DPP BANK MUAMALAT UUM

Assalammualaikum..nama aku Kin. Banyak pula aku tengok post tentang UUM dekat FS ni. Aku pun ada la cerita. Pengalaman aku dan kawan-kawan. UUM ni memang la legend, dulu bekas tempat komunis. Aku batch 2008-2012. Aku first daftar masa Jun 2008. Masa first masuk UUM ni aku dah rasa macam seram sebab banyak hutan. Walaupun aku memang suka suasana macam tu sebab macam kampung aku tapi lain perasaannya. Seram kot. Aku cerita pengalaman aku dan kawan-kawan aku di bawah. Aku bahasakan kawan-kawan dengan gelaran aku dalam setiap cerita sebab aku cerita balik apa yang diorang cerita dekat aku. Harap korang faham.

KISAH AKU
Ada satu malam tu aku dan kawan -kawan sebilikku dah tidur. Roomate aku 3 aku. Bilik ni ada 2 katil bertingkat. Aku tidur katil atas belah kanan. Masa ni aku tidur hadap dinding belah kiri. Patut nak tidur kena mengiring belah kanan. Tapi memandangkan aku ni jenis memang suka hadap dinding so aku hadap la belah kiri. “Pap!” Terasa satu tepukan di bahu aku. Tak kuat sangat tak lembut sangat. Macam kita tampar nyamuk tu. Aku ni dah la cepat terjaga kalau ada bunyi apa-apa. Aku pula dengan berani pusing mengiring ke belah kanan.

“Pap!” kena lagi tepukan. Dalam hati apa benda la yang mengacau aku ni. Nak kata langisr bertiup sampai kena aku tak logik sebab langsir tu kalau angin kuat tak sampai ke katil aku pun. Aku pun dengan berani lagi sekali pusing ke belah kanan balik. “Pap!” kena lagi. Tak boleh jadi ni. Entah mana datangnya keberanian aku jadi aku pun bangun duduk bersila dan tengok kawan-kawan aku, mana la tahu ada yang saja kacau aku. Tapi semua tidur lena dibuai mimpi. Aku dah geram aku cakap, “Ish, aku nak tidur la. Jangan kacau!”. Lepas tu tak ada dah gangguan. Aku sempat lagi tengok jam pukul 3 pagi. Sejak tu aku selalu akan terjaga masa tu dan nasib la tak pernah la kena ganggu lagi dalam bilik tu.

KISAH NANA
Minggu ni minggu exam. Aku jenis suka jaga malam untuk ulangkaji. Aku tengok kau dengan yang lain dah tidur. Aku buka lampu meja aku. Masa tu pukul 1. Entah kenapa malam tu rasa seram sejuk. Tapi aku abaikan je dan terus fokus ulangkaji. Sepanjang dari pukul 12 sampai sekarang tak ada apapun berlaku. Sesekali angin bertiup. Langsir aku dah sendal jadi aku tak nampak la dekat luar.

“Arggghhhhhhhhhhhhh” terdengar suara orang menjerit. Aku diam. Aku amati suara itu. Akal logik aku berfikir siapa nak menjerit malam-malam. “Arggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh” suara tu berbunyi lagi kali ni lagi panjang dan tak berhenti. Aku menoleh ke arah kawan-kawan sebilik. Semua lena tidur. Tak kan seorang pun tak dengar suara tu. Bunyu suara tu masih kedengaran. Aku amati lagi suara itu menyerupai suara orang tua. Suara lelaki. Asrama aku semuanya perempuan mana datangnya suara itu. Aku biarkan lampu meja dan terus naik ke katil aku. Aku amati lagi suara itu datang dari hutan tak jauh dari tingkap bilik. Aku baca apa yang patut sambil berkelubung, dan entah bila aku terlena aku tak tahu. Sedar je hari dah pagi.

KISAH SARA
Masa ni bilik cuma tinggal bertiga. Aku tak duduk bilik ni dah atas arahan pengetua sebab aku ada jawatan jadi aku duduk bilik berdua. Aku masa ni seorang je. Kin dah bilik lain. Nana dan Erin balik kampung minggu study week. Aku ni ada sixth sense jadi boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Sebelum ni ada juga aku diganggu tapi hanya Kin yang tahu. Malam tu aku seorang je. Aku dah biasa tidur seorang. Tapi entah kenapa malam ni aku rasa lain macam. Habis solat isyak aku pun duduk la kat katil aku nak study. Aku terasa macam ada benda yang jenguk aku dari katil Kin. Terkejut aku bila ada 1 ekor makhluk ALLAH ni tengah menyeringai pandang aku sambil bergayut dekat katil Kin. Yang seekor depan pintu bilik. Seekor lagi dekat katil Nana. Aku pejam mata dan baca apa yang patut. Tak lama beenda tu hilang. Aku bertenang dan malam tu aku pergi tidur di bilik Kin yang baru.

KISAH DIRA (bilik lain)
Aku selalu datang bilik Dira ni. Apa aku dapat rasa bilik ni suram je walaupun ada 3 penghuni bilik ni. Seolah-olah bilik tu gelap. Macam ada yang tak kena. Ternyata apa yang aku fikir betul. Ni kisah dira.

Aku dira. Aku duduk bilik ni bersama 2 orang lagi rakan. Mula-mula tak ada apa berlaku. Kin dan kawan sebiliknya Sara ada datang bilik ni lepak-lepak dan diorang pernab cakap bilik ni nampak suram je. Aku tak ambil peduli sampai la 2 bulan kemudian setelah menghuni bilik ni. Masa tu aku seorang je. Kawan sebilik aku Lili dan Yaya keluar ke bilik kawan-kawan diorang ada tugasan kumpulan. Aku tengah hadap cerita dekat laptop. Katil bilik ni 2 tingkat tapi katil belah kanan lili uduk. Tapi dia duduk atas. Bawah tak ada penghuni. Katil lagi satu belah kiri yaya duduk atas aku duduk bawah. Aku duduk atas.

Tengah syok tengok cerita entah kenapa mata aku tertancap pada katil sebelah yang kosong tu. Aku terpandang bantal di situ. Bantal tu elok terletak di hujung kepala katil. Aku kembali hadap laptop dan entah kenapa mata aku seperti digerakkan untuk tengok ke arah bantal itu. “Eh!” aku menggosok-menggosok mata. Biar betul apa aku tengok ni. Kedudukan bantal tu dah senget sikit seolah ada yang mengerakkan. Aku baca ayat kursi berulang kali dan lepastu dah tak ada apa yang berlaku. Satu malam aku,lili dan yaya berborak dalam bilik. Lili duduk bawah manakala yaya dan aku duduk atas katil aku. Tiba- tiba kami perasan bantal di katil yang kosong itu bergerak sendiri jatuh ke bawah. Tak logik kalau angin sebab tak ada angin pun. Berderau d***h rasanya.

Lepas itu selimut Lili di katil atas bergerak sendiri seperti ada yang sedang pegang selimut tu. Kami terdiam. Selimut itu tiba-tiba dijatuhkan ke bawah tanpa ada yang pegang. Aku cepat- cepat pasang surah yasin.Malam tu aku bermimpi katil yang kosong itu ada penghuninya. Seorang perempuan cantik berambut panjang. Dia cakap dia dah lama duduk di situ. Esok paginya aku ceritakan mimpi tu pada yaya dan lili. Rupanya mereka pun mimpi benda yang sama. Lepas itu banyak juga kejadian seperti kerisi ditarik dan laci ditarik. Tapi si dia tak pernah mengganggu selain kami. Hanya bermain seperti itu. Nasib kami hanya duduk di bilik tu 3 sem sahaja dan kemudian ditukarkan ke bilik lain.

Ini je la kisah yang boleh aku tulis. Yang lain aku dah lupa. Kalau ada yang tak faham maaf la ye. Terima kasih sudi baca. Yang mana belajar dekat UUM jangan takut ye. Siapa yang duduk bilik kawan aku jangan takut ye. Bilik tu 556 portion C kot tak silap dah tak ingat hehe..Hati-hati ye

.

KIN
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 comments

  1. Nostalgia bila baca citer tentang UUM, aku dulu batch 2000-2003. Memang banyak citer seram org citer tapi aku tak pernah alami, hanya pernah kena tindih sekali di kolej perwaja. Itulah sekali pengalaman kena tindih sepanjang hidup ni

  2. Aku lak batch 2004-2006. Duk dekat Kolej Bukit Kachi 2. Alhamdulillah tak pernah pulak kena apa apa gangguan walaupun hostel nun jauh dlm hutan.

  3. Tapi….
    Pernahla ada seseorang bagitau… masjid dalam universiti tu pagi-pagi penuh safnya. Yang pasti, bukan dipenuhi students uni atau manusia manusia…

    So, kami assume, bunian la….
    And saya rasa mcm jambatan tu laluan utama mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.