Hello semua. Kalau cerita ini disiarkan, saya nak ucapkan terima kasih lah sebab ini merupakan first cerita yang agak seram yang pernah terjadi pada aku sendiri. Saya ini jenis yang tidak pernah tengok mahupun ingin melihat hantu sebab tak nak ambik kisah. Cerita ini mungkin tidaklah seram sangat bagi sesetengah orang tapi kalau dalam keadaan saya masa tu , haih..
Saya menuntut di sebuah IPT dan saya merupakan salah seorang penerima biasiswa dan secara tidak langsung disenaraikan dalam sebuah Program yang nak menguji ketahanan fizikal dan mental. Nak bagi persediaan lah untuk kegunaan di masa depanlah. Jadi habis saja semester, beberapa hari selepas final paper , terus dihantar ke sebuah tempat yang saya tak boleh nak share tapi tempat tu area pantai lah . So kami dipecahkan dalam group , group saya ada 8 lelaki termasuk saya dan 6 perempuan.
Program itu 1 minggu tempohnya jadi kami pun mula di beri latihan di base(istilah untuk kawasan itu). Latihan jaket keselamatan , macam mana berkayuh , ikatan , berenang , kalau kayak capsized(terbalik) perlu buat apa dan banyak lagi. Bayangkan , pagi tu latihan ini dan petang itu gerak dah ke arah sebuah pulau tu. Kami diberi taklimat apa perlu bawa , keselamatan , formation kayak , siapa captain dan banyak lagi. selepas je habis makan tengahari , kami dah sedia nak gerak. Kami pun mulakan Ekspidisi. Matahari diwaktu petang yang panas diiringi ombak besar sebab air pasang , memang pergh. Tuhan je yang tahu perasaan tu macam mana. Sebab laluan kami ke arah open sea sebab air menolak kami ke arah yang bertentangan. Sumpah , memang ingat akan mati di tengah laut tu.
Sampai je di pulau yang nampak dekat tapi jauh tu , instructor terus suruh kami bahagi tugas , kayu api , masak dan dirikan khemah dengan tenaga yang ada dalam badan, perlahan lahan lah buat kerja . hari pun dah gelap , kami guna torchlight sahaja. Habis je semua tugas dan makan sebab tersangat lapar .
Kami pun mandi air gunung , lelaki ada bilik sendiri perempuan pun ada. Lepas tu ada meeting dengan instructor lah then kami pun disuruh tidur dan ada night watch takut nanti monyet atau babi hutan datang. So kami 8 yg lelaki sukarela lah nak nightwatch dan bagi yg perempuan tidur.
Pagi tu kami berjaga and kejutkan ahli untuk ready trip seterusnya. Masa kami breakfast makan roti dengan air teh suam , salah seorang member terus buka mulut. Dia dengan partner dia cakap masa duduk dekat unggun api dan dorang menghadap laut , dorang ada nampak lembaga hitam lari dari kiri ke kanan dekat pantai . Dorang pun terkejut dan cuba suluh tapi terus hilang . lebih memeranjatkan tiada tapak kaki sebab kalau kita pijak pasir pantai mesti ada tapak kaki. so kami semua cuma senangkan hati sahaja sebab tak da yang pelik berlaku selepas penampakan itu .
Habis sahaja ekspidisi kayak , hari seterusnya dilatih pula untuk ekspidisi berlayar. Sangat sangat letih.Seepas kayak ni kami bermalam di pulau yang satu lagi . Sampai je dekat sana , first thing come to mind , ” Macam tempat paranormal aktiviti punya tempat ” .
Seperti biasa , kami bahagi tugas yg sama. Lepas tu meeting lagi dengan instructor and last ayat instructor kami dia cakap , ” Kalau nak nyanyi ke , main ke atau apa² yang korang nak buat , jangan bising sangat . sini banyak ‘gula batu’ “. Mula² aku tak faham then lepas fikir , baru aku faham rupa²nya , Pocong ataupun saya panggil PocoPoco . then tugas night watch pun sama , lelaki juga tapi kali ini sorang² . Dan dengan pantas semua lelaki sebut jam yang dorang nak kecuali aku. Yang tinggal ? Pukul 2 am – 3 am ! Aku pun akur sahaja dengan pilihan itu sebab letih dan malas fikir panjang . aku pun tidur dulu sebelum aku bertugas..
Tiba je pkul 2 pagi , aku pun dikejutkan dari tidur . disebabkan aku jenis yang kalau tidur dekat tempat baru atau kurang selesa , aku tak tidur mati, senang untuk dikejutkan . dengan mata yang masih separuh buka aku keluar dari khemah aku dan menuju ke unggun api kami .. sebab sejuk sangat waktu tu.
Aku pun duduk dekat dengan unggun api menghadap unggun api dan semak samun . Aku termenung sekejap sampai aku terdengar bunyi orang berjalan ke arah aku dekat semak samun tu. Inilah dia cobaan untuk menganggu aku. Aku cuba tengok tapi tak dapat sebab unggun api sudah terang so tak dapat tengok apa yang ada disebalik semak samun tu .Aku pun fikir mungkin ada haiwan kot untuk sedapkan hati padahal aku dah mula rasa tak selesa. Berhenti bunyi dekat semak samun tu aku masih lagi pegang kayu kecil untuk main unggun api itu lah , then bunyi orang berjalan pulak dari arah hutan tu menuju aku. aku dengar tapi tak berani nak tengok . so aku pun bangun terus menghadap khemah perempuan dan aku berjalan perlahan nak ronda . sambil itu aku baca je doa aku. lepas beberapa minit selepas itu aku berbalik ke unggun api itu dan aku cuba tengok ke arah hutan tu , masih gelap gelita tiada benda yang pelik. lepas tu aku sambung lagi menghadap unggun api sebab aku fikir benda tu dah tak nak ganggu aku dah.
Habis shift aku , aku kejutkan member seterusnya pulak berjaga and niat nak sambung tidur lah ni . disebabkan aku lama menghadap unggun api tadi , badan aku dah panas so aku bawa lah jaket aku untuk dijadikan bantal dan tidur dekat tent sheet di luar khemah . mungkin sebab letih aku terlelap then terbangun sebab nyamuk.
Aku pusingkan badan aku ke kanan iaitu menghadap laut dan cuba pejamkan mata lagi .Kemudian aku rasa ada orang baring depan aku , ingatkan kawan sebab dia pun cakap dia panas dalam khemah tapi bila aku buka mata ! HAH ! Lembaga hitam , mata dia merah menyala , ada taring , dua² tangan dia macam nak cakar dan dirapatkan dekat dengan muka dia , kuku dia panjang dan muka dia sangat² buruk. Aku punya jantung berdebar mcm lari 100m seolah² dia genggam jantung aku dan aku tak dapat bergerak. aku hanya boleh gerakkan mata sahaja. Terlintas di fikiran aku , ” Alamak.. jangan² aku sudah kena rasuk ni ! “.
Aku cuba kuatkan semangat diri dan cuba beranikan diri . Apa aku buat? Aku besarkan mata aku , seolah² nak lawan siapa boleh tahan lama. Hahahaha . Tak tau kenapa aku waktu tu boleh fikir macam tu. Bayangkan masa aku besarkan mata aku , aku cuba gerakkan kepala aku ke arah lembaga tu tau . so , makin dekat aku dengan dia , aku terus pejam dan goyangkan kepala aku sikit(macam nak lepas kan diri dari genggaman lembaga tu lah) and buka lagi mata dan aku terus bangun untuk duduk . lembaga tu pun dah tak da dah kelihatan. Aku tengok sekeliling pun dia tak ada . Aku pun lega.
So lepas tu aku memang tak dapat tidur sebab membayangkan rupa lembaga tu . aku siap ganti lagi shift orang seterusnya . aku biarkan dorang tidur and aku jaga. pagi tu aku kejutkan semua orang breakfast and packing . aku tak cerita apa² pun dengan ahli aku sebab aku pernahlah dengar kalau masih dekat tempat macam tu , jangan disebut so aku tak cerita and teruskan ekspidisi untuk balik ke base camp . Malam hari itu baru aku cerita dekat kawan aku.
So itulah dia cerita aku diganggu makhluk pulau. Nasihat saya sama sahaja dengan orang lain kalau korang terjumpa atau kena ganggu , Semangat dalaman itu kena kuat sebab semua benda dekat dunia ini makhluk Tuhan. Kita jangan takut sebab kalau kita takut lagi lah dia suka ganggu. Lembaga itu mungkin benda yang sama kacau aku time aku dekat unggun api tu . And aku ada baca doa and dia mungkin rasa terancam so dia kacau pulak time aku tidur. Sekianlah cerita aku yang panjang dan tak seberapa ini .. Terima kasih ..
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ringkas tp menarik
Tak gelabah. Tahniah. Good story, too. Thanks for sharing.
Ini gaya mcm OBS kat Lumut eh?
Yup . Obs Lumut .
Kental 👍👍👍
OBS la ni kat Lumut. kau seminggu je. aku pegi program tu sebulan. tp alhamdulillah tak pernah pulak diganggu apa2 kecuali babi hutan. mmg bersepah kat pulau2 tu.