Disorok Hantu

Hai warga FS. Maaf pertama kali menulis. Kisah ni sewaktu aku sekolah menengah tingkatan lima manakala cerita yg nak disampaikan mengenai anak jiranku yg masih darjah dua ketika itu. Mesra dipanggil Mija.

Mija ni masa kecik2 boleh kata adik aku yg mengasuh secara percuma. Dia kan bongsu jadi memang suka budak2. Adik aku masuk sekolah asrama penuh smksah di kedah. Bila sekolah cuti panjang baru dia balik ke kampung kami di Gerik, Perak ni.

Masa ni dia tingkatan satu. Dan bila dia balik si Mija ni akan datang rindu kat “pengasuh” dia la kononnya. Tapi adik aku kadang-kadang tak layan. Kesian si Mija ni tunggu sampai la aku dah menghalau manja sebab jam dah nk pukul 11malam. Abang aku pun suruh dia balik. Dia diam. Adik aku pegi masuk tidur lepas siapkan kerja sekolah dia.

Last-last si Mija ni cakap dia takut nak balik sorang2 sambil tayang muka cuak dan mintak simpati. dia merayu aku teman dia balik. Aku menyakat la tadi2 taknak balik. Kejap lagi kami semua pun nak tidur.. pegi la balik bukan jauh pun.. belakang tu je rumah. Dengan berat hati dia bangun nak balik. Tapi dia masih pujuk untuk aku hantar dia dengan ekor mata pun jadilah.. aku tak layan sebab dia tunggu adik aku bukannya aku. Hehe.

Dia terpaksa balik. Aku nak tergelak sebab lepas aku masuk je rumah aku dengar laju jugak dia lari. Aku pandang jam da pukul 11malam. Lepas 20minit mak si Mija ni panggil aku.. tanya anak dia tu ada kat rumah aku ke? Aku pun terperanjatlah. Sebab pukul 11tadi dia da balik. Mak dia yg kami panggil Chu pun panik. Selipar Mija ada sebelah je kat pintu belakang.. tu bahagian rumah yang suami dia baru tambah. Bata baru naik separuh.. Mija panjat tembok tu untuk masuk ikut pintu belakang. Yang peliknya selipar dia hanya tinggal sebelah dan dia takde.

Aku yakin dia kena amik dengan makhluk halus dan disorok. Aku rasa bersalah dan risau sangat. Ini bukan pertama kali dia balik lewat lepas lepak rumah aku tapi malam ni yang nak terjadi. Seingat aku dah sepuluh tahun kejadian seumpama ni da tak berlaku di kampung ni. Aku pujuk Chu untuk cari Mija sampai jumpa. Aku bagitau mak aku. Mak aku kejut adik aku. Aku pegi dekat port budak2 kampung lepak xjauh dari rumah aku. Abang aku kat sana dengan kawan2 dia.

Lepas tu kampung aku da makin kecoh. Semua orang pakat mencari dan panggil nama dia. Chu da start nangis risau. Ada jiran aku pergi ke hulu kampung jumpa sorang makcik ni untuk tolong tengokkan kes ni. Makcik tu da uzur xboleh ikut ke tempat ni. Dia hanya tengokkan budak tu betul ke disorok. Katanya memang kena sorok. Masih kat kawasan situ cari kat kawasan berair. Habis rata tempat air limbah kami cari. Tak jumpa.

Last-last terpaksa panggil pakcik kampung sebelah. Dia datang. Mintak setanggi ke kemenyan aku pun tak tahu. Yang pasti mak aku yang hulur. Benda dah berzaman tapi xpernah pakai. Lepas pakcik tu bakar benda tu asap dia memenuhi laman rumah aku. Aku tak pasti apa dia baca. Tapi seolah berunding dengan makhluk yang sorokkan Mija. Dia cakap benda tu nak bawak Mija ke Gunung Tujuh. Pakcik tu cakap dia da berjaya pisahkn makhluk tu. Kena pergi cari je lagi. Kali ni tak sampai lima minit dah jumpa. Kat belakang zink bawah rumah sebelah je. Dia tak sedarkan diri. Alhamdulillah selamat. Mak dia angkat bawak balik. Lepas pakcik tu dah baca2 sikit kat dia, pakcik tu cakap biar je dia berehat. Semua orang puas hati dan bersurai.

Paginya tu lepas subuh aku tak sambung tido. Aku tunggu Mija sebab nak interview dia. Hampeh.dia cakap dia balik terus tido. Mana ada kena sorok? Dia xingat langsung. Dia siap cakap kami semua tipu je dia. Satu kampung mencari dia, boleh cakap tipu pulak. Kira ok lah sebab kejadian sepuluh tahun sebelum tu dua orang budak kena sorok atas pokok. Lagi susah. Yang tu aku tak tahu sangat sebab aku baru darjah satu.

Maaflah ye kalau tak seram. Jumpa lagi kalau ada peluang aku nak cerita pengalaman kena rasuk dalam hutan. Sekian.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

9 comments

  1. ape punya perangai lah kau budak kau biarkan balik sorang.. bia pon uma dia depan mata pon kena lah anta balik.. tu kena sorok hantu.. dibuat org da tunggu nak culik jual kat sindiket.. tak ke naya..

  2. As salam, nice penulisan. Keep it up, cuma bg saya x baik buat budak kecik mcm tu. Bdk2 mmg kla dah suka dy akan melekat. At least consider keselamatan bdak tu.

    1. Sebenarnye sy pun rasa yg sama tadi tapi x berani nk komen. Huhu.. Dhla lewat mlm. Walaupun sebelah rumah apalah salahnye temankan.. Jgn buat lagi tau. Kesian budak tu

  3. Sakit ati je bace. Perangai ape la korg ni. Adek penulisnye pun yg kononnye suke budak, kalau xsuke budak2 jgn la dok lyn sgt bbudak. Ni bile budak tu dah suke n lekat ng korg..wat dek pulak. Xnak lyn budak tu. Siap korg suh balik sdri lk mlm2. Cube imagine org lyn cmtu kt adek or anak korg..xsedih ke? Kan mak dah mbebel..

  4. geram gak aa baca citer ni. ad ke patut buad gitu ke budak budak. teman la wei kau jugak kata bukan jauh kan. haaa

    lenkali jangan buad lagi, naya ke budak tu.

  5. xbaik buat kt bdaq lagutu .. kn dah mnyesal .. walaupun bdaq tu dh slalu pi umah hang pn ape slh nye hntaq bdaq tu blik sat .. bkn jauh pn .. pling2x pn hantaq pkai mata .. tngok smpai bdaq tu masok ghumah dya ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.