“FIRST TIME DAPAT HOUSEMATE ADA SAKA”

Hai guys! Nama aku mawar dan ni julung kalinya aku menulis di FS. Sebelum tu aku nak minta maaf lah kalau story aku ni kurang menarik hehe. Aku just nak share untuk dijadikan sebagai iktibar atau peringatan.

Waktu tu aku baru lepas spm dan first time berkerja di sebuah company. Company tu ada sediakan hostel lah untuk para pekerja atau newbie yang baru masuk berkerja. Aku pun buat pilihan untuk stay dekat situ sebab rumah aku pun jauhkan. Alhamdulillah sepanjang aku duduk situ semua nya okay , sebab aku tak kena apa apa lagi. Cuma yang kena housemate aku jelah nadia sebab dia selalu nampak yang bukan-bukan kat rumah tu.

One day, ada newbie masuk dan nama panggilan dia moon. Bukan bulan ya hahaha. Si moon ini memang baik dan pandai masak. Mula-mula tu kami semua okay dengan dia. Tapi nak dijadikan cerita kami 1 rumah ini memang setiap malam keluar sebab ada meeting atau pun kitorang panggil post-mortem. Kami ni post mortem dekat office atau dekat kedai makan yang berhampiran. Tapi si moon ni jarang sekali nak ikut kami keluar, kalau ada pun kadang-kadang itupun kalau pergi kedai makan.

And then pada satu malam ni, aku dengan siti (bukan nama sebenar) baru balik post-mortem dari kedai makan dalam pukul 11.00 macamtu kami tiba dirumah. Baru selangkah aku masuk bilik tiba tiba aisyah jerit nama aku “War!”. Aku pun terkejut lah dengan roommate aku, si jaja. Si jaja ni pulak tengah main pubg memang terkejut sakan lah. Aisyah pun berlari lah dekat aku then cakap “Weh dia dah kena, aku rasa moon memang dah kena ni”. Aku pun berlari lah ke bilik diorang (upsss, lupa nak habaq yang diorang ni sebilik hehe). Pastu aku pun masuk bilik diorang, aku tengok si moon dah merangkak macam kucing, muka tersembam dan jari mula mencakar lantai. And then dia menangis, lepastu gelak, lepastu mengilai.

Tanpa berlengah lagi aku jerit satu rumah and then aku suruh semua budak perempuan kumpul dalam bilik aku. Kebetulan masa tu aku lah yang paling lama, sebab ketua rumah kami, kak nisa dengan kak naza takda kat rumah. Aku betul-betul taktahu apa nak buat masatu, first time aku hadap kawan yang kena rasuk macam ini. Aku pun dengan tak fikir panjang baca al-fatihah kuat-kuat atau kursi, aku ingatkan benda tu boleh pergi tapi rupa rupa nya benda tu bertambah mengerang dan seolah olah marah pada aku.

Kami semua call ketua rumah, tapi tak dapat. Rupa-rupanya kak naza dan kak lis tengah ada meeting dengan manager. Kami ikhtiar cara lain dengan panggil jiran tapi tulah mereka pun taktahu nak buat apa dan hanya lihat sahaja. Budak sebelah bilik kami, si kechik tiba-tiba beranikan diri panggil orang surau taman. Dah lah surau tu jauh. Tapi apakan daya itu jalan yang terakhir.

And then uztaz pun datang, dan dalam masa yang sama ketua rumah kami pun dah sampai selepas angkat call kami semua yang bertalu-talu tadi. Dengan manager-manager sekali pun datang. Rupa-rupanya uztaz cakap moon ni ada saka harimau dan memang tak boleh keluar lepas waktu maghrib sebab memang akan ada gangguan. And then rupa-rupa si moon ini ada usik surah yassin yang ketua rumah letakkan dipintu belakang rumah. Kak ketua rumah tu kata sebenarnya yassin tu tak patut diusik atau dialihkan.

Sekian lama aku duduk dekat situ, baru lah aku tahu rumah tu ada penunggu. So, no wonder lah kalau kawan aku nadia yang aku ceritakan tadi selalu kena kacau sebab dia pun duduk dibilik belakang. Lagi satu, uztaz itu pun cakap, “jangan kerap sangat keluar malam-malam, awak semua tu perempuan. Kalau tak kena kat kita, akan kena kat kawan, bukan apa takut ada yang mengikut pulang”. Uish deep betul ayat uztaz tu. Tapi guys cerita tak habis lagi ya…. hahaha…..

Pada keesokan malam nya, aku tiba-tiba malas nak keluar untuk pergi post-mortem. So aku pun acah-acah sakit kepala lah. Sebab lepas dengar uztaz tu nasihat, diri ni pun jadi macam takut pulak nak keluar malam. Tiba-tiba aisyah whatsapp. Tingg!! Tingg!!.
“War, cuba kau tengokkan si moon tu, dia okay tak? Dia ada masalah tu.” Aku pun reply “Alahai kenapa pulak ni? Masalah apa? Asal tak tengok sendiri je hahaha” Aisyah pulak “Aku tengah post-mortem kat luar ni, kau sorang je tinggal dengan dia dalam rumah tu”. Gulp! Tertelan air liur aku dengar, dalam hati dah kata “ah sudah jangan lah berlaku lagi”. Aku pun beranikan lah diri tengok dia. Alhamdulillah dia tengah sibuk main phone. Ah lega hati aku. Aku pun cakap lah “Moon, jom lepak bilik war nak?” Moon pun jawab okay je.

Tiba-tiba masa lepak dengan dia tak sampai 10 minit macamtu, aku start rasa seram sejuk, aku pun cakap lah nak keluar bilik jap, pastu aku pun dengan bijak nya buat-buat jatuh dekat lantai dekat dengan pintu depan. Pintu depan sekali. Sebab dalam otak aku fikir yang, kalau jadi apa-apa aku sempat lari dulu. Hahaha selfishkan? Tapi itulah kenyataannya. Okay sambung balik, aku pun acah sakit kaki, aku panggil lah moon, “Moon, kaki war sakit” aku jerit kuat tapi tak menyahut pula dia ni.

Pastu aku pun panggil lagi pastu barulah dia datang tanpa cakap apa-apa. Dia duduk sebelah aku sambil pandang ke lantai. Ibarat macam orang tiada perasaan pulak. Pastu aku tanya dia, “moon, okay tak? Moon kalau ada masalah ceritalah jangan pendam okay?” Pastu kau tahu dia jawab apa weh? Dia just gelak pandang bawah, pastu buat muka masam. Pastu senyum. Aku pun macam eh main kasar nampak saka dia ni, aku pun cakap lah “Pandang mata aku, aku cakap pandanglah mata aku!” Tiba-tiba dia nangis, and cakap “Moon taknak pandang nanti war kena”. Terus dia berlari masuk bilik. Rupa-rupanya pada keesokan hari waktu siang, dia cakap “Maaf moon tak boleh pandang mata war sebab takut”.

Rupanya sebab aku pakai minyak kasturi yang sekolah bekalkan dahulu. Minyak tu macam mengelakkan kita dari terkena something or kalau orang dengki ke apa ke. And then tak lama lepastu moon berhenti balik kampung dan berubat. And then rumah tu pun dah tak jadi apa-apa. Yang penunggu tu pun, dah tak kacau maybe sebab saka harimau tu pun dah pergi.

So pengajaran kat sini, bagi aku janganlah keluar malam, lagi-lagi balik lewat. Sebab takut kita bawak balik kan. And lagi satu, dinasihatkan prepare lah diri dengan something macam tahu baca doa ke selain ayat kursi dengan al fatihah sebab tu memang benda basickan. Jangan jadi macam aku yang 0 tentang benda-benda macamni. At least bila jadi kat diri or family takdelah korang tercegat taktahu buat apa. Atau prepare diri dengan minyak yang jin tak suka bau ke kan. Orang kata mencegah sebelum terkena.

Maaf jika bosan atau terlalu panjang. Yang baik datang dari Yang Maha Esa, yang buruk datang dari saya sendiri.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mawar
Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.