Dirasuk Nek Jemah

Assalammualaikum pembaca fiksyen shasha sekalian, aku Naf. Aku ingin menceritakan tentang kisah seram yang aku alami di asrama yang terletak di daerah Ipoh, Perak. Sewaktu aku mula-mula masuk kesana, takde apa-apa yang pelik berlaku sehinggalah ada seorang pelajar baru masuk namanya Sufian. Kami panggil pian, Pian ni seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Ada suatu hari tu dia ponteng kelas pj sebab nak tidur dalam dorm. Berbalik kepada cerita, selepas sahaja si pian ni masuk, banyak kejadian aneh yang berlaku. Histeria beramai-ramai, ada pelajar cedera sebab kena cakar pada waktu malam, barang hilang lah, ada kain putih dekat tingkap lah nak bermacam-macam lagi.

Ada suatu hari tu kawan aku nak ke tandas, dia ajak si pian ni ikut. Pastu balik dari tandas tu muka dia dah pucat.
“awat hang ni?” Aku tanya dia sebab masa tu aku tak tido lagi
dia kata ” masa aku pi tandas degan pian, aku lalu depan cermin, aku tengok bayang-bayang pian menyerupai nenek tua pkai baju kebaya, mata dia merah pandang kat aku”.
apalagi member ni lari ahh, terus tak jadi nak kencing. Lepas itu dia cerita lagi masuk je dalam dorm dia nampak elok jer si pian tu tidur dekat katil dia. Berderau d***h beb.

Lepastu, minggu tu kami ada periksa jadi semua sibuk lah nak study apa semua kan?
Malam tu kami stay kat bilik prep sambil pasang lagu. Nak hilangkan bosan. Masa tu juga
Pian ni dia duduk kat meja paling hujung dekat bersebelahan dengan pintu yang kedua. Aku pandang pian, lepastu aku nampak kat pintu yang kedua tadi, ada seorang nenek tengah berdiri merenung pian. Nenek tu pakai baju kebaya warna merah, kulit pucat dan giginya tajam.
Aku pon terkaku kat situ. Lidah aku kelu tiba-tiba, tak dapat nak menjerit.

Lepastu nenek tersebut memandang tepat ke arah mata aku. Aku pon apalagi pengsan ahh. Esoknya aku tersedar, member aku kata aku pengsan dalam 2 hari macam tu. Ustaz kata mungkin aku ni penat sangat sebab study kot. Sebab tu terbayang bende bukan-bukan.

Ok ni cerita dari member aku plak, masa ni aku tiada di asrama sebab melawat makcik saudara ku yang tenat. Diorang kata, malam tu mereka duduk dekat bilik prep macam biasa, tengah tekun study tiba-tiba si pian ni menjerit. Suara dia berubah menjadi suara seorang nenek tua. Memang terkejutlah diorang semua tiba-tiba je menjerit. Lepastu pian ni mula menghentak-hentak kerusi, baling-baling alat tulis, mengamuk lah katakan. Diorang ni pon mula dah cuak, member aku ni cepat-cepat panggil warden sebab takut bende jadi lebih teruk. Masa warden dengan member aku sampai, diorang nampak si pian ni berjalan keliling bilik tersebut dalam posisi terbongkok-bongkok. Warden tu arahkan beberapa pelajar lelaki untuk memegang si pian ni, warden tu datang dekat dengan si pian ni.lepastu dia cakap……
“kau nak apa?
kenapa kacau budak ni?”tanya warden tu
Pian meronta-ronta mintak dilepaskan. Kemudian dia cakap,
“budak ni dah kacau tempat aku”
berulang-ulang kali.

Warden tu menelefon kenalannya yang merupakan seorang ustaz untuk datang kesini. Dalam 20 minit macam tu ustaz tu pon sampai, Ustaz tu arahkan semua pelajar jangan keluar dari bilik tersebut.
lepastu ustaz tu pegang kepala si pian sambil mebaca ayat-ayat alquran.
Pian menjerit kesakitan sambil meluahkan kata kata kesat kepada ustaz itu,
“panas, panas, panas lah b*d*h!”
jerit pian. Pada masa yang sama masuk angin yang sangat kencang di dalam bilik tu habis terbalik almari, meja apa semua. Ustaz tersebut mengambil sepeket garam dari koceknya lalu dia lemparkan ke arah pian. Pian menjerit dan kemudian angin kencang tadi mula hilang. Keadaan menjadi seperti biasa. Pian pengsan di tempat kejadian.

Ustaz tu kata pian ni ada buat bende yang tak sepatutnya, tapi ustaz tu tak pasti apakah perkara itu

Dan selepas itu baru lah kami tahu.Aku ada cakap pian ni suka menyendiri kan? Ada suatu hari tu pian berjalan-jalan di kawasan kampung terbiar yang terletak di belakang sekolah. Lokasinya agak jauh dengan sekolah kira-kira 12 meter lah mcm tu. Lepastu dia lalu depan sebuah rumah lama , dan dia cakap dia ada lah petik pokok bunga ( aku tak pasti bunga apa ) yang terletak di sebelah rumah tu. Dia kata dia saja-saja petik. Itu yang buat aku bengang tu, amboi saja-saja petik lah konon. Mungkin sebab tu lah bende yang menghuni kat situ marah .Oh lupa nak cakap kat rumah tu dulu ada seorang nenek ni tinggal. Orang sekeliling panggil Mak jemah. Mak jemah pengamal ilmu-ilmu yang melanggar hukum islam. Orang kata ilmu untuk awet muda. Mak jemah ni m**i sebab tergelincir dalam bilik air.

Pesan aku, kalau datang tempat orang tu jaga adab. Jaga mulut, sebab kita tak tahu siapa/apa yang menghuni dekat situ. Huhu
Ok tu jer dari aku, cerita tu pon aku dah x berapa ingat sgt sebab lama sangat dah pon. Mungkin tak seram mana. Cerita ni korang boleh lah ambik sebagai pengajaran….Stay safe bai

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Joey Naufal

2 thoughts on “Dirasuk Nek Jemah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.