Pulau di Negeri Perak

Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera semua.

Aku adalah penulis yang sama menulis cerita bertajuk #AkuGilaCamping.

Aku ada baca komen korang semua. “Tak serik lagi ek?” hahahaha memang tak akan serik. Ape pon terima kasih untuk semua komen tu. Teruskan membaca karya aku ye.

::::::::::::::::

Kali ini aku nak cerita kisah aku berkhemah di sebuah Pulau di Negeri Perak. Perkhemahan santai bersama Pengakap Kelana . Waktu ni aku masih sekolah lagi, so bukan kategori Kelana. Yang mana masok pengakap tu tau la Kelana tu di guna waktu bila. Aku join sebab aku rapat dengan kakak-kakak dan abang-abang Kelana, kira anak emas diorang la. Setelah mendapat kebenaran dari mak dan abangku, maka akupun ikotlah perkhemahan 2 hari 2 malam tu.

Kami bertolak Perak bermula Jumaat malam sabtu jam 1230 malam. Perjalanan mengambil masa dalam 5 jam. Kami berkonvoi 4 kereta dan yang bestnya semua berkereta kancil. 1 kereta 3 orang dan di penuhi kelengkapan perkhemahan. Lebih kurang jam 6 pagi kami pon sampai ke jeti Lumut.( Aku rasa korang pon taulah ke mana arah tuju camping kami tu ) kaunter buka je kami terus beli tiket dan menaiki bot pertama menuju ke Pulau.

Sampai di pulau kami menaiki van menuju ke tapak camping tersebut. Tapi kami bukan camping di tepi pantai yang ade hotel atau chalet tau. Tapak tu tepi pantai juga, tapi kami kena hiking sebuah bukit kecil untuk sampai ke tapak perkhemahan tu. Dalam 45 minit juga la nak mendaki, dan akhirnya kami sampai di tepian pantai yang indah lagi mendamaikan. Walau jauh di sebelah bukit, tapi kawasannya bersih dan ada tandas tau. So tak perlu kami gali tanah untuk buang air besar. Ngeh.. ngehh.. ngehhh!

Sesampainya kami di situ, Abang-abang biasalah akan mula cari kayu api dan buluh, pasang pancang untuk di jadikan pagar, dan gajet untuk meja makan, tempat letak barang makanan, buat katil dan paling best adalah diorang buat menara. Tapi tak adalah besar dan tinggi sangat.
Aku membantu kakak-kakak Kelana memasang khemah dan masak, haa kali ni aku boleh tolong kakak ni masak sebab perempuan hanya ada 4 orang je yang join. Yang lain semua lelaki. Di sebelah tapak perkhemahan kami, ada tapak perkhemahan dari pelajar-pelajar UITM. Yang ni abang-abang tu la yang interview sebab tu diaorang tau.

Eh susah pulak berabang berkakak je tak ada nama. Ok yang perempuan aku namakan mereka, Kak Ina (yang paling tua antara semua), Kak Sue dan Kak Siti. Yang abang-abang pula ada 8 orang. Nanti aku sebutlah dalam cerita ni. Ramai sangat kalau nak senaraikan semua. Yang penting bukan nama sebenar ye. Hehehe…..

Di sebabkan perkhemahan kali ini adalah perkhemahan santai, so tak ada aktiviti wajib sangat, lebih kepada nak release tension je. Lepas makan, ada yang terjun ke laut, ada yang lepak kat bawah pokok sambil main gitar, ada yang Qada’ tidur sebab malam tadi kena drive dan aku, hehehehe tak lepas peluang la mandi lautkan? Best tau bila mandi laut tak ramai sangat orang.
Ok, perkara pertama terjadi pada aku saat aku tengah seronok berenang ke tengah laut (tak la tengah sangat pun) aku ni suka menyelam untuk uji pernafasan sebenarnya. Masa aku meyelam ni lah aku dapat rasa bagai ada benda berenang mengelilingi aku. Aku terus naik ke permukaan. Aku lihat sekeliling. Tak ada siapa pon. Abang-abang tu sibuk main bola dalam air, so apa benda yang berenang tadi? Tak kan la jerung?

Macam-macam persoalan bermain di fikiran, tapi aku tak berapa ambil endah. Aku masih lagi berenang dan menyelam. Kali ni, kaki aku pula terasa di pegang.

“Abang Lan! Sape yang tarik kaki saya ni? Tak pasal-pasal orang lemas jap lagi” aku jerit marahkan abang-abang yang tengah main bola dari tadi. Aku panggil Abang Lan sebab dia orang terdekat yang berada denganku.

Mereka semua berhenti bermain dan memandang aku dengan muka yang hairan.

“sape pulak yang tarik kaki kamu tu? Tak ada kerja la nak menyakat kamu” jawab Abang Lan sambil menggeleng kepala.

‘hmmmm… sape pulak?’ jantung aku berdegup kencang, sorang ke seorang aku kira. Ya! 8 orang ada kat sana. 3 lagi main pasir di gigi air. Ok ini tak best!

Aku naik ke atas dan duduk bersama kakak yang lain. Otak aku ligat berfikir tapi aku buntu. Harap tak ada gangguan lagi lepas ni. Duduk dalam hutan, faham-faham sahajalah. Macam-macam ada, yang penting jaga tingkah laku, jaga mulut.

Selepas solat Zohor berjemaah, di sebabkan rasa terlalu mengantuk dan penat lepas mandi laut, aku pon minta izin untuk tidur sebentar. Diorang semua ok je. Almaklumlah aku paling kecik kat situ ( Manja sebenarnya)

“ Apa tujuan tuan hamba datang ke mari?”

‘Eh! Sape pulak yang Tanya aku ni? Nak tidur pon tak senang la’ dengus hatiku. Tapi aku tetap tak berpaling kearah suara tersebut. Aku cuba sambung tidur.

“Bangun tuan hamba, tidak mahukah melihat siapa gerangan yang bersuara ini? Hamba ingin sekali mengenali tuan hamba. Datang ke tempat hamba tanpa izin, bersenang pula beradu dengan lena”

‘ Aahhhh! Lembut betul suara perempuan ni. Tapi apehal kacau aku yang mengantok ni’ aku bangkit duduk tapi masih tidak menoleh. Mataku masih terpejam. Tapi…. Hidungku berbau harum, seharum bunga sundal malam. (merinding bulu romaku saat itu dan saat aku menulis cerita ni)

“ Ape bende? Datang mana? Ni kan bumi Allah, sape-sape pon boleh datang sini! Kenapa pulak nak minta kebenaran bagai? Eh tapi kan ada surat dah abang dan kakak-kakak tu buat. Dah dapat kebenaran pon, Polis pon dah benarkan. Kalau nak surat tu minta la dengan diorang, saya nak tido la! Boleh tak jangan kacau?” sebenarnya saat aku tercium bau wangi tu, aku dah tau ada sesuatu yang tak kena. Aku tak tau aku bermimpi atau separa sedar, tapi sengaja aku layankan macam biasa. Aku masih lagi pejam mata. Bagai tak terdaya nak memandang empunya suara sebab dalam kepala otak aku ni dah terbayang muka menggerutu, mata merah menyala, gigi taring, hidong herot/ berlubang besar, rambut mengerbang ( klise hantu melayu )

“ Kasar benar tuan hamba nampaknya, hamba sekadar bertanya. Tidak mahukah tuan hamba beramah mesra dengan hamba?”

‘ Eeeiiii perempuan ni, kenapa aku yang kau pilih oiii??’ aku mengetap bibir sambil hatiku tak henti membebel dan menangis. Tapi menangis dalam hati je lah.

“ Kerana hamba lihat hanya tuan hamba yang sesuai untuk hamba ajak berbicara”

“ Huhayy… dia boleh baca hati aku pulak..! matilah aku. Aku tak nak kena rasuk lagi weii.. cukup-cukuplah aku kena kuarentin dengan abang aku” aku berbisik perlahan. Aku memberanikan diri untuk membuka mata dan memandang ke arah empunya suara. Guest what???

“ MashaaAllah cantiknya “ itu yang terpacul dari mulut aku. Ya! Memang perempuan tu cantik ya amat! Kulitnya putih mulus, pakaiannya sopan berbaju kurung pesak Riau bewarna putih, berselendang menutupi sebahagian kepala, rambutnya di simpul rapi. Dia tersenyum sambil memandangku.

“ Tuan hamba siapa nama? Tuan hamba berasal dari mana?” sambil tersenyum dia memberiku soalan.

Aku seolah terpaku memandang ciptaan Allah yang cantik ni ( aku bukan lesbian ye ) Cuma… cantik! Teramat cantik.

“ Err.. saya Akma. Dari.. errrmmmm Selangor…”

“Akma… cantik nama tu, nama hamba Kencana, hamba tinggal di hutan ini. Apa tujuan tuan hamba kemari? Adakah mahu mengambil sesuatu di sini?”

“ Kencana? Cantik nama tu, tapi kenapa pula cakap saya nak ambil sesuatu dari sini? Apa yang ada kat sini? Lagipun kami datang sekadar nak suka-suka je “ agak hairan bila dia kata ambil sesuatu.

“ Andai begitu niatnya tidak mengapa, Cuma.. hamba ingin berpesan, jaga tingkah sepanjang tuan hamba di sini. Jika tuan hamba berlaku yang tidak-tidak, tuan hamba akan terima padahnya” masih tersenyum walau terselit satu warning di situ.

“ Ehhh.. tak adalah, kami semua masih tau batas lagi. InshaaAllah tak buat yang tidak-tidak” aku menyengeh memandang Kencana.

“ Baiklah tuan hamba, hamba pegang kata-kata tuan hamba itu “

Belum sempat aku nak sambung berborak dengan kencana, tiba- tiba….

“ Akma oooo Akma, bangun makan. Dah nak pkul 4 ni, kamu tak makan dari tengahhari tadi” Kak Siti mengejutkan aku dari mimpi.

“ Ermmmmmmmpphh….” Aku menggeliat malas. Badan masih terasa penat.

“ Yela, jap lagi saya makan ye” aku duduk sendirian di dalam khemah.

‘aku ni mimpi ke? Atau aku memang sedar? Siapa pula Kencana tu?’

“ Ahhh.. lantaklah, perut pon dah berdondang sayang ni mintak di isi” aku keluar dari khemah dan selepas basuh muka, aku mangisi perutku.

Sambil menyuap makan, fikiranku masih teringat Kencana. Lalu aku bertnya pada seorang abang yang bernama Azmi.

“ Abang Mie, kat dalam hutan ni ada ke orang duduk? Maksud Ma, bunian ke? “

“Bunian ni kat mana-mana pon ade ma, cumanya kita je tak nampak. Menurut cerita orang-orang tua, kampung bunian ni ada kat bukit-bukit dan hutan-hutan yang jauh dari orang, sebab mereka ni tak suka nak ganggu manusia. Orang katalah, kalau diorang tipu maka tipulah abang kat akma”

“ Haaa.. ni apa cita pasal bunian pulak dah? Hang mimpi apa-apa ka dik?” abang Shah pula tiba-tiba muncul dari belakang aku.

Terkulat aku tersengeh kat abang Shah.

“ Heeeee.. dak la, saja Tanya. Tak boleh ke?” aku berdalih.

“ buleh tu buleh la, tapi hang pon nak Tanya time dalam hutan. Sat g depa muncui betoi-betoi baru hang tau kot. Hahahaha” betol juga kata Abang Shah, tapi sebab tadilah aku kena Tanya.

Perbualan kami terhenti di situ saat Abang Khairul memanggil kami untuk join bermain kad. Aku membasuh tangan kemudian sekadar melihat mereka bermain. Terasa agak bosan, aku duduk di buaian yang mereka buat di bawah pokok sendirian.

“ Haii… jauh menung tu Akma, teringatkan pakwe ke?” sapa Kak Ina kepadaku.

“ Eh akak ni, saya mana ada pakwe la. Nak kena belasah dengan abang saya kalau ada pakwe time sekolah? Hahaha”

“ Hah tadi akak dengar Akma Tanya pasal bunian. Kenapa? “

Alamak! Dia dengar pulak dah. Apa aku nak pusing lagi ye? Tak kan aku nak bagitau pasal Kencana? Nanti dia kata aku main-main pulak.

“ Haah kak, tak ada apalah. Akma saja Tanya sebab tiba-tiba terfikir je” fuhh moga-moga tak ada sambungan soalan lagi.

“ Owh… ingatkan Akma kena kacau. Sebab tahun lepas kami pernah camping kat sini dah, dalam 3 atau 4 kali macam tu, tapi Ikmal pernah mimpi yang ada sorang perempuan datang marah dia sebab kami camping kat sini. Tapi tu dululah masa pertama kali datang. Lepas tu tak ada dah” jawab Kak Ina panjang lebar.

“ Lepas tu apa jadi kak? Abang Ikmal buat apa?” aku tertarik untuk ambil tahu.

“ Entah ye, apa Ikmal cakap. Lupa dah akak. Tapi Akma… selagi kita jaga diri, jaga mulut, jaga tingkahlaku, InshaaAllah tak ada apa. Tu je kena ingat. Alaaa.. Akma pon dah biasa kan camping kat hutan. Biasalah tu”

Ya, memang aku biasa camping di hutan, tapi tak pernah pula bila masok hutan kena minta kebenaran dari makhluk ghaib ni. Selalu tawakkaltu Alallah je.

Petang itu berlalu tanpa ada apa-apa kejadian pelik. Cuma di waktu malam, aku kembali di ganggu.

Selepas solat isyak, kami semua berkumpul mengelilingi unggun api sambil bakar sosej. Aku duduk mengadap laut.

“ Korang, apa kata kita semua take turn cerita pengalaman seram masing-masing. Nak tak? “ Kak Sue memberi cadangan dan beberapa orang yang lain menggangguk kepala tanda setuju.

‘alahaiii… dia buat dah. Tak ada benda lain ke nak cerita? Dalam hutan jugaklah dia nak kisah seram. Haishhh’ aku sekadar berkata-kata dalam hati. Takot pulak nak bersuara, nanti di kata kurang ajar.

“ Haaa…. Di sebabkan kau yang bagi cadangan, kau orang pertama kena cerita. Mau ka tak mau ka? Kalau mau, kasi jatuh u punya kipala” balas abang Zack kepada Kak Sue.

“Betoi tu, hang cerita dulu” di sokong pula oleh abang Shah.

“ Alaaa.. aku abgi cadangan je, taknak la aku cerita dulu. Ok macam ni. Kita bagi adik bongsu yang manis ni bersuara pulak. Dari petang tadi diam je. Ape masalah pon tak tau” Kak Sue memuncungkan bibir ke arah aku.”

“Mana ada saya diam. Saya borak gak apa… tu Tanya abg Mie, Abg Shah, Kak Siti tu dengan Kak Ina. Ada ke tak ada saya bercakap. Tak mau la. Tak ada apa cerita seram. Tak best” aku cuba untuk mengelak.

“ Yaaaa… kaaa.. tak dak? Abang dengaq hang kena kacau masa camping kat sekolah hang awai tahun ritu. Betoi ka?” Abang Shah memang banyak tau pasal family aku. Sebabnya, kami berjiran dan dia adalah kawan rapat abang aku. Cuma Abang Taufik tak berminat nak join camping macam dia.

“ Tak dak la abg oiii” aku mengetap gigi sambil menjegilkan mata ke arah Abang Shah. Dia seakan memahami tapi tetap ketawa. Sabar je la.

“ Dah-dah, kita buat macam ni. Ni ada bola. Gamenya macam ni. Stop dulu bakar sekejap. Aku terangkan cara nak main benda ni. Dalam balang ni ada arahan yang korang kena buat bila korang dapat. Macam mana dapat? Bola ni kita pas ke orang sebelah selagi lagu berbunyi. Bila lagu stop, siapa yang masih pegang bola ni, kena ambil sekeping kertas dari balang ni dan bacakan arahan yang di beri. Setuju?” Abang Bob selaku ketua camping memberi cadangan.
Semua orang setuju, dan game di mulakan. Orang pertama yang kena adalah Kak Sue. Aku gelak dalam hati. Nak sangat kan? Hahaha.

Arahannya adalah Kak Sue di minta untuk duduk di atas menara buloh yang mereka buat sambil menyayi. Dengan mudah Kak Sue selesaikan sebab senang. Game di sambug kembali. Kali ini giliran aku pula yang kena.

“ Alaaa.. saya di kecualikan tak boleh ke? “ aku buat muka kesian sambil memandang setiap seorang dari mereka.

Sepakat mereka menjawab

“Tak boleh!” ok fine! Aku mengambil sekeping kertas arahan dan aku baca kuat-kuat arahan yang di beri.

“ Sila menari tarian tradisional melayu di iringi dengan apa-apa lagu. Tetapi, orang yang menari mestilah mempunyai selendang yang diikat di kedua pinggang dan kena pakai mahkota/tanjak?? Eeii sape yang buar arahan ni? Mengarut je la!” aku sedikit membentak.

“ Hahaha.. rilex Ma, jangan la marah. Sporting ok! Dah pergi ambik selendang cepat” pujuk Kak Ina kepadaku. Mentang-mentang lah aku memang kaki pakai selandang. Kena pulak arahan kat aku macam tu.

“ok dah siap! Cepat la pasang lagu”

Dan korang nak tau lagu apa yang diorang pasang????

Lagu LANCANG KUNING! Diaorang pasang lagu yang original ye, bukan yang versi Amok tu.

Aku pada mulanya hanya tegak berdiri. Agak geram kenapa mereka pilih lagu ni? Tak tau ke lagu ni akan buat makhluk tu datang? Tapi bila di desak untuk menari, aku menarilah juga dengan pergerakan yang terpaksa. Tak adalah aku nak menari beriya sangat. Risau!

Di pertengahan lagu tu, aku dah boleh nampak Kak Siti turut menggerakkan badan mengikut alunan lagu. Bermula dari duduk, dia dah mula bangun dan menari bersamaku. Yang peliknya, Kak Siti memejamkan mata. Aku memerhati gerakan Kak Siti Dah lain macam.

Aku berhenti menari dan berdiri di tepi Kak Siti. Yang lain bersorak gembira sebab Kak Siti Menari memang terlalu lembut. Seolah seorang penari pro.

Di satu sudut sebatang pokok pula, aku perasan sepertinya ada seseorang yang sedang memerhati. Bila aku amati kali ke 2, Ya itu adalah Kencana. Tapi kali ini pakaiannya lain, berpesalinan lengkap seorang Puteri Perak. ( sila Google kalau nak tengok baju tu)

Dari jauh Kencana maju setapak demi setapak sehingga dia berada betul-betul di sebelah aku. Dia tersenyum namun aku terpaku. Langkah mula di atur mengikut alunan lagu. Bagai menari bersama Kak Siti, mereka berdua dalam gerak yang sama. Yang lain pula… tak kan tak ada seorang pon yang nampak??

‘Ya Allah, ujian apa pula kali ini? Janganlah ada apa-apa yang buruk berlaku padaku”

Tamat sahaja lagu Lancang Kuning, mereka semua bersorak gembira. Tapi Kak Siti rebah. Keadaan menjadi agak kelam kabut. Aku mencari-cari si Kencana, rupanya dia berada dalam sebuah sampan bewarna kuning. Atau itulah lancang kuning yang di maksudkan lagu itu?
Aku dapat melihat Kencana melambai tangan kepadaku dan sampan itu mula bergerak dan hilang dalam kegelapan malam.

Kak Siti di kejutkan, dan Alhamdulilllah dia ok. Bila di Tanya padanya apa yang terjadi, dia hanya menjawab..

“ Sedap sangat lagu tu tadi, terasa nak menari, itu yang aku menari”

“ Kau sedar tak kau pengsan?” Soal Abang Bob.

“ Pengsan? Mana ada. Aku ok je lah. Tengok ni. Kan ok” balas Kak Siti.

Aku lihat wajah mereka semua pucat bila tengok kak Siti rebah tadi. Sekarang ni, masing-masing sekadar mendiamkan diri. Permainan di berhentikan. Takot-takot kalau yang lebih buruk akan berlaku. Jadinya, aktiviti malam itu hanyalah lepak, makan, sembang kosong dan ada yang p mandi laut. Untuk pengetahuan, laut dan tapak perkhemahan kami memang tak jauh. Keluar dari khemah, berjalan dalam 20 hingga 30 tapak je dah sampai gigi air laut. Dekat bukan?

Mata aku bagai ada sebuah cerita yang di ulang-ulang siarnya sejak tadi. Nak aku Tanya pada mereke tak terluah. Hanya berfikir sendiri di tepi laut yang luas ni. Aku berjalan di pesisir pantai bertemankan lampu suluh yang ku bawa. Entah kenapa aku lebih selesa berseorangan.

Jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Tapi tapak khemah kami masih terang dengan unggun api. Khemah kami di susun bentuk U. kat tengahnya unggun api. Aku duduk memanaskan badan sebentar di depan khemah sebelum masok tidur. 3 orang kakak tu masih lagi rancak berborak di katil yang mereka buat menggunakan buloh. Jadinya aku ambil keputusan untuk masok tidur.

Entah apa pula yang ganggu aku kali ini. Sedang aku tidur, aku terdengar suara riuh orang berborak.

‘owhh.. mungkin student UITM tu dah balik dari aktiviti kot. Tadi kosong je khemah diorang’ aku kembali tidur. Tapi tak lama, khemahku seolah sengaja di usik dengan kayu. Macam mana ya aku nak terangkan. Kau pengang kayu dan kau seret kat kain khemah tu. Haaa macam tu lah kiranya.

“ Sape tu? Jangan la kacau, saya nak tidur ni. Ngantok” pintaku dengan lembut. Keadaan kembali tenang. Aku sambung tidur.

Tapi kali ni, khemah aku di gegar kuat! Terlalu kuat. Aku terus bangun dan menjerit.
“JANGANLAH KACAU!!!!!” dalam hati aku memang menyumpah sangat-sangat orang yang kacau aku tu.

“ Ehhh adik, awatnya hang ni? dok jerit, pasai pa?” Abang Shah dan yang lain datang dan buka zip jaring khemah aku. Aku sekadar tutup yang jaring je sebab kalau tutup pintu khemah tu nanti akan berkuap panas.

“sape yang kacau dok gegar khemah ni? Orang nak tidur pon tak senang lah!” marahku.
Mereka saling berpandangan dan masing-masing menganggkat bahu.

“Mana da sapa kacau hang. Semua kat sana nun dok borak. Hang soghang ja yang tidoq”
Pelik! Aku semakin pelik!!!

“ Hurmmm.. pukul brape ni?”

“ pukul 1.30pagi” balas Kak Sue.

Hah! 1.30pagi??? habis tu aku tidur berapa lama tadi?? Seingat aku aku masok khemah ni jam 1.15 pagi.

“ dah-dah macam ni la. Sebabkan kami takmau tidoq lagi apa kata hang tidoq kat katey abang? Dok ngan kami. Jom”

Aku bangun dan mengikut mereka. Entah apa yang mereka buat sampai tak tidur lagi. Aku baring dan terus terlelap. Mereka menyambung bermain kad. Lantak lah, aku dah mengantok!
Krekk.. eett.. krekk.. eeettt.. katil yang aku tidur pula di goncang.

Aku terus duduk dan memandang mereka.

“ Kenapa lagi tu Ma?” soal abang Bob.

“ Sejuk. Nak ambik selimut jap” aku bangun dan kembali ke khemah. Sengaja aku tak mahu meraka tau. Aku ambil selimut dan duduk sebentar di atas kenvas mengadap unggun api. Dalam pada aku melayan kesejukan, tak sedar entah bila aku terlelap dan baring. Tiba-tiba bahuku di tepuk.

“hurmmm kenapa?” aku toleh ke khemah sebelah, nampak Abang Shah tidur di luar khemah sebelah tapi dia membelakangkan aku. Aku kejutkan dia.

“Abang tepuk bahu adik ke tadi?” soalku kepada Abang Shah yang sedang menggosok mata.

“ huwarrghh ( menguap sambil menjawab) tak adalah. Awatnya?”

“ hurrmm tak palah. Tidur la balik. Sorry kacau”

Aku pon masok ke khemah kembali dan sambung tidur.

::::::::::::::

“ Akmaaaaa…… Akmaaaa…….”

“ Akmaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….”

Sayup-sayup aku terdengar suara abang-abang dan kakak-kakak memanggil namaku. aku cuba celikkan mata tapi silau cahaya matahari membataskan penglihatanku. Aku tutup mata menggunakan tapak tangan dan terus aku duduk.

‘ kenapa pula diorang terjerit panggil aku ni? Panggil elok-elok tak boleh ke?’ getus hatiku.
aku mencelikkan mata perlahan…

“ ooopocoottt! Huyyy!! Nasib baik tak jatuh! Ape aku buat atas batu ni? Bukan ke malam tadi aku tidur dalam khemah dengan yang lain? “

Aku berada atas batu tinggi di tepi pantai dan di lindungkan dengan dahan dan dedaunan pokok yang lebat. Memamg dari tapak khemah kami tak nampak pon batu ni. Sebab aku sendiri tak perasan akan tempat ni.

“ KAK INA!! ABANG SHAH!! ABANG MIE!! TOLONGGGGGG…..!!!”

“ AKMAAAA… KAMU KAT MANA DIK???? HUUUUUU… “ Aku dapat dengar suara kak Ina menangis.

“SINI KAK SINI. TENGOK DAHAN YANG BERGOYANG ATAS NI KAK. SAYA KAT ATAS BATU NI..” aku menggoncang dahan di depanku sekuat hati supaya mereka semua nampak.

Pagi itu, keadaan agak tak terkawal, bukan sahaja abang dan kakak pengakap yang cuba bantu aku untuk turun, malahan student UITM dan pensyarah mereka pon turut membantu.
Alhamdulillah, dengan berkat kerjasama dari semua, aku Berjaya turun dari batu yang tinggi dan licin itu dengan selamat.

Ya! Berpuluh dan mungkin beratus pertanyaan di ajukan kepada aku. Dah rasa macam retis pulak. Ahakz!!

Tapi, semua soalan tak dapat aku jawab. Aku hanya mendiamkan diri dan tersenyum membalas pertanyaan mereka. Ketika sedang berkemas untuk pulang ke rumah. Perlahan aku mendekati Abang Shah.

“ Abang…. “ baru saja aku nak buka mulut, dia dah jawab dulu.

“ Ya.. abang tak bagitau kat mak dan Abang hang. Jangan risau. Tapi hang takdak cederakan? Takdak luka? “

“ Adala luka sikit, tapi luka biasa je. Terima kasih abang. Pegang janji ye. Jangan bagitau abang Fik” pintaku dengan baik. Bukan apa, kalau Abang Fik tau nanti, hurmmm entah berapa lama pulak lah barang-barang aku kena kunci dalam bilik dia. M**i kutu aku oiii kalau tak bercamping. Hahahaha

Dan segala kejadian yang berlaku di Pangkor itu tinggal menjadi tanda Tanya untuk aku dan semua di situ. Aku bersyukur tak ada perkara buruk yang berlaku. Eh! Yang jadi kat aku tu kira buruk ke? Ermmmmm………

:::::::: setakat ini dahulu kisah kali ni. InshaaAllah kisah yang lain akan menyusul :::::::

THE END

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

#Estella

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

14 thoughts on “Pulau di Negeri Perak”

  1. best. dan last sekali akma tulis Pangkor hehehe dulu pernah kena jugak, kem PJKN. kenangan pahit dan manis..

    Reply
  2. kenapa orang bunian tak upgrade lagi pakaian diorang sampai sekarang?
    masih lagi dengan fesyen kesultanan melayu melaka?
    macam diorang stuck dgn era zaman 1400 an sampai sekarang.
    tapi kalau diikutkan bunian/jin ni dah hidup lagi lama dari manusia kan?

    Reply
    • Aah kan… aku pun terpikir sama gak… 90% cerita buniaan mesti pki baju kebaya kurung.. yg laki baju melayu… npe dorang sangkut kat fesyen tu je… nak gak dgr bunian pakai lofa shawl ke.. levi’s ke… hmmm….

      Reply
  3. Cari ilmu untuk benteng diri ye dik..awak ada deria ke-6..tapi kena hati2..akak doakan awak selamat sentiasa..tp cerita awak best..

    Reply
  4. Masa camping pengakap kat gunung pulai dulu,ktorg kena ketawakan masa solat isyak. Mengilai2 animal tu ketawakan. Dasar haramjad. Setel solat memasing buat xtau je.

    Reply
  5. Pengakap… scouter… sebenarnya adaah satu agenda yahudi… kita dikaburi dgn konon baiknya survival skill yg dilatih… tapi cuba renung… camp fire sambil nyanyi lagu tu budaya sapa? Mndi manda dan berkhemah merata hutan tanpa ada batas pergaulan bercampur laki pompuan… pada yg ada anak… elakan la depa join benda lagha camni… byk lagi cara islamik yg boleh disertai…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.