Diganggu Penunggu Bilik Kolej? UiTM Kuala Pilah

Assalammualaikum pembaca setia FS. Kisah yang aku nak ceritakan ni berlaku masa semester 1 diploma sains aku kat uitm Kuala Pilah Kampus Beting. Kolej kediaman kat uitm pilah ni jenis macam rumah, ada 3 bilik.

Aku dapat sebilik dengan sorang budak dari selangor. Kiranya satu bilik dua orang lah. Bilik kitaorang ni tingkat 5. Memang paling atas lah. Nak dipendekkan cerita, satu malam ni aku dalam lepas isyak macam tu aku siap2 nak turun court gi main badminton dengan classmate aku. Masa aku turun court tu roomate aku takde dalam bilik.

Lepas maghrib tu dia turun bilik member dia kat tingkat 4. And then dalam pukul 11 lebih camtu aku balik bilik, roomate aku tanye, eh kau dari mana? Aku cakap lah aku dari court badminton dari lepas isyak tadi dah gerak. Pastu dia tanya aku, kau ade naik naik bilik tak? Aku cakap lah memang takde ni baru naik. Lepas tu muka dia dah lain. Aku buat tak tau je lah. Aku dah mandi apa semua aku tengok dia dah berselubung dalam selimut atas katil. Aku pun tak tanya apa apa aku tido terus.

Esoknya dia tak pergi kelas, demam katenya. Aku pun pergi kelas macam biasa tapi balik petang tu dia dah takde. Dia ada whatsapp aku cakap dia dapat cuti seminggu sebab demam so dia balik rumah. Aku pun ok je la. Seminggu lepas tu dia balik then dia bukak cerita, malam aku turun main court tu, dalam pukul 9 dia naik bilik dia nampak aku tengah mencangkung kat hujung katil, sambil pegang kaki katil, sambil rambut aku mengurai kebawah.

Roomate aku tu tegur “aku” , “wei kau buat apa ni tak turun makan ke” then “aku” tu menggeleng geleng. Then roomate aku masuk la toilet cuci muka gosok gigi then dia masuk bilik tengok “aku” dah takde. Dia demam sebab masa aku balik tu dia baru teringat yang dia tegur tadi tu, “orangtu” rambut dia panjang sampai lantai padahal rambut aku ni kalau cangkung tak cecah lantai pun.

Tu hal pertama yang terjadi kat kitaorang. Beberapa hari lepas tu, aku stay up sampai pukul 1.30 pagi. Roomate aku dah tido awal sikit dari aku. Lepas tu aku terus tido tapi lampu meja belajar aku bukak. Supaya bilik tak gelap sangat. Aku tido dengan lenanya lah sebab penat menelaah lepas tu petang tu aku penat berkawat so memang sodap la den tido.

Subuh2 tu lepas solat roomate aku tanyalah kenapa aku tak berenti nyanyi dari pukul 2lebih pagi sampai pukul 4 lebih. Dia kata dia tak boleh nak nyenyak sebab aku nyanyi beriya iya. Bila dia panggil aku berenti kejap. Lepas tu sambung balik. Aku cakap lah eh aku takde nyanyi apa apa pun. Aku tau aku dah terus lena pukul 1.40 macam tu bila dah siap hantar goodnight wish kat mata air aku lepas tu aku dah lolap zzz. Roomate aku kata aku tido mengadap dinding tapi aku menyanyi lagu ‘Arjuna Beta’ tak stop stop mendayu dayu lagi.

Roomate aku ni tau aku paling tak suka lagu tu tak tau la kenapa aku memang tak berkenan dengan lagu tu. Tapi dia kata malam tu memang aku nyanyi lagu tu tak stop siap berulang2. Hmm nasib baik lah aku pandang dinding nad kalau tak nasib kau lah agaknya tengok aku menyanyi buntang mata pandang kau. Hihi. Banyak lagi cerita pelik kat uitm pilah tu tapi tu jelah pengalaman aku sendiri.

 .

NA
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

15 comments

  1. alhamdulillah lah tak pernah kena dekat aku. aku duduk uitm beting dari diploma sampai degree tak pernah pulak dengar cerita seram mcm ni. dah7 tahun dah. maybe kawan awak tu jenis lemah semangat kot. hehe. jangan kecam

    1. awak dapat uitm kuala pilah ke ?? nk share no fon tk ? sbb saya pon nk belajar kt situ coz bru kuar result upu kata I dpt study kt situ πŸ™‚ . Insta saya : @91yaya_

  2. Dulu aq cleaner kat tempat ni haha,tapi dh benti sebab …
    KANTOI HISAP ROKOK..
    HAHAHAHA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.