Dendam Nancy

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Sebelum itu,pasti anda pernah membaca nukilan pengalaman saya yang lalu berkisar lagenda hantu bangkit boyan kayong bukan?ya seperti sukar untuk dipercayai…tetapi bagi saya dunia ini bukan manusia sahaja mendiami.Cuma fizikal makhluk di alam ghaib boleh sahaja merubah sifatnya dalam kepelbagaian rupa.

Di Thailand sahaja serupa ada kisah seperti berlaku di Sarawak iaitu hantu Nang Nak yang menjadi buah mulut turun temurun di sana.Nang Nak yang bangkit semula menyerupai jelmaan manusia yang mengauli jalinan ikatan kasih sayangnya sejati kepada sang suami walaupun mereka sudah berbeza alam….

Baiklah….bacalah kisah ku bawa kali ini.Nancy si gadis malang yang menjadi korban kepada lelaki durjana yang meragut nyawanya dengan begitu kejam sehingga jelmaan qarinnya menghantui rumah panjang Tulu

… ..
…alkisah benar-benar terjadi dan menjadi buah mulut turun temurun.Berlaku lewat 80an.

Wajahnya terlihat pucat.Mata sayup menyala kemerahan biji saga..Kelihatan urat-urat merah menjalar seperti lingkaran petir di langit.Detingan gelang loceng kaki tatkala tapak kakinya melangkah,menimbul rasa seram diseluruh rumah panjang.

Hilaian tawanya disulami esak tangis mendayu panjang.Anjing-anjing bersahutan menyalak “auuuuuuuu……”Seisi rumah panjang tahu dia bukan lagi Nancy..Bila bunyi bunyian aneh itu menjelma..Apa yang mereka berbuat hanyalah membungkam diri menyelimut tubuh penuh ketakutan.

Kehadiran Nancy cukup diketahui bagaimana qarin(jelmaan)wanita muda itu mendatangi.Bunyi bunyian berlaga-laga juraiaan manik serta gantungan kepingan syiling perak pada tubuhnya berbalut busana tradisional wanita kaum iban..(sila google pakaian tradisional wanita iban sarawak, anda akan tahu maksud juraian kepingan syiling perak ini)…Seperti kejora bertaburan cerah di langit malam juga tidak merelakan Nancy pergi dengan tidak aman.

Jasadnya masih berbalut pakaian tradisional wanita iban ketika ditemui di hujung pinggir sawah..

Angin malam menghembus kencang memasuki ruangan ruai rumah panjang yang mungkin panjangnya dalam 50meter.Kelihatan gantungan tengkorak musuh2 zaman dahulu terbuai-buai di beberapa tiang ruai rumah panjang.Deretan rumah panjang itu mempunyai 40 buah pintu…keluasan satu rumah yang bersebelahan satu sama lain mungkin sahaja 850kaki persegi.

Musim menuai padi akan bersulam dengan pesta gawai dayak tidak lama lagi.Kegembiraan setelah berhempas pulas membanting tulang di sawah nan terbentang luas pastinya berbaloi dengan segala jerih payah setelah melihat hasil tuaian menjadi.Di rumah panjang yang didiami 50 keluarga Hulu Batang Oya/Dalat Ulu Bauh Sarawak tidak sabar untuk meraikan pesta gawai dayak berlangsung tidak lama lagi.

Nancy gadis cantik di rumah panjang Tulu.Tuai rumah (ketua rumah) panjang itu bernama Lawit.Dia mempunyai seorang anak lelaki bernama Jaraw.Jaraw sudah lama menyimpan hasrat memperisterikan Nancy.Namun selalu ditolak oleh Nancy kerana Nancy kurang berkenan sifat malas Jaraw..

Petang itu,Nancy membantu wanita-wanita lain mempersiapkan beras yang akan ditapai bersama gula di dalam tempayan.Proses penampaian yang akan menjadikan arak beras yang dinamakan tuak oleh masyarakat iban di Sarawak..Lagi lama diperam,lagi sedap rasanya…beberapa bulan lagi gawai dayak akan menjelma.Pastinya penghuni rumah panjang begitu sibuk buat mempersiapkan acara pesta gawai selancar mungkin.

Jaraw tidak pernah tewas buat memenangi hati Nancy dan tidak pernah kenal jemu.Nancy seperti biasanya menumbuk padi dan menganginkan padi dengan nyiru bagi mengasingkan hampas padi dengan isi beras.Itu adalah aktiviti siangnya.Malamnya kalau tidak penat dengan padi,Nancy akan membantu emak saudaranya menenun kain pua kumbu dan menganyam tikar sarawak.

Sifat Nancy lembut sopan dan santunnya disenangi penghuni rumah panjang….Namun,siapa sahaja antara kita dapat meramal kematian dan pengakhiran hidup kita ?….Nancy sendiri tidak menginginkan kehidupannya diragut oleh nafsu serakah lelaki yang sering ditolak cintanya,Jaraw.Benar kata orang…jika seorang itu sudah obsess pastinya peri laku diluar kawal akan mengundang pelbagai macam tindakan tanpa memikirkan konsekuensinya…B***H dan ROGOL.

31 May …dan permulaan bulan Jun esoknya Pesta Gawai Dayak yang akan disambut oleh seluruh masyarakat iban dan kaum dayak di Sarawak…meriah sekali bunyi bunyian gong dan gendang rayah dipalu.Rata-rata penghuni begitu asyik menari ngajat pahlawan dan ngajat induk…Meminum tuak hasil peraman beberapa bulan yang lepas mengundang kegembiraan dan gelak tawa penghuni.

Apakan tidak setelah berbulan-bulan menunggu ini lah masa di tunggu untuk memanjat rasa syukur masyarakat iban kepada Petara(Tuhan)mereka.

Masing-masing ada yang menari dengan asyiknya serta diiringi bunyi-bunyian alat tradisional muzik iban..Nancy malam itu umpama dewi kayangan…tak kalah dengan lagenda Santubong di Kuching Sarawak..betisnya umpama beting padi panjang dan mulus seputih beras….Nancy lengkap memakai busana tradisional wanita iban..Jaraw sudah kemabukkan dirongga tubuhnya terasa dikawal oleh tuak(arak beras)sepenuhnya.

Taburan bintang di langit terlihat terang…
Nancy melangkah ke hujung luar rumah panjang bagi melarikan dirinya dari hiruk pikuk keramaian buat seketika.Tanpa disedarinya..masa sesuai buat Jaraw bertindak..

Kelihatan penghuni rumah panjang sudah ramai terbaring di ruangan ruai yang sangat panjang kerana kemabukkan…Saat di tunggu Jaraw..Apatah lagi melihat Nancy lagi sendirian menatap terang bintang di langit malam di satu sudut gelap anjung sana…Tatkala Nancy asyik memandang langit malam….tubuhnya tiba-tiba direntap dari belakang dan dirinya diheret ke satu tempat.Mulutnya ditekup menggunakan tapak tangan jantan yang kasar.Sunyi lagi gelap dipinggir sawah….dirinya diperkosa tanpa belas.Selesai diperlakukan begitu tubuhnya diseret ke dalam sawah dan kepalanya dibenam berkali-kali..Terkadang Nancy mencuri nafas tercungap-cungap nyawa-nyawa ikan.Akhirnya dia longlai tidak bernyawa…

Esoknya kecoh satu rumah panjang,Ada penduduk menemui tubuh Nancy yang sudah tidak bernyawa.Saat ditemui mata Nancy terbeliak memandang atas seperti tidak rela pemergian perpisahan roh dan jasadnya diperlakukan sedemikian rupa…Namun acara gawai dayak tetap dijalankan bersemi dengan acara berkabung mendiang Nancy…Mayat Nancy disimpan di dalam keranda buatan tangan dari kayu belian.Jasadnya dikenakan dengan set persalinan tradisional wanita iban..Bahagian matanya ditutup dengan kain pua kumbu kerana matanya enggan menutup rapat….

Tembakan das senapang patah ke udara sebanyak 3 kali menandakan acara pengkebumian akan dijalankan…Selesai semua,saudara mara Nancy masih meratap pemergian Nancy yang tidak sewajarnya diperlakukan sekejam itu…Apa dosa salah gadis secantik Nancy,sudahlah yatim piatu..Lawit Tuai Rumah(ketua rumah)panjang ayah kepada Jaraw begitu gelisah.Dosa kian mencengkam dirinya…..

Malam itu,penduduk rumah panjang begitu heboh…Ada yang mengaku menjumpai kelibat Nancy sedang meratap esak tangis dibawah pohon ara yang tegak meninggi dipinggir sungai….Lawit mulai dibelenggu rasa yang begitu salah,Semuanya diluar kawalannya..Dia pernah menyuarakan hasrat ingin menikahi Jaraw anak lelakinya dengan Nancy.Tetapi Nancy menolak.

Di suatu petang…Matanya dikejauhan melihat anaknya sendiri Jaraw diludah oleh Nancy ke muka.Ketika itu Lawit melihat,Jaraw memegang tangan Nancy dengan sengaja lalu direntap oleh Nancy minta dilepaskan,Jaraw enggan lalu ludahan benci tepat Nancy tujukan ke arah muka Jaraw..Di balik pohon di pinggir sawah itu Lawit melihat adengan itu lalu memutik rasa dendam bagi pihak anaknya….dan malam gawai itu lah Lawit dengan berbekalkan kepala mabuknya membalas segala perbuatan Nancy dulu ke atas Jaraw.Anda yang sedang membaca,pastinya permulaan cerita anda meneka itu semuanya perbuatan dayus Jaraw bukan?Tidak..itu angkara Lawit..

Rupanya Lawit mendahului Jaraw untuk memulakan niat dendamnya.Jaraw cuma memerhati ayahnya Lawit mengheret Nancy dalam gelap malam di pinggir sawah tanpa mahu membantu malahan dia senyum sudah berpuas hati dan berkira bahawa dia tidak perlu mengotorkan tangannya untuk menghapuskan riwayat Nancy.

Dan malam itu dendam gadis itu bermula..Jelmaannya yang enggan mengalah meminta karma yang sama.Nyawa dibalas nyawa….Bagi melupakan rasa gusarnya Lawit meminum tuak(arak beras)sehingga mabuk….Rokok jenama Gold Flake kotak merah itu dihisapnya berbatang-batang.Namun,tidak juga membantu menghilang rasa gusarnya.

Dipinggir sungai itu dilihatnya kelibat seseorang.. Jelmaan Nancy begitu cantik.lengkap berpakaian tradisional wanita iban.Lawit tersenyum dan merapati kelibat Nancy…Jelmaan Nancy melambai-lambai.Lawit merangkak bangun dan huyung hayang angkara mabuk sudah menguasai dirinya….di dalam gelap malam yang cuma berbekal terang bulan penuh itu.Di pinggir sungai.Lampu-lampu pendaflor yang disambung satu sama lain bagi menerangi kawasan jeti..Bunyi genarator kuasa elektrik berdengung,pemecah sunyi di situ.Jelmaan Nancy mengoda melambai-lambai Lawit supaya Lawit segera menghampirinya.. .

Lawit semakin merapat dan memeluk tubuh bayangan kelibat Nancy itu.Apa dikira,kalau kepala sudah dikuasai mabuk,mana realiti dan mana fanstasi.Bushhhh!!!!! Tanpa Lawit sedari dia sudah ada di hujung jeti dipinggir sungai..Lawit terkapai-kapai memohon tolong didalam air…Namun bunyi mesin generator elektrik menenggelamkan suaranya..lemah dan mabuk bersatu…akhirnya Lawit lemas…dan seperti mana dia melakukan pada Nancy dulu..seperti itu lah dia lemas di dalam gelap malam….

Lawit lah dibalik semua itu….dia lah yang merenggut nyawa tidak berdosa Nancy di pinggir sawah dan memperkosa gadis malang itu.Namun dendam Nancy belum berakhir.Tiba saat jelmaannya menghantui Jaraw sehingga lelaki itu menjadi tidak siuman lalu dipasung di dalam rumah kecil di seberang sungai kerana setiap hari dia meracau2 sehingga dia menjadi mental…Mental kerana malam menjelma pastinya Jelmaan Nancy hadir dalam mimpi buruknya dan terkadang kelibat Nancy didepan mata dengan wajah yang begitu seram..Wajah dendam mahu membalas perbuatan keparat ke atasnya dulu.Akhirnya penghuni rumah panjang tekad dan sepakat..Mereka memasung dan mengurung Jaraw di rumah kecil seberang sungai..

Penghuni rumah panjang mengambil tindakan sedemikian rupa akibat gilanya si Jaraw meracau-racau dan menjerit sangat menganggu lalu memencilkan Jaraw dari kelompok penghuni rumah panjang….Anehnya setelah Jaraw dipasung dan dipencilkan tiada lagi kedengaran bunyi loceng dari gelang kaki jelmaan Nancy.Mungkin sahaja Jelmaan Nancy sudah tenang di alam sana.Tiada lagi kelibat Nancy yang lengkap berpakaian tradisional wanita iban menari ngajat indu di pohon ara.Dan tiada lagi bunyi esak tangis jelmaan gadis kampung itu menganggu.Yang kedengaran kadang-kadang setiap malam cumalah teriakan Jaraw yang dipasung di rumah kecil seberang sungai.Mungkin lagi diganggu?atau mungkin sahaja penyesalan yang tak sudah atas perbuatannya dulu..ketakutan semuanya berakhir.Nancy dendammu sudah terbalas..Akhir sekali apakah ada bunyi rantai loceng kaki menemani telinga anda sebelum anda dibuai lena malam kelak?haha

Kisah benar dan ku olah kembali buat bacaan anda.Kisah dari teman sekolah menengahku dulu.(saya SPM 1997),Terima Kasih Larry atas kisah seram ini.Selitkan nilai postif.Komen Pujian saya terima buat semangat untuk terus menulis dan mengeksplorasi dari buah mulut cerita orang tua tua.Serta komen membidas itu membina untuk saya membaiki segala kekurangan.itulah kumahu dalam penulisanku.

Konklusi..saya perasan ada komen lucah setiap kali saya menghantar karya saya di FS.Kalau anda tak percaya sila ke laman web FS dan lawat ruangan komen.Dan anehnya sanggup menggunakan nama saya Elle.Apa yang anda dapat atas perbuatan sia-sia anda?Jangan risau saya bukan orang yang mudah terprovakasi dengan komen-komen lucah itu,Saya tidak akan membalas kerana saya sibuk dalam penulisan dan urusan perniagaan saya sendiri.Sedihnya pengecut yang hanya berani di balik layar akaun palsu.sekian terima kasih….

Elle

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.6]

24 thoughts on “Dendam Nancy”

  1. Tahniah kerana mental anda sungguh kuat. Abaikan Komen negatif yg hadir mungkin dr kanak2 ribena..Teruskan berkarya.. kisah yg disajikan sgt menarik..

    Reply
  2. Terbaik. karya yg di nanti2kan. pengolahan cerita yg sgt bgs. teruskan berkarya & success dlm perniagaan.
    Abaikan je lah si gila penyamar yg br keluar dr pusat mental tu.

    Reply
        • Edar fake Elle, realise that the Al-Mighty hears everything you said, to the people you provoke, to the people you try to insult them with your own nasty mind and thoughts. Just remember that god will give kifarah to those who do mean things eventhough you may say that my criticism is bullshit and petty. Just because you’re bullying people on the Internet doesn’t mean you’re famous. You are a worthless piece of shit. Remember that and no I won’t be nice to u if someone told me so. You are nothing but a trash and a disease to the society. Get some help.

          Reply
  3. Ooo itu beruk Mat Yeh baka si Lawit perogol & pembunuh…abang kpd Jaraw…sbb tu dia mental Elle…lps mabuk minum Thai Song sambil isap rokok Canyon seludup kt CC…nak beli smartphone x mampu…keje kt kandang b**i…sbb tu perangai buruk mcm tu…teman suka hasil nukilan Elle…psl kisah2 seram dr Borneo…ada ms nnt tlg post lg yer cerita2 seram mcm ni lg…best sgt

    Reply
    • prnah dngaq jgk ada bomoh yg bleh buat sapa2 yg main2 kn hati atau buat bnda bkn2 bleh bomohkn seseorang tu bg awang dlm seluaq laki tu melekat ataih dahi tp tak pasti la sosej dia saja yg melekat ataih dahi atau skali teloq2 dia yg melekat…jgn main2 ooo krna skali mnyesai tak sudah laa,klau elle ada story tu post mai laa nk tau jgk

      Reply
  4. Astaghfirullahalazim.. Antara jari-jari bakaran api neraka. Agama apa dia? Sungguhnya tidak ada agama menyuruh penganutnya berbuat jahat. Apatah lagi mencarut-carut.

    Reply
    • Astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim
      astaghfirullahalazim

      Reply
  5. mental nya aku tengok yang reply comment guna nama Elle ni. dasar pengecut. kahkahkah! mental sangat sampai reply pun mencarut. lawak betul hahahaha! kelakar kelakar.

    Reply
  6. Admin FS tolong banned je mangkuk-mangkuk jamban yg dok komen lucah kat sini. Biar je dia bangang sorang-sorang. Komen mengalahkan org sakit mental. Dasar fake!

    Reply
  7. Jerita ti cukup badas, rintai jaku ti amat manah. Baru keterubah ninga jerita tu taja asal orang Iban. Anang kiruh ke sida laut ke nda mereti, tunjuk ke bansa kitai Sarawak badas. Kepada yg tuan empunya fake account tu, hati2 nnti dahi tumbuh batang bapak ko.

    Reply
  8. Kesian yg mnyamar jdi Elle tu..sakitkah kmu?tkanan prasaan yg kmu hdapi mbuatkan kmu gila…mgkin sbb hodoh,xde org nak dan xbguna sbgai mnusia…pergi m**i sje lah drp hdup nk mnyamar jdi org lain..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.