Lembaga Di Pokok Buluh

Assalamualaikum para peminat FS, abam datang lagi. hehehe..

OK lah, korang mesti tertanya kan, betul ke mamat ni jumpa hantu? Macam auta je. Macam tipu je… Banyak kali pulak tu. Siap boleh cerita lagi. Macam bohong je.

Baiklah. Biar aku berterus terang kongsi kisah hidup aku ni sampai selalu jadi “target” benda tu nak menonjolkan diri. Selepas terjadinya insident di Rumah Nenek tu, memanglah memasing kami demam, maka kenalah berubat. Menurut kata orang yang berubat tu, aku ni special sikit, ada “pengiring” gitu. Bukan 1 tapi ada 3. Semua lelaki. Sorang pakai kopiah, mukanya bersih. Sorang berbaju hitam bermisai lebat dan agak agresif, sorang lagi macam khadam kepada yang dua ni. Tak hairanlah dari kecik benda tu dok asyik “enter frame”. Aku tak minta pun, so pengiring atau tidak, aku tak nak ambil tahu. Dorang ni tak pernah muncul, cuma kadang-kadang dalam mimpi, dorang akan beritahu aku apa nak jadi, selalunya benda yang tak baiklah. Itulah sebabnya benda selalu nak test, kononnya aku ni istimewa. Porah!! Istimewa apa, buat takut je sampai demam-demam.

Kisah yang aku nak ceritakan ni berlaku selepas insiden di Rumah Nenek yang aku kongsi dulu. Baiklah, biar aku mula.

Aku ni anak orang susah. Masa remaja dulu, kerana mak aku garang, aku jadi remaja pemalu yang rajin ke masjid berjemaah. Aku juga akan mengikut ke mana emak aku (arwah) pergi mencari rezeki sebab bapak aku meninggal masa aku sekolah rendah lagi. Mak aku akhirnya dapat kerja jadi tukang masak di kilang, kerja pagi je. Subuh-subuh lagi aku akan hantar mak aku naik bas naik basikal. Itu saja yang aku boleh buat kerana aku masih bersekolah.

Satu hari tu, selepas berjemaah Subuh di masjid aku pun kayuh basikal balik ke rumah. Masa tu rasanya Subuh sangat awal, ye lah 20 tahun yang lalu kan. Sampai rumah, mak aku dah siap. Aku pun hantar la mak aku ke pekan (pekan yang aku cerita dalam kisah Rumah Nenek tu). Bas pun sampai, mak aku selamat naik bas, aku pun balik kayuh basikal. Hari masih gelap.

Masa tu kawasan kampung aku masih lagi dikelilingi hutan. Ada sepohon buluh yang rendang dan menyeramkan di tepi kebun getah cina. Kebun getah tinggal yang tak de orang usahakan dah. So boleh bayangkanlah, dah macam hutan rimba kebun getah tu. Tepi pokok buluh tu ada sungai sepanjang jalan dan bersambung dengan sebatang parit besar masuk ke dalam kebun getah tu. Pokok buluh rendang tu terletak tepi simpang sungai bertemu parit, dalam semak. Orang kampung memang selalu kena usik kat situ. Hari tu nasib aku memang tak baik, giliran aku yang kena.

Dari jauh, aku nampak macam ada tanglung cina turun perlahan-lahan masuk ke rumpun buluh tu. Hilang je cahaya, seluruh pokok buluh bergoyang-goyang macam ada tangan yang menggoncang. Bila dah dekat dengan pokok buluh tu, aku dengar macam kerbau meranduk air. Riuh sangat bunyinya macam air diranduk kerbau berjemaah. Aku yang bengong ni pun nak tahu, kerbau siapa pulak terlepas. Lampu jalan masa tu memang sebatu satu, dan memang kat pokok buluh tu agak gelap, sebab lampunya di sebelah jalan sana (dekat sekolah cina). So aku memang tak nampak “kerbau” siapa. Masa tu aku tak ingat pulak masa lalu nak pergi dengan mak aku tadi takde pulak terserempak dengan kerbau waima seeekor pun.

Semakin dekat semakin kuat bunyi deburan air. Masa tu aku tak perasan air berolak atau tak, memang tak terfikir. Bila hanya beberapa kaki dari sungai, aku berhenti sebab aku dengar ada orang perempuan panggil nama aku. Tak semena-mena, keluar satu makhluk dari rumpun buluh di gigi air. Tersengguk sengguk bersungguh sungguh dia meranduk air nak datang pada aku. Aku hanya nampak dua biji mata je. Makin lama dia makin dekat. Aku hanya terpaku tak boleh nak buat apa. Aku juga dengar dia ketawa mengekek macam kita usik baby. Pelik sangat bunyinya.

Bila dia betul2 di tengah sungai, baru jelas sikit aku nampak makhluk tu. Hari kan dah nak siang, so dalam samar-samar tu, aku nampak hanya kepala saja, yang lain terendam dalam sungai. Panjang rambutnya sampailah dari tempat dia pegun dok menyeringai kat aku sampailah ke rumpun buluh tempat dia keluar tu. Benda tu berhenti meranduk air betul-betul di tengah sungai. Aku terkaku, terketar-ketar, hampir-hampir nak terlepas basikal dari tangan aku sambil mata dia tak lekang pandang aku. Muka dia tak jelas sebab ditutup rambut, tapi aku masih dapat lihat mata dia yang besar macam bola ping pong, buntang macam mata ikan m**i terendam. Ada mata hitam sebijik macam mata ikan. Gigi jangan cakaplah, spesis hantu setan gigi dorang sepesen je. Semua taring atas bawah, panjang-panjang, runcing-runcing. Bibir tebal macam bibir ikan kaloi. Hidungnya hanya dua lubang, bukan macam hidung kita. Kulit macam buah epal yang dah kecut, lebam kebiru-biruan.

Katak ke cengkerik ke takde yang berbunyi, di tambah masa tu tiada orang yang yang lalu. Tapi aku perasan sepanjang dua belah sungai, terdengar macam bunyi ikan melompat-lompat terkejut. Perlahan-lahan, aku nampak makhluk tu keluarkan tangan dia nak tarik kaki aku. Tangannya berselaput macam tangan katak, tapi ada kuku panjang dan tajam-tajam. Bersisik halus-halus berwarna biru kehijauan. Panjang tangan dia oiii…macam ular berkilat-kilat. Bayangkan, dia ditengah sungai, kira beberapa depa la juga aku dari dia. Semakin lama semakin panjang jangkauan tangan dia, sampai kuku dia dah menyentuh selipar aku. Benda tu bunyi macam menderam-deram. Sekejap menderam, sekejap mengekek ketawa.

Perlahan-lahan benda tu munculkan diri. Kecik lonjong je badan dia. rambut je panjang nauzubillah. Badan dia berkilat-kilat, lebam macam orang m**i lemas. Sampailah dia berdiri betul-betul atas permukaan air dengan mata dia tak berkelip pandang aku. Aku dengar macam bunyi ikan cuba melarikan diri dari tempat tu, melompat-lompat ketakutan. Orang yang biasa memancing aku tahu apa yang cuba aku sampaikan.

Yang buat aku berserah ialah bila pergelangan kaki aku dia dah pegang. Sejuknya jangan cakap. Rasa sejuk yang sakit macam korang genggam ais lama-lama. Rasa macam ular pun ada, lembik-lembik berlendir. Aku masa tu dah takut separuh m**i, tak boleh nak buat apa-apa. Logik kepala pun ntah ke mana. Memang macam kena pukau bila mata dia asyik pandang aku dengan gigi mengeringai.

Hati aku kata kalau Allah kata kalau Dia izinkan makhluk tu tarik aku dalam sungai, aku redha saja. Aku mengucap sendirian. Alhamdulillah, lalu sebuah bas kilang. Cepat-cepat benda tu lepaskan kaki aku dan tenggelam lalu menyelam balik ke pangkal pokok buluh. Hari dah makin terang, dan aku nampak semakin dalam dia menyelam, semakin panjang rambut dia penuh satu sungai. Dan kat tebing dan atas jalan tar, memang ada bekas basah macam bekas tangan benda tu.

Aku pandang bas yang lalu, barulah aku macam sedar. Dan bila aku pandang sungai, hanya ada alunan air berombak macam ada benda lalu, padahal apa pun tak ada. Aku dapat dengar macam ranting-ranting buluh dipijak-pijak sambil beberapa batang buluh digoncang dengan kuat. Terkejut, cepat-cepat aku kayuh basikal balik rumah. Demam seminggu lagi aku. Terkejut betul-betul sebab ada physical contact.

Kaki aku lebam tempat dia pegang. Lebam bengkak yang sangat sakit bila disentuh. Pun macam tu aku pi sekolah macam biasa. Aku tak banyak berubat sebab kadang-kadang demam aku pulih sendiri. Mak aku akan baca sikit-sikit ayat yang dia tahu kalau demam aku kuat dan aku meracau. Selain itu, demam aku akan pulih sendiri macam ada orang yang sembuhkan.

Bermula dari situ, aku rasa pelik pada diri sendiri. Dari seorang remaja yang pemalu (sebab aku rasa aku hodoh dan miskin), aku jadi pemarah dan kurang sabar. Selalu dapat mimpi pelik-pelik. Mimpi yang sama, aku lemas di laut yang berwarna merah. Satu mimpi yang amat kerap ialah aku naik basikal roda satu (yang macam badut sarkas naik tu), tapi sangat tinggi sampai ke awan dan tiba-tiba jatuh terhempas. Dan lepas peristiwa kat rumpun buluh tu, keraplah benda-benda tu menonjolkan diri mereka. Macam-macam jenis yang aku dah jumpa. Semuanya buruk dan menyeramkan. Semuanya berniat jahat. Nanti aku akan kongsi pengalaman yang paling mengesankan dan menakutkan aku semasa aku menjadi penuntut universiti dulu. Ntah la kan? Hantu dengan IPT ni macam kembar siam pulak. Huhuhuh..

Aku percaya kuasa Allah mana ada sempadan. Semua boleh terjadi kalau Dia izinkan. Wallahualam.

Sekian, terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

17 thoughts on “Lembaga Di Pokok Buluh”

  1. Dak la ni manusia ada 2 lubang hidung ka? Haha,gurau2,paham la,hidung dia tu ada 2 lubang ja,takdak batang idung mcm kita kan?

    Reply
  2. ari tu masa ko jumpa bunian ko kate mak ko pengetua sekolah teknik? ni pulak anak org susa keje kilang pulak.. mane satu.. ko reka ke ape semua cite ni

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.