DENDAM 3 BERANAK JIN

DENDAM 3 BERANAK JIN

selamat sejahtera kpd pembaca fiksyen shasha. Aku ingin dikenali sebagai Savitar kerana di sekolah Savitar merupakan nama panggilan aku kerana ketangkasan aku dan mempunyai trick yg baik. Btw Savitar ininada dalam cerita The Flash. Klu rase nk tau boleh search dan tahun depan aku menduduki SPM dan aku lelaki. Sorry introduction panjang sebab aku ni budak bahasa. Ok lets begin the story.

Kisah ini berlaku kepada mak kepada nenek aku yang kami panggilnya NYANG. Walaupun aku tak sempat hidup bersamanya, tetapi cukup aku kenali apabila nenek aku yg sering bercerita kpd cucunya dan pendengar setianya adelah aku. Nyang aku ni meninggal tahun 1984 dalam lingkungan umurnya 60 an disebabkan penyakit misteri. Perkara ini terjadi apabila Nyang aku pergi menebas lalang di kampung(nama kampung dirahsiakan) utk membersihkan tanahnya. Selepas Nyang aku menebas lalang tersebut, dia mula jatuh sakit. Sakit yg misteri. Aku pun x tahu nk explain macam mana sbb nenek aku pun x expain detail sbb dia x nk sangat ingat perkara tu(maklumlah mak yg disayangnya).

Selepas Nyang aku jatuh sakit, adik beradik nenek aku bawa lah dia ke hospital dan dptlah beberapa ubat ubatan. Tetapi ubat ubatan tersebut hanya memberi impak positif yg sedikit kpd arwah. Setelah adik beradik nenek aku sudah abis ikhtiar utk rawatan moden, mereka semua berpindah ke rawatan tradisional. Nenek aku bercerita yang abang nenek aku panggil seorg pengamal perubatan, tetapi dia bukan ustaz. Nk kata bomoh aku pun tidak tahu sbb nenek aku dia x percaya bomoh bomoh ni. Jadi mungkin dia ade kelebihan. Selepas berjumpa, pengamal perubatan tu suruh adik beradik nenek aku carikan batang pinang dan rebus di dalam air.

Selepas mereka rebus batang pinang tu, pengamal perubatan tu datang ke rumah Nyang aku, nenek aku ckp dia ade baca something dekat air rebusan batang pinang tu, lepas tu dia sapu di bahagian badan Nyang aku yg sakit. Ni bahagian klimaksnya, apabila disapu air rebusan batang pinang itu, muncul 3 beranak jin di hadapan semua adik beradik nenek aku dan Nyang aku dalam keadaan posing yg mengerikan (bayangkan korg duduk cangkung dan korg letakkan dua dua tangan korg di dahi dalam keadaan muka korg yg paling buruk). Tapi nenek aku ckp muka 3 beranak jin tu muka yg paling buruk yg pernah dia tengok. Selepas dia muncul tu mulalah sesi berbicara yg tak formal. Dia ade 3 ekor jin, tapi ade satu jin ni kepala (ketua) dia. Kepala dia yg banyak borak.

Pengamal perubatan: kenapa kau duduk dekat dia (Nyang)?
Kepala jin: dia (Nyang) tebas lalang di tempat kami.
Pengamal perubatan: ouh jadi dia kacau tempat kamu lah ye
Kepala jin: ye
Pengamal perubatan: kamu bertiga ni siapa?
Kepala jin: kami 3 beranak jin
Pengamal perubatan: ouh, bila kamu nk keluar drpd badan dia(Nyang)?
Kepala jin: kami nk kluar dlm masa terdekat ni. Dah teruk kami buat dia (Nyang) sehingga begini.
Pengamal perubatan: kamu kluarlah ye, aku akan keluarkan kamu bertiga.

Selepas drpd perbualan tersebut nenek aq menangis kerana selama ni penyakit itu datang daripada jin yg berketurunan iblis laknatullah yg bersifat dendam. Dan utk pengetahuan semua jin kafir lah yg selalu mengacau kita iaitu manusia kerana mereka bersekongkol dgn iblis. Jadi, selepas drpd sesi mengubat. Nyang aku kelihatan sembuh sedikit tetapi penyakitnya sudah sampai ke tahap yg kritikal. Sehinggakan kulit di muka/betis terkoyak dan kulit itu digantikan dgn kulit kepala. Korg bayangkan betapa teruknya penyakit yg Nyang aku hadapi. Pastu, Nyang aku ni ade cucu kesayangan iaitu anak nenek aku yang berjantina lelaki. Memang Nyang aku sayang sangat kat cucu dia ni. Sehinggakan sehari sebelum arwah Nyang aku pergi, Allah pertemukan juga cucu kesayangannya sebelum Nyang aku menghadap Allah swt. Selepas Nyang aku bertemu dgn cucu kesayangannya, keesokkan harinya Nyang aku meninggalkan keluarganya.

Aku dengar cerita nenek aku pun cukup seram dan sedih. Mengikut pendengaran aku mungkin Nyang aku terkena penyakit gatal yg dilakukan oleh 3 beranak jin angkara dendam. Jadi cukup sampai di sini sahaja ye. Maafkan aku klu cerita aku x seseram yg korg jangkakan. Terima kasih sbb sudi baca. Dlm beberapa hari jika cerita ini disiarkan, aku nk post lagi cerita seram sbb keluarga aku ni banyak perkara mistik yg berlaku kpd kami terutamanya kakak kakak aku dan aku pun terbabit sekali kerana aku rapat sangat dgn diorg sbb adik aku waktu tu kecik sangat, nk berjimba pun x lepas lagi dan cerita akan dtg ni memang menarik. Serius guwe ngomong, enggak ada tipu muslihatnya(ups terkeluar dialek indonku)

#Savitar

Savitar
FOLLOW FB KAMI.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.