Assalamualaikum admin dan warga FS. Sofea mintak ampun dan maaf diatas kesilapan “typo” yang terlepas pandang. Jutaan terima kasih kepada yang membaca dan menyukai cerita Fea dan tak lupa pada admin shayangggg! Maceh! Pada yang bertanya, ye cerita ni memang betul dari pengalaman Fea sendiri, Cuma nama yang digunakan bukan nama sebenar. Diharap sekiranya Sally baca cerita ni, aku mintak ampun jangan santau aku..
Okay aku update sikit pasal Sally. Ada jugak kawan-kawan bagitau Sally masih duduk dirumah lama dia, cuma tak tahu dia kerja mana dan siapa kawan baik dia sekarang. Sally ada juga cuba berkawan dengan kami berdua tapi kami serik dan seboleh-boleh nak elak dari dia. Sally tahu kami dah block dia dengan social media semua, jadi dia cuba kirim salam melalui kawan-kawan dan banyak kali dia cakap susah nak dapat kawan macam kami berdua.
Tapi tak dinafikan aku memang ada rindu dekat Sally sebab dia manusia yang baik, selalu tolong kawan-kawan, selalu gembirakan hati kawan-kawan, dan dia selalu memberi aku semangat dan nasihat. Sally memang baik, solat, puasa, suka menderma, cuma dia terpesong sedikit dek kerana nafsu dan ingin memenuhi kehendak diri.
Okay habis dah pasal Sally, Ema pulak dah kahwin dan masih dalam proses berubat untuk habiskan sisa-sisa sihir tu. Aku? Ermmm…okay cerita kali ni aku cerita pasal saka rimau aku tu cuma, aku kene “reverse” sikit sebab cerita ni sebelum aku kenal Sally dan Ema. Harap korang terhibur.
Dari mana aku dapat saka? Cerita aku yang pertama aritu, aku ada bagitahu yang aku dapat dalam tak sedar dari keturunan aku. Tapi sebenarnya tak. Ayah aku tipu sebab nak sembunyikan kesalahan dia. Macam mana aku tahu ayah aku tipu? Lepas aku jumpa ayah pasal kes aku kene ragut tu, aku balik rumah, aku cuba cari kotak kayu yang ayah aku pernah bagi aku. Seingat aku kotak ni ayah aku bagi lama sangat dah. Aku pun tak ingat bila aku dapat kotak kayu tu. Mungkin masa aku umur belasan.
“Yes! Jumpa pun kau wahai kotak..! Puas aku cuba ingat mana kau sembunyi.” Tangan aku ligat mengelap kotak yang berhabuk dan sesekali aku meniup untuk menghilangkan debu yang menebal. Nampak sangat dah berkurun aku tak usik kotak tu. Berdebar rasa nak bukak kotak kayu didepan mata aku. Teringat pesan ayah semasa dia memberi aku kotak ini.
Ayah: Fea, tolong ayah simpankan kotak ni boleh tak? Ayah takut hilang la dan Fea aje yang ayah percaya untuk simpan kotak ni. Kotak ni sangat berharga bagi ayah dan Fea jangan bukak tau.
Aku: Oh! Boleh je tak ada masalah ayah. Fea simpankan ye..
Ayah: Jangan bukak tau nanti sampai masa ayah tunjukkan apa isi dalam kotak tu.
Aku: okay!
Aku pun tak tahu kenapa aku langsung tak heran isi kandungan kotak kayu tu mungkin sebab aku memang jenis berpegang pada janji atau aku memang bengong tak pernah nak amek tahu. Punca aku teringat pasal kotak ni adalah bila aku cuba ingat balik macam mana aku bole dapat saka? Tiba-tiba aku teringat kotak kayu tu dan aku yakin mesti ada kaitan.
Dengan penuh debaran, aku pecahkan mangga kecik dengan tukul dan bila aku bukak isi kandungan kotak tu, aku ternampak satu bungkusan kain hitam, Al-quran kecik dan dua plastik buluh perindu. Macam mana aku tahu itu buluh perindu? Nanti aku cerita jap lagi sebab masa mula-mula aku tengok, aku ingat bulu binatang ke, bulu hidung ke, rambut ke. Al-quran tu pulak kecik sebesar tapak tangan dan berlipat kecik-kecik macam kau nak buat kipas tu tapi empat segi. Bila kau lepas dia macam tergantung berlipat. Boleh imagine tak?
Aku pun belek la quran tu, memang ayat jawi tapi aku tak bole baca sebab kecik sangat ayat dia. Aku belek buluh perindu tu tapi tak dapat jawapan ape benda bulu ni? Last aku ambil bungkusan kain hitam tu, aku bukak dan aku terkejut sebab isi kandungannya adalah, gambar aku yang dililit dengan taring harimau dan tali hitam.
Aku terus meremang dan rasa tak sedap hati bila aku pegang taring tu. Aku kemas balik barang-barang tu dan terus pergi rumah ayah aku untuk dapatkan jawapan. Tapi jauh disudut hati aku, cuak campur takut sebab aku dah bukak kotak ni tanpa persetujuan ayah aku.
Aku: Assalamualaikum ayah.
Ayah: Ouh kakak. Meh la masuk ada ape hal tiba-tiba datang ni?
Aku: Ada hal sikit nak tanya.
Aku melabuhkan punggung disofa selepas bersalam dengan ayah dan mak tiri aku. Aku mengeluarkan kotak kayu dari plastik merah yang aku bawak tadi.
Aku: Ayah, kakak minta maaf, kakak dah bukak kotak ni sebab lepas jumpa ayah haritu, kakak tak sedap hati pasal saka yang ayah bagitahu dan kakak yakin saka tu ada kaitan dengan kotak kayu ni.
Ayah: Kau dah bukak?
Muka ayah terus bertukar serius sambil tangannya menghidupkan api rokok surya. Aku terdiam dan menelan air liur yang seperti tersekat ditekak aku. Dengan suara yang tersekat-sekat, aku menjawab,
Aku: Ermm…kakak mintak maaf, kakak dah bukak sebab kakak nak tahu sangat. Dah lama kakak simpan kotak kayu ni tapi kakak langsung tak pernah bukak atau ada rasa ingin tahu.Cuma baru-baru ni je kakak nak tahu sangat.
Ayah: Ermmm..sekarang kau dah tahu tak perlu aku sorok lagi. Mari kotak tu aku huraikan satu persatu. Ni, quran kecik untuk pendinding kau diperbuat dari kulit kambing. Asal quran ni dari Iran dan cukup untuk kau tahu quran ni sebagai pendinding kau. Kebal dan berkuasa gagah seperti pahlawan. Buluh perindu ni, untuk pengasih, pelaris, pemanis, dan banyak lagi khasiat dia. Nanti ayah tunjukkan cara untuk kau tahu buluh perindu ni asli atau tidak. Bungkusan hitam ni ada gambar kau yang dililit dengan taring harimau untuk kebal dan kuat. Saka dari keturunan kita lama dahulu.
Aku: Ermm..ape semua ni..tak faham la. Kenapa nak kene ada kebal la, buluh perindu la.
Ayah: Kita tak boleh “kosong”! keturunan kita datang ke negara orang tak bole “kosong” Kau akan faham nanti bila kau merantau. Mah! Ambilkan air segelas dengan piring.
Mak tiri aku bangun kedapur mengambil air dan piring. Aku masih senyap dan merenung barang-barang didepan mata aku. Otak aku ligat memproses bait-bait ungkapan ayah aku tadi tapi satu pun aku tak faham dan aku ada berjuta soalan untuk ayah aku. Ayah aku menuang air kedalam piring dan dia mengeluarkan buluh perindu dua helai. Diletakkan ke dalam air tersebut dan ayah menyuruh aku perhatikan buluh perindu tersebut.
Lebih kurang dalam tiga ke empat minit, buluh perindu tu bergerak dan bercantum antara satu sama lain. Bergerak meliuk-liuk dan bersimpul dengan sendirinya. Aku terbeliak dan merasa hairan macam mana benda tu bole bergerak? Aku berpendapat ini mesti akar pokok mana ntah, pastu secara saintifiknya mesti ada sesuatu yang istimewa dan reaksi tindak balas dengan air.
Aku rasa secara saintifik mesti ada penjelasan dan tak mungkin hantu nak gerakkan. Mustahil!
Aku berkata dalam hati dan cuba memberi jawapan sendiri untuk mengelak jawapan mistik. Ayah membuka bungkusan kain hitam dan ayah menjelaskan yang saka itu dah lama ada dengan aku cuma aku tak sedar sebab aku dah terima barang yang dia beri. Sakitnya hati aku masa tu, rasa nak belasah bapak aku ni.
Ayah: Jangan rasa terbeban dengan saka ni sebab dia dari keturunan kita dan ayah terpaksa beri kepada kau sebab “dia” pilih kau. Kau antara yang paling berani dan hati kental diantara adik-beradik yang lain. “Dia” suka dengan kau dan dia tak mahu waris yang lain. Kalau ayah bagi kau dimasa umur kau sekarang tentu kau tak nak, sebab tu ayah bagi masa kau tak mengerti apa-apa dan semasa kau masih boleh menurut kata ayah.
Aku: Boleh tak kakak pulangkan balik? Kakak tak mahu.
Ayah terus bangun dan melenting sambil membebel memarahi aku. Tapi sepatah haram ayat ayah tak masuk dalam otak aku sebab fikiran aku kosong dan aku buntu. Aku dah “stuck” dengan benda alah ni. Macam mana nak buang rimau ni?
Aku: Kakak mintak maaf tapi kakak memang tak nak semua ni ayah. Ambil la semula semua barang ni. Ayah buat la apa yang ayah nak.
Ayah: Tak boleh! Kau tetap kene simpan.
Aku dah takut tengok ayah menengking macam tu. Aku terpaksa bersetuju menyimpan barang-barang itu semua. Sampai dirumah, aku termenung melihat semua barang tu dan aku beranggapan kalau aku buat bodoh mesti lama-lama rimau tu berambus kan? Jadi aku simpan balik kotak kayu tu dan meneruskan hidup macam biasa.
Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, aku pun buat keputusan nak sambung belajar. Aku sambung Diploma umur aku 22 dan aku pun dah lupakan pasal rimau, quran kecik dan buluh perindu. Yang aku tahu sekarang aku nak sambung belajar dan nak cari keje best-best. Sepanjang aku belajar, aku kenal dengan seorang mamat ni yakni BEKAS suami aku sekarang.
Habis Diploma aku sambung Degree terus dan sepanjang aku belajar, macam-macam orang aku jumpa dan macam-macam pengalaman aku lalui. Universiti aku ada hostel tapi bukan macam hostel biasa. Hostel ni kondo mewah dan Universiti aku bukan universiti awam. Walaupun hostel di kondo mewah, kes histeria dan hantu tak dapat dipisahkan. Walaupun aku tak duduk hostel, tapi aku kerap melepak dirumah kawan-kawan yang duduk dihostel.
Pada suatu petang yang damai, kami melepak di kedai mamak sambil makan roti canai banjir. Kami bergelak ketawa dan masing-masing berkongsi cerita yang kelakar. Memang “happening” kawan-kawan aku, rindu pulak dengan diorang ni. Tengah bergelak sakan, mata aku terpandang seorang lelaki selang satu meja depan aku. Aku cuba mengenal pasti lelaki tersebut, Oh! Abg senior. Abang senior ni terkenal sebab dia selalu tolong student yang kene ganggu kat hostel. Dia macam pembantu warden la kalau ada kes kecemasan kat hostel tu. Aku pun senyum la kat abg senior tu kang aku kene kecam pulak sombong dengan senior. Tapi dia renung je aku lepas tu tersengih.
Aku terus sambung bergelak sakan dengan kawan-kawan gila aku tapi tak lama lepas tu semua nak naik atas sebab nak layan drama korea. Aku tak minat K-pop jadi aku amek keputusan sambung lepak sorang-sorang. Boleh aku layan teh tarik pulak dengan roti bakar. Hehehehe! Lepas aje semua beredar, aku tinggal seorang dan lepas aku pesan order baru dengan mamak, abang senior tu datang dekat aku.
Abang senior: Fea kan? Boleh duduk sekali tak?
Aku: Haah saya Fea. Duduk lah.
Abang senior: Sorry ganggu Fea minum cuma abang dah lama perhati Fea dan binatang peliharaan Fea ni.
Aku: Ha? Binatang peliharaan? Mana ada Fea bela binatang bang.
Tercengang aku bila abang senior cakap aku ada binatang peliharaan. Aku paling tak suka bela binatang walaupun kucing. Leceh! Sebab nak urus diri aku pun amek masa ape lagi nak bela binatang.
Abang senior: Tak payah selindung la Fea, tu sebelah Fea tu apa? Setia betul mengikut kemana Fea pergi. Ni pun dia tak lepas renung abang.
Aku: Jangan buat lawak seram bang. Saya nak balik rumah sorang-sorang jap gi ni. Kang ada yang saya tidur hostel malam ni.
Abang senior: Ya Allah takkan la abang nak main-main benda macam ni. Fea ada saka ye?
Tersentak aku bila abang senior utarakan soalan tu. Mana dia tahu ni? Ah sudah! Aku nak jawab ape ni? Nak tipu dia dah tahu, nak cakap betul kang die tanya macam-macam.
Aku: Err! Saya tak tahu la bang. Entah!
Abang senior: Kesian dia compang camping, muka ada parut, taring hilang satu, tapi gagah perkasa. Setia dengan tuan dan bertarung habis habisan untuk melindungi tuan dia walaupun tuan dia tak bagi makan secara langsung.
Aku: Bagi makan? Nak bagi makan kat sapa?
Aku melihat sekeliling aku, tak ada pulak aku nampak apa-apa walaupun kucing mamak. Aku bertambah pelik dan menggaru kepala yang tak gatal.
Abang senior: Kau mana bole nampak dia sebab ilmu kau tak cukup. Dia ditugaskan untuk menjaga keturunan kau dan walaupun kau tak beri dia makan, dia tak pernah mengacau kau cuma dia terseksa dan dia akan pulang dekat ayah kau bila dia perlukan apa yang dia perlukan.
Aku: Ermm..okay lah abang saya mengaku yang saya ada saka harimau tapi saya tak rela dia ada dengan saya.
Abang senior: Carilah peluang untuk berubat dan saka kau ni tak bagus untuk masa hadapan kau. Dia akan jadi penghalang untuk kau berumah tangga dan mempunyai zuriat.
Aku terdiam dan cuba memahami ayat yang diucapkan oleh abang senior tersebut. Tak lama lepas teh tarik aku habis, aku minta diri untuk pulang. Itu adalah pertemuan pertama dan terakhir aku dengan abang senior tersebut. Sebab, bila aku cuba menyembang dengan abang senior tu, dia akan cuba larikan diri macam mengelak. Katanya “kawan” aku tak suka dia rapat dengan aku.
Aku “ignore” dan teruskan hidup macam biasa. Bercinta dan enjoy student life macam student yang lain. Melepak, karaoke sampai lewat malam itu perkara biasa dan aku tak pernah takut untuk balik sorang-sorang walaupun pernah kene kacau dekat bawah flat. Aku cerita sikit ek.
Masa tu dalam pukul 3.45 pagi dan aku baru sampai bawah flat, tengah tunggu lif aku bau macam bunga kemboja, wangi semerbak. Tiba-tiba anjing melolong sayu dan bau wangi tu semakin kuat. Aku pandang kiri kanan tak ada siapa lif pulak lambat kemain nak turun bawah.
Tapi aku langsung tak rasa takut dan aku dapat rasa haiwan peliharaan aku berlegar-legar disekeliling aku. Aku tak nampak tapi aku dapat rasa aura atau “energy” dia. Perasaan dia macam kau tiba-tiba rasa kuat, berani, lantang, tak gentar dengan apa pun. Sebijik perasaan masa aku belasah peragut tempoh hari.
Tiba-tiba lif sampai dan masa aku nak masuk aku perasan ada seorang perempuan berjalan belakang aku nak naik lif yang sama. Dalam hati aku baguslah ada geng naik sama-sama. Tapi perempuan tu tak tekan level mana dia nak pergi dan dia berdiri belakang sekali lepas tu tunduk.
Aku buat bodoh je dan Ting! Sampai level rumah aku. Aku melangkah keluar dan berjalan kearah rumah aku. Sambil berjalan aku menoleh belakang nak tengok perempuan tu ikut ke tak? Weh! Perempuan tu berdiri tegak depan lif sambil tengok aku. Apa lagi berdesup aku lari sambil tangan meraba cari kunci. Masuk je rumah aku terus mandi dan aku berniat tak nak balik lambat lagi. Tapi niat tu bertahan seminggu aje! Bahahahahahaha!
Aku rasa mungkin sebab haiwan peliharaan aku tu la perempuan tu tak kejar aku. Dia renung je dari jauh sampai aku masuk rumah. Haih! Ape pun masa tu aku rasa macam, terima kasih Encik rimau. Tapi bengong patut aku terima kasih kat Allah. Aku memang jahil masa zamam aku muda, solat memang ntah kemana. Yang aku tahu enjoy, bergumbira dan melepak.
Hubungan aku dengan mak aku memang dingin, dengan adik beradik pun sama je. Aku buat rumah tu macam hotel langsung aku tak hirau family aku. Mungkin jiwa aku memberontak dek kerana mak bapak bercerai berai dan emosi aku memang terganggu. Family aku dulu bahagia sangat, hujung minggu pergi berkelah, jalan-jalan, shopping, paling aku rindu makan malam semeja dengan mak, ayah, adik beradik. Sumpah aku rindu.
Habis aku mengaji Degree, aku praktikal kat tempat Sally, dan lepas kejadian dengan Sally aku rapat dengan Ema. Aku banyak teman Ema berubat sebelum dia kawen sebab aku dah terlibat dari mula dengan kes Ema so, aku nak temankan dia sampai dia sembuh. Tapi aku banyak terlepas sesi berubat dia sebab aku keje atau tak ada masa untuk temankan dia. Selalu tunang dia tau keluarga dia akan temankan.
Pernah sekali aku temankan dia berubat dekat Shah Alam nama pusat rawatan aku lupa. Tahu tempat itu pun sebab kawan yang kenalkan dan kami bertolak kesana bertiga dengan tunang Ema. Kami dipelawa duduk dan ustaz memperkenalkan diri sebagai Ustaz Adi. Orangnya putih bersih, tinggi lampai, segak jugak!
Aku tiba-tiba tak senang duduk dan asyik nak pergi tandas. Adalah dalam empat kali aku asyik rasa nak kencing. Ustaz memulakan sesi rawatan Ema dan aku tiba-tiba rasa bahang macam duduk depan unggun api. Aku ambil kertas didepan aku terus aku berkirap tapi masih panas dan tak selesa. Ustaz Adi menyuruh aku istighfar dalam hati dan bertenang.
Aku mundar mandir dan resah gelisah mengharap rawatan selesai dengan cepat. Rawatan Ema terpaksa dihentikan kerana aku tiba-tiba dah tak boleh kawal perasaan aku. Aku sedar tapi aku tak boleh kawal perbuatan aku dan aku tiba-tiba meraung macam orang mati anak. Ustaz terus panggil kawan-kawan dia yang lain untuk membantu aku. Tiga orang lelaki pegang aku semua tumbang. Aku mencakar badan Ustaz Adi dan menarik leher baju Ustaz sambil merenung muka dia.
Aku sedar! Tapi aku langsung tak bole buat apa. Yang aku mampu cuma menangis. Entah apa jadi lepas tu, sedar-sedar aku penat sangat dan rasa badan sengal-sengal. Ustaz Adi bersembang dengan aku.
Ustaz: Awak ada saka ni. Kuat juga sebab dah lama bersama keturunan awak.
Aku: Ye ustaz saya ada saka tapi saya tak nak dia. Saya tak tahu nak buat apa dengan saka ni.
Ustaz: Bagitahu semua adik beradik ayah, minta diorang berkumpul untuk proses buang saka ni. Sebab kene semua adik beradik ayah kamu ada baru bole buang. Bukan tak bole buang sekarang, boleh tapi dia kan datang lagi sebab dah ada perjanjian. Lagi satu, orang kalau pegi berubat, kalau kerap pergi tempat kotor macam tandas, itu tanda setan dalam badan dia tak senang duduk.
Aku terdiam sebab aku tahu mustahil untuk kumpulkan adik beradik ayah aku. Aku pun minta diri untuk pulang kerana badan aku letih dan sengal-sengal. Dalam kereta semasa Ema menghantar aku pulang, Ema bercerita apa yang berlaku semasa aku tak sedar tadi.
Ema: Beb, tadi masa kau tak sedar tu seram jugak kau cakap ngan Ustaz Adi tu.
Aku: Aku cakap ape wei?
Ema: Kau bunyi macam rimau pastu cakar-cakar dada ustaz tu lepas tu kau cakap jangan kacau! Jangan kacau!
Aku: Erm….aku susah la ngan saka ni. Apa aku nak buat ye?
Kami bertiga diam membisu sebab memang tak ada jalan penyelesaian dah melainkan aku kumpul adik beradik ayah aku. Bulan seterusnya kami dpat info ada ustazah dekat Segambut boleh mengubat. Macam biasa, aku teman Ema untuk berubat. Sampai je diperkarangan rumah ustazah tersebut, aku rasa macam sesuatu sangat.Susah aku nak jelaskan pada korang perasaan tu.
Masa kami sampai, ada tiga orang baru sampai juga. Kami masuk dulu dan bersalaman dengan ustazah tersebut dan memperkenalkan diri. Nama Ustazah tersebut aku gelarkan Ustazah Aisyah. Ustazah Aisyah meminta kami tunggu sebentar kerana dia ada pesakit yang tengah dirawat. Kami pun berdua duduk main telefon sementara menunggu tapi aku lebih tertarik dengan tiga orang yang baru sampai dibelakang kami tadi. Seorang lelaki, seorang perempuan dan seorang lagi perempuan tua. Mungkin sepasang suami isteri yang membawa emak mereka berubat. Tapi yang menarik perhatian aku, perempuan tua tu tak nak masuk selagi dia tak habis susun kasut kat luar. Puas pasangan tu pujuk, lama-lama mereka biarkan kerenah emak dia menyusun selipar dan kasut diluar.
Aku melihat perempuan tua itu teliti sungguh dia menyusun selipar dan kasut didepan pintu rumah Ustazah Aisyah. Sambil dia menyusun, dia merenung kearah laman lepas tu dia renung aku. Aku apa lagi, tak selesa lah dengan renungan perempuan tua tersebut. Sampai giliran kami, Ustazah memberitahu yang Sally tak pernah putus asa untuk mendapatkan Ema dan Sally bukan calang-calang orang. Ilmu nya tinggi dan peliharaannya banyak.
Ustazah Aisyah memberitahu, untuk kami datang semula esok kerana dia mahu berinteraksi dengan Sally malam nanti. Tapi belum sempat aku membuka mulut, ustazah Aisyah memberitahu aku, berhati-hati dengan saka awk. Salah niat, makan diri kerana saka aku itu boleh digunakan untuk tujuan melumpuhkan musuh jika aku tahu caranya.
Kami tak lama dirumah Ustazah Aisyah kerana kami kene tunggu kesokkan harinya. Semasa aku hendak beredar, perempuan tua tersebut menjeling kepada aku dan menjengilkan matanya yang bulat. Aku rasa macam perempuan tua ni nak ajak gaduh pulak tapi aku rasa dia tak sedar apa yang dia buat tu. Mungkin dia pun dibawah pengaruh entity lain. Proses mengubat perempuan tua tu aku tak tahu apa jadi sebab kami terus balik.
Keesokkannye, kami datang semula. Ustazah bertanya kepada kami macam mana kami kenal Sally dan berapa lama kenal. Macam-macam soalan yang diajukan kepada kami.
Ustazah: Kenal lama dah ke ngan Sally ni?
Ema: Saya kenal lama jugak tp Fea baru je.
Ustazah: Ema susah sikit nk berubat sebab dah lama dalam badan. Hari2 dia calit minyak dan bukan takat makanan je die buat, tetapi sambil kamu duduk depan dia, dia baca mentera die dan hembus kepada kau.
Ema: Wah! Ye ke ustazah?
Ustazah: Semalam saya berjumpa Sally secara batin dan MasyaAllah belaan dia punyalah banyak sampai saya tak terkira. Awak berdua nak tahu? Didepan Sally berdirinya tentera- tentera dia bermacam rupa. Banyak! Beratus! Sally ni siapa sebenarnya? Awak berdua kenal tak keluarga Sally?
Aku: Beratus?? Banyak nye? Dia ni penternak ke apa? Kami tak kenal keluarga dia kami cuma tahu dia orang pantai timur dan duduk seorang diri di KL ni.
Ustazah: Sally ni bongkak, sombong, angkuh dan dia seolah-olah lupa yang dia akan mati suatu hari nanti. Saya tak bole lupa dengan senyumah angkuh dia. Betapa dia jahil dengan ilmu hitam yang dia amalkan. Dia langsung tak mahu berunding untuk mengalah bahkan dia mencabar saya untuk mengalahkan tentera dia.
Ema: Habis macam mana sekarang ustazah? Saya tak boleh sembuh ke?
Ustazah: Bole dengan izin-Nya. Kita usaha moga Allah membantu kita.
Rawatan dirumah ustazah Aisyah macam biasa aja. Cuma aku lebih tenang dan tidak langsung rasa seperti di pusat rawatan Shah Alam dulu. Ustazah memberitahu yang saka aku tu ada duduk diluar dia tidak mahu masuk. Segan agaknya.
Heh! Pandai pulak kau segan ye? Bagus, beradap. Banyak pusat rawatan yang kami pergi dan akhirnya kami jumpa yang betul-betul serasi di Gombak. Ustaz dari tanah Jawa dan Ema berhabis banyak duit untuk pulihkan keadaan dia. Alhamdulillah Ema semakin pulih dan Aku masih bersama saka aku.
Aku berharap ayah aku mengerti suatu hari nanti apa yang dia amalkan tu salah dan aku berharap ayah aku bertaubat sebelum terlambat. Aku maafkan semua kesalahan ayah aku dan aku redha dengan semua ujian ni. Aku bukan nk bukak aib ayah aku, korang pun tak kenal aku siapa. Cuma aku harap korang ambil pengajaran dari kisah aku.
Saka rimau aku ada lagi dengan aku sehingga aku betul-betul berubat dengan seorang perempuan ni. Akhirnya saka aku dapat dibuang tapi bukan rimau je, ada makhluk lain jugak. Nanti aku cerita episod lain sebab aku kene cerita bab mertua firaun dulu. Sebab turutan berubat buang saka rimau ni sekali gus masa berubat sihir mertua aku.
Buluh perindu tu aku tau sikit-sikit sebab aku google dan banyak bertanya kat orang yang berilmu. Al-quran kecik dan taring harimau aku masih simpan sehingga last aku berubat buang saka. Aku interview mak aku sebab aku nak tau cerita asal usul ayah aku dan kenapa banyak sangat ilmu yang dia tahu. Mak aku cakap, keturunan ayah aku memang banyak ilmu. Sedara belah ayah aku ada ilmu kebal, tetak pakai parang pun tak mati apa lagi luka. Arwah atuk aku pandai mengubat orang, arwah mak cik pandai mengurut orang dan ramai lagi yang mempunyai ilmu-ilmu lain.
Mak aku cerita, saudara ayah aku tu masa dia nak meninggal, dia mintak ibu kunyit untuk dia lepaskan kebal sebelum dia meninggal dunia. Siapa tak tahu apa itu ibu kunyit sila google ye. Jadinya masa mak dah ayah aku merantau datang Malaysia, ayah aku bawak sekali imu dari ayah dia untuk bekalan ditempat orang. Mungkin ayah aku jahil masa itu dan memang sampai sekarang semua orang yang datang bekerja di Malaysia ni tak mungkin “kosong”. Mesti ada yang dibawa untuk menjaga diri mereka.
Aku tak cakap yang orang Indonesia ni semua syirik, cuma mungkin dah terbiasa dengan adat resam dari zaman dahulu. Mana yang baik kita ikut, mana yang tak baik, kita tinggalkan. Aku mintak maaf kalau cerita aku tergantung lagi sebab aku sibuk sikit dengan kerja. Lagipun tak best la kan cerita semua sekali. Hehe!
Entry akan datang aku cerita pasal pengalaman aku ditempat kerja yang memang satu pengalaman baru buat aku. Assalamualaikum. Salam Ramadhan!
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best,5/10.Boleh buat drama bersiri ni.😁
Harapnya Fea sentiasa sihat dan tabah ya.
Amin
tq Budak Typo…terima kasih doa dari kamu…amminn
1st komen… yehaaaa..
alaaa.
tabahlah nak, hidup kita tak selalu di atas :’)
cebak acik tgk kamu ni lan..saba ye nakk..
cuba lg nanti ye..
menarik tak sabar nak baca next story.. 10/10
tq Ms Oren
Layan tul aq baca…tkt pulak dgr..sbb mmg ramai kwn dr indo..tp syukur lh jmp yg baik2 belaka..10/10..tggu next story😘
jgn takut ye..hehehehehe..tq!
Best
tq!
Saka yang tak diundang..
Otomatik teringat kat nasa..
hehe! sama tp bkn dia
hahaha tu bukan saka tok. tu jembalang tanah
Next story plssss
Bestttt pengajaran pon ada,
Kawan yg kita anggap kwn xsmstinya baik kan. Hmmm
kene berhati hati dlm berkawan…
10/10 . next!
tq..!
Cepat la sambung mentua firaun tu..
nnt ye…bawak bersabo….skrng ni tgh cari masa untuk menaip…
Best tau kah . Aku memang tertunggu tunggu cerita fea ngan harimau tu . Nanti cerita lagi yah
tq Jesca..
Aku harap aku teda saka . Walaupun aku selalu mimpi baby2 . Dulu… Mungkin sebab cincin tu . Aku da p gadai haha . Terus teda tu mimpi baby2 . Ibu bapa aku asal indon . Berhijrah ke sini , dan lahirlah aku . Jadilah warganegara malaysia 😌
kita sama..hehehe
Wslam n salam ramadhan kpda penulis,xmo komen byk2 just cpt kn cite selanjutnye law boley sebelom raya..x sabau ni nk baca 😁😁
Lara, kita mmg nk post cepat tp tu lah…masa kadang x cukup
fea meh cite kat acik..bia acik taip kan..nnt acik submit kn ke fs..
boleh buat smbgan cpt sikit..hihi
heheehhe! amboiiiiii
ahh kau acik.. setori tok 4 tahun lepas pun kau tak abis type lagi..
ada ke tok? hahaha
tok kena yakin ada..
Nk tnya..sally tu tinggi lebih kurang 5’5″..rmbut pendek mcm lelaki biasa tp rmbut ada color highlight sikit..betul x..sya rsa mcm ada jmpa dia..
bukan….lain sgt
Muka dia mcm ada parut jerawat sikit eh?
itu sally kat upin ipin ke?..
abang sally…. hahahah
hahahahaha!
nice, sy ske penulisan author
tq syed..
apa tajuk cerita sebelum nie…
#Fea- Tiga Sahabat
#Fea- Saka Yang Tak Diundang jugak rasanya
search #Fea
tq Tari Pena
Best 👍👍
tq sudi membaca
Crita yg amat menarik..dn mudah difahami..simple dn menarik prhatianku tentang kisah pengalaman hidup fea.
tq Myrie….mmg berliku pengalaman hidup Fea ni
Nice story Fea. Cuma kalau boleh, gap antara perenggan tu biar ade space sikit. Sebab nampak macam bercantum je dari awal sampai akhir. Typo tak perasan pula hihihi.
Btw 9/10
Maira, dlm text Fea, sy dah buat perenggan tp bila keluar dlm post ni jadi bercantum..x tau knp
fea paste dekat fs sebelum submit edit tak? rasanya kalau bercantum, fea kena edit dekat post tu sebelum submit.
fs error la tu.. setori tok kena lg teruk..
perenggan hilang..
haaa kan tok. sian aidil hahahaha
ha okay..next time fea edit dulu
Fea….cpt smbung…lama dh tggu cerita2 Fea..hehehe
hehe! baik Mr AA
W’salam Fea… Yang cerita Mak Mertua Firaun tu dah lama dah tunggu bila nak keluar ni….?
Taripena, cerita mak mertua firaun ni mmg kemuncak ending of sihir2 ni…nnt fea karang ye
Lagi 1 Fea, saya mmg duk ikut cerita Fea nih… Mmg Best…. Teruskan berkarya
tq so much! ni pun kwn fea suruh fea kongsi cerita…kalau x fea mmg silent reader je selama ni…
best fea. xsbar tggu next entri. cpat2. tasabar nehhh…
hehe!! okok…saba ye… tq Kay
Fea da kwen ka.?cete we pasal mak mertua tu.. baca cete fea x jemurrrr walaupon panjang lebar rasa berdebar2 nak baca haha terbaikkkkkkkk 200/200
aah pernah berkahwin…now da jadi “J” hehehehehehehe! tq yasmin!
yee dah ade sambungan…
best sangat cerite fea..nnti sambung lagi..
yeay tq jugak kat admin sbb post..lama fea tunggu admin post…hehe
menarik tapi mintak gap sikit, terlepas baca jenuh cari hahaha
tq dindang….dlm laptop mmg da buat perenggan…x tau pesal die bercantum
cite best 10/10 kita tunggu next story
tq sis Asiah!
PEBENDA MERIAH NI
uit.. pehal masuk2 terjah orang ni
tanya ja
yom iket jiju..
Kisah FEA x pnh menghampakan..Best sgt, pls sambung cpt..Dah mcm tnggu movie pulak.. Hihihi
tq Anis…hehe
Harap esok luse ade sambungan.
Inshallah Bard…
best……………………………………………………………………..nak sambungan lagi boleh??
Saka rimua ni selalunya Dari keturunan orang bugis.. FYI
Bestny crta Fea.. Sis bg 9.99/10.. Yg 0.01 tu sbb x sabar tggu sambungan😂.
tq Missy Adil dn Saksama…hehe!
best……………………………………………………………………..nak sambungan lagi boleh??
mkcik suko
Hi Fea, boleh bagi mana mana tempat rawatan terbaik ke untuk berubat sama ada kita punya saka dari family atau tak. thanks 🙂
Nak tanya benda yg sama jugak… boleh ke pm bagitau kat mana tempat rawatan tu?
Bestt and tak pernah mengecewakan..
Cepat2 sambung ye kak.. Tak sabar nak baca lagi cerita akak niii
inshallah…ada rezeki, nnt entry baru menyusul..anyway tq ya
Fea,. I’m waiting for the next episode ya.
Tapi memang betul tau, orang luar kalau merantau memang tak kosong. Lebih2 lg Indonesia. Dorang berilmu. macam2 lah. Aku tahu pun memang pernah borang dengan orang sana. Tapi, tu lah. Memang kebiasaan orang2 sana kan. huhu
Borak*
aku pun skarang dah typo. Damn. ahaha
hehehe! kelakor la awok ni
Best sangat cerita fea..tak menghampakan, harap ada sambungan saka harimau,mertua firaun.juga nak tahu pengakhiran sally.well done fea👍👍👍
tq wanie
Dr duli duk follow citer fea.. Best sgt! 😍
Typo duh!! 😂
Fea.. Boleh x nk mntk tlg… Nk tau tmpt fea buang saka.. Adik sy saka die truk… Slalu ganggu smpi xleh buat keje
lean, org yang ubatkan sy tu dah balik Indon….sy pun x tau bila dia akan dtg sini balik
Aku ada borak dgn tukang rmh indon.sama gak ayat dia org indon klau nk merantau ilmu kena penuh didada..kena kt dia la bleh kawin org sini..bini 1 kt indon..bini kt sini juara teakwando woo..tp dia mmg lama dh kt msia..ank bini no2 pn dh msuk U..ada la dia cita pengalaman dia ikut kawan2 p tarik harta karun dlm tanah..dia tgk mcm mna iblis mmpermainkan mnusia
wow..taekwando
Sambung la.. Best la cite awk.sy tertarik pasal saka keterunan tu.. Sbb slalunya kita ank cucu lgsg xtau. Tetiba je die mari kan..
inshallah…nnt sy sambung
Best Fea, teruskan berkarya
tq Fia
Aa bekas juara teakwando.org loq staq..time abis keja slalu lepak dgn dia dengar cita mistik dri dia tp xpnh abis pn..kejap bini dia call soh balik
haha! mau kene karate tulang belikat die nnt….bkn takut bini tu tp syg bini…
pasal saka macam nie pon family belah ayah saya ada , dari keturunan bugis dan minang padang.
atuk saya guru silat dan mengajar tarian piring juga. tapi saka itu hanya sekadar menjaga tanah pusaka yang ditinggalkan oleh arwah moyang saya. saka harimau putih. tapi saka tuu telah dibuang lama sebelum arwah atuk saya nak menunaikan haji. keturunan saya di jaga oleh saka ini . banyak juga cerita tentang saka peninggalan arwah moyang saya.
Follow sbb best..
Mohon buat perenggan
setuju juga…tp xpe…janji faham
Nak perenggang taip sendiri la
perenggan.. bukan perenggang pakcik bawang. hm. hai pakcik! tak pedih ke asyik main bawang je? huhu
uish best cite nie…susah nye nak buang saka
wak lu best
Tak best la kan bile ade saka yg tiba2 ni…
Apa pon cite awk ni memang best gila !!!
Insyaallah ayah awk akan berubah suatu hari nanti.
tq Qamarina
Sambung cpt2 please. Xsabar best sgt2 LA…
admin x approve lg story baru…dari puasa smpai da raya pun ni ha
Bagus ceritanya. 10/10
berubat ngan ustazah tu kat mana ye? boleh share?
Harap ayah fea diberi hidayah utk berubah dan x amalkan benda2 ni sgt…mgkin susah tpi doakan jerlaa baik2…overall crita yg ditulis ni baik sgt…ape yg diceritakan mudah difahami…😊👌
fea org indon yg perawat tu dh balik sini kew…Info pls ye fea…tq