Mimpi Misteri

Salam warga FS. Aku tak da pengalaman seram pun nak diceritakan, tapi kisah mimpi misteri abang aku. Aku dan abang memang sangat rapat sebab hanya kami berdua sahaja adik beradik dalam keluarga kami. Dan memang tiada rahsia antara aku dan abang aku.

Ibu dan ayah aku pun tak tahu pasal mimpi misteri abang aku sebab kami tak pernah cerita pun dekat diorang. Hanya aku dan abang aku yang tahu. Mungkin bagi pembaca ianya tidak seram, tapi bagi aku, ianya kisah misteri yang tidak dapat diungkaikan. Umur abang aku sekarang 28 tahun. Bukan aku nak memuji ke ape, tapi abg aku menjadi idaman setiap wanita sebab abang aku boleh dikategorikan seorang yang agak hensem. Tapi jenis abang aku, dia tak suke sangat layan2 perempuan ni. Sebab tu lah sampai sekarang abang aku ferever alone, hehehe.

Ok, berbalik pada kisah mimpi abang aku tu. Pada tahun lepas, abang aku 4 kali bermimpi dengan orang yang sama dan mimpi tu seolah2 bersambung sambung. Awal tahun lepas, abang aku bermimpi dia berkenalan dengan seorang gadis. Gadis tu memang cantik, putih, lemah lembut. Rambut panjang sampai ke pinggang. Gadis tu ajak abang aku bersiar-siar ke kampung halamannya. Abang aku ikut gadis tu. Kampung tu sangat cantik, para penduduk kat situ semua ramah2 dan semuanya pakai baju orang2 lama macam pahlawan. Lepas tu abang tersedar dari mimpi. Tapi abang aku tak peduli lah dengan mimpi sebab tu hanyalah satu mimpi.

Tapi, pada pertengahan bulan lepas, lagi sekali abang aku termimpi pada gadis yang sama. Abang aku mimpi dia berkahwin dengan gadis tu. Semua penduduk dalam kampung halaman gadis tu meraikan majlis diorang dengan meriah. Sekali lagi abang aku tersedar dari mimpi yang indah itu. Abang aku bagitahu lepas pada dia mimpi dia berkahwin dengan gadis tu, dia sering terasa seperti diperhatikan. Macam ada seseorang yang selalu dengan dia.

Contohnya, sebelum abang aku mandi nak pergi kerje. Selepas abang aku keluar bilik air, dia ternampak baju yang hendak digosok sudah pun siap digosok dan diletakkan atas katil. Bila abang aku tanye aku ada tolong gosokkan baju dia, memang tak lah aku jawab sebab aku bukan rajin sangat nak gosok2 baju orang ni. Bila tanye ibu aku, lagi lah ibu aku tak gosok. Takkan ayah aku pulak kot. Sejak dari tu, segala macam keperluan abang aku akan disediakan. Tapi abang aku buat2 macam xde ape yang berlaku sebab abang aku tak percaya sangat kisah2 mistik ni.

Sampailah bulan 8 tahun lepas. Abang aku lagi sekali bermimpi pasal gadis itu. Kali ini gadis yang dalam mimpinya sah menjadi isteri abang aku dan mengandung. Dalam mimpi abang aku tu, dia bahagia sambil usap2 perut gadis tu. Aku nak cerita pun bukan pndai sangat sebab bukan aku yang mengalami mimpi tu. Bila abang aku terjaga dari mimpi tu, abang aku terus muntah2 dan loya macam orang mengandung. Mengidam macam2 mengalahkan ibu mengandung.

Abang aku ada ceritalah akan perihal mimpi tu dengan aku. Aku suruh pergi jumpa ustaz, tapi abang aku taknak sebab dia cakap tu hanyalah mimpi. Mainan tidur. Aku pun malaslah nak ajak abang aku lebih2 sebab aku tau jenis abang aku ni. Kalau A, A lah jawabnya. Takkan ada B dan C dah. Akhirnye, pada akhir tahun lepas. Lagi sekali abang aku bermimpi. Mimpi dengan orang yang sama. Gadis tu dah selamat melahirkan baby boy. Gadis tu suruh abang aku berjanji yang abang aku akan selalu menjaga dan menyayangi dia. Abang aku berjanji dengan gadis tu dia takkan tinggalkan gadis tu.

Dan sekarang, hidup abang aku memang orang nampak normal tapi itulah, abang aku rasa macam dia hidup berdua. Memang abang aku tak nampak apa2 yang pelik dalam rumah aku. Cuma dengan melalui mimpi tu abang aku berjumpa dengan dia. Dan setiap kali abang aku dapat gaji, dia mesti cakap macam ada tanggungjawab yang besar je dalam hidup dia. Entah lah aku pun tak tahu. Puas pujuk jumpa ustaz tapi abang aku xnak. Dia cakap mainan tidur je. Aku kekadang takut duk kat rumah sorang2. Yelah kan, duduk sorang2 kat rumah, buat nye aku nampak ‘isteri’ abang aku kang naya.

Aku harap pembaca janganlah kecam aku ke ape. Aku sekadar berkongsi. Aku harap suatu hari nanti aku dapatlah pujuk abang aku tu untuk jumpa ustaz k. Sampai sini dululah. Aku bukan pandai sangat karang panjang2. Ayat pun tunggang langgang. Ok lah admin. Tq..
Assalamualaikum.

Adik

24 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *