Diusik Identiti Asal Bangunan

Assalamualaikum kepada semua peminat FS.

Aku baru je tahu kewujudan FS ni.bila dah tahu ada page cerita seram ni hari2 aku ambik masa nak baca. dan aku nak share pengalaman aku yang baru jadi bulan 8 haritu.sebenarnya aku tak tahu kalau aku boleh share ke tak sebab benda ni kalau pihak office tahu memang dorang boleh agak siapa aku.takut kena apa2 tindakan sebab benda ni management minta tutup kes.

Tapi benda ni jadi kat aku.hak aku la kan.lantok lerrr kalau dorang tahu.bukan aku bagitahu pun aku kerja dimana atau nama syarikat.

Nak dijadikan cerita aku decide nak ke office hari sabtu pagi tu sebab aku tertinggal laptop aku.tak syok la takde laptop hari minggu. boleh layan movie ohh.pagi tu tak pagi sangat la pukul 8.30.ohh lupa nak cakap office aku kerja isnin sampai jumaat. sabtu ahad offday.office aku 5 tingkat.parking di basement.

Aku drive nak masuk basement tengok main entrance guard takde.aku agak dia ke kedai mamak ke breakfast ke.masa aku parking basement tu ada la 2 3 motor. motor tu ada staff yang memang parking kat office.so aku yakin haritu takde orang kat office. aku terus naik lif ke tingkat 3(Project Dept & Quality Control Dept). kira keluar lif tu belah kanan Project Dept & belah kiri QC Dept. aku bahagian QC dan aku salah sorang yang diamanahkan pegang kunci pintu sebab aku selalu datang awal.

Aku pun bukak pintu terus buka semua suis lampu.aku toleh ke kanan je pappp!! terkejut beruk aku nampak kawan aku Atikah(bukan nama sebenar) tengah duduk kat meja dia.aku tegur la
“terkejut aku dohhh. pintu lampu tutup macam mana kau boleh masuk?” Atikah dari tengah tunduk terus pandang muka aku sambil senyum “aku ada kunci”. aku pun reply “ohh.kau kenapa tak bukak lampu.kenapa kau datang office?” Atikah reply “saja.terang kan kat luar” aku pun tak fikir dalam sangat sebab waktu pagi wehhh.aku was2 jugak dengan Atikah ni tapi…tapi… hmm tu la.aku terus ambik beg laptop aku dalam drawer baru nak blah Atikah ni sapa aku lagi “kau teman aku boleh”.aku macam serba salah jugak.takkan aku jawab tak boleh kan.Atikah ni selalu teman aku kalau aku kena OT.aku pun duduk kat tempat aku. jarak meja kami 2 meja.aku tanya dia banyak kerja ke.dia reply “hmmmm”,aku ingat tu hmmm tu ya la kan.

Suasana senyap je.kami tak berbual pun. si Atikah ni aku tengok dari meja aku duk menulis.aku biarkan dia. lagi cepat dia siap kerja lagi cepat aku boleh blah.aku on computer.layan movie pakai wifi office.si Atikah ni ada offer aku nasi lemak.dia kata dia beli lebih.aku memang lapar memang terus makan tanpa banyak tanya.dah siap makan aku nak basuh tangan kat tandas.dalam tandas tu tiba2 lampu terpadam.aku cepat2 keluar.ingat lampu tandas je terpadam.sekali satu floor tu gelap.aku pun duk jerit panggil “Tika,kau kat mana wehh.aku tak nampak”.takde orang sahut.aku panggil lagi.masih diam.aku marah la “Tika kau jangan diam la.aku takut.jawab la”

Aku maki dalam hati si Atikah ni sebab tinggal aku sorang2.aku cepat2 ke meja aku nak ambik beg apa semua nak blah.meraba jugak aku cari beg apa semua.aku tengok luar cuaca gelap macam pukul 7mlm.makin gelap la keadaan floor aku tu.tiba2 telifon meja aku berbunyi. aikk ni internal call ni.aku teragak nak angkat tapi aku angkat jugak. takut Atikah call atau guard call.aku hello tapi takde sahutan tapi bunyi macam mesin typewriter.korang boleh bayangkan tak? “tap…tap…tap…sretttttt…tap…tap…tap…srettt”
aku terus letak ganggang terus lari ke arah lif.memang tak fikir dah nak kunci pintu dept.aku nak cepat2 blah.lif ada satu je.tak naik2.lif masih kat tingkat G.padahal kalau takde orang pakai lif, lif akan stay kat tingkat orang terakhir pakai kan.ni macam mana lif boleh turun tingkat G pulak.celaka betul la.aku tekad turun pakai tangga.lampu tangga pun tak menyala.nyala lampu emergency sign je.dalam fikiran aku duk fikir satu bangunan ke blackout.masa ni la kau blackout kan.

Aku turun macam superman weh.laju gila sebab aku dapat rasa aku lari tu belakang aku ada benda ikut.macam warna hitam.and aku dapat rasa aku tak bergerak.aku duk turun2 tapi masih tak sampai bawah.ahhh sudah.aku dah penat sangat.sambil turun sambil aku jerita “tolong!!!Allahuakhbar!!”banyak kali aku ulang.last2 sampai basement.aku meluru masuk kereta.masa tu bunyi pintu tangga ditutup dengan kasar banyak kali
“bammm!!bammm!!!bamm!!” haa serupe gitu la.aku terus drive keluar.keluar je dari basement fuhhh cuaca seterang terang alam wehh.siap terik lagi.tak macam pukul 7mlm pun.

Aku stop kat main entrance jumpa guard.guard tu kata dia tak tahu ada orang kat office.dan main entrance tu helokkk je ada elektrik.aku cerita A to Z.dia bagi aku air suruh tenang.guard tu kata nasib aku nak kena.kau bayangkan guard nepal tu boleh kata gitu kat aku.cettt…aku terus call bos aku cerita.hari isnin petang bos aku panggil dan dorang minta aku jangan cerita ke staff lain sebab takut staff lain taknak stayback sampai lewat malam.masalahnya pagi isnin tu aku dah cerita.jadi kecoh jugak la.telifon aku asyik berdering staff dept lain call nak tanya pasal kes tu.si Atikah lagi la takut sebab benda tu menyamar jadi dia dan dia bersumpah yang dia tak datang office pun hari sabtu tu.
aku dengar cerita dari kak zura(orang kuat atasan), management check cctv dan memang nampak aku masuk office tapi aku cakap sorang2.takde orang lain dengan aku.dan yang aku duk makan nasi lemak tu dalam cctv nampak aku duk suap angin je.tak pasal2 macam aku adalah masalah mental pulak.

aku minta cuti nak balik berubat pulihkan semangat aku.jumpa ustaz,ustaz tu kata office aku memang ada identiti duduk situ.benda tu memang asal dari tanah situ.bukan dari kes bunuh diri ke apa.memang asal kawasan situ.ustaz tu minta aku banyakkan berzikir dan selalu pasang ayat suci Alquran. tapi sejak kes tu sampai sekarang paling lewat staff balik pun pukul 8mlm je.dan sejak tu setiap hari jumaat pagi staff lelaki akan baca yassin ramai2 kat bilik meeting.alhamdulillah bos cina kami galakkan benda tu.

LVRA
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

25 comments

  1. Biasanya entiti tidak bercakap kan? Ini boleh sembang baik punya…
    Boleh bikin keliru…
    Tapi, memang seram sangat ni. Tkasih kongsi ya.

    1. Kalau entiti yang suka menyerupai orang-orang yang kita kenal ni boleh je bercakap..cuma kita boleh agak perangai “dia” tak macam yang kita biasa kenal..pelik la kiranya kalau kawan kita tu jenis banyak cakap tapi bila jumpa dalam situasi macam ni jadi pendiam, jawab pun sepatah-sepatah..

    2. Tu entiti..mmg x leh bcakap…yg dia citer ni “identiti”..”identiti” ni hebat skit dr entiti sbb “identiti” dia leh ckp….kakakakakkakakaka identiti siuttt…1st time aku dgr….

  2. Benda tu kan boleh menyerupai..Kadang2 benda yg xterlintas tu la yang jadi. Ada orang lepas kena cmtu baru perasan..Masa kejadian x tahu pun dia dah terkena. Benda tu muncul sb nk bgth yg dia wujud kat situ. Baca la yassin apa pun..Dia akan lari sekejap n dtg balik. Dah tanah asal dia situ, kalau xdipindahkan dia akan ada je kat situ smpai bila2.Cuma usik xusik je. Kena jaga kelakuan..jaga solat..zikir.. tu je jd benteng

    1. dia dah ‘on’ la sbnrnye…xkan dia nak citer skit kat sini kot..pak guard tu siap pelik tgk dia dlm cctv tu tiba2 bukak seluar pastu tiba2 meniarap mcm tgh exercise buat pumping..

    1. Kan, kan, kan? Macam mane kalau ‘dia’ bagi makan ulat ke acah2 mee goreng ke… Heisyyy lagi seram dan GELI… Eh, dasar kaki horror movie betul aku nihh… Hahaaa…

  3. Alhamdulillah ada hikmahnya. Rajin baca Quran πŸ’“ Boleh balik awal tengok dunia plak πŸ˜† asik keja ja. depa,pon semak tengok manusia nih

  4. syukurlah makan angin buatnya macam dalam drama tv mee jadi yg kecil halus molek gerak gerak tu πŸ˜›
    .terang penerangan ceta senang paham . thumbs up

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.