#DiariSu – Misteri Julia (Bhg. 2)

-senyap-

Kenapa senyap? Julia dah masuk tidur ke? Atau dia dah penat kacau aku? Aku masih berselumbung dalam selimut. Aku tak berani hendak buka walau seinci pun selimut aku. Masa kecil aku sudah biasa berhadapan dengan makhluk halus tetapi sekarang ini situasinya berbeza, aku berhadapan dengan seorang manusia tetapi manusia yang bersifat psiko.

KLIK!
Bunyi tombol pintu dibuka.

KEDEGANG! KEDEGANG!
Bunyi bising seperti barang dialih atau ditolak kasar. Hatiku berdebar sebab aku yakin bunyi itu datang dari dalam bilikku.

“Julia masuk bilik Su tau. Kenapa Su kunci pintu? Nyaris rumah kita ada kunci pendua kat tangga bawah tu. Maaf sebab jatuhkan barang Su, biar Julia letak kat tempat asal dia balik.”

Secara jujurnya, aku sudah hilang akal ketika ini. Aku hanya terfikir mungkin ini saat-saat terakhir aku bernafas didunia ini dan aku salahkan kunci pendua tersebut sebab tak reti nak sorokkan diri waktu dalam keadaan terdesak macam ni. Julia menyusun meja yang terbalik ketepi dinding, di posisi asalnya. Aku tak nampak tetapi aku dengar dan aku dengar bunyi tapak kakinya menghampiri aku.

Krekk! Bunyi katilku dinaiki seseorang. Nafas Julia jelas kedengaran disebelahku. Badanku menggeletar saat tangan Julia memeluk erat pinggangku.

“Su takut dengan Julia ke?”. Aku tidak menjawab, hanya kedengaran esakan tangisku yang tak mampu aku selindung lagi.

“Shhhh! Shhhh! Shhhh! Jangan nangis, Su budak baik tak macam Farah. Julia suka ada kawan macam Su dan Aimi.”
Julia berkata sambil menepuk-nepuk tubuhku seperti seorang ibu yang sedang mendodoikan anaknya dan entah bila aku tertidur.

************
-6.30 pagi-

“Ju…Julia! Bangun! Solat subuh.” Ibu jari kaki Julia aku pegang dan goncangkan perlahan. Sunnah Nabi Muhammad S.A.W ketika mengejutkan seseorang dan cara ini aku dapati lebih efektif dan tidak annoying. Julia terpisat-pisat bangun dari katilku.

“Malas.” Hanya sepatah yang dijawab dan Julia melangkah keluar dari bilikku.

Aku mengeluh kecil. Semalam aku sudah bertekad bahawa aku akan hadapi semua ini dengan tenang. Manusia psiko jangan dilayan kasar dan cuba ikut rentaknya. Aku kena berjalan tiga langkah kehadapan untuk atasi semua ini. Langkah pertama, aku sorok kunci pendua semua bilik ditempat yang aku sahaja tahu. Kalau Julia bertanya? Itu akan aku fikirkan nanti.

Semenjak Farah meninggalkan rumah kami, aku perasan yang Julia tidak pernah solat. Mulanya aku berfikir yang Julia sedang dalam tempoh period tetapi tidak mungkin lama sangat periodnya. Kalau lama, itu sudah dikira d***h penyakit, Julia pun tahu pasal itu. Dan aku perasan Julia akan menjeling tajam, merengus kasar atau sengaja dihempaskan pintu dengan kuat ketika aku sedang mengaji. Aku tiada mood untuk menulis pagi ini. Kepala aku terasa seperti membawa bebanan bertan-tan. Aku langkah kaki menuju ke dapur dan aku lihat Julia sedang memotong sayur sawi.

Aku cuba menegur dengan nada seperti biasa: “Rajin Julia masak pagi-pagi ni? Su baru cadang nak masakkan sarapan pagi.”

Julia : “Kau buat je lah sarapan pagi tu. Kat rumah nak makan apa? Aku masak untuk Izham kesayangan aku tu.”

“Ooo… ingatkan untuk makanan orang dalam rumah. Sayang betul Julia kat Izham tu kan?.” Aku berkata sambil tanganku membelek bahan-bahan yang ada didalam peti ais.

“Mestilah sayang. Julia sayang sangat-sangat kat Izham. Tengok ni. Masa nak masak pun kena selalu tengok Izham.” Julia menunjukkan skrin telefonnya yang terpampang wajah Izham sambil tersenyum riang.

Aku : “Sweetnya Julia. Untunglah Izham tu dapat Julia, kan? Julia tak cerita pun kat Su macam mana Julia boleh bercouple dengan si ‘deham’ tu.”

Julia menjelingku tajam. “Suka suki kau je panggil dia deham. Hello! Nama dia Izham, okay? Aku memang suka dengan dia dari dulu lagi. Kau bertiga je yang tak tahu.”

Julia berkata dengan nada selamba. Dari reaksinya memang aku rasa Julia maksudkan apa yang dia cakap tapi aku perasan sesuatu yang aneh pada Julia. Julia psiko atau disihir? Perubahan wataknya seolah-olah Julia yang dulu, yang lemah lembut, bercakap ayu dan tak pernah bahasakan diri ‘kau’ ‘aku’ itu seperti tak pernah wujud. Julia yang berada didepanku sekarang seolah-olah Julia yang baru, Julia yang tak pernah aku kenali dan tiba-tiba aku teringat kisah Datin Rin dan Fitri. Julia kena ubat pengasih dari Izham ke? Sayangnya pada Izham lain macam. Astarghfirullahalazim! Tak patut aku berburuk sangka.
“Ohooo hoiii… Assalamualaikum! Kau berangan apa sambil duk depan peti ais ni?.” Aimi menjerkahku dari belakang. Hampir terlempar bekas yang berisi ayam ditanganku. Entah bila Aimi pulang kerumah.

Aku: “Mana ada aku berangan, aku berfikir. Yang kau ni balik-balik main sergah je nyaris aku tak pegang pisau kalau tak, dah terpacak batu dua kat belakang rumah kita ni.”

Aimi : “Sorry..sorry.. hehe. Ni makanan untuk siapa? Berbungkus bagai. Kau nak bagi kat Ustaz Imran ke?”

“Kau jangan usik tupperware tu. Julia punya, dia nak bagi kat Izham.” Aku menepis tangan Aimi yang hendak membuka penutup tupperware itu. Julia mungkin tengah bersiap didalam biliknya. Entah bila Julia beredar dari dapur pun aku tidak perasan.

Aimi: “Julia nak keluar la kan? Great! I’ve a big good story to tell you. Aku tukar baju dulu dah siap nanti aku turun, kita bergosip.”

Aku: “Okay. Aku pun ada cerita nak ceritakan kat kau.”

Julia keluar tanpa kata dan aku pun malas nak ambil tahu. Ikutkan hati, aku nak keluar saja dari rumah tu sejak peristiwa semalam tetapi aku takut Julia akan bertindak lebih agresif lagipun aku tak sanggup tinggalkan Aimi bersama Julia. Buatnya dikokak si Aimi tu, menyesal seumur hidup pun dah tak guna.

Aimi : “Julia dah keluar kan?.” Aku hanya mengangguk.

Aimi : “Kau tahu.. semalam aku jumpa Datin Rin tu masa aku tengah dinner dengan big boss aku.”

Aku: “Aku dah muak la dengar cerita pasal Datin tu. Kan kau kata dia dah jadi gila, boleh pula dia keluar pi makan tempat open macam tu. Owner restoran tak halau orang gila ke?.”

Aimi: “Kan… aku pun fikir Datin Rin tu dah jadi gila tapi semalam aku nampak dengan dua biji mata aku ni yang Datin Rin tu normal dan yang buat jadi tak normalnya aku tengok Datin tu macam tengah tunggu seseorang dan kau tahu siapa?.”

Aku rasa macam nak hempuk sahaja kepala minah depan aku ni. “Mana la aku tahu… siapa? Straight to the point je la.”

Aimi : “Farah beb. F.A.R.A.H.. Farah kawan aku, kau dan Julia tu. Kau tak rasa pelik ke? Mesti la pelik kan? Aku pun sama dengan kau. Pelik ya amat. Kenapa Farah jumpa Datin Rin tu? Ikutkan logik akal aku, skop kerja Farah tak ada kaitan langsung dengan Datin Rin tu.”

Aku terdiam. Semenjak dua, tiga hari ni kadang-kala aku asyik teringatkan kisah mengenai Datin Rin tu. Ada kaitan ke kisah Datin Rin tu dengan apa yang berlaku pada Julia sekarang? Lama-lama berfikir, aku pula yang bakal jadi psiko pula nanti.

Aimi : “Weii.. kau berangan lagi. Kau ni kenapa asyik berangan je. Kau kena sampuk dengan hantu ke semalam masa aku tak ada? Hahaha.”

“Memang pun, aku kena sampuk dengan hantu Julia. Kau la punya pasal. Kau tak tahu apa yang aku kena hadap semalam. Pagi ni pun aku tak percaya yang aku boleh bernafas lagi.” Aku berkata dengan nada sedikit marah bercampur geram.

Aku cerita dari ‘a’ sampai ‘z’ apa yang berlaku antara aku dan Julia. Aimi mendengar dengan khusyuk, sekali pun dia tidak pernah mencelah. Aku nyatakan juga syak wasangka aku pada Izham walaupun aku tahu aku tak patut berperasaan begitu.

Aimi: “Tak apa. Kau rileks dulu. Nanti kau sewa hotel untuk satu malam, biar aku pula duduk seorang dengan Julia. Aku nak tengok, dia berubah tak bila duduk dengan aku atau dia memang dah berubah jadi Julia yang baru.”

Aimi : “Tentang Deham, aku tak fikir dia yang lakukan. Aku syak Farah dalang disebalik semua ni.”

Aku tahu hubungan Aimi dengan Farah selalu dingin tetapi tak kanlah Aimi sanggup memfitnah dan curiga terhadap Farah. Mereka berkawan bukan setahun dua, dari bangku sekolah lagi. Aku mengubah topik mengenai novel yang bakal aku tuliskan dan Aimi galak memberi beberapa komen dan idea untuk watak novel aku. Untuk seketika, aku lupa mengenai misteri Julia.

*************
-Beberapa hari kemudian-

Izham : “Assalamualaikum! Su, right? Ni Izham. Boleh kita jumpa kat mana-mana? Ada hal penting aku nak bincang dengan kau. Ini pasal Julia dan Farah.”

Panggilan dari Izham memang tidak diduga disebabkan aku memang tidak pernah menyimpan nombor telefonnya namun aku tetap bersetuju untuk berjumpa dengannya di warung yang jauh dari rumah sewa aku dan aku fikir tidak mungkin Aimi, Farah dan Julia akan pergi makan di warung tersebut.

Sampai sahaja diwarung tersebut, dari jauh kelihatan wajah Izham yang kerunsingan. Rambutnya tidak terurus dan pakaiannya seperti yang dipakai semalam .

Izham : “Nak makan apa? Air?.”

Aku mengeleng perlahan. “No, thanks. Su tak nak lama, novel tak siap lagi.”
Aku sengaja memberi alasan padahal aku tak mahu dilihat oleh Aimi, Farah apatah lagi Julia. Mahu ini merupakan hari terakhir aku hidup kalau bertemu dengan Julia diwaktu sekarang. Aku tak tahu kenapa tetapi setiap kali aku terbayang akan Julia, aku rasa macam aku bakal m**i saja dan memang aku akui yang aku dah paranoid.

Izham : “Oh! I’m so sorry terpaksa ganggu kau tapi aku betul-betul runsing sekarang ni.”

Aku : “It’s okay lagipun Farah dan Julia tu sahabat aku. Masalah diorang masalah aku juga. So, apa ceritanya?”

Izham : “Minggu lepas Farah datang pejabat aku buat kecoh. Dia terjerit-jerit depan meja kaunter pertanyaan sebab nak jumpa aku. Sebab tak nak kecoh, aku jumpa la dia dan ajak dia pergi berbincang kat tempat lain tapi dia terus melutut pegang kaki aku merayu-rayu suruh aku putuskan hubungan dengan Julia. Kes ni sampai bos aku tahu dan aku dapat amaran pertama.”

Aku: “Kau tak jujur dengan dia masa mula-mula kau bercinta dengan Julia. Mungkin sebab tu Farah masih tak dapat lupakan kau. Aku yakin Farah tak kan buat lebih dari tu.”

Izham merengus kecil. : “Aku harap macam tu lah walaupun masa Farah serang pejabat aku tu dia ada sebut yang dia akan pastikan hubungan aku dengan Julia terputus atau dia akan b***h Julia. Aku pun yakin Farah tak akan bertindak lebih, Farah hanya bercakap dimulut sahaja.”

Aku agak terkejut dengan pengakuan Izham. Farah ugut nak b***h Julia? Apa yang berlaku sekarang ni? Aimi tuduh Farah, Farah ugut nak b***h Julia dan Julia pula berubah seribu darjah. Apa dah jadi pada kawan-kawan aku ni?

Izham : ” Farah tu satu bab. Julia pun satu bab juga. Pening kepala aku sampai aku tak sempat mandi pun sebab tak sabar nak jumpa dengan kau.”

Aku : “Hmmm… kenapa dengan Julia?.”

Izham : “Hari tu Julia beria telefon aku kata dia nak masak dan larang aku makan kat luar. Aku pun ikutkan jela sebab aku nak juga merasa masakan bakal isteri aku tapi kau tahu apa yang Julia masak untuk aku?”.

Aku: “Bukan dia masak sayur sawi ke untuk kau? Aku ada masa dia masak untuk kau tu.”

Izham : “Sayur jadah dia. Dia buka tupperware depan aku sambil senyum-senyum lepas tu cakap macam ni…

“Ni lauk sayur sawi tambah daging kucing. Semalam Julia bagi racun kat kucing jiran tepi rumah tu sebab kucing tu kencing kat kasut Julia yang Izham hadiahkan tapi Izham jangan risau, Julia dah basuh dengan axion dah dalam badan dia. Kuman mesti tak ada melekat dan racun-racun tu mesti dah terhakis. Izham makan la ya.”

Izham : “Nyarislah otak aku bergeliga lagi waktu tu. Aku buat-buat macam bos call aku dan suruh aku turun site waktu tu juga. Jadi, aku kata kat Julia yang aku akan makan kat site. Nyarislah dia percaya.”

Masa ni kan even waktu aku tulis ni kan, aku tak tahu nak simpati ke nak gelak bila dengar cerita si Deham ni. Kalau situasi ni berlaku kat aku, memang aku menangislah tapi bila dengar cerita daripada ‘mangsa’ Julia membuatkan aku rasa nak gelak terbahak. Siap basuh dengan axion, kau hado?

Tetapi gelak aku tak lama sebab aku terfikir… maknanya bukan Izham yang berikan ubat pengasih pada Julia? Julia memang psiko? Atau Farah yang sihirkan Julia sampai Julia bertindak tanpa sedar seperti yang didakwa Aimi?

******
Seorang wanita lingkungan 20-an menghampiri beberapa gadis-gadis muda yang sedang bergelak ketawa disebuah restoran mewah sambil tersenyum.

“Adik nak beli novel? Cinta atau Thriller?”

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#DiariSu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

202 thoughts on “#DiariSu – Misteri Julia (Bhg. 2)”

  1. aduhhhh…bru nk feel….dh tergantung…
    lemah semangat…..
    bile penulis novel menulis….perasaan nk tau membuak2 rase,,,
    cptla smbung su oiiiii……

    Reply
    • kannnn…. baru nak fefeeling baca stort ne tp tiba-ii to be continue…
      harap su sambung cepat sikit tau.. apapun story meman best???

      Reply
  2. gantung lagi… cepat sambung.. 9/10

    **sebab lately banyak sangat setori pasal psiko ni.. aku dkt opis ni perati je officemates aku sorang2.. minta2 x de la yg x normal..

    **aku kena seru semangat aku td bila FS da tukar design..

    Reply
    • ATUK BG 8/10 sebab cerita pendek sangat!!! jalan cerita ok kire bole layan dan xmembosankan… mcm jalan cerita pertame yg su masukkan part xpenting mmg atuk mengamok!!!!

      Reply
    • Paling ko kena perati Singkong, tu boss ko kaki kiben beger org tu…
      Lg elok ko psg cip utk kesan pergerakan die…
      Hahahahahha…

      Reply
      • hahaha.. tu bahaya kak.. dia bekenan kat laki.. kang2 x pasal2 yg 20k den x dpt yg ini pula yg masuk line.. haha minta jauh la..

        Reply
        • Oooo iyeke????
          Tapi ar kan…
          Klu die syiookk kt ko pn akk caye…
          Ko muke suwiittt sgt…
          Klu akk pkikan ko tudung, Sajat pn melutut mtk resepi kecantikan kat ko tau Singkong…
          Hahahahahhaha…

          Reply
          • alah sajat bukan cantik pon kak.. banyak fake.. singkong ni kalau tak alter tu pon mmg cantik.. aku ada sorang je adik lelaki kak yulie.. tapi kan dia bela rambut lagi panjang dr aku.. rasa mcm semua adik beradik aku pompuan.. nasib adik aku da kawen ada anak dah.. kalau tak aku dah mekapkan.. haha

          • Kalau akk tu mmg dh ku mekapkan gak tu…
            Akk dahlar suke berangan jd MUA, hahahahaa…
            Kalau korg yg pompuan pn kalah mknanye mmg ojg sesgtlah ekk…
            Klu ngan akk, komando pn kalah ngan rambut akk, hahahahahah…

          • hahaha ko bayangkan ashraf muslim mekap kak.. sebab adik aku tu ramai org cakap mcm ashraf muslim.. harap muka jela sama.. jangan bebini dua pulak.. sian adik ipar aku.. syg sgt kat dia.. hehe.. aku penah jugak main tocang2 rambut dia.. dia suka.. sebab nak menyedap kan kak..

        • adoiiilah.. kenapa x off record kak.. x de la jambu sangat sampai mcm itu..
          gelak besar aku baca komen kak long kawasan ni.. hahaha

          Reply
          • singkong kau jangan merendah diri.. kalau tak ngenangkan kau dengan cik bambam tu.. kak mami da jodohkan kau dengan adik kak mami yg solo.. adik kak mami tinggal sorang je tak kawen. kak mami sanggop bagi hantaran kat ko.. tapi ko da ada cikbambam takjadi lah.. hahah

          • adik yg mana kak? yg bela rambut panjang tu ke atau yg original? cikbambam x nampak ni.. kira jadi je la.. haha (cikbambam blocked to see this comment)

          • aihh adik akak yg bela rambut tu da ada bini dik.. ke ko nak bermadu.. haga adik akak sorang tu je jantan yg len pompan.. tinggal sorang je tak kawen.. bgtau mak hujung minggu ni akak datang.. harap cik bambam tak nampak.. hehe

          • Hahaha..cikbambam boleh tau singkong dimana..off record pun blh baca tauu..haa..psiko mcm julia plk den rasa..???

          • cikbambam kak mami da cakap dah dia ada cikbambam tapi dia nak jugak pasal akak offer hantaran kat dia.. nampak tak cikbambam cinta singkong ni mmg mcm singkong.. hahahaha..

          • Uishh..bahaya ni..kak mami,esk den nak anta rombongan meminang si singkong ni..hantaran 21k..up sikit la dr awek 20k..hahaha..akak jgn caras yo..?

          • Ko jambu sket dr Sajat…
            Akk suke tgk sajat sbb kan akk suke org yg cantik tapi cantik yg kasor ade rahang…
            Hehehehheee…

          • aku tak suka sgt la kak pompan ada jaw.. kalau lelaki hensem la ada jaw.. nampak mcm unik n seksi gtu.. kalo pompan ada jaw mcm bini johan rajalawak tu tak kenan aku.. nampak tak tak sama dah taste aku gn kak yulie..

          • Mami…
            Akk sukeeee sgt tgk Ozlyn bini Johan tuuu…
            Ade rahang…perangai kasor…suara serak garau…
            Heheheheheh…

            Kan dh terbukti…
            Kita serupa tapi bukan kembar yang hilang…
            Hahahahahha…

          • hahahahaha.. taste kak yulie mcm adik bongsu aku.. ko tau kak dia punya suka sangat org berjaw ni sampai dia cari asben yg btol gile punya ada jaw.. ala2 model spender omputeh.. dia tepikat sbb jaw je kak.. bukan sebab lain.. yaAllah kadang aku rasa adik aku lagi pelik dari rashid gn julia.. hahaha

          • Kah kah kaahhh…
            Naseb akk x psycho sgt suke tenung kotak sepender…
            Untonglah fmly mami…
            Ade yg Ashraf Muslim (anak buah akk pn ade sorg muke cmni siap tggi lampai), yg muke model sependernye, muke mamakthailand lagi…
            Gempaaqqq…

  3. Eh ehh ehhh…
    Apsal menyakitkan hati sgt ending die ni…????
    Kot iye pn bersambung kasik ar ending penangguhan tu elok2 sket…
    Berbuluuu jer ghase kepala ni dik…

    Serabut pala otak dok pikir sape yg jahat sape yg mangsa benornyeeee…
    Ape yg akk tau skrg akk dok padan mukakan tiga2 manusia Farah, Julia ngan Deham tu, hehehehehe…
    Julia Julia…
    Lengkali jgnlah basuh ngan axion…
    Rendam ngan clorox jer…
    Baru ar cepat lembut dgg kucing tu mcm msk gune Noxxa taauuu…

    Reply
  4. ** yang x suka scroll comments mengarut tu skrang da x yah scroll da.. (Clap3) ada tulisan “comment” kat atas setori tu akan membawa anda ke ruangan komen terakhir..

    **kepada admin Shabas Beteh..

    Reply
  5. Assalamualaikum,Dah lama saya tunggu cerita dari KakSu ? Perasaan ingin tahu dah makin memuncak.Takper, Kak Su ambik lah masa untuk tulis cerita ni.In Shaa Allah, kalau ada masa KakSu sambung ya?

    Reply
  6. next chapter pleasee…
    lepas baca cerita Faz, sekarang cerita Su pula… Maira dah rasa macam tak selamat. macam orang sekeliling ni semuanya berpontesi untuk jadi psiko.

    Reply
  7. aduh asal kak mami tak ingat ha yg first punya jalan cite.. nak kena baca balik.. geram la kak mami skg asik lupa je.. kang aku baca yg first aku lupa plak yg second da kua.. serabut tol la.. jap ag kak mami komen yg murni2.. kak mami ada case nak handle jap.. ada myanmar pagi2 datang opis nangis bos sudah kasi tipu sama dia.. tggu tau..

    Reply
    • Waaahhh…
      Ade gossip pepagi ni ekkk Mami…??
      Nnt share ngan ktorg ape kes Myanmar tu???
      Ke die MENYAMAR jeerr…???
      Heehehhehe…

      Reply
      • hahaha.. kak yulie da past kat pegawai aku dah tadi.. dia dtg nk saman bos dia.. dia kena kencing kat bos.. gaji dia kena tipu.. takda lah gosip besau mana.. ari ni turn aku kat frontline.. aku pon tekezut nengok beg besor gaya nak bekhemah kat sini kak.. ingat ni summer camp ke.. haha

        Reply
  8. Admin! New blog not user friendly for mobile user. I more prefer the old one. but on home page ada TOP 10 Stories tu ok. Tapi tu la. Really hard to read and search for stories. THANK YOU.

    Reply
      • Kannnn… dari tak sakit kepalo terus migrain..
        Sot btul la admin ni.. tp cmni design santik gak la.. sesekali tukar pndangan tulisan an..an..hahaha

        Reply
        • kan teleng pale aku nak mengiyakan baca komen.. makin lame komen yg bawah makin ketepi makin kecik box komen pastu tros muat utk satu urup je.. aku prefer yg baru ni.. mcm umah la.. ari2 dok ngadap design sama je muak aku.. nak gak alih2 perabot sket nampak la lain n segar sket mata tengok kan..

          Reply
    • Santeekkkk takper jgn santet sudaaahhh…
      Alaarrr…
      Janganlah dok hashtag hashtag puji akk weeiii…
      Segaannn…
      Klu nk puji tu biorler satu karangan terus, br rasa sampai tulang sumsum…

      Reply
      • hahaha kak yulie kang sin annur ni buat karangan pasal kak yulie kang takut pulak kak yulie.. dah jadi spesies julia gn rashid pulak.. hastag tu cukup la kak yulie.. seram pulak permintaan ko kak.. hahaha

        Reply
  9. apahal aku rasa macam tak best je? admin! tak bestlah design baru mcm ni. marah ni. font tak best. sususan cerita dekat home page pon tak best. Komen2 pon tak best.

    Reply
  10. Ok guys..kasik ruang admin perbaiki..
    Kang admin paneh aty kang.. di block nye lgi komen.. tak ke naya.. dr seronok nk komen2 sembang ngn kwan2.. lngsung tarak bulih kuminn…

    #adminKauJqnganBuatOnar?

    Reply
  11. Cite pasal psiko nie mmang best..hehe
    8/10.1 sbab gantung..full version baru full score..
    By the way..design lama lagi menarik dari sekarang.. 😉

    Reply
  12. Bro ehkau pnggil denn.. hadehhhh…
    Helok dah hakak lahir kn putera puteri tawww….
    Ade yg aku baing boom kang ni..

    #selaluPujiKakYulie
    Kisah lak haku ??

    Reply
  13. Carta pengomebmn bulan ini jatuh kepada……singkong dan keju… ahahahaha…
    Sewel dah aku tgk design baru nii..
    Tempat pertama dalm carta..ngeh3..

    #singkong&kejusukadropkomensebbtarakkijerr..
    Haha

    Reply
  14. Sorry sgt2 utk kisah yg pendek for tiz time. Actually su dah hntar lama tp dlm smggu juga admin ambil masa utk approve.

    Kalau brminat nak tahu boleh jenguk2 page ‘Hantu Novel’ sbb Su post cerita kat situ. Full story Misteri Julia.

    Ada kisah seram& mistik yg lan juga bakal su post n semuanya brdasarkan kisah benar.

    Su x paksa, sbb rmai kata lama menunggu. Su da submit awal tp ikut kebizian admin jgk. Tu sbb su create page utk sape2 yg xcited nk tahu full story.

    Tp still im start with FS, n im gonna finish with FS too… so Su still akan hntar the full story kat fs. Page fb tu No financial gain. Just i like to write based on true story n i like to share with everyone.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.