Dia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku nak kongsi beberapa pengalaman aku sepanjang aku hidup ni. Lol. Untuk pengetahuan korang, ada masa-masanya aku boleh rasa benda tu ada, ada masa-masanya aku boleh nampak tapi tak lengkap. Walaupun aku dah ‘agak’ biasa dengan benda tu, tapi aku still ada rasa takut. Hahaha. Cerita aku cerita pendek sahaja. Sorry kalau tak seram. Harap korang enjoy.

Pengalaman 1
Benda ni jadi tahun lepas. Biasalah budak sekolah, ada homework nak kena buat lepas tu malas jadi tertangguh. Hahahaha. Mak aku pulak tak suka bila anak-anak dia buat kerja last minute. So aku pergi tumpang bilik adik aku nak buat kerja sekolah takut terkantoi dengan mak aku punya pasal. Hehe. Then aku pon khusyuk buat kerja sekolah aku sambil hadap pintu. Masa tu pintu bilik terbuka. Tengah-tengah buat kerja tu, tiba-tiba ada muncul kaki, taklah sepenuhnya, aku just nampak jari jemari je. Warna kulit dia putih pucat macam dah lama berendam dalam air tak keluar keluar. Dalam rumah aku ni tak ada pon orang yang putih pucat macam tu. Pastu perlahan lahan dia ke belakang menghilang. Aku ni takut, takut jugak tapi suka cari pasal. Aku jenguk kepala keluar. Tak ada apa-apa. Terus aku rasa tak sedap hati lepas tu aku adjust posisi aku. Hahaha. Memang taklah nak menghadap pintu lagi kan.

Pengalaman 2
Ni kerap terjadi. Benda ni berlaku tiap kali aku solat tak kira subuh ke, zohor ke, asar maghrib isyak. Kiblat kat umah aku menghadap pintu bilik. Masa aku solat, memanglah niat kita nak mendapat khusyuk tu en. Untuk pengetahuan korang, kalau aku solat, aku tak tutup pintu. Aku biarkan je ternganga. Aku solat punya solat, aku rasa ada benda main chak-chak dengan aku sebalik pintu tu. Korang rasa aku khusyuk tak tiap kali solat? Hahaha. Sampai satu tahap tu, aku tengah rukuk nak ke sujud pulak, aku stop solat. Geram punya pasal aku pergi jenguk. Tak ada pulak. At last, aku cakap dah la tu kacau aku. Aku nak solat ni. Untuk hari tu, dorang tak kacau aku. Lain hari start balik. Dasar tak paham bahasa.

Pengalaman 3
Benda ni berlaku tahun ni. Aku suka berkurung dalam bilik sambil baca manga kat dalam phone. Waktu tu waktu malam. Aku tengah seronok membaca ni, korang bayangkan tiba-tiba baju aku kena tarik. Masa tu aku tengah baring kat atas katil. Aku lahai. Aku tengok kiri kanan atas bawah tak ada orang. Takut-takut adik aku sebab adik aku ni suka prank orang dalam rumah. Lagi aku kalau membaca manga memang umpama dalam dunia sendiri sampai orang bukak pintu pon aku tak dengar dan sedar. Start daripada situ fokus aku kat membaca dah hilang. Aku pon ‘oh okay’. Lepas tu, boleh pulak aku membaca lagi tu tiba-tiba katil melendut macam ada orang lain ada kat atas katil dengan aku. Tak ada orang tapi katil melendut wey. Korang rasa? Aku dah berdebar-debar masa tu. Terus aku bangun pergi ruang tamu. Tidur pon kat ruang tamu. Hahahaha.

Pengalaman 4
Benda ni baru je terjadi. Masa tu aku dengan kakak aku teman mak aku pergi rumah member dia. Dekat mana tu biarlah rahsia. Aku cerita sikit keadaan sekeliling. Nak masuk lorong rumah member mak aku tu, kena lalu jalan kecil yang keliling ada semak samun dengan pokok tebu yang panjang-panjang tu. Aku tak tahulah pokok tebu ke apa, tapi memang panjang-panjang. Dah la rumah dia ke dalam nun jauh tersorok. Waktu kitorang sampai rumah dia tu, waktu malam, aku dengan kakak aku memang penat. Kitorang malas nak turun kereta. So mak aku je la yang turun. Kaum-kaum mak ni paham-paham je la kan. Bila berjumpa memang tak ingat waktu nak balik. Haih.

Kakak aku kat bahagian depan, aku pulak conquer seat belakang. Hoho. Aku ambik seat belakang penumpang, maksudnya belakang kakak aku lah. Tempat mak aku parking kereta pon tak nak kalah. Pemandangan depan dengan belah aku pokok-pokok. Memang gelap woii. Kat situ coverage internet memang usah harap la nak dapat. Jadi kitorang dengarlah radio. Aku ni ada habit tak boleh dengar lagu volume slow. Mesti 2* ke atas aku pasang. Lepas tu, tah apa tiba-tiba aku tergerak hati nak pandang luar kereta. Masa tu aku ternampak satu susuk tubuh berdiri kat salah satu pokok. Pakaian serba putih. Rambut panjang mengurai. Aku ni rabun jauh. So aku tak nampak muka dia. Dia pandang arah dalam kereta.

Aku tengok cerita-cerita hantu kat tv kalau jumpa hantu mesti terkumat kamit mulut dok membaca surah. Ada member aku kata bila kau nampak benda tu depan-depan, semua surah yang kau baca memang tak akan muncul dekat fikiran masa tu. Tipulah kalau nampak benda tu dan dan tu boleh pulak ingat nak baca ayat kursi segala bagai. Dan benda tu memang betul pon wey. Ayat first yang keluar dari mulut aku ‘oh shit’. Hahahaha. Bukan cakap perlahan. Jerit satu kereta. Adoi. Time tu kakak aku pandang belakang, dia terstop sebab mungkin dia fikir aku cakap benda tu kat dia kot. Hahahaha.

Pastu aku tak pandang langsung luar kereta. Aku lelap mata, main phone. Padahal bukan ada internet pon. Saja acah acah main phone. Hahaha. Kakak aku pulak kejap-kejap pandang belakang. Pastu dia lagilah. Dia pengguna celcom. Celcom kat situ lagi usah harap la. Terus H. Aku pelik dengan kakak aku main phone masa tu. Tapi aku biarkan je la. Pastu dia cakap dengan aku bila mak nak balik ni. Aku pon gelisah jugak dah masa tu. Lama jugak la kitorang dalam kereta akhirnya muncul jugak mak aku. Pastu aku sindir la ‘kejap je nak jumpa’. Hahahaha. Mau taknya. Kata kejap, sampai ke sudah sampai benda lain teman kitorang tak jugak muncul-muncul. Balik tu semua senyap.

Esoknya kakak aku cerita dia nampak benda kat pokok-pokok tu. Rupanya kitorang nampak benda sama. No wonder la dia main phone even line tak ada. Pastu aku cakap la kat dia ‘kau ingat tak yang aku kata oh shit tu? Tu sebab aku nampak la terkeluar ayat tu’. Dia pon ‘lah ye ke. Kau nampak jugak rupanya’. Masa tu terjadilah sesi meluahkan apa yang terjadi malam tu. Rupanya mak aku pon ade cakap kawan mak aku tanya datang sorang je ke. Mak aku kata ada lagi dua orang dalam kereta tu. Pastu dia cakap kenapa tak bawak dorang masuk sekali. So nampak sangat dia tahu kat luar kawasan rumah dia ada benda-benda tu. Kitorang pon hmm. Hahahhaha. Tak terkata.

Okay, itu je lah setakat ni. Nak cerita semua pengalaman memang tak la. Kejung karang jari aku. Ada masa kita jumpa lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.