Gangguan Semester 1- akhir

Okay ni kisah aku masa belajar dulu. aku setiap sem kena ‘sapa’ dengan hantu ni. sem 1 je aku ni agak penakut. yela first time jauh dari mak bapak untuk jangka masa lama kan. kisah dia mula macam ni.

SEMESTER 1

Masa sem 1, aku daftar juga la macam student lain sampai semua selesai. malam pertama untuk minggu suai kenal. mungkin sebab penat dengan aktiviti masa minggu suai kenal, aku tertidur awal. balik je aktiviti terus baring dan terlelap. rasanya haritu aku skip mandi. tetiba aku terbangun. tengok-tengok jam dh pukul 2.30 pagi. aku ni jenis kalau terbangun, payah nak tido balik. then aku pusing badan menghadap meja belajar.

aku nampak macam bayang-bayang manusia tengah berdiri menghadap aku. aku tak gelabah lagi. (aku ni jarang nampak benda camni tu kurang takut kot). lepas tu aku set minda cakap mungkin bayang-bayang dari luar. untuk info, katil aku menghadap tingkap luar dan asrama aku satu bilik 4 katil. aku try la pusing balik ke arah roommate aku katil seberang. benda tu kat atas dia. then aku mula berpeluh. aku kedip-kedip mata aku untuk pastikan tu halusinasi or tak.

then aku pusing lagi kedudukan baring tu hadap tingkap. sekali lembaga tu sebelah katil aku weh. aku apa lagi terus tarik selimut dengan peluh tak henti sambil ambik handphone dengar lagu rohani (aku non muslim) sampai pagi.

aku tak sedar aku tertidur. pagi tu terus gempar asrama perempuan bila abang kakak fasi (fasilitator) marah sebab ada student main spirit coin panggil ‘benda’ tu. aku dengar dorang cakap jangan keluar lepas jam 10 sebab nanti boleh terjumpa lembaga hitam. pergh! aku terus berpeluh lagi sebab yang aku jumpa malam tu lembaga hitam rambut panjang! menangis aku call bapak aku mintak balik rumah. nasib baik mak aku jenis pandai ambik hati. aku stay la sampai grad.

SEMESTER 2: FIRAH

Masuk sem 2 aku tukar roommates sebab kena pilih roommate yang sama department saja. so aku pun dapat la sorang ni. nama dia firah. firah ni aku dengar-dengar ada sixth sense. aku okay ja since dari sem 1 aku dah jumpa ‘kawan’ ni. masa tu cun masa cuti raya. firah balik rumah tunang dia. habis cuti jer firah ni nampak lain macam tapi aku tak syak apa-apa kat kawan aku.

Oh ya masa ni aku jenis mandi lambat. balik kelas je aku pergi jogging dulu. habis jogging aku meniarap kat lantai bilik nak bagi peluh kering kononnya sampai aku tertidur. aku biasa set alarm 10 malam nak bangun mandi.

Sekali tu aku nak mandi, aku baru buka pili air sinki. sekali nampak lembaga terbang lalu kepala aku. aku cabut pergi bilik ajak firah teman aku mandi. firah macam tau apa dalam kepala otak aku ni terus dia teman tanpa banyak tanya.

Next day, aku ngan firah ada perselisihan faham. Firah keluar dari bilik dan pergi kat bilik kawan dia sorang lagi. aku sendiri dalam bilik. Sebab tengah gaduh, aku tak tunggu pun firah balik bilik ke tak. aku tertidur. aku tak kunci bilik kami. tetiba aku dengar macam bilik ditutup. Aku ingat firah balik bilik dah. Aku pusing arah katil firah sebelah, aku nampak firah macam pontianak! dia jeling aku weh! tajam jelingan tu. Aku nak jerit tak dapat. nak gerak lari pun tak dapat. ‘firah’ renung aku tajam dari celah belahan rambut panjang dia. (rambut firah panjang aras punggung dan warna hitam pekat okay!) aku try tutup mata lepas tu doa supaya benda tu hilang.

Lepas aku buka ja mata, ‘firah’ tadi hilang. aku tengok jam pukul 2.30pagi. aku dah boleh gerak. aku capai handphone then call bapak suruh ambik aku balik. Kes sem 1 berulang. Sambil nangis aku cakap kat bapak aku jumpa pontianak. Aku suruh bapak datang sekarang juga masa tu.

Bapak aku cakap tak boleh sebab ni dah lewat sangat. masa tu bapak suruh ikut petua orang lama. Dia suruh cari buluh letak bawah bantal supaya tak kena ganggu. Makin la aku meraung mana nak cari buluh jam tu. Terus mak aku rampas phone and cakap dengan aku. macam biasa, mak akan tenangkan aku. esoknya firah balik bilik. aku tanya dia ada balik bilik tak semalam sebab aku tak kunci bilik. dia cakap takda. Aku terus diam. taknak banyak cakap. Aku buat la research pasal si Firah ni. rupanya dia pernah kena rasuk masa balik rumah tunang dia. aku dengar-dengar benda tu ikut dia balik dan paling seram aku dapat tau pokok besar yang sebelah bilik aku tu rupanya sarang pontianak. Patut la easy drink easy go je dia masuk bilik aku. Maka berakhirla sem 3. Aku taknak sebilik dengan firah lagi. Sem 4 pun berlalu. aku jalani latihan industri masa sem 4 so takda papa berlaku sangat. sem 5 pun syukur tiada gangguan.

SEMESTER 6: JESS

Maka masuklah sem 6 iaitu semester akhir. Masa ni kami kena stay luar. kena cari rumah sewa luar la. aku dan 3 orang senior dapat cari satu rumah. kami terus setuju stay sana sebab murah dan fully furnish. Harga dalam RM500 sebulan bahagi 4 orang. Okay settle bab rumah dan transport.

Rumah sewa kami tu kat hujung kampung. yang paling last dekat dengan sungai kecik je. minggu pertama so far okay. Masuk minggu kedua, something unexpected happen. 2 orang senior aku balik kampung sendiri minggu tu (hujung minggu). So tinggal aku dengan housemate aku sorang ni. Kami dua asal jauh tu pasal tak balik selalu. So tinggal kami berdua.

Then kami dua malam tu decide tidur kat ruang tamu (biasa aku tidur dalam bilik sebab aku jenis bangun study jam 4 pagi and taknak kacau orang). jam pukul 1 pagi. kawan aku tu nama jess. Jess tengah buat researcher final project dia. aku baru tengok movie dalam laptop. Sekali tu ada bunyi ketukan di pintu. 3 kali then stop. aku pandang jess. Jess pandang aku. tak cakap apa pun. lepas tu aku dengar jess cakap ‘jangan kacau kami dua. kami tak kacau kau’. aku tanya la jess cakap dengan sapa. jess tak jawab. dia bagi isyarat diam je. aku pun taknak la banyak cakap so aku buat bodo je. esok malam, aku dengar bunyi orang heret cangkul ke entah apa bunyi tu. jam pukul 2 pagi kot. Biasala student mana tidur awal kan.

Aku bangun pergi dekat jess. aku pegang tangan jess. aku tak cakap apa pun masa tu. jess tengok aku. jess cakap jangan risau. dia lalu je tu. kau rasa apa aku ras masa tu? rasa nak berhenti belajar nak lari nak balik rumah je okay. esoknya aku ada meeting di fakulti. memandangkan jess tumpang kereta aku turun kelas jadi petang tu aku minta jess balik dulu takut dia lapar ke ape ke. sebab aku balik lambat. nanti aku balik aku call ambik aku.

Jess setuju. baru habis meeting, aku dapat call. jess kemalangan guna kereta aku. masuk parit besar simpang rumah sewa kami. aku shock la. dalam hati aku doa supaya jess tak apa-apa. mati aku kalau anak orang parah weh. (masa ni aku pinjam kereta abang since dia kerja jauh tak dapat bawa kereta sendiri). first aku call abang aku cakap kereta kemalangan kot-kot dia marah senang aku tipu aku yang bawa kereta tu. abang tak marah. asal aku selamat. Kereta aku masa tu tak teruk. lepas tu datang pakcik sorang ni cakap kat aku dengan jess “kamu dua tak apa-apa? kamu bernasib baik tak luka tau nak. dah banyak kemalangan kat sini nak. semua mati. paling kurang pun cedera parah nak. Nampak parit tu tak dalam tapi ada penunggu nak. mungkin dia target anak untuk jadi mangsa dia kali ni. berhati-hati ye nak”. pergh! meremang buku roma aku weh.

Semester ni kami masuk dalam cuti raya. kami semua balik kampung/rumah masing-masing. lepas habis je cuti raya, classmate aku ada tanya aku raya ni tadi pergi mana. aku cakap la kami semua balik. tau apa classmate aku cakap. “nasib kamu semua balik. tau tak simpang tempat jess kemalangang tu? orang dekat-dekat perumahan sana cakap 2 malam berturut mereka dengar pontianak menangis. kamu tu dahla selalu balik lambat dari kolej. hati-hati masa kamu balik okay”. kau rasa apa aku rasa? hahahaha. start dari hari tu aku tak balik lambat dah. kalau ada aktiviti perlu balik lambat, aku memang siap-siap bawa baju spare tidur kat kuaters pensyarah. (aku rapat dengan pensyarah).

Aku hanya berharap aku habis secepat mungkin supaya tak jumpa dah benda camni. sekarang aku dh grad. biarla semua tu jadi pengalaman.

Tu je dari aku. selamat membaca. maaf nama kolej aku tak perlu bagitau. mana tau kot-kot korang oun jumpa nanti kan.. lokasi, sarawak.

Lia
Gangguan Semester 1- akhir
9 (90%) 2 votes

8 comments

    1. Sapa kata dia kafir?.. ko kata ke Allah kata… Bila Allah kata ko Islam ke ko sendiri ngaku Islam… Ckp lain kali baik sikit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.