kesetiaan,sokongan dan doa kalian.Allah swt je yang mampu membalasnya.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

D13A
D13A : ABAH
9.3 (93.08%) 156 votes

26 comments

  1. “Setiap hari,tiga kali sehari,suami aku akan sediakan makan minum sebelum ke ofis dan biasanya makan malam kami akan makan kat kedai”

    Macam mne tu?3x masak ke?

    1. suami dia sediakan makan utk 3 kali sehari la kot. tak kisah la masak skali ke, 3 kali ke, hantar mkn ke rumah ke. benda tak penting utk fokus.
      kalau dia kata 3 kali sehari je makan tu ye la masalah besar.

  2. Hmmm. Aku terfikir jg apehal family kau banyak kena buatan. Baru aku dpt tangkap. Sbb attitude dan perangai fly kau kot yg bt org lain meluat tgk u. Sbb tu hg xhabis kena buatan org. Lain kali jg perangai elok2. Jgn bt perangai setan lg. Faham x

    1. Diamlah. Dekat semua cerita nak komen menyakitkan hati orang. Biar admin block je orang macam ni. Ingat, memang sekarang org tak nampak sebab pakai nama samaran or tipu. But beware, even tangan yg menaip tapi content menyakitkan hati orang pon dah dikira teruk. Ada siket sifat empathy dekat orang.

    2. Dalam dunia ni, kalau kite sebaik-baik umat pon, klau org nk dengki, iri hati , diorang sihir jgk. Maaf ye saudara zul, daripada pengamatan sy, sy tidak nampak attitude negative pada penulis. Bg sy , jika sesiapa yg berada di tempat penulis, kite mesti akan di kuasai perasaan geram, dan marah. Ianya secara spontan bila org tersayang di sekeliling kite, menjadi mangsa manusia yg bernafsu kan syaitan. Penulis antara insan terpilih yg Allah anugerahkan ujian yg sebegini berat, kerana penulis tidak akan di uji jika dia tidak mampu menghadapinya.

      Penulis hanya berkongsi pengalaman beliau yang tidak semua orang dapat mengalaminya. Kita dapat jadikan pengajaran daripada kisah beliau. Mengenai ujian yang tidak pernah putus utk penulis, janganlah kita mempersoalkannya. Siapalah kita untuk menidaknya. Segala yang berlaku dengan izinNYA.. =)

    3. Hahahaha. Btl jg pandangan saudara. Sy pun ada baca jg kisah2 writer ni. Mcm riak pun ada attitude fly dia. Mayb btl jg pandangan saudara. Abaikan komen negatif saudara. Teruskan komen yg suci dan murni sperti ni.

    4. Kau baca dari mula sebelum mengata boleh? Ada 12 cerita semuanya baru kau faham apa sebab azy tu benci dengan dia

      1. apa tajuk cerita2 yg sbelumnya tu ? blh share tak? sy mcm sgt tertarik dengan cerita puan ni .. harap boleh share ..

  3. Suka baca coretan puan. Penulisan teratur. Smg Allah beri kekuatan dan permudahkan sgl urusan puan dan dijauhkan dari sgl sihir. Ya Allah, si penyihir ni sgt busuk hati. Bila la masa dia akan berenti nk sihir org ni

  4. Lama follow dari kisah pertama. You are antara kesayangan Allah to sebab ujianNya hebat mungkin kerana you hebat dalam pengetahuan Allah. InsyaAllah. Semoga ditingkatkan darjat disisiNya. Salam takziah juga buat you sekeluarga.
    Kalau bole kongsi amalan2 yg you buat hari2 sebagai benteng. Thank you. I doakan agar hati2 busuk tu diberikan keinsafan before kifarah datang bertubi2. Your strength is amazing. Hugz

  5. Moga sentiasa tabah & sabar dgn ujian Allah ni. Nice story, nnt jgn lupa sambung lg ye… kongsikan jg amalan seharian u utk benteng diri. Thanks!

    1. kalau ikutkan cerita penulis, Azy tu biras dia.. Kena refer balik dari kisah yang lama.. da banyak cerita yang penulis ni hantar..

  6. Selalu teringat kat akak ni walaupun dah lama dia tak update. lepas bertahun-tahun. Setiap kali teringat saya doakan akak sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.
    Jangan mudah putus asa ye kak, walau ada yang benci akak tapi akak kena ingat ramai lagi yang sayang akak. Syurga itu mahal. Hanya Allah yang layak ambil nyawa kita bukan syaitan. Semua perkara dengan izin Allah SWT. Percayalah Allah sentiasa aturkan yang terbaik untuk kita. Setiap orang diuji cuma jalan ceritanya tak sama.

  7. Wahh. Akak D13A dah kembali. Lama tak jenguk FS. Hari ni jenguk tengok2 ada entry akak. Moga akak and family sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.

    Yg mana pening2 bila baca cerita akak ni ketahuilah korang yg akak ni dah banyak hantar story dia dekat FS ni. Search je D13A. Confirm tak mengecewakan.

  8. Semoga penulis dikurniakan kesihatan, kesabaran, kekuatan, keselamatan dan dipermudah urusan. Sesungguhnya kalam-kalam suci Allah memang benar hebat, yg jahat akan tumpas jua satu hari nanti.

  9. apa tajuk cerita2 yg sbelumnya tu ? blh share tak? sy mcm sgt tertarik dengan cerita puan ni .. harap boleh share ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.