Disantau Rakan Sekerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Aku nak kongsikan sedikit tentang pengalaman aku di santau rakan sekerja. Harap cerita aku ini dapat memberi pengajaran kepada semua supaya jauhkan lah diri dari perkara-perkara yang menyesatkan. Minta maaf sekiranya cerita aku tak seseram mana. Aku mulakan cerita, bismillah..

Selepas habis pengajian aku di universiti, aku bercadang untuk menganggur dahulu dalam 3 bulan. Di kampung aku menolong ibu dan ayah untuk mengusahakan kebun kecil di belakang rumah. Sambil-sambil tu aku mencari kerja di internet. Alhamdulillah tak sampai 3 bulan menganggur aku di panggil untuk sesi temuduga di salah sebuah syarikat di ibu kota. Lalu aku bersiap untuk pergi. Kemas segala baju dan barang-barang keperluan. Dalam hati memang tak sabar untuk bekerja dan bantu ibu ayah di kampung.

Sampai sahaja aku di KL, aku menumpang di rumah pakcik aku di Cheras. Keesokannya aku pagi-pagi lagi sudah keluar untuk sesi temuduga. Alhamdulillah aku dapat bekerja di situ walaupun hanya pekerja biasa tapi tidak apa, kerana syarikat yang aku bekerja ini sangat kukuh dan ada nama di KL. Semakin lama aku dapat menyesuaikan diri dalam office ni. Aku mula rapat dengan rakan-rakan dan manager department aku. Banyak aku bantu manager aku buatkan report dan berbincang pelbagai buah fikiran. Ntah macam mana selepas setahun aku dapat surat kenaikan pangkat dan gaji dari HQ. Sukanya aku bukan kepalang. Oh ya, aku juga berpindah rumah dan duduk di Damansara. Duduk seorang sebab hajat hati nak bawa ibu ayah duduk sekali nanti.

Berbalik pada cerita aku mendapat surat pelantikan dari HQ, petang itu manager aku Mr.Robert Ng panggil aku ke biliknya “congratulations Azrie atas pelantikan you as a team leader. I yang suggest pada Mr.Paul (CEO) untuk naikkan you. Teruskan usaha you, who knows next year you maybe boleh jadi rakan sejawat I? Hahaha” kami berdua ketawa. Aku ucapkan terima kasih pada Mr.Robert atas pelantikan aku. Esoknya dalam diam-diam office aku buat makan-makan sempena ‘celebrate’ atas kenaikan pangkat aku. Aku bersyukur kerana rata-rata rakan-rakan sekerja aku senang dengan kejayaan aku.

Tapi aku pelik pada hari tu, rakan sepejabat yang agak rapat dengan aku, Haikal (bukan nama sebenar) tidak hadir. “Mana Haikal? Dia tak datang ke hari ni?” soalku pada yang lain. “Ntah, semalam dah cakap dengan dia hari ni ada makan2. Tiba-tiba pulak tak datang” jawab Amir. “Oh ya, dia ada call I pagi tadi. Katanya dia tak sihat. So dia ambil mc”. Sampuk Mr.Robert. Aku mengangguk. Hari berganti hari tingkah laku Haikal amat pelik. Selalu menjauhkan diri dari aku. Dan sebahagian staff pun ada yang pandang aku lain macam. Aku rasa pelik cuma malas nak ambik port. Baik buat kerja sendiri.

Pada petang jumaat Amir dan Izwan ajak aku lepak lepas habis kerja. Ada hal penting kata mereka. Jadi selepas solat maghrib di office surau, aku terus pandu kereta ke tempat yang selalu kami lepak. Aku nampak dari jauh mereka berdua sedang menunggu aku. Selesai order minuman dan makanan aku buka mulut bertanyakan apa hal yang penting sangat? “kau tau, Haikal buat cerita yang kau ni anak ikan Mr.Robert”. Tergamam aku, lalu ketawa terbahak-bahak. “Masa bila pulak aku gay? Patutlah ramai staff tengok aku lain macam je? Weii, korang boleh check la CCTV apa aku buat dalam office tu. Tu dalam bilik manager pun ada CCTV tau kalau nak check. Sudah lah, mengarut”.

Pada isnin depan tu, tiba-tiba Mr.Robert memanggil semua staff masuk ke meeting room. Muka Mr.Robert masam mencuka. “I dengar ada orang mengata I dan Azrie belakang-belakang, I tau siapa orang tu. Kalau You tak minta maaf atau I report pada HQ” ujar Mr.Robert dalam nada keras. Masing-masing bersurai. Keesokan harinya Haikal cuti emergency 4 hari. Balik ke kampung kerana ayahnya tak sihat. Kebetulan ada report aku kena siapkan jadi aku stayback dalam office sampai kerja aku siap. Lepas solat Isyak, aku kembali ke tempat duduk. Terasa berangin walhal tingkap sentiasa tutup. Aku sangkakan mungkin gas air cond nak habis.

Tiba-tiba aku terasa pening, loya nak muntah. Aku cepat-cepat siapkan kerja aku dan pulang ke rumah. Pandu kereta macam orang mabuk. Nasib tak kemalangan masa tu. Sampai rumah dengan kasut tak bukak, aku terus masuk dan baring atas sofa. Tv di buka tapi aku tertidur di ruang tamu. Dengan tiba-tiba pintu rumah aku di ketuk kuat. Aku terkejut. Aku lihat jam di dinding pukul 2.30 pagi. Aku lantas bangun dan buka pintu. Tiada siapa melainkan angin yang begitu kuat menerpa tubuh badan ku di ikuti bau hanyir dan bau bangkai yang kuat menusuk hidung. Aku berlari ke bilik air dan termuntah. Aku lantas ke pintu semula untuk menutup pintu dan saat itu ada satu susuk tubuh lelaki bogel dengan muka yang amat mengerikan dan hitam menyeringai depan aku. Aku terus pengsan. Sedar-sedar dah siang.

Aku masih blur apa yang terjadi malam tadi. Aku bingkas bangun dan bersiap untuk pergi kerja. Waktu itu badan aku panas. Ya, aku demam. Aku berlari anak ke kereta. Sempat melihat jam di tangan, hampir 12 tengahari. Aku melihat di screen telefon, ada 10 missed call dari office. Mampus, hari ni perlu emailkan report pada HQ. Dalam kereta bahu aku terasa berat, sakit dan pedih. Aku tak mampu pegang stereng tapi kuatkan juga. Sampai di office kaki aku pula terasa berat. Aku jalan membongkok. Sampai sahaja di office semua terkejut dengan keadaan aku. Mr.Robert minta aku pulang dan ambil cuti. Aku bersetuju kerana aku betul-betul tak larat.

Elok kaki aku melangkah keluar office, badan aku sihat seperti tiada apa-apa. Jadi aku terus ke restoran makanan yang berdekatan. Aku telefon orang tua ku di kampung dan ceritakan semua. Ibuku kata esok mereka akan ke rumahku untuk menjagaku. Malam tu aku tak boleh tidur. Aku seakan-akan mendengar ada orang membaca mantera dengan kuat tapi aku tak faham bahasa apa yang dia gunakan dan di selang seli dengan muzik zaman dulu-dulu. Seolah-olah zaman istana. Badan aku berpeluh walaupun aku pasang air cond. Aku pikir hanya aku seorang di rumah, aku berbogel.

Peluh mencurah-curah. Aku berlari ke peti ais untuk minum, baru sahaja mulut aku cecah mulut botol aku terbau hancing yang sangat kuat. Aku buang air tu dalam sinki. Aku cuba minum air yang lain sama juga. Bau hancing buatkan aku loya. Tekak aku jadi kering seolah-olah aku puasa minum 3 hari. Aku buntu, aku rasa nak gila. Aku balik ke bilik. Aku baring atas katil. Suara mantera kembali lagi. Aku tutup telinga dengan bantal. “Diam!! Diammm!!” jeritku.

Aku tak tahu bila yang aku tertidur sebab aku bermimpi. Aku berada di satu tempat yang bagi aku seakan zoo. Setiap kandang kosong. Aku berjalan sehingga ke hujung lorong kaki aku terhenti. Dalam jarak 300 meter aku ternampak seekor anjing warna hitam tetapi bermata putih. Dia memandang aku. Lalu dia kejar aku. Aku berlari minta bantuan tetapi tiada siapa. Sampailah aku masuk ke pondok usang. Aku menyorok di situ. Aku nampak anjing tu berhenti dan Seolah-olah mencari aku lalu dia pun pergi setelah tidak dapat mengesan jejak ku. Aku hanya menyorok di balik tingkap.

Tiba-tiba ada satu suara dari belakang “kau ingat kau boleh lari?” suara tu betul-betul garau dan garang. Aku toleh ke belakang. Sesosok tubuh di selimuti kain putih. POCONG!! Aku menjerit tapi kakiku kaku untuk berlari “aku mahu jawatan tu!!!” jerit pocong tersebut lalu menerkam aku. Aku terjaga. Menggigil badan aku. Aku berlari mencapai tuala dan terus ke bilik air. Aku buka paip shower. Aku duduk dan menangis. Ini kali ketiga air mata jantan aku jatuh. Takutnya Allah sahaja yang tau.

Aku tenangkan diri. Aku ambil wudhuk. Dan aku solat sunat. Walhal banyak solat wajib yang aku “ponteng” hari ni gara-gara gangguan. Solat sunat aku tak khusyuk pagi tu. Suara mantera, muzik, suara jeritan dan kadang kala bahu aku di cuit dan belakang aku terasa pedih berselang seli mengganggu aku. 2 rakaat bagaikan terlalu lama. Seusai habis solat aku capai senaskah al-quran, aku buka dan baca. Gangguan tadi reda sedikit. Selesai habis membaca tiba-tiba bunyi barang jatuh dan dicampak di luar bilik agak mengejutkan aku. Aku pasang ayat al-quran dan aku baring sambil menyelimuti badan aku. Menggigil ketakutan aku pagi tu.

Dan tiba-tiba pintu rumah aku di ketuk kuat lagi. Aku takut untuk buka. “Assalamualaikum Adik, ibu ni. Bukak pintu nak”. Hah? Ibu? Aku tanpa berfikir panjang terus berlari ke pintu dan buka. Alhamdulillah memang ibu dan ayah, bukan mereka berdua sahaja. Malah abang ngah aku juga ada bersama seorang rakannya. Buka sahaja pintu ibu ku sempat menjerit “Ya Allah adik” sebelum ibu rebah pengsan. Ayah dan abang ngah serta rakannya yang bernama abang Ali turut terkejut melihat aku. Mulut abang Ali terkumat kumit membaca sesuatu sebelum memegang dahi aku. Dan aku terduduk ke lantai.

Mereka mengangkat ibu dan baringkan ke atas sofa. “Fadzli, tolong bagi aku air yang aku dah jampi kat masjid tadi”. Lalu abang ngah berikan air tadi dan abang ali suapkan sedikit demi sedikit ke mulut ibu. Ibu terjaga. “Adik, kenapa jadi macam ni? Adik gaduh dengan orang ke?” soal ibu ku lemah sambil teresak-esak suaranya. Air matanya perlahan jatuh. “Tadi muka kau lain benar. Macam bukan muka kau. Hodoh, ngeri” ujar abang ngah. Aku masih blur. “Busuk rumah adik kau ni. Bau bangkai” kata abang Ali sambil matanya melilau.

“Macam mana ibu dengan ayah boleh datang pagi ni?” soalku. “Ibu kau ni kata dia tak sedap hati pasal kau. Tu dia ajak jugak ayah datang. Kitorang bertolak malam tadi. Awalnya kitorang memang dah sampai rumah kau. Ketuk banyak kali kau tak buka. Tapi lampu terpasang. Jadinya ayah ajak lah ibu kamu pergi rumah abang ngah kamu. Ceritakan semua pada dia. Kebetulan dia ada kawan yang tau pasal ilmu ghaib ni. Di bawaknya sekali” cerita ayah.

“Adik, esok kita pergi pusat perubatan islam di Gombak. Kawan abang ngah ada guru yang lebih handal bab2 ni. Adik ambik cuti esok ya?” pujuk abang ku. Aku mengangguk. Esoknya selepas makan pagi kami semua ke pusat rawatan islam yang dikatakan abang ngah. Berjumpa dengan ustaz Amri. Sesi ruqyah bermula. Aku memang tak ingat apa-apa cuma apa yang di ceritakan oleh saksi-saksi, aku bertutur dalam bahasa siam. Mujur mereka cepat bawa aku berubat. Takut santau makin melarat dan boleh ragut nyawa aku. Ustaz bagitahu sebab utama aku di santau adalah dengki. Dan yang menghantar adalah rakan sekerja ku. Haikal. Tapi ustaz berpesan jangan lah di balas. Biar Allah sahaja yang menghukum.

Petang itu ustaz ke rumah untuk mencari barang yang di tanam. Oleh sebab rumah aku ni condo, maka barang yang di tanam bukan di tanah, tapi didalam sofa. Ustaz koyakkan sofa di depan kami semua dan keluarkan “sup bunjut” tapi yang anehnya semasa sesi koyakkan sofa, sofa yang dibahagian tanamnya “sup bunjut” itu sahaja yang penuh pasir merah. Kata ustaz itu tanah kubur. Selepas kejadian itu, aku di kejutkan dengan surat perletakan jawatan oleh Haikal. Dia berhenti kerja serta merta. Oleh kerana dia berenti tidak mengikut SOP. Maka tindakan akan diambil oleh syarikat.

Wallahu’alam.

Azrie
FOLLOW FB KAMI.

8 comments

  1. Kebodohan orang melayu zaman kini…. Bukan nak kate melayu terok….. Tapi gitu lah melayu dengki orang lain walhal kesalahan diri sendiri x sedar…. Buat malu kaum je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.