SIHIR CINTA.

First of all, ini memang kejadian sebenar cumanya saya terpaksa fiksyenkan sikit demi jga aib( kakak angkat ku)

Cerita ini juga mungkin ada dua bahagian sbb panjang…

Ni bahagian pertama…

“INGAT! Kain putih ‘berair mani’ kamu berdua ini haruslah dicampakkan ke dalam muara. Kau juga perlu memegang tangan dia, semasa kau melemparkan kain putih ini, bersama-sama. Kau ingat lagi tak mantera yang aku ajarkan itu?” Soal dukun yang bernama Pak Karto itu kepada Afiq.

Afiq terangguk-angguk lalu mengambil huluran kain putih tersebut, setelah dilipat tiga segi dan diperasap.

Tanpa dia sedari, kain putih tersebut, merupakan kain kapan mayat yang baru meninggal.

“Minyak ini kau jaga dengan elok! Kau akan tahu nanti apa keajaiban minyak ini. Bukan satu, malah beribu dapat kau
tundukkan!”

Selain kain putih,Afiq dengan pantas mengambil huluran botol kecil tersebut.Nafsu syaitan lelaki berkulit hitam manis itu, semakin bergejolak.

Namun, sebelum dia tundukkan perempuan-perempuan bodoh di luar sana, Mira
isterinya adalah mangsa pertama.

Afiq bukannya tak sedar bahawa Mira telah banyak mengetahui tentang kesemua skandalnya itu. Tapi, apa sajalah perempuan lemah itu dapat lakukan.

Afiq bermatian menafikan wanita
malang yang
mempunyai tiga anak dengannya itu, bukan
isterinya sekiranya dia kantoi.

Boleh pula dia mengatakan bahawa isteri sebenarnya itu pelanduk dua serupa bekas isterinya pada skandal. Dia kan duda kesepian kononnya!

‘Efy! Efy! Mungkin
lepas ini, aku mudah menundukkan kau
sayang. Sebab kau tak macam sundal yang lainlah… aku akan tetap mengejar…”Gumaman Afiq terbang, tatkala namanya dipanggil semula.

Setelah selesai, Pak Karto menyatakan sesuatu kepada lelaki itu secara berbisik.

Di saat Afiq di ketika itu, sedang menarik
dompetnya dari poket belakang seluarnya.
Punggungnya sedikit
terangkat, ketika tangan cuba menarik beg kulit itu keluar

Memandangkan dia mempunyai sumber duit yang banyak. Afiq tidak jadi menarik kepingan not bergambar Agong tetapi dia mencari poket sisinya pula.

Lalu telefon pintar dibawa tarik keluar. Dia tersenyum kerana
tidak perlu menggunakan duitnya untuk membayar
‘pengeras’ Pak Karto,
hanya perlu menatal mencari nombor-nombor si mangsa dan menitip pesanan ringkas.

“Awak, tolong saya kejap. Kereta saya di workshop ni. Gaji tak masuk lagilah, sayang. Transfer boleh tak sayang?”

Tersenyum lebar tatkala nombor itu menghantar pula balasan mesejnya dengan slip transfer sekali dia screen shot kan.

Setelah Afiq pergi ke Atm terdekat dengan kereta Proton Persona miliknya. Pak Karto tersenyum menayang barisan gigi kuningnya, seraya menggeleng melihat betapa bodohnya manusia.

Lalu mata Pak Karto dengan sesuatu yang dia saja nampak. Tersenyum dan terangguk-angguk.

“Aku tahu kau lapar. Tunggu!” Ujarnya pada sesuatu yang memunculkan wujudnya di balik kegelapan sudut terceruk rumah papan itu. Hanya yang terlihat dua biji mata merahnya sahaja.

Berselang beberapa minit, Proton Persona yang Afiq pandu memasuki perkarangan rumah dukun dari Tanah Seberang itu. Dompet tipis kini menjadi tebal walau tak lama isinya itu akan menjadi milik dukun tua itu, pula.

Pun begitu, Afiq tidak kisah kerana bukan duit dia pun. Naik saja ke atas rumah berbau asap kemenyan itu, Afiq menapak dalam ruangan kelam itu.

“Nah pak, pengerasnya.” Ujar Afiq setibanya dia di depan dukun yang masih bersila di depan alatan pemujaannya termasuklah tengkorak manusia.

“Ya, terima kasih. Ingat ya. Pergi ke muara itu nanti kamu mesti pergi dengan dia. Seeloknya malem Jumaat. Jangan ditangguh. Aku takut kuasanya bisa tak ampuh…”

“Ya. Ya, baiklah tok. Saya akan pergi dengan dia. Saya tahulah bagaimana nak cakap dengan dia nanti.”

***

DARI jauh, Afiq sudah
tersenyum ketika
melihat gadis pujaan
hati sedang menapak
ke arah parkir.

Dia yang baru keluar dari pejabat dan ingin
pulang masih tidak
perasan akan kehadiran Afiq.

“Efy! Tunggulah!” Pekik pemuda itu. Afiq termengah-mengah dalam mengejar langkah panjang Efy, si gadis akauntan tersebut.

Efy atau Noer e
Effina malas sebenarnya mahu melayan lelaki berkulit hitam manis itu. Lelaki yang baru dia kenali dari grup Facebook.

“Efy, you ni kenapa
sombong sangat
dengan I hah? I
bukan nak buat apa-
apa pun pada you. I
just nak kenal dengan
you? Tak salahkan?”

Afiq dengan wajah
yang tidak bersalah
menahan pintu kereta.
Efy yang ketika itu
mahu memasuki ke
dalam kereta tersebut,
terencat seketika.

Efy rimas sebenarnya.
Sudahlah ketika dia
online, lelaki itu terlalu
kerap menganggunya
sama ada melalui
aplikasi Whatsapps
atau Messenger.

Banyak pula soalannya.
Selagi tak berjawab,
selagi mahu mesej, dia
lontarkan. Sehingga
Efy acapkali disindir
rakan sekerja.

Tetapi, entah kenapa
hati Efy akan berdetak
tiap kali memandang
mata milik Afiq. Dia
juga sukar untuk
mentafsir puncanya.

Tanpa Efy perasan, sewaktu dia membawa pandangannya arah
lain dek rasa menyampah.

Mulut Afiq memandang ke arah diri Efy dan bibirnya pula, bagaikan bergumam sesuatu. Sesuatu yang dia saja tahu dan baru pelajari sebelum dihembuskan pada si sasaran.

Satu senyuman
yang hanya Afiq saja
ketahui, dia lemparkan tatkala mata melihat sedikit perubahan pada gadis yang kelihatan menjual mahal itu.

Perlahan-
lahan pandangan mata Efy yang tadinya beralih arah, kini memandang semula wajah tersengih Afiq semula.

Dan Afiq berterusan menguntumkan senyuman manisnya itu, pada Efy. Terkebil-kebil mata si gadis itu dengan sesekali merasa khayal.

Afiq bukanlah dari
golongan lelaki kacak
apatah lagi, sado.
Keistimewaan lelaki itu
terletak pada kata-kata manis bergulanya dan
juga ilmu yang ada dalam batinnya itu.

“Jom temankan
I makan, nak tak?
Lagipun I dah lama
Kenal dengan you… tapi sekali pun, you tak balas mesej I macam tak sudi saja, keluar makan dengan I… I
teringin nak makan-makan dan bual-bual with you, Efy. Tak salah pun kan? You solo. I pun solo. Takde siapa nak marah.”

Sedang Afiq berbual
mesra dengan Efy,
sempat lagi matanya
mengenyit pada seorang polis wanita yang secara tidak sengaja, lalu di laluan parkir yang sama.

Efy nampak ulahnya itu, sengaja dia berpura-pura tidak nampak. Padahal dalam hatinya, beribu kecaman dia hamburkan.

Memang tadi, hatinya seakan teruja dan mahu keluar makan dengan lelaki yang merupakan pekerja offshore oil and gas itu namun setelah melihat aksi merenyam tersebut. Terbantut keinginanya malah kian kuat pula rasa ingin balik biarpun, hati pula seakan menegah.

“Sorry lah you… I
dah lewat lah…” Efy
tetap memberi alasan.

Namun, makin dia cuba untuk mengelak. Afiq pula semakin teruja mahu mengajaknya untuk keluar makan malam.

“Ala… you jomlah
Efy. Lagipun, esok I offshore. Tahu-tahu jela kerja minyak macam I, ni kan. Lambat lagi nak berjumpa dengan you nanti…”

Dengan sedaya-upayanya Afiq memujuk gadis yang dia tahu berhati seperti kerak nasi itu.

‘Kalau nak ajak keluar dinner pun susah. Macam mana nak ajak dia ke muara. Ah! Aku mesti pujuk dia keluar makan dengan aku. Hari itu nanti, senanglah aku untuk meneruskan plan kedua aku tu…’ Desis Afiq seraya teringat akan kain putih berikat tali pengikat jenazah di rumahnya itu.

Sanggup dia mengekori Efy sehingga ke tandas semata nak mencari sesuatu hak miliknya, selain daripada air mani di antara dirinya dengan skandal dia lagi satu tetapi dia berbohong pada dukun tua itu, dengan menyatakan air mani tersebut milik dia dengan Efy.

Walau apapun yang terjadi, dia tidak akan
mengalah dalam
memancing gadis jelita
di hadapannya itu.

‘Ini Afiq lah! Mana
pernah perempuan
tak tunduk pada aku.
Merayu nak kahwin
pun ada. Maklumlah
dah serah body mantap
katakan. Hai lah…perempuan.
Perempuan. Kenapalah
bodoh sangat?’

Memang pada mulanya,Efy bertegas tidak mahu keluar kerana masa sememangnya sudah lewat petang, namun hati kerasnya seakan-
akan melebur tanpa sebab.

Dan bibir merah bergincunya itu terus menyatakan persetujuannya. Setelah terbit kata-kata setujunya itu, barulah Efy tersedar namun dia sudah terlajak kata.

Efy nak menolak tetapi dirinya seperti dalam kawalan sesuatu.

“Hah… beginilah
kawan l. Erm,
apakata kalau I drive
kereta you? Coz
my car kawan pinjam
pulak…” Dalihnya
dengan mengerutkan
dahi seolah sedang
berfikir.

Di antara
taktik- taktik utama,
mengikis harta wanita walau dia sendiri pun berkemampuan.

Memang tidak tahu apa yang Afiq inginkan dalam hidupnya itu. Nak kata tidak ada anak isteri, sudah ada tetapi entahlah.

Ilmu penunduk yang dia gunakan pun bukanlah sembarangan. Bukan minyak dagu mahu pun cenuai.

Efy terus sahaja
mengangguk tanpa
sebarang bantahan. Sebenarnya jasad itu semakin pelik. Malahan juga sedang berperang dengan hati.

Di ikutkan Efy tidak mahu memberi kunci tersebut. Siapa Afiq kan?

Dia bukannya tidak boleh memandu keretanya itu tetapi bisikan-bisikan halus mengarah Efy untuk memberikan saja kunci pada Afiq.

Sedangkan lelaki itu juga ada keretanya sendiri. Boleh saja mereka bergerak sama dengan kereta masing-masing untuk ke restoran. Tetapi entahlah…

Tas tangan dibuka betul-betul
di hadapan Afiq.
Afiq sempat juga
menjengahkan
matanya, ke dalam tas
tersebut. Kunci yang
Efy keluarkan langsung saja dia serahkan
pada Afiq.

Efy menghayunkan
kakinya seat sebelah. Sementara Afiq yang sedang melambung
kunci sambil tersenyum
sinis ke arah pintu
tempat pemandu.

‘Haha! Save minyak aku kalau hari-hari macam ini. Balik karang, baru aku guna…’ Gumamnya lalu membuka pintu kereta.

Setelah kedua-duanya masuk ke dalam perut kereta milik Efy yang tak kurang mewahnya itu. Afiq buat seperti keretanya sendiri dengan membuka aircond serta lagu berdentuman.

Efy pula sekadar tersenyum saja bagaikan orang dungu pula. Langsung tidak merasa apa-apa. Kuat sungguh jampi yang Afiq hembuskan pada dia tadi.

***

Di restoran,

“I nak ke lady jap…” ujar Efy lalu dia bingkas bangun
dari atas kerusi.

Afiq yang ketika itu sedang asyik
menghirup sup, hanya
mengangguk tanpa ingin berkata apa-apa. Dia lapar.

Dalam perkiraan lima minit, Afiq terus mendongak dan agak meliar matanya dia yakin Efy sudah menjauh.

Gadis pelayan yang membawa dulang pencuci mulut yang baru saja ditempah kini semakin menghampiri meja mereka.

‘Gebu juga awek ni…’ Desis Afiq ralit merenung wajah pelayan yang beroman ayu itu. Gadis pelayan itu sebenarnya memang perasan dia sengaja berbuat tidak nampak.

Dia lihat lelaki itu berpenampilan orang ada-ada, mana tahu nasib dia baik kan. Boleh terpikat pada dia yang memakai mekap dan berkebaya ketat itu.

Afiq yang masih lagi ralit bermain mata
dengan gadis pelayan
tersebut, sengaja berbuat tidak nampak akan kehadiran Efy. Dia memang ingin melihat sejauh mana keberkesanan ilmu yang baru dia pelajari itu.

Efy melabuhkan
punggungnya. Tadi,
semasa dia dalam tandas rasa meluatnya pada lelaki di
hadapannya itu, sangat-sangat menebal
tetapi tatkala tiba semula di meja.

Gadis pelayan yang tersedar itu juga sudah menjauh. Dan mata mereka berdua saling merenung, sirna rasa benci itu berganti rasa kasih.

“Sedapkan you, makanan kat sini.
Nanti, kalau I ada masa
kita makan lagi kat sini
ok!” Puji Afiq menutup kembali perilaku tak semenggah dia tadi.

Efy hanya tersenyum
sejurus dia mencicip air.

***

LAMAN FACEBOOK.
GRUP JODOHKU.

“YA, betul you. I
ni, dah lah kesepian,
takkan you tak merasa kasihan pada I…”

“Sejak bila you?”

“I kesepian dah lama
jugak you. Wife I, dah
3 tahun takde kat dunia
ni you…”

Laju saja jari menekan butang ‘enter. ‘Tersenyum seorang diri Afiq. Telefon pintar pula, diangkat apabila
telah tiga kali ianya
bergetar.

Berlapisan dahinya tatkala mata menancap tajam padamesej dari aplikasi Whatsapps tersebut. Bukan itu sahaja, panggilan pula masuk.

“Panggilan dari Efy?” Dia menyoal sedikit terperanjat. Tiba-tiba saja Efy membuat panggilan waktu-waktu sebegini.

Butang ‘answer’ ditekan.

“Hello you? Baik you
cakap betul- betul apa yang you dah buat? I nampak you semalam. Baik you terus-terang. I dah warning you kan yang I ni, tak suka dipermainkan!”

“What? Angin takde
ribut takde, tiba- tiba
nak naik angin ni dah
kenapa?”

“Semalam I terserempak dengan
you kat Jalan Tar. Buat apa you check in dekat hotel murah tu?” Melahang suara Efy.

Di ketika ini, perhubungan mereka berdua sudah semakin serasi dan bertambah intim. Jenuh Efy cuba menidakkan rasa yang hadir itu akhirnya dia tewas. Tewas dengan kata-kata asmara lelaki durjana itu!

“Hah, bila pula I
check in hotel ni, you?
You silap orang ni…”
Afiq tetap tenang dalam
menjawab.

Memang temberangnya sudah pecah. Apa yang perempuan dalam talian itu, katakan adalahbenar.

Namun, bukan
Afiq namanya, jika tak
pandai ‘menutup lubang’. Dalam masa yang sama, Afiq sempat
berbalas mesej di
laman sosial Facebook.

“Are you think I’m blind? Tak nampak apa dan di mana?” Kian melengkeng hamburan amarah Efy. Matanya belum cukup rabun lagi untuk mengatakan yang dia salah melihat.

Kemudian dia kembali semula menumpukan perhatiannya itu kepada panggilan Efy setelah siap menaip ayat-ayat power pada lawan chatting Facebook Messenger nya itu.

“Sayang… betullah. Itu bukan I lah. You ni kan terlalu kuat cemburu. Itulah orang perempuan. You all yang salah nampak tapi salahkan kami, kaum lelaki ni.”

Mana tak berdesing telinga Efy. Ni lah orang lembut gigi daripada lidah.

“You cakap tu baik sikit ya. I takkan kata kalau takde bukti. Macam ini ke sayang you pada I, hah? Mana janji-janji you dulu?” Soal Efy.

Sedang dia memarahi itu. Entah mengapa, lehernya terasa disentuh sesuatu. Laju saja dia palingkan mukanya ke belakang iaitu bilik. Kosong.

Dalam dok mendengar leteran si Efy di handsfree, Afiq dengan
pantas memutuskan
satu lagi talian yang baru masuk. Bukan kerana terpaksa tetapi di sengajakan. Dia bukannya tak tahu daripada siapa.

Panggilan baru masuk itu, seorang ‘Miss J’ yang baru seminggu dia kenali. Namun dengan begitu mudahnya, wanita bertubuh gebu itu, memberi tubuh
pada Afiq.

Kucing bila sudah nampak ikan?

Itulah kegunaan handsfree bluetooth. Senang untuk dia melihat sebarang notifikasi yang naik ketika dia berada di atas talian panggilan telefon.

“Awak dengar tak ni? Awak jangan macam-macam dengan saya ya…” Pekik Efy di talian tatkala dia kembali semula merenung balkoni dari atas katil. Hilang sudah sebutan I dengan you.

Tiba-tiba telinga Efy terdengar pula suara bisikan membuatkan dia yang terperanjat dengan pantas menarik lekapan telefon pada telinganya. Mata tajam merenung skrin sesentuh.

Manakala Afiq di tempatnya sudah tersenyum. Perca kuning berisi ayat mantera yang ditintakan menggunakan darah jari hantunya itu, disimpan kembali.

‘Ni makannya. Jangan banyak songeh sangatlah. Semak kepala otak aku saja. Suka hati akulah. Aku nak keluar ke. Nak check in hotel ke. Bukan pakai duit kau pun…’ Gerutu Afiq yang tersenyum pula pada kehadiran satu lagi mesej baru dari Messenger.

“Lebih baik aku
layan awek Malayan Banking ni dari kau atau pun si mak janda tu. Tau nak sedap je. Kau pulak nak control hidup aku. Siapa kau nak kawal aku? Aku je yang boleh kawal kau lah, betina.”

“Minah ni, sudah tentu -tentulah fulusnya pun
masyuk!”

Pun demikian walau macamana sekalipun, Efy yang semakin jinak itu, mesti dia
takluki. Sebab Efy bukan mudah untuk dijinakkan hanya berumpankan kata-kata mahu pun wang ringgit tetapi dengan sesuatu yang lebih berkuasa.

Bagi Afiq, bukan salah
dia jikalau perempuan-perempuan itu hadir pada dirinya dan menyerah diri.
Ada juga yang Afiq
mahukan tapi payah nak dapat seperti Efy.

Mira? Huh! Itu lagi Afiq bosan!

Dah beranak-
pinak. Tak puas.
Mira ibarat kain yang
dah rabak. Betapa hinanya Mira, kini di pandangan Afiq.

***

“Abang! Sampai
hati buat Mira begini?
Abang tahu tak siapa si
cacat yang abang dok
hina- hina ini, hah?”

Afiq terus
menyambung pekerjaannya. Pakaian
yang telah siap dia
campakkan atas katil
terus dia sumbatkan ke
dalam beg.

Malam ini, dia mahu ‘makan buah besar’ di Cameron pula. Bukan sahaja gaji mantap, tapi ‘aset’ pun besar.

“Pap. PaPa…”Seru si anak yang istimewa itu, sambil tangannya terkial- kial menarik kemeja si bapa.

“Argh! Ke
tepilah, anak h4r4m!”

“Abang! Kalau
abang nak hina saya
hinalah. Tapi jangan
Ika bang. Jangan
Ika!”

Mira memukul-mukul belakang tubuh yang tetap membongkok ketika menyumbat segala pakaiannya ke dalam beg besar.

Mira terjelepuk atas
lantai penangan Afiq.
Afiq hanya memberi
pandangan penuh
benci. Beg yang
kembung tersadai di
atas katil, diangkatnya
dengan rakus.

Mira yang memegang kedua belah kakinya ditolak, sehingga dahi wanita itu terhentak pada simen lantai.

Tiada sekelumit pun rasa kasihan dalam hati
lelaki durjana itu, tatkala dia melangkah keluar dari dalam bilik.

Dia jemu mendengar segala pekikkan serta rintihan Mira, isteri yang dia anggap sudah mati pabila dengan Efy mahupun skandal yang lain.

“Abang!” Raungan Mira bergemaan.

Dengan pantas anak
‘istimewa’ mereka
itu, didakapnya,
dikucupnya lama.
Esakan makin
berlanjutan.

Entah
apalah dosanya,
sehingga sebegini
sekali ujian ALLAH
SWT turunkan.

“Nak jumpa?” Soal Afiq tersentak. Bonet dihempas. Dan dia tergaru-garu kepala. Dia mahu naik Cameron dengan Efy.

Tak mungkin dia mahu melepaskan peluang yang ada. Efy pula bagaikan lembu dicucuk hidung saja menanti ketibaan Proton Persona milik kekasihnya itu.

“Alah sorry lah you. Malam ni, I dah kena off shore semula.”

Dengan pantas dia mematikan taliannya. Kemudian dia tertenyeh-tenyeh matanya. Sungguh dia tadi nampak susuk tubuh Pak Karto.

“Buat apa pula dia di area ini?” Soalnya yang sekadar mengangkat bahunya saja. Lalu bergerak ke seat pemandu.

“Macam tahu-tahu pula yang aku ni, memang nak lagi ilmu…” Ujar Afiq sambil tersenyum dia mengenakan seat belt.

“Aku dapat rasakan ilmu kain kapan tu tak berapa mujarab.”

***

“KENAPA lewat?” Tanya Efy setelah Afiq menyimpan beg milik wanita itu ke dalam bonet. Lalu sambil menutupnya dia menjawab.

“I ke stesyen minyak. Top up minyak dan beli jajan untuk you. Mesti dalam perjalanan nanti you nak kunyah-kunyah kan?” Soal Afiq dengan mata pula tajam merenung penampilan Efy di waktu itu.

‘Sebelum you, I kunyah…’ Gumam Afiq sinis. Setelah mendengar ayat itu. Efy terus menapak ke arah seat depan dan Afiq seat pemandu.

‘Nanti kat sanalah I nak tanya juga. Apa benda yang dia buang dekat muara itu. Nak kata dia berubat, buat apa dengan aku sekali kan? Dahlah kain putih tu pun semacam je aku tengok. Apa nak jadi, jadilah lepas aku ikut dia ke muaralah tidur aku tak pernah lena. Ada je gangguan…’ Bisik hati Efy setelah mengenakan seat belt.

“Nah!” Ujar Afiq bila dia sudah masuk dan sebelum menutup pintu. Bungkusan plastik putih berisi beberapa jenis coklat bar, dia ambil dari seat belakang lalu dihulurkan pada Efy.

Efy tersentak. Plastik dipegangnya. Sewaktu memasang seat belt dan menghidupkan enjin serta air cond. Ekor mata Afiq mengerling sebelah sambil bergumam sesuatu lalu membuat isyarat hembusan.

“Sedap pula coklat ni…” Ujar Efy lalu mengigit lagi dan lagi. Afiq tersenyum penuh makna lalu memandu.

Dari Kl untuk Cameron mungkin memakan masa juga. Efy juga tidak banyak cerita seperti selalu. Itu yang ada-ada masanya membuat dia terasa pelik.

Ketika di rumah perasaan marahnya amatlah meluap-luap. Namun tatkala sudah bertentangan mata dengan Afiq semuanya sirna dan berterbangan pergi.

Telefon pintar Afiq yang sudah dia matikan dihuni banyak panggilan, miss call serta notifikasi medsos lain. Kebanyakkannya dari nama-nama perempuan.

Mereka juga sehari tak mendengar suara mahupun bertentangan mata, tidur pun tak lena. Entah apalah ilmu yang Afiq ini pakai.

“Sayang, rasa bahagia sangat jikalau hari-hari macam ini,” ujar Efy setelah coklat bar sudah dia habisi.

“I pun sama, you. Tap nanti, I kena off shore dah tau. Tiga bulan you kena rindukan I saja tau,” ujar Afiq seraya memegang kekura Efy. Efy hanya tersenyum dan merelakan.

“Off shore balik? Eh, tapi… bukan ke you baru saja lagi? Itulah sayang. I kan dah kata resign je dari situ. Cari kerja lain tak pun I kan ada. I boleh sara you… kitakan nak kahwin…”

Mendengar saja perkataan kahwin. Retak terus rekahan senyuman Afiq. Bab nak ‘dipayung’ itu dia memanglah teramat suka. Tapi kalau bab kahwin tu…

“Efy… I kan dah cakap. I tak suka you asyik sebut soal kahwin saja. I takut kena tinggal lagi macamana dulu…” Ujar Afiq sengaja mereka cerita.

‘Kahwin? Hahaha… boleh tu boleh tapi… kau kuat kontrol, Fy…’ Desis Afiq.

‘Tapi, apa ada hal. Memang aku boleh je nikah dengan kau. Kau boleh jadi madu Mira secara rahsia. Kemudian aktiviti dengan skandal-skandal tetap berjalan lancar. Ilmu aku yang satu ni, tak boleh ‘lubuk’ yang sama saja nanti lemah. Tak hebatlah aku nanti di mata perempuan!’ Desis Afiq yang terlalu tamak serta mengikut hawa nafsu semata.

“Habistu? You taknak berkahwin dengan I ke? You nak buat I ni sebagai perempuan apa, hah?” Soal Efy tidak mampu nak meninggikan suaranya bila berada dengan Afiq.

“Sayang…calm down okay. Siapa pula yang kata taknak kahwin ni, hah?” Aju Afiq seraya mencuit dagu wajah masam-mencuka Efy.

“Janganlah buat muka pula. Kitakan nak happy-happy ni. Kita kahwin okay. I janji. After I balik off shore kita buat wedding ceremony…” Ujar Afiq sekadar berkata-kata.

‘Pak Karto, kayaknya ilmu kain kapan yang aku buang dekat muara itu menjadi. Tapi aku mahu lebih lagi…’ Kata hati hitam Afiq seraya teringatkan lelaki yang suka memakai blangkon di kepalanya itu.

‘Ilmu penunduk tanah seberang memang terbilang ampuhnya. Hahahah…’

***

Di Cameron. Efy terpaksa pula duduk seorang diri setelah mereka tiba di sebuah rumah inap bercirikan kolonial zaman British.

“Eh, ni kan telefon Afiq. Apa pasal tak dibawanya? Hmm patutlah bateri out. Baik aku caj,” ujar Efy lalu bergerak ke arah dinding yang ada plug.

Setibanya Efy di tepi dinding, charger terus dimasukkan ke dalam soket. On saja. Berdesup-desup notifikasi naik ke skrin sesentuh.

Berlapisan dahi Efy dibuatnya. Perasaan marah mulai meruap-ruap. Jari menggeletar saat swipe demi swipe mesej-mesej perempuan-perempuan yang memanggil ‘sayang’ dan ‘B’ pada kekasihnya itu.

Makin dalam dia mengetap bibir bila di aplikasi Whatapps pula ada dua, tiga nama perempuan yang hujungnya berhurufkan ‘J’ dengan berani mengirim gambar serta video aksi lucah mereka buat tatapan abang sayang!

Wayar dicabut walau tidak fully charged. Efy membawa telefon ke arah sofa. Kasar bunyi hempasan punggungnya atas sofa tersebut dan mata masih tajam menatap gambar-gambar porno itu.

“Ini kerja kau rupa-rupanya. Patutlah bila aku ajak kahwin beribu alasan kau bagi kat aku. Jadi, memang betullah kau check in hotel murah tu ya? Takde class langsung. Kata engineer. Tapi hotel murah kau check in. Sesuailah pun dengan sundal tak tahu malu ni. Penyondol!”

Efy mengecam. Tanpa dia menyedari siapakah dirinya juga. Ingin saja Efy campakkan telefon dalam pegangannya itu ke lantai. Biar berkecaian tetapi secara tiba-tiba hadir pula satu perasaan asing selain rasa merinding.

Di rumah Pak Karto pula. Asap kemenyan sampai keluar baunya. Afiq memang adamasanya berasa seriau juga bila berada dengan dukun berketurunan Jawa ini namun demi nak memuaskan nafsu dia sanggup redah.

“Sudah aku perasapkan. Kau pergi saja sarungkan cincin ni, di dalam bilik. Nanti aku akan lilit pinggang kau dengan tali pocong pula.”

Afiq mengambil cincin tembaga itu sambil terangguk-angguk lalu bangun. Cincin itu tidak dipasangkan pada jari tangan tetapi pada ‘daerah larangan’ nya. Itulah kekuatan dia selama ini.

Sementara menanti Afiq selesai menyarung. Pak Karto masih lagi memuja-muja gambar Efy asap kemenyan sebelum dia lekatnya gambar tersebut pada patung berbentuk manusia yang diperbuat dari jerami.

Jari telunjuknya tertusuk ke dada kiri si anak patung. Begitulah kencangnya detakan jantung Efy dalam banglo tersebut.

“Sudah?” Soal Pak Karto tatkala dia mendongak dan nampak batang tubuh, Afiq sedang menghala ke arahnya. Afiq mengangguk lalu dukun itu bangun lalu bergerak ke arah Afiq.

“Selak baju kau, biar aku ikat tali ini ke pinggang kamu. Setelah itu, kau turunkan sedikit seluar mu untuk aku lihat juga.” Pak Karto mengeluarkan arahannya dengan tangan memegang tali ikatan kafan jenazah berjampi.

Afiq turuti saja semua arahan dukun Tanah Seberang itu. Pak Karto juga mengamalkan ilmu banaspati. Yang tahu, tahulah.

Sambil berkumat-kamit, Pak Karto melilitkan tali pocong itu sebanyak dua simpulan sebelum dia menyimpul mati.

“Sudah. Turunkan seluar mu…” Arah Pak Karto sebelum mulutnya sekali lagi berkumat-kamit.

Suasana menjadi semakin meremang. Pak Karto di saat itu seakan-akan sedang menurun pula. Mata putihnya, mulai dijalari akar merah mengelilingi anak mata hitamnya.

“Fuh!” Pak Karto menghembus kemudian bahu Afiq ditepuk-tepuknya sebanyak tiga kali. Barulah dia selesai.

“Jangan kau langgar pantang-larangnya. Soal perempuan bernama Efy itu pula tidak usah lah kau khuatir banget karena aku sudah pun memegang ‘hatinya’. Kau bisa aja bernikah tapi usah kau lupa pada syarat-syaratnya jika kau masih mahu berkuasa lagi!”

“Yang di muara itu aku sudah letakkan ‘penjaga’ dan nanti aku akan ke sana dengan ‘hati’ perempuan itu. Dia akan tetap patuh serta goblok.”

Ketawa mereka berdua setelah mendengar.

Di rumah inap kolonial pula. Efy menjadi resah kenapa Afiq masih belum pulang-pulang lagi. Jika tadi, hatinya diserbu amarah tetapi tidak tahu kenapa ia menyejuk dengan sendirinya.

“Nak telefon pun apa gunanya!” Omel Efy sendirian. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk dan menunggu. Mata pula semakin kuyu.

Afiq membuka pintu yang tidak berkunci itu. Dia menapak seperlahan mungkin ke arah tubuh tersandar Efy di atas sofa. Tajam tatapan mata Afiq pada tubuh itu.

‘Aku mesti takluk kau sekarang. Jika tak, sia-sia saja aku buat semua ini.’ Desis Afiq tersenyum penuh makna.

‘Aku perlu lihat sejauh mana keupayaan ilmu kain kapan yang kena campak di muara itu…’

Afiq terus berkumat-kamit mulut. Efy berkerutan keningnya. Telinganya seakan mendengar sosek-sosek.

“Argh!” Efy benar-benar terperanjat dengan sergahan muka berupa pontianak tersebut. Dia laju saja memeluk tubuh Afiq setelah memekik.

Afiq menggunakan masa itu dengan hembusan demi hembusannya. Efy rasa khayal dan dia seakan rela pula tubuhnya itu diangkat lalu dicempung untuk ke arah kamar.

***

Mira pula sambil teresak-esak menaip mesej pada perempuan bernama Efy. Hanya sebaris nama itu saja yang hatinya ringan mahu meluahkan rasa.

***

EFY tersentak bila dia baru tersedar dari lenanya. Laju saja tangan Afiq ditolaknya secara kasar sebelum dia menyelak duvet.

Bergenangan matanya, sambil mengebam bibir menahan segala buakkan perasaan yang hadir.

“Jantan tak guna! Bangun! Bangun! Apa kau dah buat pada aku, hah? Kau rogol aku?”

Afiq yang tengah sedap-sedap tidur setelah kelelahan, mengemudi bahtera mereka berdua malam tadi kini menerima sergahan garang itu pula.

“Bangun! Jantan tak guna! You memang tak guna! You perogol. You rogol I!” Bentak Efy menolak-nolak tubuh Afiq sehingga lelaki yang tidak sempat nak mengalihkan tubuh terlentangnya itu, terjunam ke lantai berpermaidani.

Efy dengan sekali rentap keseluruhan duvet menyelubungi tubuh tanpa seurat benangnya itu. Dia menangis teresak-esak mengenangkan diri yang tidak suci lagi.

“Memang I bodoh ikut you ke sini. Ada hal konon. Inilah hal you, ya? Jantan sial!” Terpekik-terlolong Efy di pagi itu, umpama kena rasuk hantu.

Afiq yang masih dalam kemamaian itu. Mengaduh kesakitan bila badan terhempas kuat di atas permukaan lantai. Efy bukan saja menolak-nolak dirinya malahan menarik pula duvet.

Kini dia yang kesejukkan tanpa beralas. Panjang tangannya mencapai seluar. Sambil mengaduh dia bangun untuk mengenakan kembali seluar.

‘Perempuan ni kan. Memang nak kena dengan aku ni.’ Afiq merungut di dalam hati sebelum mulutnya berkumat-kamit.

“Apa yang you kumat-kamit tu, hah? Jawablah kau dah bisu ke? Jantan sial. Kau kena bertanggungjawab!” Pekik Efy sebelum lidahnya mengelu semula sepertimana malam tadi.

Tubuh pula terasa melayang-layang seperti mana kain kapan yang mereka campak ke muara tersangkut pada satu ranting. Tidak tahu di manakah lokasinya.

Selain kain kapan, patung yang ada gambarnya seorang pula tergantung di sebuah kawasan air terjun. Bila angin bertiup patung itu pun bergerak-gerak.

Tiba-tiba Efy terasa ada yang mengalir dan melelehi sepanjang dagunya. Bersegera jarinya menyeka dan dia teramat terkejut bila melihatnya.

“Darah? Hidung Efy berdarah!” Tekannya sebelum dia jatuh rebah. Afiq hanya tersenyum. Dia melangkah melintasi katil lalu tubuh itu diangkat semula ke atas katil.

Efy tidak pengsan sepenuhnya. Dalam keadaan mata yang kabur dia tetap dapat melihat bagaikan ada seorang lagi manusia di belakang tubuh Afiq.

“Efy. Efy. Aku tak suka kau membebel-bebel tahu tak. Ni saja cara yang paling ampuh. Aku kan dah kata, kau tak boleh melawan aku kerana kau tu hak aku. Kau hanya perlu patuh saja. Itu pun, kalau kau taknak aku sakitkan kau, ya sayang…” Ujar Afiq tersenyum penuh makna.

Dan mulai daripada hari mereka semalaman di Cameron. Hubungan mereka sudah seperti suami isteri tanpa mengenal batas mahupun dosa.

Efy benar-benar berada di dalam kawalan Afiq dan juga dukun dari Tanah Seberang itu. Tetapi bila Afiq keluar, Efy seperti biasa semula dan dia terus mencari telefon pintarnya untuk mencari seseorang namun bertemu pula dengan mesej dari Mira.

“Salam. Saya dapat nombor awak dari dalam telefon suami saya. Hati saya memilih awak dari puluhan nama wanita dalam senarai hidupnya. Sebelum ini, saya memang ada mesej perempuan-perempuan dia tetapi ada yang tak percaya malah ada yang mentertawakan saya dengan kata-kata menyakitkan lagi hati saya yang tersedia sakit ini. Dan saya masih hidup lagi. Sampai hati abang anggap saya dan anak kami dah mati. Awak, saya mesej awak kerana hati saya kuat mengatakan mungkin awak mampu melawan dia. Saya tak tahu apa yang saya katakan ni betul atau tidak tapi saya tahu suami saya tu ada memakai. Awak, kalau awak di tempat saya apa yang awak rasa? Awak saya pohon pada awak, tolong tinggalkan dia. Saya tak pasti, sama ada awak kenal dia secara mendalam atau tak. Nanti saya kirimkan kesemua mesej-mesej perempuan itu. Kalau awak nak lebih yakin lagi, awak check lah phone dia. Tolong saya awak demi anak kami…( Mira)”

Petikan mesej sebenar tapi sudah diolah sedikit ayatnya.

Menggigil tangan Efy di kala itu. Dia terdongak dan cuba mengingati semula apa yang dia nanpak ketika dia stalk telefon Afiq walau ia agak sukar.

“Kenapa sekarang aku susah sangat nak ingat ni. Aku memang yakin aku pun ada nampak gambar-gambar tak senonoh perempuan tu semua. Kau memang tak guna, Afiq. Kau tipu aku. Duda konon. Kematian isteri. Bini kau masih terconggok lagi tahu tak!”

“Memakai? Jadi apakah selama ni kau juga guna-gunakan aku, Afiq? Macam mana kau guna-gunakan mereka? Tapi betul ke? Wujud lagi ke sihir tu?” Efy menyoal dengan merasakan sedikit meremang dalam rumah inap sebesar ini.

“Lagipun aku pun memang ada nampak benda bukan-bukan tu. Selama ini, aku tak pernah nampak pontianak apa semua. Tapi memang lepas aku rapat dengan Afiq lah, aku boleh nampak macam-macam. Tapi macam mana aku nak cari? Aku bukannya tahu dekat mana? Siapa bomoh dia selalu jumpa?”

Efy bingkas bangun. Dia terus berlari naik atas semula. Dia ingin menyelongkar isi beg jantan tak berguna itu. Sampai saja dia ke dalam bilik.

Efy terus mencari beg Afiq.

“Ni dia. Kau sorok beg kau ya?” Soal Efy yang terduduk di lantai. Dia terpaksa meniarap untuk menarik beg tersebut dari bawah katil. Patutlah cari tak jumpa-jumpa.

“Tapi apa benda aku nak cari ni? Baju-baju dia je semuanya? Selalu kalau orang memakai ni mesti ada simpan macam tangkal-tangkal. ” Efy mengomel sambil menyelak-yelak baju.

Di luar rumah inap bercirikan kolonial itu. Kereta Proton Persona Afiq sudah pun sampai. Dia balik dengan bungkusan makanan dari kedai berdekatan.

“Efy! Efy! Where are you? Takkan tidur balik? Efy?” Afiq mencari ke semua bahagian termasuk dapur tetapi bayang pun tiada.

Plastik dia letakkan saja di atas meja. Afiq ingin naik ke atas dan tangga berputar dia cari. Petang ini mereka akan balik ke kl semula.

Tersenyum-senyum Afiq tatkala terkenangkan bakal off shore dengan satu lagi awek baru dia kenal. Sama status iaitu engineer tetapi dia merupakan janda berhias.

Setibanya di depan muka pintu bilik. Hilang terus senyuman Afiq. Efy juga turut tersentak. Dia dengar bunyi enjin tadi tapi dia tidak pula predik yang Afiq akan naik ke bilik.

“Apa you buat ni? Apa you buat dengan beg I, hah?” Soal Afiq tegas. Matanya menjadi sedikit terbeliak. Efy perasan namun hatinya lebih sakit saat mengenangkan mesej dari Mira.

“Siapa Mira? Siapa dia dengan kau, hah?” Efy juga tidak kurang tegas dalam menghamburkan pertanyaan.

“Aku tak kenal siapa Mira. Berapa kali aku nak bagitahu hah? Aku takde kena mengena dengan perempuan-perempuan itu. Kenapa, kau susah sangat nak faham hah? Hah?” Soal Afiq dan terus berlari ke arah Efy.

Efy yang ingin bangun tatkala melihat terpaan Afiq tidak sempat kala rambutnya sudah dicekak.

“Lepaslah! Sakit!” Tengking Efy. Rasa mahu tercabut kulit kepalanya di saat itu. Afiq dengan kasar menendang begnya agar menjauh.

“Apa yang kau nak cari dalam beg aku, hah? Apa yang ada? Kau stalk henfon aku,ya?” Herdik Afiq lagi. Jenuh Efy meronta ingin dilepaskan namun cekakkan Afiq makin kejap pula.

“Aku tak stalk lah bodoh. Bini kau yang mesej aku. Bini kau tau tak! Kau tipu aku, Afiq. Kau memang dasar jantan tak berguna. Kau guna-gunakan aku supaya kau boleh rogol aku. Sama juga macam perempuan-perempuan lain tu kan? Siap hantar video bagai kan? Memang kau check in hotel murah tu. Low class punya jantan. Huh!” Sempat lagi Efy melantunkan sindiran pedasnya. Makin merona merah wajah Afiq.

“Kain yang kau nak aku campak sekali di muara tu, untuk apa? Baik kau cakap?!” Bentak Efy sambil teronta-ronta.

Afiq sebenarnya semakin kehilangan kosa kata dalam nak menegakkan benang basahnya. Dia tidak menyangka, Mira boleh mesej Efy.

“Hei jantan low class. Cakaplah. Apsal diam? Kau tak bercerai lagi kan? Dah berapa banyak perempuan yang kau kikis, hah? Aku. Aku memang bodoh kenal dengan kau lah!”

Pang!

“Aku kata diam!” Herdik Afiq setelah tapak tangan melayang ke pipi Efy. Terteleng wajah perempuan itu.

“Kau tampar aku? Kau tampar aku…” Suara Efy meleret dan menekan seakan bergumam.

“Kau memang gila Afiq. Kau memang gila!” Pekik Efy menepuk-nepuk. Menampar-nampar bahu Afiq sebelum lelaki itu, menangkap tangannya dan memulas ke belakang.

“Argh! Bodoh, lepaskan tangan aku!” Efy memekik lagi. Dia umpama tidak sedar diri sahaja kerana kerasukan rasa amarahnya pada Afiq.

Makin kuat cengkaman tangan Afiq pada lengan Efy. Dan wanita itu juga, agak terkejut sebenarnya kerana inilah kali pertama Afiq mengasarinya.

Mata yang semakin basah itu tertancap pula duvet warna putih lalu kenangan itu hadir…

Imbas kembali, Muara sungai

“Sayang. Apa yang kita buat ni betul ke? Tak merbahaya ke sayang? I takutlah, kalau terjadi apa-apa. Untuk apa semua ni?” Soal Efy mata meliar ke setiap belukar yang ada di sekeliling muara nan sepi itu.

“Sayang, betullah. Sayang tak perlu khuatir ok! Apa yang I buat ni, untuk kebaikan kita berdua jugak. Trust me okay honey.”

“Apa yang I buat ni memang untuk you. l really love you dan I memang tak boleh hidup tanpa you. Ini semua, untuk keharmonian hidup
kita,” ujar Afiq tersenyum sambil berpimpinan tangan, kain putih berair mani sewaktu dirinya dengan skandal ‘bersama’ sudah pun dia dan Efy lepaskan ke dalam muara setelah mulut Afiq berkumat-kamit dengan bacaan jampi serapah berbahasa jawanya.

Kini…

“Kain putih tu. Kau guna-gunakan aku kan? Kau memang dasar jantan tak guna!” Efy memekik sambil mengangkat vase ingin mengetuk Afiq.

Afiq lebih cekap lagi. Dia terus bergumam membuatkan kaki Efy ada tangan berjemari runcing seakan tulang sahaja dan berkuku hitam sedang memegang kakinya lalu Efy tersembam dan dahinya terhantuk pada bucu katil.

Efy terus pengsan dan dahinya berdarah. Afiq tersenyum. Dengan pantas lelehan darah Efy dicalit menggunakan sapu tangannya.

“Nampak gayanya perempuan ni aku kena tundukkan dia lagi. Dan kau Mira, kau tunggu. Nasib kau juga sama!”

Afiq mengangkat tubuh lembik Efy untuk dibawakan ke klinik berdekatan.

***

Mira dan si anak sindrom down nya saling berpelukan. Mira juga tidak tahu kenapa lewat kebelakangan ini, mata mereka seringkali diganggu dengan penampakan yang menyeramkan dan berupa seorang perempuan.

***

SIHIR BHGN 5.

“MAM…mama tu… tu… Ika ampak tu… tu… ya … angkak tu… tu…” Suara Ika yang ketakutan mengadu makin menguatkan lagi pelukan Mira pada si anaknya.

Sudahlah mereka tinggal berdua saja. Lampu pula tiba-tiba black out nasiblah ada phone lamp. Berpandu pada cahaya di tangan sajalah.

Manalah tak meliar mata Mira yang tersedu-sedan itu. Suami pula langsung tak balik rumah. Jikalau apa-apa hal berlaku pada mereka bagaimanalah agaknya.

Jiran pula kiri kanan budak-budak bujang. Mereka bukannya senantiasa ada di rumah. Bekerja jauh.

“Mam…mama…Ik…Ika atut… ya… angkak tu, mama. Ate ya besa mama. Ika atut …” Adu Ika dengan bahasa yang tidak terusnya itu.

“Shh… Ika jangan takut. Mama ada. Mama akan sentiasa berada di sisi Ika. Mama akan sentiasa menjaga anak mama ni…” Ujar Mira lalu mengucup dahi si anak Down Syndrome nya itu.

“Sampai hati awak… sampai hati. Hina sungguh saya sekarang di mata awak, ya abang?” Lirih Mira kian mengejapkan lagi dakapan tersebut.

“Mi…ra… Mi…ra…”
Bergerak-gerak cuping telinga Mira saat lorong pendengarannya itu diterjahi bisikan halus yang memanggil-manggil namanya.

“Mi…ra… Mi…ra… ke sini Mira… Mi…ra…” Suara itu seperti menyerunya agar bangun dan menyusun langkah kaki ke arah hadirnya suara tersebut.

“Ama… Ma… ma… angan… tu… tu… angan!” Ika menjerit sambil tergeleng-geleng pabila ibunya itu bangun dengan cara mengejut dan tidak semena-mena dari erat mendakapnya.

Di pandangan Ika suara itu datangnya daripada makhluk yang sedang merangkak dan berasal dari bawah katil mereka itu.

Mira berjalan tegak dengan mata pegunnya memandang ke satu arah, laksana terkena pukauan saja.

“Allahuakbar! Allahuakbar!”

Pap! Lampu pun terang-benderang semula setelah alunan azan subuh berkumandang. Barulah Mira pada saat itu terpinga-pinga. Terkebil-kebil matanya melilaukan pandangan.

“Mam… mama!” Ika menjerit lagi. Laju Mira menerpa ke arah anaknya itu. Mereka berdakapan semula dan duduk di atas katil.

“Apa semua ini? Ika. Mama nak balik kampung. Ika duduk kejap. Mama nak berkemas. Mama rasa tidak sedap hati,” ujar Mira setelah meletakkan si kecil itu atas tilam.

Ika hanya mampu tunduk menekur lantai saja. Dia bukannya tahu banyak benda. Tetapi dia tetap tahu papanya bencikannya.

***

Siapa menyangka hantukan yang jika nak di ikutkan tidaklah berapa kuat tetap berjaya membuatkan Efy koma dalam seminggu.

Dan di dalam waktu koma itu. Efy di datangi pelbagai mimpi yang menakutkan. Yang pasti, kesemuanya berdarah dan terkait dengan sebuah rumah usang berdekatan muara.

Yang paling menakutkan adalah dirinya berada seorang diri di tengah-tengah muara. Kemudian di atasnya pula ada ribuan gagak hitam bermata merah nyaring berbunyi seperti memarahinya.

Dalam mimpi itu juga, Efy ternampak susuk tubuh lelaki membagi belakang sedang melakukan ritual yang pelik. Tapi dia tak mampu untuk berada dalam jarak yang dekat. Seolah-olah ada dinding penghalang lutsinar.

Sewaktu itulah mesin jantungnya terkadang drafnya naik turun. Terkadang mendatar terus. Berbunyi-bunyi.

Efy selalu dengar sosek-sosek berupa orang membaca mantera di tepi telinganya. Dia mahu bangun tapi tidak berdaya. Atas tubuhnya terlalu berat.

Afiq pula baru saja sampai di hospital. Memang dia bercadang mahu membawa Efy ke klinik tetapi niat tersebut dia batalkan.

Kini dia yang baru pulang dari rumah Pak Karto tersenyum penuh makna pada botol air di seat sebelahnya itu.

“Ngapain kamu mahu sangat menundukkan perempuan ini bukankah lho bisa aja dapat cewek-cewek lain yang lebih ganteng dan kaya dengan ilmu aku, kok.”

“Kerana Efy tetap Efy. Ya, memang aku mampu dapatkan perempuan jauh lebih cantik, seksi dan kaya daripada dia tetapi aku tahu, Efy ni ada sesuatu. Dan sesuatu itulah yang sedang menguji kesabaran aku ini. Aku akan ceraikan Mira. Aku dah tak peduli!”

“Nur Amira Bt Sulaiman. Aku Afiq Abdul Rahman Bin Osman akan menceraikan kau dengan talak tiga.”

Tersenyum tatkala ibu jarinya laju menekan ikon sent.

“Sekarang. Dia benar-benar mati dalam hidup aku. Dan kalau ikutkan, memang semalam aku nak bagi dia mati. Anak h4r4m itu pun sama biar kedua-duanya, m4mpus dicekik dek hantu Pak Karto tapi tak apa. Aku tahu siapa Mira. Dia lemah!” Ujar Afiq langsung saja dia membuka daun pintu kereta.

Telefon pintar terus saja disimpannya ke dalam poket. Setelah keluar dan pintu ditutup. Afiq tersenyum-senyum saat melangkah ke bangunan hospital itu.

Walau dia tidak dapat keluar dating dengan engineer baru dia kenali itu dalam masa terdekat ini, dia yakin lepas saja Efy menjadi bodoh setelah mengahwininya dia.

Pertemuan tersebut akan berlangsung dengan begitu mudah. Termasuklah perempuan-perempuan lain.

Mira di rumah terduduk. Beg masih terbuka dan tersadai atas katil. Berlinangan lagi airmatanya saat menatap mesej ringkas dari sang suami.

Kali ini dia keluar memang untuk selamanya. Terkesat-kesat jarinya pada kedua-dua belah mata yang kebasahan.

“Sampai hati awak, abang buat Mira dan Ika macam ini. Tak mengapalah, kalau ini yang awak mahu akan saya tunaikan. Cuma satu je yang saya harapkan dari awak, abang. Bertaubatlah. Bertaubatlah sebelum terlambat. Bukalah apa yang ada tubuh itu,” ujar Mira.

Dia bukannya tidak pernah nampak tangkal di pinggang, lengan dan cincin yang tersarung di ‘daerah larangan’ suaminya itu. Namun dia juga tiap kali berdekatan dengan suaminya itu menjadi dungu serta lugu.

Mira bangun. Dia bernekad akan balik ke kampung pada hari itu juga. Sungguh pun, dirinya diperlakukan umpama sampah tetapi Mira tetap ingin membantu Afiq agar keluar dari belenggu ilmu neraka itu.

Mira terus terus terduduk semula lalu mengancing beg sekolah yang sudah dia isikan beberapa helai bajunya dan Ika. Kemudian sebelum telefon pintar disimpan ke dalam beg sandangnya itu. Dia menatal nombor perempuan bernama Efy.

“Salam. Saya tahu awak ada menerima mesej daripada saya tetapi awak tidak membalasnya. Tak mengapalah lagipun kini saya memang benar-benar sudah tiada. Sudah mati dalam kehidupan Abang Afiq. Dia ceraikan saya dengan talak tiga hanya melalui Whatapps saja. Betapa hinanya saya di mata dia. Saya tahu, mungkin naluri saya tersilap jua dalam menafsir orang. Awak juga mungkin sama sepertimana yang lain lebih mempercayai kata-kata Afiq. Terpulanglah. Cuma satu saja pesanan saya, cepatlah bertindak sebelum terlambat.”

Ini juga petikan mesej sebenar dari isteri Afiq kepada Efy sewaktu wanita itu masih di dalam wad namun ada pengolahan ayat di beberapa perenggan.

Mira sebenarnya masih lagi tidak mengetahui bahawa Efy juga teruk kenanya malahan kena tahan di dalam wad.

***

Sempat lagi Afiq merenyeh dengan beberapa orang nurse semasa berada di dalam lif.

Terbuka saja pintu dan mereka pun keluar lalu berpecah arah. Afiq ke wad pertama yang menempatkan Noer Effina.

Setibanya dia di depan pintu. Pintu tersebut terus ditolak olehnya sambil mulut berkumat-kamit.

‘Sayang. Sayang, jangan sesekali pernah terlintas untuk tinggalkan I jika tak mahu, hidup you merana. l sanggup buat you perlahan-lahan terseksa!’

Efy dengan pantas menutup wajahnya bila kata-kata yang acapkali kedengaran di lorong pendengarannya itu, mengejar jaganya pula.

Terhenjut-henjut bahu. Sesekali, kedengaran esakannya yang masih lagi berlagu sendu.

Mesej-mesej dari perempuan-perempuan itu termasuklah dari Mira masih lagi tetap bergentayangan dalam ruang legar pemikirannya. Sungguh dia sesak. Dia semak. Dia juga buntu kenapa dia boleh jadi sebegini rupa.

Mahu menyesal juga tiada guna. Sampai bila, dia mampu bertahan?

Itu pilihannya.

“Sayang?” Dan sapaan dari suara garau itulah, yang merupakan seksaannya selama ini.

Efy sebenarnya, ingin pergi dari hidup Afiq. Kerana Efy sudah tahu akan kisah
kecurangannya. Dia semakin lelah melihat
perampas Afiq.

Apatah lagi, Efy juga bakal dituduh sebagai perampas. Penyondol kerana pada hakikat sebenarnya Afiq bukanlah seorang duda yang kematian isteri.

Dia sudah mempunyai seorang isteri iaitu Mira. Mereka juga sudah dikurniakan seorang anak istimewa.

‘Ya Allah. Selama ini, perempuan-perempuan dalam mesej henfon itu aku anggap perampas. Hakikatnya, aku juga seorang perampas. Aku jugak penyondol. Aku malu pada diri aku…’

‘Selama ini, aku kutuk jantan-jantan sebegini. Tetapi sekarang aku juga berada dalam genggaman jantan sebegini. Ya Allah… bodohnya aku…’

Hanya satu kekhilafan, Efy terpaksa hidup dalam keadaan menderita terbelenggu dengan ilmu setan Afiq.

“Sayang…” Afiq terpaksa meleretkan seruannya bila Efy yang sememangnya sudah terjaga dari alam komanya bagaikan sengaja mahu menunjuk protes dengan tidak menjawab panggilannya itu. Sudahlah wajah pucat itu asyik nak monyok saja.

Memang dia tak berselera mahu menghadapnya tetapi demi nak melunasi nekadnya itu. Afiq hadapnya jua.

Dan seperti biasa perasaan marah dan sebal yang tadinya merusuh hebat dalam sanubari kian mereda pabila berdekatan dengan lelaki itu.

“Efy nak nikah dengan abang,” ujar Efy seraya mendongak lalu melawan tancapan tajam mata Afiq. Afiq terbata-bata. Terkejut pun iya juga. Permintaan itu dengan tidak semena-mena.

“Efy nak nikah dengan abang. Abang dengar tak?” Suara Efy kian naik satu oktaf.

‘Hai…aku belum lagi bagi dia minum air jampi dan kotor ni, dah tak sabar-sabar nak nikah dengan aku?’ Hati Afiq berdesis penuh makna. Senget senyumannya. Sinis.

Tetapi tangan yang memegang telefon berpaparan mesej terbaru dari Mira menggeletar di balik selimut yang menyelubungi tubuhnya itu.

‘Apa dah berlaku pada aku ni. Kenapa itu yang aku minta?’

‘Patut pun kau minta nikah. Kau lupa siapa kau sekarang? Kau ingat ada ke lelaki lain yang nak buah ditebuk?’

Efy berdebat dengan perasaannya sendiri. Mesej yang baru dia terima dari Mira itu benar-benar menambahkan lagi rasa kebencian tidak terungkapnya itu.

“Ya sayang. Abang dengar. Baiklah nanti abang arrange kan semuanya, termasuk butik, ya sayang…” Ujar Afiq menuangkan air dari dalam botol ke dalam gelas lalu disuakan pada Efy.

Efy sememangnya dahaga pada masa itu terus minumnya tanpa sempat membaca bismilah pun. Hati dan mindanya bercelaru.

Efy terasa sesuatu pada minuman yang baru dia habisi itu namun gelas tetap dia hulurkan semula pada Afiq.

Diikutkan Efy mahu memarahi Afiq. Mahu menyoal pasal kesemua perempuan-perempuan itu lagi tetapi entahlah. Dia sendiri pun keliru tiap kali dengan lelaki itu, lidahnya pasti mengelu.

Leher pula pasti akan berasa di gelangi sesuatu umpama rantai yang ketat walau ia tidak terlihat dari mata kasar tetap boleh merasainya.

Dua orang jururawat masuk secara tiba-tiba. Seorang memegang mesin pemeriksaan blood pressure. Dan seorang lagi memegang bekas kidney berisi ubat.

Hampir nak terjegil mata Afiq memandang tepat ke arah dada nurse yang mahu memeriksa tekanan darah Efy. Efy bukannya tidak perasan tetapi dia umpama patung tanpa ada perasaan.

***

Sudah sebulan dia menjadi isteri kepada Afiq. Afiq pula di belakang pengetahuan isterinya itu, terpaksa naik turun mahkamah atas hal perceraiannya dengan Mira dan hal di tempat kerjanya.

Rupa-rupanya ada di antara perempuan-perempuanyang dia kelek ke sana dan ke mari itu, ada yang tidak boleh dipercayai kini dia pula menanggung perihnya.

Menggeletar hebat tangan Efy tatkala jarinya terseluk sesuatu. Peket kecil
berjenama Durex yang diangkat kelam-kabut di simpankan balik.

“Aku memang dah agak kau memang tak pernah nak berubah walau aku dah kau simpan dalam rumah ni. Aku pula tetap menjadi bodoh dan kuli kau. Kau memang benar-benar jantan tak berguna!”

“Hari itu ada kesan lipstik pada kolar. Aku tanya kau nafikan. Kali ini dah cukup buktinya. Kau memang tak berguna!”

Seperti biasa, nombor perempuan lain pula yang perlu Efy lihat dalam senarai telefon Afiq. Afiq masih lagi tidak sedar di waktu dia sudah lena di ulit mimpi, Efy bangun lalu mengintip setiap mesej, rekod panggilan dan gambar-gambar yang ada dalam telefon pintar lelaki itu.

Daya ingatan Efy sangat kuat sebab itulah dengan mudahnya, dia boleh akses telefon berkunci dengan kod itu. Kemudian Efy blueetooth kesemuanya ke telefon miliknya.

Ini akan di jadikan sebagai bukti. Memang ada separuh watak Efy ini tunjukkan pada saya, sang penulis. Jijik. Itu saja perkataan saya.

Bertepuk sebelah
tangan takkan berbunyi?

Itulah ibarat mereka-
mereka ini. Bukan
sahaja maruah. Tapi, wang juga hidup-hidup di tipu oleh lelaki bernama Afiq Abdul Rahman.

Pun begitu, ada juga
yang masih dapat menyelamatkan maruah mereka kerana
sudah tersedar dari
awal.

“Saya… saya memang tak tahu, wak… saya benar-benar tak sangka dia lelaki sebegitu…”

Itu adalah di antara mesej- mesej mereka yang sudi bekerjasama dengan Efy.

Pun begitu, ada juga yang menuduh Efy ini, cemburu dan gila jantan. Dan mereka-mereka ini pula bermatian mempertahankan lelaki tak berguna satu sen itu!

Apakah kerana belenggu ilmu Afiq juga atau mereka sendiri yang suka dengan belaian mesra jantan itu.

Bunyi deruan enjin kereta merencatkan menungan Efy. Kelam-kabut dia memperkemaskan dirinya untuk menyambutkan suaminya itu.

Dan sehingga ke saat itu, Efy masih lagi gagal menemui sebarang tangkal. Biar pun dia sudah mencari sehingga ke bawah katil.

* Bhgn kedua nanti saya upload ada 3 episod pnjang lagi. ( epi 6,7,last)

TINTA KELAM.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

TINTA KELAM

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.